Homestay Tengah Sawah di Sekinchan

Wednesday 4 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku janjikan, nak review homestay yang aku dan keluarga menginap di Sekinchan. So, kalau korang tercari-cari penginapan homestay murah dikelilingi sawah bendang, bolehlah consider Homestay Pepadi ni.

Mungkin korang tertanya-tanya, kenapa tak menginap di Padi Box yang viral tu? Masa aku suggest pada mak ayah aku, diorang cakap diorang dah pernah pergi, adik lelaki aku dan isteri dia bawak. Wah..lagi pantas dari aku! So kita cari lah tempat lain. Kali ni aku pilih yang lebih privasi.

Homestay Pepadi ni kecil aje. 2 chalet berkembar warna putih yang terletak betul-betul di kawasan sawah padi Pasir Panjang, Sekinchan. Teringin juga nak duduk rumah kecil di tengah sawah ala-ala drama Nur Kasih gitu.


Kami book satu chalet sahaja. Berurusan dengan tuan rumah melalui whatsapp. Tuan punya homestay tak datang menyambut ketibaan kami, tapi kunci ditinggalkan dalam kotak kecil dan kami diberi kombinasi nombor untuk membukanya. Ha..rumah kampung tapi stail moden tau.


Memang sesuai untuk barbecue dan lepak minum dengan famili petang-petang. Tapi pondok ni kena share dengan penyewa chalet lagi satu. Masa kami menginap di sini, ada juga 2 lelaki berbangsa Cina menginap di chalet sebelah kami. Diorang lepak di sini pagi-pagi untuk breakfast. Aku dan famili pulak duduk malam-malam tengok bintang. Memang cantik stargazing di kawasan kampung sebab langit clear takde pencemaran cahaya dan asap macam di bandar. Pandai-pandailah tolak ansur. Takut berebut, book lah dua-dua chalet.

Padi masih baru ditanam. Nak view cantik, datang time padi menguning

2 katil, satu queen, satu single. Kami datang empat orang, so sorang mengalah la tido kat atas lantai. 

Jangan risau sebab tido atas lantai pun selesa. Ada banyak toto dan bantal ekstra disediakan

Dapur kecil sahaja, tak boleh memasak

Bilik air basic. OKlah, takkan nak expect bath tub pulak

Homestay Pepadi ada aircond, tapi bila petang-petang syok bukak tingkap



Excited tengok orang menanam padi masa ni. Ingatkan pakai 'kuku kambing' lagi macam dulu. Ketinggalan zaman la kau Sal, ni zaman moden pakai jentera dah.

Harga menginap di Homestay Pepadi adalah RM120 semalam. Cukup berpatutan untuk homestay yang turut menyediakan TV dengan siaran MyTV, peti ais, air cond, kipas, sejadah dan telekung dan juga iron agar aku boleh bajet ayu bertudung bawal.

If korang nak menginap di Homestay Pepadi boleh contact number ni : 017-614 4720 (Hafizi). If tak dapat boleh contact via Facebook Homestay Pepadi atau melalui laman Agoda atau AirBnB. Stail aku kalau homestay di Malaysia, aku lebih suka berurusan terus dengan owner. Senang nak tanya apa-apa. If ada masalah, telefon sahaja.

Tu jelah entry kali ni. Doakan cepat kita dapat bebas lagi macam sebelum wujudnya Corona.

45 comments

  1. org yg x penah tgk sawah mmg teruja laa booked tempat ni. kenapa x bw layang2? bleh layan kt tepi sawah tu sambil digigit lintah n pacat hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ello..sawah kat Jepun pun I olls pernah tengok tau. haha. tak terfikir pulak time tu bawak layang-layang. lagipun takde bebudak, tak best

      Delete
    2. sawah kt jepun x thrilled xde pacat xde lintah. pacat/lintah kt sini gumuk gumuk belaka��������

      Delete
    3. pacat kat Jepun lagi ganas. pakai pedang samurai

      Delete
    4. pacat lintah sini ok je. x #koyak pn������

      Delete
  2. Boleh masuk dalam list untuk pergi nanti lepas PKP.

    ReplyDelete
  3. Indah permai lihat pesawah moden, kawasan lapang luas mata memandang, pandai cari tempat beranginan, bonda ayahanda Sal lagi kedepan dah merasa yang viral..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan..lagi advance dari saya. lagipun masa ni covid baru nak reda (sebelum PRN Sabah dan varian Delta), jadi masih tak berani pergi tempat viral

      Delete
  4. Boleh tengok sawah padi dekat-dekat. Hehe satu pengalaman baru.
    Haah kemudahan asas sahaja. Rasa yang menginap bukan hendak ada kemudahan yang merepek-repek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul. kemudahan asas cukuplah untuk homestay di kampung. lainlah kalau tido hotel mewah

      Delete
  5. Haha anak2 bandar mmg teruja la nk tido/ menginap kt homestay mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asyik tengok hutan batu je, memang teruja dapat lapangkan mata

      Delete
  6. bila nak boleh rentas negeri ni , tak sabar nak pergi bercuti , tapi first sekali nak balik kampung dulu lah

    ReplyDelete
  7. Haaa best nya kan chalet tengah sawah padi.
    Memang teringin gak nak stay camtu..
    Bila la bole bebas bercuti kan...

    ReplyDelete
  8. Wahhh tq sharing boleh masuk dlm wishlist ni nak merasa duk kat bendang

    ReplyDelete
  9. Cantik pemandangan kalau padi tengah menguning

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni tak boleh tunggu. kerajaan announce je boleh rentas daerah, terus pergi. huhu

      Delete
  10. Bestnya stay kat rumah tengah sawah ni. Pepagi mesti rasa best tengok view dengan fresh air. Lepas ni boleh lah bercuti kat sini. Stay sehari pun jadilah. Dapat jugak merasa suasana kampung tengah sawah. Dulu selalu fikir kalau stay tengah sawah ni panas. Rupanya ada air cond juga. Bagus dia punya penginapan ni. Selesa dan siap ada toto lagi. Nice lah tempat ni Sal. Tq share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. siang memang panas Fizah, tapi malam sejuk. aircond bukak siang je

      Delete
    2. Ohh panas jugaklah ye siang tu. Syukurlah ada air cond. Kalau ada kipas sahaja memang duk lepak luar je lah.

      Delete
  11. Seronoknya, baru cakap dengan en suami, seronok ni kalau dapat bercuti cari tempat yang dikelilingi kehijauan atau pantai.

    ReplyDelete
  12. Belakang rumah saya sawah.. So, dah jemu juga tengok.. kena cari port tepi laut pun ok jugak..

    ReplyDelete
  13. Syiok angin ptg2 klau dduk sawah padi ni..

    ReplyDelete
  14. kalau pakai kuku kambing tu entah malam pun tak siap lagi satu kotak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tapi pernah tengok orang dulu pakai kuku kambing tu tanam padi laju je. tapi of course guna mesin lagi laju

      Delete
  15. Syioknya boleh layan angin petang kalau duduk tepi sawah camni :)

    ReplyDelete
  16. LAPANG SAUJANA PANDANGAN DUK TENGAH BENDANG KAN SAL NYAMAN PERMAI

    ReplyDelete
  17. Seronoknya lepak2 tgk sawah padi gini.. bilalah agaknya dpt jalan2 ke kl lg

    ReplyDelete
  18. meme dah lama merancang nak gi Sekinchan tp apakan daya.... covid pemusnah segalanya...huhuhu...

    ReplyDelete
  19. Kat Sekinchan tu memang banyak tempat menarik utk menginap, kan? Akak juga yang asyik plan sampai ke sudah tak sampai-sampai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lain kali jangan plan kak. Kitorang kerajaan cakap boleh je rentas daerah, terus apply cuti dan pergi.

      Delete
    2. Betul jugak tu. Lain kali kena ikut approach Sal lah. Tak payah plan. Prepare je RM siap-siap. Once line clear, kita redah! 😊

      Delete
    3. Insha Allah, bercuti di Malaysia tak adalah banyak ongkos yang keluar sseperti becuti luar negara

      Delete
    4. Ongkos extra buat beli makan makan dan makan lagi hahahah

      Delete
  20. Cantik dan kemas. Syok jer mata tengok sawah padi tu. suka sangat

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah. Ada suasana sawah padi yang boleh dinikmati. Time padi menguning tentu meriah dengan pemandangan burung berterbangan!

    ReplyDelete
  22. Best tu dikelilingi sawah bendang, bangun pagi pagi boleh tengok kehijauan. Tenang gituu hahaha

    ReplyDelete
  23. Sekali sekala bercuti tempat cam ni, best jugakkan.. nak2 time pagi menghijau.. sejuk nya mataaa

    ReplyDelete
  24. Bestnya... Ni lah tempat yang dicadang oleh guru saya untuk pergi berjalan tgk pemandangan sawah padi tapi masih belum terlaksana lagi.. Habis PKP entah bila lah..

    ReplyDelete
  25. bestnya..dulu pergi balik hari..

    ReplyDelete
  26. syioknya lepak tepi sawah padi kalau padi menguning lagi best ootd.. bila lah nak pi ni

    ReplyDelete
  27. Berbaloi betul harga homestaynya.. Cantik pemandangan bila padi menghijau atau menguning.. Ohsem.. hehehe

    ReplyDelete
  28. Alahai seronok ya duduk tgh sawah. Bangun tidur tgk oadi menghijau alahai sejuk mata

    ReplyDelete
  29. masa pegi sini weekend haritu tak teringat pun nak bawak baju..tapi husband ammi cakap takut gak nak duduk hotel, homestay awal2 ni. tempat lama kene tinggal..kang ada pulak 'kawan' tumpang menginap sekali

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah