Jari Manis, Pakwe Mat Saleh dan Goodbye Capital One

Wednesday 28 January 2015

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Tu dia, tajuk entry tak mesra SEO langsung! Biasa hari Rabu, blogger buat 'Wordless Wednesday', tapi aku buat 'Rojak Rabu'. Hahaha..dah memang spesis tunggu ada mood baru update blog, memanglah gitu.. Dan hari ni aku memang ada mood. Macam-macam mood ada - happy, kecewa, excited, penat, lapar, bengang... bercampur aduk macam entry ni jugak.

Al-kisahnya..macam biasa, bila dah gaji baru terhegeh-hegeh nak bayar bil. So, kelmarin dok selak satu-satu bil yang ada sambil menyumpah Astro sebab makin mahal. Tapi, kalau terminate tak dapat tengok Maharaja Lawak Mega dan citer hindustan kat Zee TV... Pastu tengok bil air pulak, walaupun dimanjakan oleh subdidi Kerajaan Selangor, tetap jugak sangkut 0.85 sen. Bersyukurlah, orang negeri lain tak dapat pun tau.. Oh, sila jangan komen berbaur politik kat sini ye.

Di celahan bil-bil tersebut, aku terlihat entiti asing..rupa-rupanya poskad. Macam pernah ku dengar nama tempat ni, tapi di mana ye..


Selak belakang (ke selak depan?), rupa-rupanya...


Oh my Gucci! Poskad untuk aku rupanya! Tengok cop tu, dari Phetchatburi, Thailand! Bukan dari Charyl Chappuis , tapi dari one of my favourite travel blogger, Jari Manis. Terharunya, kak JM sudi curi masa untuk menghantar poskad pada aku walaupun sedang bercuti. Biasa orang balik baru bagi souvenir, tapi ni tengah dok bergumbira masih sudi ingat pada rakan blogger dia yang sorang ni. Dahlah tak bagitau awal-awal, saja buat surprise kan! Sayang kak JM ketat-ketat!!

Aku stalk blog kak Jari Manis yang manis ni dah lama, sebab memang suka baca cerita travel dia. Trip aku ke Gold Coast n Sydney pun banyak research kat blog Jari Manis travel list sebab gaya dia menulis yang detail. Thanks kak, semoga terus dimurahkan rezeki dan dapat jodoh yang baik dan suka travel gak. Hehehe. N thanks jugak sebab selalu komen kat blog merapu saya ni. Korang dah terjah belum blog dia? Kalau belum, pergilah cepat-cepat. Kak JM ni peramah orangnya dan rajin blogwalking. Tak mampu aku nak bw serajin dia.


Oklah, kita masuk citer twitter plak.. Korang ada twitter tak? Kalau ada, mehlah kita saling follow mengfollow. Semalam, tetibe ada pakwe mat saleh kat atas ni follow twitter aku. Aku ingat pemain bola mana tadi nak berkenalan, makcik dah berangan nak sekapal ngan Victoria Beckham, Ayu Raudhah dan Shakira. Hahaha..tak payah berangan lebih! Aku selalu tweet dalam bahasa Melayu, mana mungkin dia faham.  Mamat ni sesat kot. Sebab aku memang banyak follow twitter pemain bola, so maybe dia terklik nama aku time tengah scroll. Entah-entah dia nak ajak aku sokong Everton? Sorry Honey, I'm a Liverpool supporter. You'll never walk alone!!!

Korang kalau nak follow aku, klik sini!

Cakap pasal Liverpool, tetibe rasa frust, sebab Liverpool dah tersingkir dari Capital One Cup selepas kalah 1-0 pada Chelsea di Stamford Bridge pagi tadi. Gol dijaringkan oleh Ivanovic pada masa tambahan. Kalau Suarez masih ada mungkin Ivanovic akan kena gigit lagi.. Tak, aku rasa dia akan gigit Diego Costa. Berani dia memijak Skrtell dan bergaduh dengan Steven Gerrard. Nobody pick up fight with a legend! Tapi Costa memang biasa main ganas macam ni masa ngan Atletico. Kalau tidak, takdelah peminat La Liga gelarkan Atletico Madrid ni 'Team WWE'.

Honestly, Liverpool sepatutnya boleh menang masa main kat Anfield hari tu, sebab dapat banyak peluang, tapi semuanya diselamatkan Thibaut Courtois. Berbanding Chelsea yang hanya one shot, tu pun penalti, boleh pulak masuk! Terkenang zaman Courtois dipinjamkan untuk bermain dengan Atletico Madrid tahun lepas. Memang susah gila nak bolos.

Eden Hazard of Chelsea- one of my favourite striker. Regardless.

Itu sahaja sesi merapu hari ni. OKlah, aku nak pergi bayar bil. Kang streamyx kena potong, tak dapat nak blogging. Lagi naya kalau air kena potong. 85 sen pun duit jugak kan. Anyway, thanks for reading guys!

Sometimes I wish I'm that normal girl yang tengok Running Man dan drama kahwin paksa dan apa-apa lagi. 


Read More

Siapa James Tan?

Friday 23 January 2015

Orang kata setiap pekerjaan ada ups and dows. Ada benda best, ada yang tak. Dalam pekerjaan aku, antara perkara yang best adalah peluang berjumpa dengan ramai selebriti. Selebriti tak semestinya pelakon dan penyanyi, tapi boleh jadi chef, pendakwah, ahli akademik, usahawan ternama, kartunis dan ratu cantik. Antara yang paling aku ingat adalah Robbie Fowler- pemain bola sepak England, Managing Director Bata Malaysia-Paolo Grassi, Datuk Lat, Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Azharuddin Abdul Rahman of DCA dan Nizam Razak. Baru-baru ni aku berpeluang berjumpa dengan James Tan pulak.

Tengok gambar bawah ni...comel kan dia. Sekali tengok mesti ingat dia ni model atau bintang KPop. Aku pun masa first time tengok dia depan mata, terus cair. Kalau nak berkenalan dengan si comel ni, bacalah sampai habis. Udah-udah tengok gambar aku ngan dia, bebulu biji mata tu kang. Hehehe.


Siapa dia ni? Inilah dia Kapten James Anthony Tan. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang telah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia pada usia 21 tahun menggunakan pesawat enjin tunggal jenis Cessna Silver Eagle. Beliau telah mencipta nama dalam Guinness Book of Records, World Record Academy dan The Malaysia Book of Records sebagai pilot termuda yang melakukan penerbangan sedemikian. Umur 21 tu!

Office aku jemput dia untuk bagi talk dan share experience. Tempat terhad, so aku grab lah peluang ni. Bukan senang dapat jumpa somebody yang ada World Record der!

So, most of things yang aku share ni merupakan cerita dari dia sendiri ye. So, here goes..

James Tan dilahirkan di Kajang, dan menetap di Hulu Langat. Yup, bukan Bangsar, Damansara atau Jay Bee Peace Yo! Masa kecik-kecik, dia sama sahaja macam kanak-kanak lain, tapi, bila masuk sekolah, beliau dan orang sekeliling perasan yang James tak boleh membaca dan menulis. Pada umur 8 tahun, James disahkan mengidap Dyslexia. Ramai yang tak nak berkawan dengan dia dan menganggap dia ni pelik dan bodoh. Kesiannya, kalau dia sekolah ngan aku conform aku dah amik jadi adik angkat. Hahaha.

Dyslexia merupakan sejenis 'mental disorder' di mana orang-orang yang mengidap penyakit ni bukan saja tak boleh membaca dan menulis macam orang normal, tapi mempunyai memori yang terhad, lambat faham dan gagap. Masa Kapten James Tan ni bagi talk aku perasan yang ada kalanya dia gagap sikit. Tapi memang respect lah dia, dalam dok gagap tu, cakap depan kitorang rileks dan confident je. Kalau aku lah kan, elok tak gagap terus jadi gagap!

Kalau ikut cerita beliau, James ni dah jatuh cinta pandang pertama dengan aku kapal terbang pada usia 5 tahun, sewaktu mengikut ibunya ke Airport. Sejak dari hari tu beliau mula meminati dunia penerbangan. Kecik-kecik dah dapat pencerahan kan...

Dalam pada dyslexic tu, James telah mendapat lesen pilot di UK pada usia 18 tahun! Course yang orang lain belajar 4 tahun, dia kaw tim 4 bulan je! Kita umur 18 baru nak apply lesen keter dik non! Tamat belajar, biasanya orang berfikir untuk mencari kerja, tapi beliau teringin nak buat something yang akan meninggalkan permanent impact dan orang akan ingat dia sampai bila-bila. Time tu lah timbul idea nak buat penerbangan solo mengelilingi dunia.

Credit : Google

Kat sini aku respect dia, sebab kalau dia nak mintak any billionaire from UK or Dubai ke, ramai je yang boleh taja dia. Tapi, dia balik Malaysia dan nak start dari negara kelahiran dia sendiri. Dia nak orang tau dia dari Malaysia. Pada awalnya tiada siapa berminat nak menaja cadangan gila James Tan ni. 59 proposal dihantar ke 59 syarikat semua ditolak mentah-mentah.Sampailah beliau berkenalan dengan seorang wanita (aku lupa siapa nama dia, ada mention) yang mempunyai kenalan dalam Jabatan Perdana Menteri . Dengan usaha beliau, proposal sampai kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. PM sendiri memberi sokongan kepada projek tersebut, memudahkan usaha James mendapatkan sponsor.

Tapi kau ingat boleh sesuka hati je terbang? James telah dilatih bersama MINDEF dahulu, untuk survival tips kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku. Siap kena campak tengah laut lagi! Projek '1Malaysia Mission Around the World' (1RTW) ni dianjurkan oleh Young Pilots Association Malaysia, Malaysia Felda Youth Council dan 1M4U. Tajaan pula dari Yayasan Felda dan Tenaga Nasional.

Akhirnya, pada tarikh 26 Mac 2013, Kapten James Tan telah berlepas dari Langkawi, sempena pameran LIMA 13. Projek 1RTWmengambil masa 48 hari dengan menaiki kapal terbang jenis Cessna Silver Eagle merentasi 20 negara dengan 30 perhentian . Terbang sorang-sorang bukannya mudah. Beliau terpaksa memenuhkan kapal terbang dengan bergelen-gelen tong simpanan minyak, melakukan pit stop di beberapa buah negara, merentasi cuaca buruk dan suhu yang sejuk. Paling menarik masa dia cerita pengalaman merentasi gunung berapi, kehilangan GPS dan berada di kawasan sejuk di mana tiada manusia dalam lingkungan 1000 km. Memang hati kering budak ni! Yelah, kalau jadi apa-apa kat atas tu sape nak tolong.


So, selain dari nak bagi korang jeles lepas tengok gambar comel dia tu, aku share ni sebab aku rasa kagum dengan dia. Muda-muda dah ada cita-cita besar. Walaupun tak sempurna macam orang lain, tapi dia telah membuktikan yang dia boleh berjaya. Memang inspired! Paling aku ingat quote dia 'In order to be someone you want to, you have to sacrifice who you are'. OK Sal, kau jangan malas-malas lagi pas nih!

Jeles ngan orang tak takut tinggi ni oi! Aku ni kalau naik flight, terangkat je tayar dari track terus muka pucat lesi. Selagi tak touch down tak tenteram.. Tapi, pas dengar motivasi James Tan ni rasa nak jadi traveller tegar pulak. Hehehe.

Sumber- sumber lain :

Berita Harian - Rabu 27 Mar 2013 - Tirai LIMA '13 dibuka

New Straits Times - Sabtu 8 Feb 2014 - Flying High

http://www.malaysiandigest.com/opinion/65212-captain-james-tan-the-young-and-fearless-engine-whisperer.html

Berita tambahan : Real Madrid baru sign up budak umur 16, Martin Ødegaard.Umur 16 tahun dah dapat gaji £80,000 per week. Wowww..


Thanks for reading, guys! So, siapa nak terbang dengan saya? But don't worry, I'm not the pilot *.*




Read More

#TorresIsBack!

Friday 16 January 2015

Assalamualaikum semua! Today is a good day..because Torres is back!!! Back to where? Back to reality?  Back to the future? Backstreet back, alright!? No no no, Fernando Torres, a.k.a El Nino telah membuktikan dia masih berbisa sewaktu perlawanan menentang Real Madrid di Santiago Bernebeau, homeground Real Madrid sendiri. Yeah, walaupun Atletico Madrid hanya seri 2-2 dengan Real Madrid, namun dengan agregat 4-2, Atletico Madrid telah layak ke Suku Akhir Copa Del Rey. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Fernando Torres, assist by Antoine Griezmann. Gol pertama dijaringkan tak sampai seminit selepas kick off separuh masa pertama dan macam dejavu pulak, gol kedua pun sama, dijaringkan pada minit ke 46, separuh masa kedua.


Aku memang jarang update pasal liga kelab-kelab Sepanyol kat blog aku ni walaupun ironinya aku peyokong Spain. Dari awal lagi aku tak boleh decide which is better, Barcelona or Real Madrid. Sebab kat dua-dua kelab pun ada pemain-pemain yang aku minat. Masa zaman Raul Gonzales dulu memang aku suka tengok Real Madrid. Pastu muncul pulak Carlos Puyol dan Iniesta, buat aku tertarik nak tengok Barcelona.

Tapi pada 2013, bila dapat tahu David Villa transfer dari Barcelona ke Atletico Madrid, I was like, kelab apa tu? Tapi coach dia Diego Simeone, bukan calang-calang coach weh. Gigih aku cari jersey Atletico Madrid satu, dan tak pasal-pasal follow kelab tu. Gandingan Villa dan Diego Costa berjaya membantu Atletico Madrid menjuarai La Liga 2014. Tapi tulah tahun pertama dan terakhir aku tengok gandingan diorang sebab Villa kemudian memilih untuk 'bersara' di New York FC dan Costa berpindah ke Chelsea FC. Yang tinggal hanyalah aku dan jersey merah putih ni..hehe. Memandangkan Atletico Madrid bukanlah kelab yang famous kat Malaysia ni ramai yang usha pelik setiap kali aku pakai baju diorang.

Berita kepulangan Fernando Torres ke Atletico Madrid hujung tahun lepas membuatkan jutaan penyokong Atletico Madrid gembira tak terkata sebab Atletico merupakan kelab pertama Fernando Torres, dari tahun 2001 - 2007.Seolah-olah dia kembali ke kampung halaman. Ibarat Amri Yahyah balik main untuk Selangor! *harapan* Hehehe. Walaupun ramai yang mengatakan Torres dah macam hampeh selepas Euro 2012, namun ramai yang masih percayakan dia. Termasuklah aku! So,pagi tadi dia telah membuktikan yang he's still got it!

Check out his awesome goals!

So, watch out people...Barcelona? Real Madrid? Nah, Aupa Atleti!

Mati-mati hari tu aku ingat Torres akan berpindah ke JDT.

Nota kaki: Entry ni hanya luahan peribadi. Any comments are welcome, tak komen pun takpe. Aku faham. I'm one happy girl today and I'm glad I've got this blog to let it all out ;)

Read More

Senarai Pemenang FIFA Ballon d' Or 2014

Tuesday 13 January 2015

Malam tadi, lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia, telah berlangsungnya 2014 FIFA Ballon d'Or Award di Zurich, Switzerland. Oh tak, Kak Sal korang tak tengok. Tak mungkin aku nak berjaga demi nak tengok pemain-pemain bola sepak walaupun kebanyakan diorang ni tall, dark and handsome seperti yang disarankan oleh YB Khairy Jamaluddin. Dah pakai jersey bola pun kacak, kalau pakai tuxedo lagilah kan. Maka, dengan tidak menonton majlis malam tadi aku telah membuktikan yang aku tengok bola bukan kerana pemain-pemain hensem. Yay!!!! Ah, kalau ye pun, peduli apa aku. Bukan korang yang bayar bil Astro aku!

Siapa pemain terbaik FIFA tahun ni? Ronaldo or Messi? Jeng jeng jeng!!!!

So, korang nak tau tak sape menang FIFA Player of the Year- Ballon D'Or ni? Kalau korang tak nak tahu pun aku nak bagitau jugak. Sape lagi kalau bukan bintang Real Madrid yang berasal dari Portugal - Cristiano Ronaldo!


Dah kenapa muka Ronaldo dalam gambar kat atas macam tak caya je dia menang lagi untuk tahun kedua berturut-turut? Tahniah Cristiano Ronaldo!

Semenjak 2009, kalau bukan Ronaldo, Lionel Messi yang menang award ni. Ini Ballon d'Or ketiga bagi Cristiano Ronaldo. Messi hebat lagi, dia dah ada empat. Selain dari diorang berdua, calon favourite lain kali ini adalah Manuel Neuer, penjaga Gol Germany dan Bayern Munich. Terkenal dengan keberanian meninggalkan gawang gol, sampai terkeluar dari kotak penalti dan blend in bersama pemain defend, but somehow berjaya menyelamatkan shots. Hebat, bukan? Aku rasa keeper Singapore mendapat inspirasi dari dia sewaktu perlawanan menentang Malaysia tempoh hari. Hehehe. Keeper kat mana, keeper kat mana..

Personally, kalau korang tanya aku, aku suka Ronaldo ke Messi..aku susah nak jawab. Ronaldo shots power, lari laju, free kick cantik. Messi pulak dribble yang smooth, susah nak tackle dan sangat lincah. Kedua-duanya pun ada khebatan sendiri. Siapalah aku nak bagi pendapat, hanyalah gadis biasa yang tengok bola sebab David Villa suka-suka je. Bukan fanatik mana pun.

Alang - alang dah bukak cerita Ballon d' Or ni, meh la kita tengok senarai penuh pemenang. Kot terselit nama Safiq Rahim ke..

Senarai Pemenang FIFA Ballon d' Or 2014
  
FIFA Player of the Year - Cristiano Ronaldo - Portugal

FIFA Women's World Player of the Year - Nadine Kessler - Germany

Men's World Coach - Joachim Loew - Germany. Dah menang world cup dapat award pulak. Rezeki dia menang berganda di tahun 2014.

Women's World Coach - Ralf Kellermann - Germany

Presidential Award - Hiroshi Kagawa

Fair Play Award -  All volunteers at FIFA competitions

Puskas Award  - James Rodriguez - Colombia. Award yang ni merupakan people's choice, di mana gol yang James jaringkan sewaktu perlawanan menentang Uruguay di World Cup mendapat undian tertinggi sebagai gol paling cantik. Check out his goal here. Padan muka Robin Van Persie tak menang! Sakit hati header 'Flying Dutchman' sewaktu membelasah Spain 5-1 masih berbekas di hati aku. Hahaha.

Puskas Award layak dimenangi mana-mana pemain bola sepak dari segenap pelusuk dunia yang bermain di liga professional. Jangan tak tau, runner up category ni perempuan tau. Yup, pemain perempuan pun boleh dicalonkan asalkan gol tu cantik dan rare. Stephanie Roche, pemain dari Ireland, telah menghasilkan gol ini. Mujur dia tak menang, kalau tak, malulah pemain-pemain lelaki lain. Mohon jerut diri dengan tali but.

FIFPro World XI - Top Eleven of the Year


Top eleven dipilih melalui undian oleh pemain-pemain dan coach serata dunia yang bermain di peringkat profesional. Biar betul guys, David Luiz? Lulz...Haha, since ni pilihan pemain-pemain bola, bukan FIFA, FAM mahupun BAM, so terima jelah. Orang kata Jauhari yang mengenal Manikam. Hehehe

Credit image and info : FIFA.com

OKlah kalian, harap ada yang singgah sini hasil google search 'pemenang Ballon d'Or 2014'. Traffic blog aku ni slow je 2,3 menjak ni tak ubah macam jalan kat KL di pagi hari sejurus berakhirnya cuti sekolah. 

Till then, majulah sukan untuk negara!
Read More

of Charlie Hebdo and Islamophobia

Monday 12 January 2015

Islamophobia

- a term for prejudice against, hatred towards, or fear of the religion of Islam, Muslims, or of ethnic groups perceived to be Muslim.

Just in case korang terlepas berita sensasi ni, korang patut baca link bawah ni:

12 Died in Attack on Paris Newspaper Charlie Hebdo

But let me tell you, berita ni ditulis oleh The New York Times, surat khabar Amerika, so tak perlulah percaya seratus peratus.

Tragedi ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. One side akan cakap pasal Jihad, the other akan cakap yang Islam tak menggalakkan keganasan. Dua-dua pendapat pun ada betulnya. Yelah, orang hina Nabi Muhammad s.a.w, takkan umat Islam nak diam je. Ironinya, tragedi ni terjadi beberapa hari selepas sambutan Maulidur Rasul. Yup, for them yang menembak tu, mungkin itu caranya diorang tunjuk yang diorang sayangkan Nabi Muhammad s.a.w. Kononnya lah kan..

Bagi orang barat, 'gurau kasar' macam ni perkara biasa. Diorang 'bahan' pemimpin diorang, pemimpin negara orang lain, even Pope diorang sendiri pun boleh jadi bahan komedi.Apatah lagi icon agama orang lain, lagilah diorang selamba tok nek dia je.


Tragedi tembakan ini telah meniupkan sentimen Islamophobia di Perancis. Perancis is one of the very few negara Barat yang sangat tolerant kepada penganut agama Islam, selain dari Jerman. Aku tak pernah pergi sana, tapi itulah yang aku baca. Betulkan aku kalau aku silap. Tengok jelah dalam arena bola sepak France, ramai pemain beragama Islam macam Zinedine Zidane, Karim Benzema, Samir Nasri dan Eric Abidal mendapat layanan sama rata macam pemain beragama lain.

Sejak tragedi WTC - 9/11, umat Islam mula dipandang serong oleh sebahagian besar penduduk dunia. Tak percaya, korang tengoklah filem 'My Name Is Khan'. Tak semua filem tu seratus-peratus fiction, ada kebenaran yang terselit kalau kita cuba kaji. Korang pernah tengok 'Iron Man 3'. Dalam filem tersebut, ada pengganas bernama 'Mandarin', memiliki persona ala Osama bin Laden. Mandarin telah mencetuskan kekecohan dengan mengebom beberapa tempat dan media terus mengaitkan dia dengan Al-Qaeda, so-called pengganas Islam dan whats not. Rupa-rupanya, 'Mandarin' tu hanyalah seorang pelakon, watak rekaan penjahat orang putih. Thank you, Marvel, for sending the message.

Berkali-kali umat Islam cuba nak beritahu dunia yang agama kita tak menggalakkan keganasan, kita cintakan keamanan, kita ni tolerant, tapi setiap kali pun hujah kita ditolak mentah-mentah. Yang peliknya, berjuta-juta umat Islam dibunuh di serata dunia, tak pulak pemimpin dunia nak bertelagah pasal tu. Takde siapa nak bela nasib diorang, harapkan saudara seagama yang kadang-kadang leka dengan hal dunia diorang sendiri.


Berbalik pada cerita Charlie Hebdo tadi, peristiwa ini telah menimbulkan isu 'kebebasan bersuara'. Tapi kalau kau tanya aku, memang tak patut kita buat lawak pasal agama orang, walau macamana open-minded sekali pun kita. It's just so dead wrong, (pun intended)!

Sewaktu tragedi tebusan di Sydney, Australia, ada orang tanya aku, orang Aussie racist tak? Tak berani lah nak cakap, sebab aku ke sana sekejap sahaja. Tapi ada ramai je orang Islam di Australia kan...takdelah pulak dengar cerita yang bukan-bukan. Just that, pengalaman aku sendiri, hari terakhir aku di Sydney, rata-rata surat khabar Sydney sedang heboh pasal gerakan ISIS. Kau bayangkan, walking around in airport with your tudung on, and people are stealing glances at you. One kid, aku jumpa dalam toilet nampak sangat takut bila nampak aku, aku terpaksa keluar sebab takut jadi drama sebabak di negara Koala tu.

Apa-apa pun, bagi aku, 12 orang yang terbunuh tu doesn't deserve that! So not..diorang ada ahli keluarga dan mungkin diorang takde kaitan pun dengan kartun yang disiarkan tu. In fact, one of them merupakan seorang polis beragama Islam. Al-fatihah and Rest In Peace, officer Ahmed Merabet.. Baca sini . My condolences to the affected families and for the people of France. Aku faham kemarahan golongan ekstremist tu, tapi tindakan diorang hanya memburukkan nama Islam di mata dunia yang memang tunggu peluang kita buat silap macam ni.

Tak semua non-muslim tu Islamophobic. Most of them just nak hidup aman tanpa perang, macam kita jugak. Ada non-muslim yang baik, dan ada muslim yang jahat. Islam is a perfect religion, yang tak perfect adalah penganutnya. Islam bukan agama keganasan. Membunuh merupakan salah satu antara dosa-dosa besar. Nabi Muhammad s.a.w sendiri seorang yang berhemah tinggi, tak melenting apabila dihina dan dicaci. Bahkan baginda melayan musuh Islam sampai mereka sendiri malu dengan keperibadian Rasulullah s.a.w. Tapi, entahlah...macam payah je kan nak bagi diorang faham? Just that, hati-hatilah... Wallahu'alam.

Hats off, Mr. Affleck!

Nota kaki : Ayat paling power aku pernah dengar "Tegakkan Islam dalam dirimu, Islam akan tertegak di dunia".
Read More

Kansas? Taklah, Sekinchan je!

Friday 9 January 2015

Assalamualaikum semua! Entry ni merupakan sambungan dari kitorang makan-makan kat Restoran Lembah Bernam . Settle makan, takkan nak balik terus kan? Penat tau datang jauh-jauh dari Ampang (macamlah aku yang drive!). So, bila abang ipar aku (Abe Ngah) bagitau yang Abang Kadir (tauke Restoran Lembah Bernam) ada kebun jagung, aku terus excited..

Kalau dah lama baca blog aku ni mesti perasan yang selain dari filem hindustan, David Villa dan warna pink, aku turut obsess dengan watak Superman. Bukan Suparman ya buk..Menurut hikayat DC Comic, sewaktu Kal-El datang ke bumi dalam spacecraft dari Planet Krypton, dia telah terhempas bagaikan sebutir meteorite, di ladang jagung keluarga Kent di Smallville, Kansas. So, korang boleh nampak tak macamana penampakan entiti ladang jagung di depan mata menimbulkan rasa teruja tahap nerdgasm! Faham tak ni?


Inilah rupa ladang Jagung di Sekinchan.. Lain sikit dari expectation.

Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi...

OK, anak- anak, ni lah rupa pokok jagung ye.

Pokok jagung yang dah matang memang tinggi ye. Tengoklah, mak sedara, pak sedara, anak sedara semua jadi jakun nak bergambar dalam kebun jagung. Miang atau tak, itu belakang kira! Hehehe

Inilah birthday boy, dengan hasil tangkapan. Ahaha, tu sikit je. Nampak tak plastik depan Abang baju coklat tu? Sampai penuh plastik tu kitorang kerjakan. Yang baju coklat tulah Abang Kadir. Masih mampu tersenyum walaupun sedang dirompak oleh kami anak-beranak. Hahaha!!Siapa suruh dia offer nak bagi jagung free..

Dah dapat yang dihajati, kita gerak lah kan...dahlah panas terik, memang berlengas keti masing-masing.

 "Cinta Nur pada Abang, takkan padam walau Krypton terhempas ke bumi"
Time ni aku confuse antara mode Smallville dengan mode Nur Kasih. Eh jap, Nur Kasih berlakon kat sawah padi kan? Ni Nur Kasih versi ladang jagung kekdahnya.. Tak faham? Rujuk entry INI

 Ni kebun apa entah, lupa dah aku

Aku ingatkan dah penuh satu plastik, kitorang nak balik dah, tapi Abang Kadir ajak kitorang gi rumah dia minum-minum dulu. Layan gak lah air oren sejuk time panas terik ni. Nampak tak ni cerita basi, time Selangor belum dilanja hujan hampir setiap hari?

Lepas minum, kitorang gi terjah kebun kelapa diorang pulak untuk melengkapkan hasil tangkapan hari ni. Sorrylah takde gambar, aku kena dokong budak cinonet tu sebab selipar dia hilang. Thanks anyway to Abang Kadir dan keluarga di atas layanan yang tip top. Moga terus murah rezeki. Puji bukan nak bodek tau! Tak caya, cer google, ramai blogger yang puji restoran diorang. Blogger lain tu tak dirasuah dengan jagung, kelapa dan air oren, kot lah korang tak percaya cakap aku..hahaha

On the way balik, kitorang singgah kat Cendol Borhan. Cendol ni memang famous kat area Kuala Selangor ni. So, nak tau sedap ke tak sedap seperti yang diwar-warkan tu, jom kita terjah!

Birthday Girl dah letih layan cucu..




Diorang ni spesis mak sedara dia, badan kecik je tapi bab makan..erm...

Chicken chop

Rojak Ayam

Sedap ke tak? Giler tak sedap! Dia punya cendol tu, memang layan! Sejuk je masuk tekak. Tak manis sangat dan just nice je. Nak lagi best, tambah ais krim. Confirm tak cukup satu! Cendol durian merupakan signature dish diorang. Tapi aku sorang je yang tak order dengan durian sebab taulah aku kan perut Sepanyol takut sebu kalau makan durian time lapar. Lapar? Haah laparlah, dah puas bakar lemak berlari berkejaran dalam kebun jagung tadi..Hihihi.

Tu jelah cerita hari ni..panjang kan. Tulah kelemahan aku, jarang update blog tapi kalau dah update, memang berjela..

Thanks sudi baca you olls!!
Read More

Sydney Final - Budget dan tips - Spring Trip Australia

Tuesday 6 January 2015

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Aku baru berangan-angan nak mengelat dari cerita pasal budget ke Sydney ni, tapi disebabkan ada permintaan, tak sampai hati nak hampakan korang. Eceh.. cakap jelah banyak details kau dah lupa Sal oi!

So, here goes...

Ikon Sydney - Opera House

Budget

Masa aku gi ni, rate duit 1 AUD = RM 2.98. Memang mencungap~

Flight Gold Coast - Sydney : Aku lupa! Beli awal-awal kan, so dah tak keep record.Sorry! Kitorang naik Tiger Air. Other than that, untuk flight dalam Australia, korang boleh jugak try Qantas, Virgin dan Jetstar. Check out this link : http://www.flightcentre.com.au/flights/domestic . You are welcome!

Taxi - Airport to Malaysia Hall: 57 AUD (per cab)

Penginapan di Malaysia Hall : 20 AUD x 3 hari. Kalau menginap more than 3 days, rate hari ke empat dan so on adalah 30 AUD. 

Transport (bus + train + tram) = 80 AUD (secara kasar). Mahal sikit sebab MH agak jauh dan kitorang banyak naik train. If korang duduk di hotel dalam pusat bandar, mungkin boleh jimat kos transport. Maybe korang boleh try Sydney YHA Hostel. This one dekat dengan Central Station dan main attractions sekeliling Sydney.

Food (Kudapan + real meal) = 80 AUD. Still mengekalkan konsep 'big meal once a day', aku survive bab makan-makan selama 4 hari di Sydney. Tapi memang banyak spend beli coklat, air mineral dan roti.

Tiket Scenic World (All- rides) : 35 AUD

Malaysia Hall- Airport : 50 AUD

Flight Sydney - Malaysia : This one kitorang termiss promo gara-gara 'tunggu harga turun'. Almost RM 600 tak silap aku.

Other budget : Well, kalau nak souvenir murah, belilah di Paddy's Market. Nak shopping, boleh try DFO Homebush. Bab shopping ni susah sikit nak cakap sebab bergantung pada orang. T-shirt boleh dapat serendah 6 AUD dan fridge magnet kalau pandai cari boleh jumpa sekeping 1 AUD kat Paddys Market.

Sydney - tempat cantik, orang pun baik. Ewah...

Tips

Segannya nak bagi tips, sebab aku pun ke sana selama 4 hari je, bukan duduk 4 tahun..huhuhu. Takpelah, sekadar berkongsi, moga boleh jadi panduan kepada sesiapa yang memerlukan.

-Nak menginap di Malaysia Hall, kena booking awal-awal pastu berharap tak penuh. Sebab keutamaan diberi kepada student  yang belajar di sana.

-Airport Australia adalah antara yang paling strict dalam dunia! Korang boleh rujuk entry INI untuk tengok rupa sebenar arrival card, so boleh dapat idea apa yang boleh dan tak boleh bawak ke sana. Sydney ada 2 airport, domestic dan international. Imigresen kat Domestic Airport tak se'tight' International, so kalau korang nak pergi more than satu tempat kat Australia, try gi Sydney kemudiannya. Orang kata airport International diorang strict giler! But well, apa-apa pun tengok nasib. Tak buat salah buat apa nak takut kan?

-Tambang train kat Sydney bergantung kepada masa. Off peak lagi murah dari waktu peak! Boleh refer kat link Fare Calculator ni. So, nak jimat tambang korang plan lah bila nak naik train dan nak balik. Kat entry yang INI ada train map. Tak perlu nak hadamkan semua, just tau mana tempat nak pergi je.

-Top up kad Opal / MyMulti korang supaya tak payah menghadap driver bas cengeng. Rujuk entry NI

-Sila bawa sejadah yang ada kompas sebab kemungkinan kena solat di tempat awam sangatlah tinggi. Unless korang jumpa masjid. So far aku jumpa satu je, tu pun macam rumah dua tingkat kat celahan kedai. Tapi tak sempat ambil gambar sebab bas tengah bergerak.

-Bawak botol mineral kosong sebab toilet diorang takde air..

-Aku pergi musim spring, cuaca sejuk lah jugak kat Sydney bila malam. Berangin, memang nyaman. Mana yang tak tahan tu bawaklah sweater tebal sikit, tapi tak payah lah sampai pakai winter jacket.

Rasanya, tu jelah kot..kalau nak tanya apa-apa, drop je kat ruangan komen, kalau boleh jawab aku jawab. Kalau tidak, u olls pergilah terjah blog KakiBerangan, Jari Manis or SuperMeng Malaya. Hihihi.


Untuk catatan Sydney yang lain, klik sini.Untuk cerita kat Gold Coast plak, klik sini

Thanks for reading!
Read More

Review : Restoran Lembah Bernam

Monday 5 January 2015

Assalamualaikum semua! Sape sini ada family member birthday dekat-dekat? Mesti best kan, sambut sesama? Lagi meriah, dan conform takkan lupa. Paling best, dapat jimat kos. Tak payah sambut ulang-ulang. Hihihi.

Abah aku dan abang ipar aku berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Disember. Mak pulak berkongsi tarikh lahir dengan Rosmah Mansor iaitu 10 haribulan. So, hari tu akak aku ajak makan-makan sambil celebrate birthday diorang. Aku ni kan spesis sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan kurus macam papan...erk!

Awalnya aku ingat nak makan Satay Zaini kat Ampang ni je..habis-habis pun steamboat kat Tupai-Tupai. Sekali diorang ajak ke Sekinchan pulak. Uish...jauhnya! Ikut jelah Abe Ngah dan Kak Ngah wei. Sayangnya Abah tak dapat join sebab beliau ada urusan surau yang tak dapat dielakkan. So, celebrate birthday Mak dan Abe Ngah je.

The restaurant. Restoran Lembah Bernam

Kitorang sampai ni dah pukul satu,  so memang ramai pelanggan. Masa on the way ke sana aku sikit punya hairan. Ada ke orang datang sini, semata-mata nak makan? Agak ke dalam jugak. Kalau korang nak datang sini, cari dekat waze 'Jalan Terusan Utama, Kampung Tengah Pasir Panjang'. But let me tell you lah, view on the way nak ke restoran ni memang mendamaikan jiwa. Sawah padi terbentang di kiri dan kanan jalan. Pastu ada rumah kayu sebiji-sebiji yang comel. Terus aku on mode 'Nur Kasih' tau.

 "Apa pun yang jadi, Nur akan tetap tunggu Abang". Jangan kacau makcik nak berangan!

Sampai je kitorang terus cari meja paling besar dan duduk. Sementara belek-belek menu, boleh jamu selera dengan appetizer.

Jeruk , kek batik, tapai, tempe dan kacang goreng. Memang terbuka selera. Sebab lapar, kitorang makan ni macam makan main meal.. Huhuhu.

Keistimewaan restoran ni adalah menu dia yang eksotik. Tak main lah kalau datang sini order ayam, daging ataupun siput sedut.





Gigih tau blogger perasan famous ni dok tangkap gambar menu. Tauke tu tengok je aku. Mesti dia membayangkan restoran dia akan dapat special features dalam Harian Metro. Hakikatnya, kat blog picisan ni je.. hehe.


1. Sambal udang galah

2. Kari rusa

3. Rendang Landak

4.Ikan baung masak lemak

Ni antara menu yang kami pilih. Tak campur air, nasi ngan ulam-ulaman lagi. Segan doh nak tangkap gambar bebanyak. Cam jakun pulak. Tapi memang ye pun ni first time makan landak. Rusa ni kali kedua. So, what's the verdict? Of courselah sedap! Kalau tak sedap takkanlah ramai yang sanggup meredah nak sampai sini. Fazura bagi 5 bintang!

The aftermath.. maaflah ahli keluarga aku pemalu sikit, tu yang takde gambar diorang.

Bukan setakat makanan je sedap, tapi servis yang bagus, seating yang banyak dan parking pun senang. Memang puas hati! Plus point, toilet dia bersih dan surau yang selesa turut disediakan.

Dekat luar restoran ni ada wakaf, kotlah korang nak makan bersila. Tapi kitorang buat tempat tu port lepak sementara Abe Ngah n tauke kedai tu dok discuss business. Apa lagi, aku ngan adik-adik dan anak sedara buat tempat tu cam rumah sendiri le..Hehehe


Nah, belanja selpie dengan anak buah paling bongsu - Auni

Actually, kitorang sampai sini atas jemputan tauke kedai ni, kawan Abe Ngah. Settle semua, tauke restoran ajak ke rumah dia. Sebenarnya aku agak teruja nak gi rumah dia sebab Abe Ngah cakap kat rumah dia ada kebun tanaman yang aku teringin nak tengok. Apa dia? Ala, tunggu next entry lah. Tak..bukan sawah padi. Klu : Smallville.

Till then, thanks sudi baca ;)
Read More