Addon White Coffee Ipoh - Port makan halal dan ada kopi putih sedap

Wednesday, 29 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Kisah Ipoh masih sangkut di hari kedua, so marilah sambung. Kalau hari sebelumnya kami lunch di Ipoh Hainan Chicken Rice, balik dari cuci mata di Pasar Karat kali ni, dengan cuaca panasnya, teringin pulak nak menghirup kopi berais.

To be honest aku agak particular dengan status halal lagi-lagi di tempat yang aku tak biasa. Nampak je aku ni macam rancak berdosa tapi bab makan kenalah hati-hati. So, search dekat google nampak Addon White Coffee ni dalam suggestion. Tengok rating tinggi jugak. Lagipun malaslah nak gi tempat-tempat viral ni kang ramai orang. Pandemik ke tak pandemik ke aku memang tak suka tempat crowded.


Masa kami sampai ni masih awal lagi. Baru pukul 12 lebih. Kedai pun nampak lengang. Aku rasa kedai ni tak famous macam kedai-kedai makan lain. Or maybe sebab dia baru. 

Restoran Addon White Coffee ni dulu terletak di Jalan Ekram, tapi telah berpindah ke lokasi baru di Jalan Raja Musa Aziz sejak Mac 2021.



Kami pilih untuk duduk di tingkat atas. Deko tempat ni macam kopitiam zaman dulu. 

Menu Addon White Coffee


Signature Dish kedai ni adalah Lamen. Aku rasa Lamen tu Mi Tarik.




Nak makan nasi pun boleh




Ada makanan ringan jugak kalau dah kenyang




Dessert pun nampak menarik


Addon White Coffee tu adalah jenama kopi putih mereka sendiri. Macam konsep OldTown lah. Pelbagai pilihan ada


Masa ni takde orang so aku boleh belek sehelai-sehelai menu tu amik gambar sesuka hati


Air sampai dulu sebelum makanan. Ais diasingkan so boleh bancuh sendiri. Aku suka jugak macam ni sebab aku tak pernah minum white coffee brand ni so tak boleh jangka pahit dan kaw tu level berapa. Anies order Sweet Corn White Coffee. Aku order White Coffee plain je.

For me white coffee dia sedaplah jugak. Boleh tahan kaw.


Anies order Salted Fish Beef Slices dengan Nasi Putih. Aku pulak Beef Chili Lamen. Both sedap. Ni puji ikhlas ye. Entry ni bukan entry berbayar. Kalau berpeluang ke sini lagi aku nak try menu lain pulak. Harga total around RM35+

Selain makanan yang sedap dan servis yang baik, di sini juga disediakan tandas dan surau yang bersih dan selesa.


Bergambar sebelum balik. Orang kedai tu yang ambilkan

So kedai ni memang highly recommended untuk korang yang nak cari port makan yang sedap dan halal di Ipoh. Plus point boleh mengopi sebab Ipoh memang terkenal dengan white coffee / kopi putih. 

Addon White Coffee
49, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak
No Tel : 05 2432336
WhatsApp: 011 51214755

Read More

Dah nak masuk 2022, ada lagi ke orang baca blog?

Monday, 27 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Kebanyakan blogger akan mulakan entry dengan ayat "Maaf lama tak update blog". Tapi kenapa kena mintak maaf? Bukannya reader bayar kita untuk tulis entry baru pun. Lol

Mintak maaf tu sebenarnya untuk diri sendiri. Sebab busy dengan entah apa-apa sampai tak dapat nak bahagi masa. 

Kalaulah badan ni boleh dibelah-belah, dibahagi sini sana agar dapat tunaikan tanggungjawab. Tanggungjawab kepada keluarga, kepada kawan, kepada tempat kerja dan yang paling wajib sebagai hamba-Nya. Terasa diri ini tak cukup usaha, patutnya boleh bagi lebih lagi namun aku sedar kudrat sendiri tidaklah sekuat mana. 

Kadang-kadang aku tidak adil pada fizikal . Kerana aku ketagih pada kesibukan. Aku perlu sibuk agar mental aku tenang. Tak buat sebarang aktiviti akan mendatangkan perasaan gelisah seolah-olah diri aku seorang yang tak berguna kerana hanya berehat-rehat sahaja.



Berbalik pada tajuk entri. Aku ada mention dalam entry lepas yang aku kononnya nak ikut kawan aku pergi bercuti (tapi tak jadi sebab tempat kami nak pergi tu tanah runtuh). So diorang add aku dalam group wasap holiday diorang tu so if ada apa-apa boleh update each other. Suddenly one of them cakap yang dia pembaca blog aku. Aku refer dia as 'L' jelah ye. 

L adalah kawan kepada kawan aku, so aku tak kenal dia. L juga bukan blogger. Terharu kejap aku. Ingatkan tahun 2021 ni orang tak baca blog dah. Lainlah kita yang memang blogger ni. Memang kat sini lah tempat lepak bila ada masa lapang. Certain blogger, termasuk aku, tak aktif social media lain pun kecuali blog. So ye, kita ada circle kita sendiri dan aku gembira berada dalam circle tersebut walaupun kadang-kadang nampak macam aku syok sendiri. Hahaha.

Bila difikir balik, entah ye entah tidak usaha aku sorok blog aku dari famili dan kawan-kawan ni berjaya. Entah-entah ramai je orang yang kenal aku in real life sedang baca entry aku. Damn, this blog is supposed to be my alter ego, my secret identity. Tapi itulah. Ibarat Superman yang menyorok di balik spek mata Clark Kent. Penyamaran yang hambar.

Bulan ni pageview menurun tapi Adsense naik sikit. Bolehlah buat pemangkin semangat nak blogging.

Itu sahaja yang sempat dicoretkan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Terima kasih sudi membaca.
Read More

Terharu baca kisah Mydin

Tuesday, 21 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Jarang sebenarnya aku mencedok material update blog dari Facebook memandangkan aku sendiri sengaja mengurangkan interaksi media sosial. Ala-ala detox gitu. Tapi bila bencana banjir berlaku baru-baru ni, aku dah macam socmed addict. Tapi tulah ada FB je, socmed lain takde. Walaupun  tak sanggup tengok dan sedih tapi nak jugak tahu keadaan banjir yang dengan rakusnya menenggelamkan banyak kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Even kawasan tak pernah banjir pun naik air.  

Scroll punya scroll, terbaca berita Mydin Mart Sri Muda, Shah Alam dipecah masuk. Dalam hati berdetik, mencuri memanglah dikira kesalahan jenayah tapi kalau yang diambil tu makanan atau keperluan mungkin atas dasar darurat. Lainlah kalau 'looters' macam di negara Barat tu, ambil kesempatan curi barangan elektrik atau pakaian mewah ke tu memang tak patut.

Looting is the act of stealing, or the taking of goods by force, typically in the midst of a military, political, or other social crisis, such as war, natural disasters, or rioting. The proceeds of all these activities can be described as booty, loot, plunder, spoils, or pillage.

Lega rasanya bila baca Kenyataan Rasmi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mydin mengenai insiden pecah masuk Mydin Mart Sri Muda, Shah Alam. Somehow ia tindakan yang dah dijangka sebab Mydin Holdings merupakan sebuah syarikat yang tak pernah kedekut hulurkan sumbangan bila ada musibah melanda. Sebab tu perniagaan mereka kekal maju walau dah bertahun-tahun dan banyak saingan.



Sumber : FB Mydin

Semoga mangsa banjir tabah menghadapi dugaan Allah ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Syukurlah rakyat Malaysia ni ramai yang perihatin dan tak lokek dengan bantuan dan hebahan. Marilah kita membantu semampu kita. Tak dapat sumbangkan tenaga dan wang ringgit, doa pun cukuplah.

Alfatihah juga buat mangsa banjir yang kehilangan nyawa.

Akhirnya terupdate jugak blog walaupun takde mood. Huhu. Patutnya Ahad lepas pergi bercuti dengan kawan-kawan tapi tak jadi sebab kawasan kitorang nak pergi tu tanah runtuh. Redha je aku duduk rumah sorang-sorang sebab famili lain balik kampung. Terus whatsapp bos nak cancel cuti. Aku ni kena ada kerja nak dibuat kalau tak nanti aku dok berperang dengan perasaan dan fikiran sendiri. Takut betul aku kalau penyakit kemurungan tu datang balik

Alhamdulillah bos aku tak kisah aku cancel cuti (Dia lagi suka kot). Jemu dah aku sepanjang Sabtu dan Ahad tu melayan Netflix, Facebook dan channel sukan. Dahlah Liverpool seri dan Malaysia kalah both bola sepak dan badminton. Duit bawak diorang gi tournament tu baik buat bantu mangsa banjir lah.

OKlah tu je nak cerita. Mood masih tunggang langgang. Kena banyakkan zikir, baca quran dan sedekah agaknya.

Read More

Pasar Karat Ipoh dan hotel berdekatan

Friday, 17 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Mari sambung cerita di Ipoh sebelum bukak cerita baru. Seperti yang aku cerita dalam entry INI, malam pertama kami di Ipoh, hujan turun mencurah-curah dari petang membawa ke tengah malam. Tak tahu pukul berapa berhenti. Bangun-bangun pagi selak langsir..eh dah cerah! Apa lagi cepat-cepat siap. Breakfast Tortilla dari Wharong Cafe beli via GrabFood malam sebelumnya. Tak panaskan pun sebab takde microwave dalam bilik. Halal jelah asalkan belum basi.

Pagi tu kebetulan hari Ahad, so nak meninjau Pasar Karat Ipoh yang terletak di Jalan Horley, Ipoh. Pasar Karat hanya dibuka pada hari Ahad dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Pasar Karat Ipoh turut dikenali sebagai 'loken' atau Memory Lane oleh masyarakat tempatan.


Gerbang Memory Lane dengan tagline Antik-Unik-Klasik

Sesuai dengan tagline, di Pasar Karat Ipoh ni dijual barang-barang lama atau vintage. Ramai juga peniga di sini yang terdiri dari pelbagai bangsa. Penggemar barang lama confirm rambang mata bila sampai sini. Sediakan wang tunai secukupnya ye. 


Alatan tembaga lama. Ada tepak sirih, acuan kuih, dulang, renjis-renjis dipilih hai ditepungilah tawar pun ada ni ha


Ada jugak seller yang random je macam ni. Ada kamera antik, duit lama, kukur kelapa dan banyak lagi



Kemas je susunan nak menarik perhatian pelanggan. Teringat zaman sekolah belajar sempoa


Replika kepala haiwan ni buat aku teringat topeng dalam siri 'Squid Game'.


If korang pengumpul duit dan syiling lama, boleh jugak beli atau jual koleksi peribadi di sini


Ini bukan barang antik, tapi belut albino yang dikeringkan untuk tujuan perubatan. Yang masih hidup pun ada pakcik ni bawak tapi aku takut nak pergi dekat so tak amik gambar. Huhu


Tengok suratkhabar lama teringat masa kerja di arkib dulu. Rindunya




Dalam filem Hindustan selalu nampak telefon macam ni. Biasanya pemilik premis macam kedai atau hotel letak untuk kegunaan awam tapi kena masuk syiling



Kami ke sini untuk cuci mata je. Tak ada beli apa pun. Rumah dah banyak barang.


Selfie sebelum balik

Pasar Karat ni kalau jalan sampai ke hujung akan jumpa pasar pagi. Ada jual pakaian, makanan, mainan dan macam-macam lagi. 


On the way pergi makan nampak bangunan ni yang masih under renovation. Tak tahulah hotel atau kedai makan. Tingkap tu replika je. Sebenarnya cermin. 

Bercakap pasal hotel, ada banyak hotel berdekatan Pasar Karat Ipoh if tak nak jalan jauh-jauh. Antaranya adalah:

4. Ipoh Boutique Hotel
5. Grayhaus Soho (Guesthouse)

Next entry aku share pulak kitorang lunch kat mana ye. Thanks for reading!
Read More

Pergi Ipoh nak jalan-jalan, Ipoh hujan

Monday, 13 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Ingat tak dalam entry Review Hotel Cititel Express, aku ada mention yang aku bersyukur sangat kitorang pilih hotel yang selesa, wifi laju dan ada banyak pilihan movie untuk ditonton. Sebabnya bila bercuti selalu terjadi perkara di luar perancangan. Contohnya hujan. Bukan hujan sikit-sikit tapi hujan lebat!


Masa kitorang check in pukul 3 lebih, perasan dah langit dah gelap. Tapi ingatkan akan hujan rintik-rintik je. So rilek-rilek mandi, solat, kemas beg dan plan nak cari port tengok bola malam tu sebab ada match. Nampak tak dedikasi aku dan Anies sebagai penyokong Liverpool tegar. Sambil scroll senarai port tengok bola, aku dok tengok luar. Hujan belum ada tanda-tanda nak berhenti. Rileks dulu, buat kopi dan makan biskut sambil tengok TV.


Satu yang aku puji Cititel ni adalah bilik dia soundproof. Punyalah lebat hujan kat luar tapi tak dengar pun walau sikit. Keje aku dok mengintai keluar tingkap kalau-kalau hujan berhenti. Risau jugak tengok air sungai macam nak melimpah. Paranoid aku kalau-kalau air naik sampai kena evacuate hotel. Nasib baik Anies jenis tenang. Kalau dia pun kalut macam aku mau siap-siap packing beg dah. Entah apa-apa lah aku. Hotel 13 tingkat kot, bukan boathouse.

Menjelang Maghrib aku dah start lapar. Hujan makin lebat. Aku suggest kat Anies order GrabFood je walaupun tak sampai hati nak mintak rider redah hujan. Kitorang sepakat nak bagi tips. So order lah dari 2 kedai yang dekat dengan hotel. Agaknya ada seorang je rider aktif waktu tu. Turns out dua-dua order pun dia yang hantar. 

Plan asal nak makan Mi Daud Mat Jasak di Jalan Dato' Onn Jaafar , jadi orderlah via Grab. Kami order Mi Kicap. Satu Mi Wantan, satu lagi Mi Kuning. Harga RM 7 each. Sedap makan panas-panas. Portion besar dan takdelah pedas sangat. Rasa not bad. Tengah lapar, hujan pulak tu dapat mi berkuah campur kicap dan sambal memang layan. Boleh fahamlah kenapa kedai ni selalu tersenarai dalam cadangan tempat makan best di Ipoh.




So, takkanlah nak makan mi kicap je. Top up lah sikit nak mengunyah sambil layan bola nanti. Time ni dah pasghah itu menyeghah yang hujan akan berhenti. Tengok match di handphone jelah sebab TV takde channel sukan. Nasib baik WiFi laju.

Second order dari kedai hipster : Wharong Cafe. Kedai ni pun dekat je dengan hotel. Tak silap aku rider fee RM1.00 je. Murah betul.


Cheezy Meatballs 6 pieces. RM 8. OK yang ni sedap tapi aku lebih berkenan mash potato yang dia bagi sekali tu. Licin kitorang habiskan.


Tortila Wharong : satu set RM9.90. Ini Anies terlebih order. Rupanya satu set tu dapat 2. Dah banyak tiba-tiba. Nasib baik bilik sejuk. Esoknya tengok tak basi lagi so buat menu breakfast. 

Malam tu kami tidur dalam kekecewaan. Bukan kecewa sebab Liverpool sekadar seri dengan Brighton tapi frust sebab terkurung dalam bilik je sebab hujan lebat. Kalau pengantin baru yelah syok. Hahaha. Nasib baik kenyang.

Begitulah kisah datang Ipoh nak jalan-jalan, Ipoh hujan. Nasib baik hotel best. Takdelah bosan. 

So..korang rasa esok paginya hujan lagi ke mentari muncul lagi? Nak tahu tunggulah next entry ye. Thanks for reading!
Read More

Hampir sesat dalam BookXcess Mytown!

Thursday, 9 December 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita Jumaat 3 Dis lepas, hari di mana KL dapat cuti 'terkejut' sempena meraikan KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 Edisi ke100. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, since aku fully work from home, jarang sangat aku ada kat rumah kalau cuti. I need a break from my boring job.

Plan asal nak jumpa Encik A dan Encik N (both kawan biasa, dah jangan tanya lagi) tapi diorang ada kerja kena settlekan dulu. So kita merayap lah secara solo sementara tu.

Dari bulan lepas aim nak pergi BookXcess Mytown, Cheras ni. Kebetulan pulak takde stok buku baru (OK ini alasan basi sebab boleh je beli buku online).


MyTown kat mana? Betul-betul sebelah IKEA Cheras. Ada laluan antara keduanya so manalah tau kalau nak check out kedai buku ni alang-alang dah sampai. Pengangkutan awam terdekat dengan pusat membeli-belah MyTown Cheras adalah MRT Cochrane. Memang convenience kalau tak nak drive. Ada terowong yang menghubungkan stesen MRT direct dengan mall so tak payah risau panas hujan.

Teringat dulu masa MyTown mula-mula bukak tahun 2016. Masa tu terowong masih dalam pembinaan. Kena lintas jalan besar kalau datang naik MRT. 

BookXcess Mytown terletak di Tingkat 1. Baru dibuka pada Oktober 2021 dan merupakan cawangan ke-13 BookXcess sejak mereka bertapak di Malaysia pada tahun 2007. To those yang familiar dengan jualan buku besar-besaran Big Bad Wolf, pihak BookXcess nilah penganjurnya. So far aku pernah pergi cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Tamarind Square, Cyberjaya sahaja.




Kanak-kanak sukalah tempat macam ni sebab selain buku, banyak juga set aktiviti pembelajaran informal, mainan dan alat tulis. Aku plan nak bawak anak-anak buah aku nanti. Begitulah takde anak, pinjam anak orang. Lol.


Price wise pada pendapat aku adalah berpatutan. Dari segi pilihan buku pun banyak. Tapi BookXcess ada buku bahasa Inggeris sahaja dan tak jual buku ilmiah macam buku sekolah atau universiti. Ada kategori fiction dan non fiction. If nak beli atas talian boleh layari bookxcess.com. BookXcess MyTown ni rak dia tinggi-tinggi. Tak kuasa lah aku nak naik tangga demi nak tengok buku-buku di bahagian atas.


Rasa macam nak beli tapi nantilah dulu


Kalau dulu-dulu orang kata kedai buku adalah tempat membosankan dan hanya menjadi tumpuan 'nerd' tapi sekarang kedai buku pun boleh jadi tempat viral. Tiap-tiap BookXcess ada keistimewaan dan nilai aesthetic tersendiri. Contohnya cawangan Kong Heng Square, Ipoh yang merupakan tapak peti besi bank lama; cawangan Sunway Iskandar, Johor Bahru ada kotak gergasi setinggi 7.5 meter dan cawangan Sun Suria Setia Alam ada 'terowong buku'.

BookXcess MyTown pula ada laluan berbatu dan berkonsepkan 'maze'. Sesat sekejap aku dalam ni. But then aku memang ada poor sense of direction jadi abaikanlah. Hahaha
 

Mintak adik yang kerja kat situ ambilkan gambar


Mari kita layan video


Di sini juga ada 'Whisk Cafe'. Ada jual kopi dan kek. 



Dalam ni jugak ada Restoran Jepun - Ume Tei. Ada sesiapa pernah makan di sini?


Selfie seround. Lain kali nak datang dengan kawan yang pandai ambil gambar sebab tempat ni sangat Instagrammable - said that lady who doesn't even have Instagram account. *Facepalm*


Pencinta seni boleh jugak check out Papu Art Gallery. Image source: Facebook BookXcess

BookXcess Mytown
L1-012, Level 1, MyTOWN Shopping Centre, 
6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
03-92865200

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam (Isnin-Ahad)


Sekian cerita aku 'hampir sesat' dalam BookXcess MyTown. Aku beli satu buku sahaja. Ada aku mention dalam entry INI


Pandang-pandang jeling-jeling je IKEA dari jauh. Manusia ramai. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bercinta. Eh

Pergi balik naik MRT la u olls. Memang tak naklah aku nak drive melainkan terpaksa. Lega dah ada tunnel ni. Tak payah gadai nyawa lintas main road.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More