Assalamualaikum dan hai semua! Lately banyak free time jadi mari habiskan cepat entry Turki sebelum hilang ingatan atau hilang mood. Taip entry travel ni biasanya masa baru balik je beria, orang yang membaca pun semangat komen. Lama-lama both reader dan writer pun jemu. Adakah jemu tandanya kena bukak trip baru? Jeng jeng jeng. Sabar ye, tengah kumpul duit. Dah berapa kali weekend aku sacrifice duduk rumah saja demi nak menyimpan. Kalau takde orang ajak keluar memang aku bersyukur. Bosan pun bosanlah, kita bacalah buku ke, mengemas ke, layan Netflix ke, blogwalking ke...
Menjawab persoalan di entry sebelum ini..adakah kami naik the ever famous Bosphorus Cruise? Eh mestilah naik sebab dah dijanjikan oleh agent! Kalau korang survey trip Turki mana-mana travel agent, make sure ada termasuk sekali Bosphorus Cruise ni tau. Mostly travel agent akan cakap cruise ni free, tapi kita semua tahu bayaran dah termasuk dalam pakej. Mana ada benda free dalam dunia ni.
Bosphorus Cruise ni ada macam-macam pakej. Ada yang sekali dengan dinner dan show. Ada yang sampai 6 jam dan ada juga naik yatch tengok sunset. Boleh survey dengan tourist agent yang bersepah di Istanbul atau via online. Tu kalau datang sendiri lah. Datang ikut group macam kami ni memang dapat private tour selama 2 jam. Takde campur group lain. Tiket pun agent dah beli siap-siap so you just get your big fat arse up the boat.
Harga? Aku pun tak tahu berapa harga tapi rasanya tak mahal. Ikut pembacaan aku bila convert harga around RM10 sahaja. If korang datang secara DIY, boleh beli tiket di jeti Eminönü dan make sure beli dari penjual yang sah. Sedangkan di Puduraya ada ulat tiket, takkanlah di Istanbul takde kan.
Snap depan restoran tempat kami lunch. Nampak awan sarat, sarat lagi rindu di hati. Eh
Dipendekkan cerita, dalam hujan renyai kami menuju ke jeti tempat bot cruise berlepas. Ikut je langkah laju Ozgur, lalu celah masjid, celah kedai, tau-tau nampak bot depan mata. Aku belek-belek rupanya aku tak sempat ambil gambar. Dia punya rushing tu macam Istanbul nak runtuh. Sabar jelah aku. Maybe sebab timing dah lari gara-gara sangkut jam tadi.
Tapi, rushing tu hanya sementara. Once bot dah berlepas keadaan kembali tenang. Bot yang kami naik ni ada dua tingkat. Bahagian atas tak berbumbung. Biasa tengok gambar orang naik Bosphorus Cruise ni semua cantik-cantik. So, kita cuba lah nak gambar cantik jugak walaupun muka dah berlemuih.
Kalau nak naik Bosphorus Cruise, bawalah roti untuk diberi pada burung-burung camar yang berterbangan
Takde apa nak buat atas ni. Kita layan view je. Terasa di Eropah sangat. Ada vibe Itali+Southern France gitu. Jadilah buat raso-raso
Kau jangan tanya belah mana Eropah, belah mana Asia. Aku tak tumpu perhatian apa yang Ozgur cakap
Disebabkan hujan yang kejap lebat, kejap renyai , tak dapat duduk dekat kerusi sebab basah. Bak kata Blogger Notie dalam entry sebelum ni, kenapa bawa payung, tak bawak baju hujan? Ya sesungguhnya aku menyesal sebab bawak payung. Agak susah nak berdiri ambil gambar bila pegang payung.
Stadium Besiktas tadi
Entahlah bangunan apa tapi cantik sangat
Masa dok ambil gambar sambil layan view, ada staf cruise ni approach kitorang dan ambil gambar. Dia akan print so kita boleh beli kalau nak. Aku cakap awal dah aku tak nak tapi dia snap jugak. Aku malas nak beli sebab gambar tu aku sorang. Kalau satu famili ke dengan kawan-kawan ke menarik gak nak simpan. Diorang tak paksa beli tapi kalau beli pun harga tak mahal. Adalah dia design sikit, ala macam gambar kalau kita gi zoo tu. Photographer/ designer tu bawa portable printer dan boleh dapat sebelum turun.
Tak lama aku duduk atas sebab sejuk. Gagal ramalan cuaca aku trip kali ni. Sebelum datang weather forecast kata Istanbul panas ting ting. Sekali hujan pulak. Agak spoil the mood. So, aku turun ke bawah.
Suasana dek bawah
Tingkat bawah lebih selesa sebab tertutup so tak sejuk sangat. Ada jual air jugak dan jajan tak silap aku tapi aku tak beli apa-apa.
Tak silap aku inilah Bosphorus Bridge yang menghubungkan Istanbul benua Eropah dan Istanbul benua Asia. Aku tengok dokumentari, ada acara marathon tahunan di sini. Cinta antara benua? Lemah! Ini larian antara benua OK.
Ada koridor sikit so kita pose ala-ala Rose nak terjun dari Titanic. Ni di tingkat bawah. Berbumbung so takde masalah tak pakai sweater
Hujan reda sikit, aku naik atas balik dan duduk di salah satu kerusi untuk bergambar kenangan. Kot lah korang tanya kerusi tingkat atas rupa macamana. Aku duduk atas sweater sebenarnya sebab tak nak seluar basah.
Pose pening kepala tu trademark
Settle cruise barulah matahari keluar. Sabar jelah. Takpelah, nak buat macamana kan. Alhamdulillah takde siapa yang mabuk laut ke apa ke. Cuma aku terkilan lupa snap gambar bot dari luar. Sampai jeti ingat nak ambil gambar, tapi aku dok kesejukan terus simpan je tangan dalam poket. Kelemahan aku tulah, tak tahan sejuk. So kalau aku travel musim sejuk mesti gambar sikit je. Huhu.
Actually time aku pergi ni musim panas nak masuk autumn, so ikut kan suhu macam di Malaysia je. Cuma itulah hujan dan berangin tiba-tiba, aku pulak hanya bawak sekaki payung lipat dan sweater fleece H&M. Asalnya plan nak bawak 'Down' tapi takut over so padanlah muka aku. Down actually better sebab kalis air. Ni fleece bila kena hujan memang basah lah.
Anyway kalau korang datang Istanbul memang wajib sangat-sangatlah naik Bosphorus Cruise ni sebab boleh tengok view cantik kiri kanan sepanjang selat Bosphorus. Boleh nampak bangunan-bangunan ikonik Istanbul macam Istana Topkapi dan Hagia Sophia.
Cakap pasal Hagia Sophia, Ozgur kata kali ni nak buat cubaan kedua ke sana sebab last time tak dapat masuk. Wah, berbunga hati sis mendengar. Haraplah kali ni tak patah hati. So, dapat ke tak masuk kali ni korang tunggulah next entry ye. Thanks for reading!