Sonata Salju di Jeju - Part 5

Tuesday 20 November 2018

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita Jeju dengan rakus bagaikan dah tak ada hari esok.

Hari ketiga di Jeju, kami ke Jusangjeolli. Ada apa di Jusangjeolli?


Berdasarkan pemahaman aku, tebing Jusangjeolli merupakan batu gunung berapi yang terbentuk apabila Gunung Hallasan meletus lalu lavanya mengalir ke laut Jungmun. Lava yang menyejuk lalu mengeras telah membentuk formasi batuan bersegi sepanjang 2 km.


Teringat Melbourne pulak

Takde apa nak dibuat di sini selain tangkap gambar dan enjoy the scenery


Yang tukang tangkap gambar tulah Anne

Ada Ahjumma jual abalone. Makan gitu je OK takde masak-masak

Boleh jugak singgah beli sotong bakar dan aiskrim Hallabong di gerai-gerai luar ni

Settle kat sini, naik kereta ke destinasi seterusnya iaitu Cheonjeyeon Falls.


Bayaran untuk masuk

Ikut suka kome la nak gi paling jauh dulu ke paling dekat dulu ke

Kami pergi yang dekat dulu. Jadi ayuhlah ke kanan pusing

Tangga di sini agak curam dan berbatu. Kena hati-hati bila melangkah

Air terjunnya kat bawah tu ha

Tapi tulah, agak kecewa sebab tengok air keruh. Nak buat cmane, hari sebelumnya hujan lebat. Air terjunnya mengalir halus je.

Air yang tenang, jangan disangka boleh berenang

Tinggalkan air terjun pertama, mari yang kedua pulak

Syukurlah yang ini laluannya tak berbatu macam tadi

Sepanjang perjalanan nak ke air terjun ke dua dah boleh nampak sungai

Tu dah nampak air terjunnya tapi masih kena menapak

Mari kita ke bawah sana

 Yang kedua ni agak meriah walaupun air sedikit keruh

Nak senyum nampak gigi, malu sebab rongak. So terimalah senyuman super awkward dari aku

Air terjun yang kedua ni boleh bergambar dari atas pangkin yang dibina ni je, tak boleh berdiri atas batu macam yang pertama.

 Kat sini jangan memandai je melangkah. Ikut trail yang disediakan

Kami nak ke Seonimgyo Bridge pulak. Tak silap aku jambatan ni diukir dengan watak-watak dongeng rakyat Pulau Jeju

Kena menapak lagi. Kelihatan Kak Husna sedang memberi motivasi kepada Siti

Tak sure plak aku bridge ni malam-malam bukak ke tidak tapi ada lampu. Entahlah. Pergi membabi buta takde research macam ni lah

Maaflah sis takde mafla lain, so bawak jela mafla kepam Liverpool tu. Tapi tak sehebat mafla kakak kita si Anies tu sebab dah sampai Emirates. Emirates takpe, jangan ko gi Anfield tak ajak. 

So, adakah kami menyambung perjalanan ke air terjun ke tiga? Jawapannya adalah tidak sebab kaki dah tak larat. So marilah ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Ha...tunggu next entry OK. Thanks for reading.

Kredit gambar dan story mory : Siti Yang Menaip

Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 4

Saturday 17 November 2018

Assalamualaikum semua. I'm back!!!

Rasanya dekat 3 bulan tak jenguk blog ni. Buat yang tertanya-tanya aku hilang ke mana, hakikatnya aku ada je kat sini. Masih sihat Alhamdulillah dan bahagia bersama keluarga tercinta. Masih bekerja di tempat sama dan berkawan dengan orang yang sama. Cuma itulah, malas mungkin.

Tak tahulah kenapa setelah sekian lama aku rasa nak blogging. So marilah sambung cerita Jeju.

Allrite, lepas menikmati keindahan berjalan-jalan di Hutan Jeolmul, Anne nak bawa kami melalui 'Mysterious Road'. Apa yang misteri sangat jalan ni?


Sesiapa yang minat dengan fenomena 'Ilusi Optik' mesti akan rasa kagum dengan jalan ni. Jalan ni nampak macam menaik, tapi kalau ikut logik graviti, kita nak naik bukit kenalah tekan minyak ye tak? Instead of tekan minyak, Anne free gear tapi kereta still boleh berjalan ke hadapan. Sebabnya adalah jalan tu sebenarnya menurun, tapi nampak macam menaik disebabkan keadaan sekeliling.

Kami ceria walaupun kehujanan

Singgah kejap beli susu pisang viral

Kejap je kami kat sini sebab perut dah kelaparan. So, sebelum ke destinasi seterusnya kami singgah makan di kedai yang sama kami makan hari pertama sampai.


Lepas makan gi shopping pulak. Kami ke Jeju Dongmun Traditional Market.



Disebabkan aku ni first time sampai Korea, so agak teruja la nak beli FM dengan keychain Korea macam dalam gambar atas ni. Tapi menurut Siti yang dah pernah ke Seoul-Busan, dia kata harga souvenir di Jeju agak mahal. Kalau ikut logik, nak import dari mainland ada kos tambahan, so bolehla faham kenapa mahal. Tapi ada jugak FM dan keychain trademark 'Jeju'. Kalau yang tu berbaloi korang beli kat sini. Kat Seoul ke Busan ke Pyong Yang ke tak jumpa dah.


Kalau nak souvenir yang berbaloi dan rare, belilah makanan berasaskan limau macam jam, kordial, teh ataupun coklat. Kenapa limau? Ha..kalau korang nak tahu, Pulau Jeju ni terkenal dengan kandang harimau ladang limaunya.


Nak lagi rare beli limau terus. Tapi kalau nak beli untuk bawak balik ke Malaysia janganla beli awal-awal. Nanti rosak pulak. Beli untuk makan sendiri takpe.

Keadaan dalam pasar Dongmun. Diorang ni pasar basah ke kering dia gabung je sekali. Tapi pasar diorang bersih. Ni aku puji.


Makanan goreng-goreng macam ni pun ada jual. Untuk pengetahuan korang, nak cari kedai makan yang ada cop 'Halal' di Jeju adalah mustahil. Anne kata kat Jeju ni bilangan muslim sangatlah sedikit. Boleh bilang dengan jari agaknya, tu pun orang-orang luar yang bekerja kat situ macam diorang. So orang di Jeju takde pendedahan tentang agama Islam, so obviously diorang tak tau pun halal tu apa. Nak makan kat gerai-gerai macam ni kenalah bertanya. If korang ni memang super strict bab makanan mungkin kena fikir banyak kali.

Oh ye, selain dari limau, makanan yang famous di Jeju adalah babi hitam. Black pork merupakan antara industri terbesar di Jeju. Hahaha, sorrylah buat tekak korang kembang. Tapi ketahuilah itulah perasaan aku bila navigate pasar ni. Kena hati-hati melangkah, lagi-lagi di kawasan berair. Elakkan tangan tu dari dok meliar nak pegang semua gerai takut terpegang oink oink dah satu hal nak korek tanah nak samak.

Jangan mintak gambar gerai babi hitam kat aku ye. Kitorang jalan cepat-cepat bila lalu area diorang. Kahkahkah.

Situlah jual ikan, situlah jual babi. Ah babi betul. Hahaha. Nasiblah, kita gi negara orang kenalah hormat culture dia. Pandai-pandaila nak hidup

Setelah membeli souvenir dan melihat suasana pasar Dongmun, Anne bawak aku ngan Siti ke Jungang Underground Shopping Centre. Sib baik bukan jongang. Terasa hakak yang bergigi besi masa tu. The Makciks tak nak ikut sebab time tu hujan lagipun diorang dah banyak membeli. So kami bertiga jelah. Dekat je boleh jalan kaki.



Sini dijamin takde babi. Manusia berperangai babi aku tak jamin.

Kat Jungang ni selain dari baju-baju dan beg, kat sini ada banyak kedai jual skincare dan makeup Korea. Kalau korang yang memang suka pakai produk Korea bolehla usha kat sini.

Lepas settle shopping di Jungang, kami kembali ke Dongmun sebab nak balik ke hotel. Patah kaki dah menyopping. Perut pun dah lapar.

Dinner malam ni adalah pizza. Aku makan pizza ni dengan harapan bangun-bangun pagi nanti kaki aku jadi panjang dan kulit flawless cam awek KPop kat kotak pizza ni

Banyak pulak diorang ni order. Mana habis wei!

Malam tu lepak bilik je layan bola dan susu pisang

Credit gambar : http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

Actually, selain dari gambar, nak say thanks to Siti jugak sebab kebanyakan isi cerita ni aku cedok dari blog dia. Hahaha. Dah hilang ingatan weh.

Insha Allah aku akan sambung next entry secepat mungkin. Thanks for reading!
Read More