AstraZeneca Second Dose at PPV PWTC

Saturday 28 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Setelah 8 minggu menunggu, tiba giliran untuk aku ambil dos kedua vaksin AstraZeneca (AZ). Interval vaksin AZ jauh berbanding vaksin lain, tapi ia tidak mengurangkan keberkesanannya. Jadi penerima vaksin AZ tak perlu risau.

Sewaktu entry ini ditaip, PPV PWTC hanya menyediakan suntikan dos kedua dan tak ada walk-in. Di peringkat awal program vaksinasi, vaksin AZ hanya diberi kepada mereka yang mendaftar secara sukarela, tetapi mulai 27 Mei 2021, vaksin ini mulai diberi kepada umum. 


Just like last time, walaupun aku sampai awal, tapi dibenarkan masuk. Proses kali ini lebih lancar dan tak perlu naik ke tingkat atas. Maybe sebab tinggal second dose sahaja. Orang pun tak ramai. 



Jangan lupa bawak I/C dan kad vaksin yang diberi semasa dos pertama

Aku lebih nervous kali ni kerana kata orang, kesan sampingan AZ dos kedua lebih teruk. Kali ni aku perhati betul-betul botol vaksin dan jarum sebelum disuntik. Tahan nafas dan berzikir dalam hati, menanti untuk kena inject. Tetibe nurse tu tegur aku,

"Eh..janganlah lari.."

Rupanya disebabkan takut jarum, aku tak sedar yang badan aku menjauh dari dia.  Adeh malunya! Nurse tu suruh aku rileks dan pandang depan. Masa jarum tu masuk menyeringai la aku sekejap tapi aku fokus kat dinding putih depan aku. Nurse tu suruh aku 'lembutkan tangan'. 

Kali ni tak 'lari' dah. Hahaha. Punyalah fokus aku kat dinding sampai tak perasan dah sudah. 

"Jauh pandangnya tu". 

Tak silap aku itulah ayat nurse tu usik aku sambil tampal plaster. Segan pulak tua-tua ni takut jarum lagi. Mesti dah macam-macam perangai nurse tu hadap hari-hari kan? Aku ni nasib baik tak lari betul-betul. Huhu. Memang jauh pandangnya Cik Misi, dah sampai Australia.


Ruang pemerhatian kesan sampingan selepas suntikan

Disebabkan Hari Kebangsaan dah dekat, Pusat Vaksin PWTC pasang background lagu-lagu patriotik. Petugas pula bawak bendera kecil and ucap 'Selamat Hari Merdeka' sewaktu kami tiba di ruangan pemerhatian. Masa petugas tu suruh bagi tepukan kat diri sendiri sebab dah complete dua dos, rasa macam kat kem motivasi pulak. Haha. Rindu pulak suasana gitu. Harap dapatlah attend event lagi macam sebelum pandemik.


Mood patriotik kan, so sis make sure ada bendera Malaysia dalam gambar.


Kali ni tak perlu jalan jauh nak ke stesen LRT sebab pintu menghala ke Seri Pacific Hotel dibuka. Tapi hanya untuk 'Exit' sahaja. 

Tak dapat goodies pulak. Maybe ada kalau ikut pintu lagi satu tapi aku malas jalan jauh.

Setiap kali ke PWTC ni memang bring back memories bertugas di pesta buku dan Perhimpunan Agung UMNO zaman kerja arkib dulu. Rindunya, tapi masa silam tak mungkin berulang sebab dah pindah department.


Singgah Sunway Putra Mall. Nampak bernyawa sikit pusat beli-belah ni bila dah banyak kedai dibuka. 


Trend tahun 2010-an dulu, ambil gambar kat cermin toilet


Upah diri sendiri. Frappe Family Mart Peanut Butter Chocolate. 

Sedap ke? Hurm..if korang suka kacang sedap lah kot. Rasa kacang mengatasi rasa coklat. Butir kacang tanah banyak dan boleh kunyah. Plan asal nak beli Adzuki Matcha tapi tak ada. FM Sunway Putra ni baru nak bukak. Rak makanan tu pun kosong lagi. Pastu beli jugak Frappe Family Mart Grape. This one boleh tahan sedap. Rasa macam minum vitagen purple pun ada.


Last but not least tapau Cinnabon sebab kempunan kali terakhir ke Sunway Putra Mall.

Banyak juga kedai stationery dan pakaian dah dibuka tapi aku malas nak singgah. Takde apa nak dibeli. Hanya singgah Watson je dan cuci mata tengok kedai-kedai makan di level bawah. Nak dine in tapi belum masuk kategori lengkap divaksin. Walaupun dah 2 dos, tapi kena tunggu 14 hari lagi untuk betul-betul build immunity. 

Side effect kali ni sama macam last time. Aku hanya demam pagi berikutnya. Mandi dan rehat. Walaupun tak makan ubat, demam kebah sendiri. Cuma lengan kiri rasa sengal terutama tempat suntik. Alhamdulillah tak teruk. Ada tak reader blog ni yang ambil AZ jugak? Side effect korang teruk ke? 

Harap usaha aku ni dapat menyumbang kepada herd immunity supaya Malaysia dapat merdeka dari virus Covid 19.

Siapa lagi yang dah complete vaksin? Sep sikit! Buat yang belum tu harap sabar menanti giliran. Sama je dah complete ke tidak..tak boleh balik kampung jugak. 

Nota kaki : Excited dapat tahu YB Khairy Jamaluddin pegang portfolio Menteri Kesihatan. Harap YB dapat bendung virus Covid 19 di Malaysia. Semoga kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United membuatkan YB lebih bersemangat. 


Thanks for reading! Stay Safe and Selamat Hari Kebangsaan!
Read More

Bacaan Julai-Ogos

Tuesday 24 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Banyak masa dihabiskan di rumah aku isi dengan membaca. Membaca ni adalah hobi yang muncul balik sejak PKP. Aku agak cerewet dalam memilih buku. Kalau orang kata 'Don't judge a book by it's cover', aku pulak suka judge book by it's title. Kurang gemar aku tajuk novel zaman sekarang yang suka rojakkan tajuk dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Nampak takde kelas dan kebudak-budakan.

Itu hanyalah pendapat aku. Korang pulak, pernah tak tengok tajuk atau cover novel terus tak jadi nak baca?

Senarai bacaan Julai dan Ogos aku adalah buku-buku berikut : 


Kunang Pesisir Morten - Raiha Bahaudin
I've Got You Under My Skin - Mary Higgins Clark
Bumi - Tere Liye


Tajuk : Kunang Pesisir Morten
Penulis : Raiha Bahaudin
Bil M/s : 233
Genre : Bacaan Umum
Penerbit : Dubook Press

Tahukah korang buku ni termasuk dalam senarai 100 Novel Melayu Wajib Dibaca oleh Goodreads? Walaupun cover dan sinopsis nampak macam kisah kanak-kanak, tapi penggunaan perkataan dan susunan ayat penulis membuatkan novel ini sesuai juga untuk pembaca yang lebih matang. 

Terpengaruh dengan list Goodreads dan banyak positif review membuatkan aku beria cari novel ni. Agak susah cari di pasaran sebab dah tak dicetak lagi. Aku beli second hand di Shopee. 

Memang novel yang menarik dan layak diletak bawah kategori 'Wajib Baca'. Membacanya buat aku  teringat zaman kanak-kanak, zaman di mana kita berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira jurang bangsa.


Tajuk : I've Got You Under My Skin
Penulis : Mary Higgins Clark
Bil M/s : 303
Genre : Misteri
Penerbit : Simon & Schuester UK

Aku beli buku ni di BookXcess Tamarind Square Cyberjaya pada tahun 2019 BC (BC - Before Covid). BookXcess Cyberjaya merupakan kedai buku 24 Jam terbesar di Malaysia. Awal-awal bukak dulu memang viral sebab Tamarind Square tu sendiri merupakan mall open-concept yang cantik dan berkonsepkan moden dan hipster. Jangankan dak-dak Instagram, yang takde IG macam aku pun sibuk nak gi ambil gambar kat sana. Aku ambil konon nak buat entry, pah ceroh tak buatnya. Yelah, kalau rajin nanti aku buat ye.

Novel 'I've Got You Under My Skin' ni agak nipis dan 'simple' berbanding novel-novel mendiang Mary Higgins Clark yang pernah aku baca. Mungkin sebab ni versi UK. Kebiasaan aku baca versi asal dari US. Before this pernah baca 'Remember Me' dan 'No Place Like Home', both lebih saspen dan plot twist lebih menarik. 

Separuh cerita aku dah boleh teka siapa pembunuh, tapi maybe tu sebab aku selalu sangat baca siri penyiasatan so dah cekap buat deduksi. Haha. Still, it's a good book untuk orang yang cari novel thriller tapi tak nak heavy sangat.


Tajuk : Bumi
Penulis : Tere Liye
Bil M/s : 393
Genre : Fantasi
Penerbit : Lejen Press

Aku beli buku ni via Shopee Lejen Press sebab ada sale Combo, beli 4 buku RM50. 2 novel lagi belum baca manakala 1 lagi baca tak habis. 

Tere Liye merupakan penulis Indonesia. Siri Bumi ni ada 11 buku rupanya. Kalah Harry Porter. Awalnya aku beli untuk anak buah tapi kenalah mak saudara baca dulu. Tapis kot kot ada yang tak sesuai. 

Anyway, walaupun penulis orang Indonesia, Bumi versi Lejen Press ni dah diolah dalam Bahasa Melayu. Seronok juga jalan ceritanya. Berkonsepkan fantasi so memang tak logik.  Ceritanya sesuai untuk remaja, tapi remaja purba macam kita nak baca pun boleh. Sesekali baca novel begini, hanyut dalam imaginasi, lupa sekejap masalah dunia.

Rasa aneh buat book review. Maaf kalau ada kekurangan. Korang ada ke dah baca buku-buku di atas? If dah, share lah pendapat dengan aku jugak.

Baca ni juga : Soccernomics
Read More

Beli Template Blogger dari Etsy

Friday 20 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Korang perasan tak blog aku dah berwajah baru? Sesekali perlukan pembaharuan. PM Malaysia pun dah berapa kali tukar, takkan blog masih di takuk lama. Hehe.

Aku beli template blogger dari Etsy. Senang shopping di Etsy sebab boleh filter range harga mengikut budget, tema dan warna pilihan. Tak perlu ada akaun Paypal, guna credit card atau debit card pun boleh. At first aku ingatkan diorang akan install kan, tapi rupanya kena buat sendiri. Once dah settle payment, seller akan hantar XML file dan instruction via email. If guna blogspot, make sure jangan terbeli yang wordpress pulak ye.


Beli dari Etsy sebab terpengaruh dengan blogger Atiqah. Before beli, aku dok email dia untuk panduan sebab dia dah pernah beli template dari situ. Thanks tau Atiqah layan soalan-soalan akak! 

If korang tak nak beli, boleh saja google 'Free Blogger Template'. Aku pun kali pertama beli, selalunya cari yang percuma sahaja. Sekali-sekala spend sikit untuk 'hobi'. Lagipun bila beli, seller kenalah layan bila kita tanya soalan dan ada masalah. Nervous nak edit blog sendiri sebab dah lama tak buat. Sudahlah PC aku tak boleh 'baca' file XML. Atas guideline dari seller, berjaya jugak tukar template. Yay!!!

Sebab lain aku tukar template adalah kerana iklan Adsense blog aku tak keluar di mobile version. Hanya appear di desktop sahaja. Patutlah earning sendu. Sudahlah pageview memang rendah sejak tak boleh travel ni. Kalau dulu, tinggi jugak pageview bila orang datang buat research untuk travel tapi musim pandemik ni tak boleh mengharap pengunjung dari situ.

Template baru ni aku beli jenis 'Responsive Blogger Template'. Template responsive akan auto adjust ikut skrin pembaca tanpa mengubah design dan widget. Kalau template non-responsive, bila bukak melalui handphone atau tablet, beberapa widget tak kelihatan termasuklah iklan Adsense. Zaman sekarang, makin ramai orang blogwalking melalui handphone dan tablet jadi as blogger kenalah pastikan blog kita 'mobile-friendly'.

Korang rasa OK tak template baru ni? Ke ada apa-apa aku kena ubah? Aku beli yang murah aje, sekadar ada yang basic. Tu pun banyak widget aku remove.

If korang nak upah orang pun boleh. Lagi cantik dan kemas kalau di tangan orang yang memang ahlinya kan. Contohnya macam blogger Alien Oren ada buat servis edit blog. So far dia jelah yang aku tau. If korang pun ada offer servis yang sama, bolehlah share di ruangan komen. 

Thanks for reading ye! 

Read More

The Pines Melaka

Tuesday 17 August 2021


Assalamualaikum dan hai semua! Menulis entry sambil menonton filem Puteri Impian (1997) di Astro Prima sementara tunggu game Liverpool. Filem ni diakonkan di hotel mewah bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur iaitu Hotel Istana. Tetibe teringat yang aku berhutang satu hotel review dari short trip aku ke Melaka tahun lepas. Masa tu dibenarkan rentas negeri. Alang-alang balik kampung di Muar, on the way balik tu aku singgah di Melaka.


The Pines Melaka terletak di Jalan Tun Sri Lanang, berhadapan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu tarikan di Melaka. 



Aku suka tengok figura-figura lidi yang menghiasi dinding-dinding hotel ni. Kreatif dan nampak moden.


The Pines ada 28 tingkat dan aku yang purposely request higher floor, dapat bilik di Tingkat 27. Aku memang suka duduk level tinggi-tinggi kalau gi hotel. Lagi puas tengok view. Tingkat 28 tu rasanya untuk Executive Suit.


Aku stay di Premier Room sahaja. Request twin bed sebab plan nak ajak member yang memang orang Melaka datang lepak sekali. Tetibe last minute tukar fikiran. Aku nak lepak sorang-sorang je. Lama tak solo travel. Harga satu malam RM220 plus tax dan heritage fee. 





Keistimewaan bilik ni adalah bath tub dia. Boleh pusing 360 darjah. Selalu bath tub hotel statik je kan.  Kalau daring tak payah la tutup blind tu. Haha. Hotel ni memang romantik dan sesuai untuk couple, entahlah cmane tersesat perempuan forever alone nama Salbiah kat situ. Lol.


View dari tingkap bilik


Walaupun stay hotel lima bintang, tapi bab makan mampu cari kedai tempatan je. Aku memang jarang order room service. The Pines Melaka ada 2 restoran : The Oak Kopitiam dan Grea8. Teringin nak try Grea8 tu tapi sayangnya tutup pulak. 

Baca ni juga : Sayyid Antique Cafe
                       Makan Avenue@ Kampung Hulu


Restoran Seri Erra Roti John berhampiran dengan hotel. Jalan kaki sahaja. Pemiliknya mungkin penggemar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan seniman dan seniwati Jalan Ampas. Poster filem dan pelakon zaman kegemilangan filem-filem Allahyarham memenuhi dinding


Masa tu baru pukul 5 lebih tapi aku dah lapar so dinner terus. Gambar makanan lupa nak ambil. 


Macam biasa kalau gi hotel aku akan cari swimming pool. The Pines ada 1 kolam saiz dewasa yang besar dan satu kid pool.


Aku tak masuk pool masa ni.  Menyesal pulak. Huhu. Tak ramai orang pun. Just ada aku, 2 orang perempuan dan sorang lelaki. Aku rasa diorang bertiga adik-beradik. Kitorang tak berborak pun. Just that aku stay lepak situ selagi diorang ada. Kalau sorang takut jugak. 


View dari pool ni memang cantik lah. Lagi-lagi waktu senja. Lain kali nak bawak bikini pose ala Jennifer Lopez kat penghadang tu. Wakakaka. 


Cakap pasal pool, The Pines ni ada Poolside Suite. Bukak je pintu bilik terus boleh terjun pool. Tapi takdelah privacy macam di Lexis Hibiscus. 



The long corridor menghala ke bilik. Gentle reminder yang aku pergi hari biasa, dah tu PKPB pulak. So memang lengang. The Pines ni boleh tahan gak koleksi cerita hantu nya. 

View waktu malam dari bilik aku


Malam layan roti john tapau dari Seri Erra sambil layan filem Detective Pikachu. Channel TV hotel ni boleh tahan menarik. Ada channel sukan tapi sayangnya takde game best pulak. 


Malam tu aku susah sikit nak tido sebab petang tu minum kopi. Ha padanlah muka. Tetibe kan dok teringat segala cerita hantu. Tutup semua lampu, bukak lampu bilik air je. Aku kalau nak tidur kena betul-betul gelap. Last-last lena jugak sebab siang tu dah penat meredah bandar Melaka

Baca ni juga : Melaka On Foot
                       Muzium Rakyat

Aku skip breakfast, tapi tapau brunch dari Mamee Jonker House ni. Nak try apa yang bestnya. 



Aku order Classic Cheese Burger+Hash Brown+Curly Fries. Harga RM 20.00

Rasa OK lah jugak. Sesuai untuk breakfast. Air buat sendiri. 

Lepas makan aku pun check out. So overall aku berpuas hati dengan The Pines Melaka ni.

Yang aku suka:
Kolam renang salt water yang besar.
Bathtub (Premier Room ke atas saja yang ada)
Bilik yang luas
Katil yang selesa. Tilam empuk, comforter tak berbau
Aircond sejuk. Yay!
Channel TV banyak pilihan

Yang perlukan perubahan:
Lif banyak rosak. Lama menunggu

OK lah tu je nak cerita. Lama entry ni terperap dalam draf. Haha. Rindu kan nak tidur hotel lagi.
Read More

Mellow Cookies, Keyboard Bluetooth dan Clothes Storage Box

Friday 13 August 2021

Nama aku famous asyik diseru di pintu pagar rumah lately. Mana taknya, lepas parcel aku, parcel aku lagi. Hehe. Tapi adik JnT dan NinjaVan sekarang dah pandai. Diorang nampak je muka kita muncul kat pintu or dengar suara menyahut, diorang letak atas tembok pastu inform kita. Usaha untuk minimise contact musim-musim pandemik ni. Kalau yang macam tu OK lah kan. Jangan main letak je tak tekan loceng tak apa, pastu blah. Nasib tak baik barang kena hujan ataupun kena curi.

Antara yang sampai adalah hadiah top commentator bulan Julai blog Atiqah Najihah

Mula-mula bila blogger Anies wasap cakap nama aku terpampang kat blog Atiqah, blur lah jugak. Masa tu dahla tengah sibuk, so tak dapatlah check on the dot. Bila free baru BW. Rupanya aku antara pengomen paling tinggi bulan Julai yang bertuah terpilih terima saguhati. Tanjat gegirl. Aku jarang bertuah kalau ada cabutan ni. 


Terima kasih Atiqah. Sesiapa yang belum berkenalan dengan dia bolehla ziarah blog dia di SINI. Blog Atiqah selalu share pasal movie/drama review, makanan dan isu semasa. Cara penulisan pun sangat matang, tak sangka umur baru 20-an. Aku dulu masa 20-an ayat blog tunggang-langgang. Hahaha. 

Atiqah bagi aku Mellow Cookies, produk keluaran syarikat bumiputera Mellow Crunch. Mellow Cookies bersaiz comel dan dilimpahi serbuk milo. Memang sesuai untuk pengemar coklat. Termasuk aku. Hari dapat tu je dah habis separuh botol. Adik aku makan sikit. Aku pulak lepas gian sebab dah lama pantang makanan manis. Bukan sebab ada masalah kesihatan ke apa, tapi jaga kulit. Apa boleh buat. Dah aku sejenis yang mudah breakout kalau makan gula banyak.

Atiqah jangan rasa bersalah pulak. Akak boleh sambung pantang balik. Willpower akan jadi kuat kalau dah biasa. Sekali-sekala makan. Habis nanti nak order lagi kat Shopee. Aku suka Mellow Cookies ni sebab tak manis sangat. Korang ada yang dah try ke cookies ni?  


Atiqah lupa nak email aku untuk inform yang dia dah pos hadiah tapi somehow aku boleh agak pemberian ni dari dia. Ha..terer kan aku?

Thank you so much my dear Atiqah! Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.


Keyboard bluetooth/wireless dan mouse bluetooth ni pulak aku beli sebab mouse desktop office aku dah lagging. Actually takdelah teruk sangat tapi biasalah gatal tangan klik klik Shopee. Plan asal beli mouse sahaja tapi kedai yang aku survey tu jual satu set. So beli jelah,  boleh guna kat handphone jugak. Best wei taip komen dan blogwalking pakai keyboard dan mouse berbanding pakai jari. Cuma yang tak best, tak boleh guna sambil baring. 

Pendapat aku, parents sesuai belikan ni untuk anak PDPR. Takdelah jenuh jari tenyeh kat tablet tu. At the same time boleh letak skrin jauh dari mata. Untuk tablet dan handphone cari yang ada 'bluetooth' sebab wireless hanya boleh guna di PC dan laptop sahaja.

Ikutkan hati nak beli yang ada brand macam Logitech K380. If korang cari keyboard bluetooth/wireless yang berkualiti, Logitech K380 antara brand yang ramai netizen rekemen. Memandangkan aku tengah kumpul duit untuk beli laptop, so kita beli yang murah sahaja. Brand pun takde. Puas aku belek kotak tapi tak jumpa. 


Dalam video nampak aku menaip slow je sebab sebelah tangan pegang HP untuk rekod, sebelah lagi menaip. If guna dua-dua tangan rasa macam menaip di PC tau. Aku kan selalu update blog pakai handphone. Memang lagi selesa guna keyboard bluetooth. Skrin pun boleh nampak penuh.

Harga satu set ialah RM39.99. Ada banyak pilihan warna, but of course lah aku pilih warna pink sesuai dengan personaliti aku yang lemah-lembut ni. OK sila muntah.

Aku beli di sini :


Nylon clothes storage box


Macam biasa bila tak boleh keluar aku suka mengemas. Beli storage box ni sebab nak nampak lagi tersusun. Kalau letak baju bertindih-tindih, ambil baju di bahagian atas, susunan di bawah dah kucar-kacir. Storage box ni ada partition so bila tarik satu, tak kacau yang di sebelah. Nanti nak beli lagi. Bilalah berpeluang pakai seluar slack dan skirt kan? Dah kerja dari rumah aje. Kalau keluar lagi selesa berseluar jeans. 

Kalau ada tips organise closet macam ni share lah dengan aku. Sebab aku suka tengok barang-barang dalam rumah tersusun cantik. Sejuk mata memandang.

Harga satu tu RM8.50. Aku beli sampai 4 sebab jauh ni dari China. Nasib baik berkualiti. Base kukuh dan kain tak mudah koyak.


OKlah tu je nak share. Thanks for reading!
Read More

KL to Kuala Selangor to Sekinchan

Wednesday 11 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Wrap up entry bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. Tak semua tempat yang aku senaraikan ni aku pergi. Ada yang terpaksa skip sebab faktor masa dan tenaga. Travel at your own pace. Lagipun kali ni aku pergi bersama mak dan ayah, so tak boleh lah melasak macam dengan kawan-kawan.

Tempat menarik di Kuala Selangor:

Bukit Malawati. 

Taman Alam Kuala Selangor . Ia terletak berhampiran Bukit Malawati. Sesuai untuk pencinta alam sebab boleh lihat habitat burung liar, hutan bakau, tasik air payau dan pelbagai flora fauna. Info lanjut boleh rujuk di SINI

Pasar Basah Pasir Penambang. Port seafood murah dan sedap. Jangan lupa bawak bekas Coleman untuk bawak balik masak di rumah atau di homestay. 

Sky Mirror (check dengan travel operator yang menyediakan perkhidmatan ke sana untuk waktu operasi)

Tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan. If nak pengalaman lebih menarik, boleh pergi yang di bawah kelolaan MDKS sebab naik sampan.


'Blue Tears'

Kampung Bukit Belimbing Firefly Park Resort. Resort yang turut menyediakan kemudahan bot untuk melihat kelip-kelip. 

Tempat menarik di Sekinchan:

Padi Box. Tempat penginapan ala kontena berwarna-warni yang terletak di tengah-tengah sawah. Memang viral tempat ni. Boleh dikatakan antara pilihan utama untuk menginap di Sekinchan

Ah Ma's House. Bukan rumah jagaan orang tua-tua tapi 'mini muzium' menempatkan perabot dan hiasan rumah lama. Kalau datang sini rasa macam balik rumah nenek kat kampung. Ada jugak jual kuih kapit dan loveletters tapi aku tak pasti status halalnya. Ada sesape yang tahu?

Pantai Redang

Galeri Padi Sekinchan. Boleh belajar segalanya tentang padi di sini termasuk melawat kilang memproses padi untuk dijadikan beras. PKP ni pihak PLS Marketing tak bukak lawatan untuk orang awam, so aku tak dapatlah pergi.


Sawah padi. Cubala menginap di homestay berhampiran sawah padi. Petang-petang boleh main basikal atau layang-layang.

Tempat makan best di Kuala Selangor:

Cendol Bakar Kuala Selangor

Restoran Dinding Gelas Besar

Rabitah Catering




Mee Udang Banjir

Warung Dimyati Roti Canai Pelangi

Warung Udang Galah

Soto Pasir Penambang



Satay Hut Tanjung Karang

Tempat makan best di Sekinchan:

Mee Udang King Original

Abah Ikan Bakar

Aji Mentarang Bakar

Faridah Mentarang Bakar

Restoran Lembah Bernam. Pernah datang sini 6 tahun dahulu.

Tempat-tempat yang aku senaraikan hanya cadangan sahaja. Macam aku sendiri dari KL kami singgah makan sahaja di Kuala Selangor kemudian terus se Sekinchan (lebih jauh). Malam pertama tidur di Sekinchan, malam kedua di Kuala Selangor sebab dah tau habis tengok 'Blue Tears' dah lewat malam. Itinerary boleh adjust ikut korang datang dari arah mana. Nasihat aku pergilah yang jauh dulu. Nanti takdelah penat untuk perjalanan balik.

Tu jelah nak share. Entahlah entry jalan-jalan dan travelogue ada lagi ke tidak orang baca di musim pandemik ni. Aku tak tau sangat nak menulis kisah lain. Entry ni lama terperuk dalam draf, akhirnya aku publish juga.

Untuk yang sudi membaca, terima kasih. Semoga lepas habis pandemik, entry ini dapat membantu.

Read More