Osakajo - Part 3 - Autumn in Kansai

Friday 30 December 2016

Assalamualaikum. OK, dapat gak aku free time sambung kisah Jepun. Tahulah aku ni kalau taip citer travel memang slow sebab nak kena recall. Padanlah muka, sape suruh hold lama-lama.

Hari kedua di Osaka, kami ke Osaka Castle (Osakajo) yang terletak berdekatan dengan stesen Tanimachi-4-chrome atau local panggil Tanimachi Yonchome. Memandangkan hari bekerja, kitorang keluar agak lewat, dalam pukul 8.30 pagi. Saja nak elak waktu puncak.

Motif gambar? Saja nak bagi korang menyampah

Walaupun ni dah dikira hari kedua, tapi kami masih teragak-agak jalan nak ke stesen Namba. Main redah je.

Semalam takde plak lalu jalan ni..

 Takde plak nampak statue ni

Tapi sampai jugak ke subway, so lantaklah. Dapat gak explore. *Alasan orang tak ingat jalan*

Nak dekat pukul 9 pun orang still ramai. Kitorang naik ladies' coach. Tapi ladies' coach ni time waktu puncak je, waktu lain dia jadi coach 2 alam.

One thing yang aku perasan dalam train adalah announcement stesen dibuat oleh pemandu train sendiri, melainkan dalam bahasa Inggeris. Aku expect negara maju macam Jepun ni akan guna recorded audio, tapi sebaliknya. 

Keluar je dari train, akan nampak signboard macam ni.

Senang jugak nak cari Osaka Castle. Lagipun, boleh nampak rombongan-rombongan lain, terutama budak sekolah.


 Ramai jugak manusia..


Dah nama pun istana kan, biasalah kat atas bukit. Osaka Castle ni diorang dah convert jadi muzium. So, bolehlah belajar sejarah Osaka, pasal perang dan cara hidup zaman Jepun dolu-dolu.

Dalam istana tak dibenarkan tangkap gambar. Masa kitorang nak masuk ni hujan dah start renyai-renyai.

Kitorang pakai Osaka Amazing Day Pass, so masuk free. Harga tiket 600 yen.

Hanya dari atas dibenarkan tangkap gambar.


 Posing kat luar jelah, dalam tak boleh amik gambar

Keluar dari castle, kitorang lepak makan bekal kat perkarangan istana. Gempak giler bunyi makan luar istana pffft! Kitorang bawak bekal sandwich tuna, tapi tekak still gatal nak cari makanan Jepun. Macam biasa, misi mencari halal food. Lama jugak aku interview penjual Takoyaki ni. Dapat yang boleh cakap Inggeris, senanglah kan. No alcohol, no meat, only octopus. Katanya.

Tak pernah seumur hidup aku makan Takoyaki pakai chopstick. Nasib tak tergolek ke tanah. Rasa?Sedap! Warna hitam tu bukan hangit, tapi dimasak dengan dakwat sotong kurita. Ni bukan makan sorang, tapi share berempat.

Sejuk-sejuk makan ais krim teh hijau!

Dah selesai makan, kitorang move on ke next destination. At first contemplating nak naik teksi or train since naik teksi tak sampai 15 minit. Tapi kemudian kitorang decide nak naik train since tak tau nak tunggu teksi kat mana. Takut tunggu on opposite direction. Lagipun, takdelah jauh sangat stesen Tanimachi-4-chrome. Jalan-jalan tengok pokok, tengok orang, tengok daun tak berapa nak kuning, tau-tau dah sampai stesen kitorang datang tadi. Kali ni tak sesat ye. Hihi.

So..ke mana lepas ni? Kitorang nak fefeeling Oshin!

Tunggu..

Part 2
Part 1
Read More

#MyTravelokaEscapade - London Dream

Friday 23 December 2016

Travel is the only thing you buy that makes you richer - Anonymous

Travel. Siapa tak suka travel ye tak? Boleh tenangkan fikiran, tengok tempat orang, belajar benda baru. So, bila Traveloka buat contest #MyTravelokaEscapade, aku pun nak tumpang sekaki. Mana tau ada rezeki.


Destinasi pilihan aku adalah : London. Kenapa London? Meh sini aku nak cerita apa yang best sangat di kota Ratu Elizabeth ni yang takde kat tempat lain dalam dunia! *Exaggerate*

1. Stadium-stadium bola sepak ikonik dan bersejarah

England terkenal dengan Liga Inggeris, antara liga bola sepak paling kompetitif di Eropah. Menjadi impian ramai kaki-kaki bola untuk merasai pengalaman menonton perlawanan secara live atau menelusuri sejarah kelab-kelab terkenal di sana. Di kota London sendiri terdapat banyak stadium yang menjadi tumpuan seperti Wembley, White Hart Lane, Emirates, Craven Cottage dan Stamford Bridge.

Boleh jadi sebahagian dari kemeriahan 90,000 penyokong

Bukan seorang Gooners, tapi amat meminati  legenda Arsenal FC, Thierry Henry dan Dennis Bergkamp. Tak dapat bergambar dengan orang betul, statue pun jadi

Craven Cottage - Antara stadium tertua di London, mula dibina pada tahun 1894. Terletak di pinggiran Sungai Thames, homeground kepada Fulham FC.

2. Studio Penggambaran Harry Porter

Pengunjung berpeluang merasai sendiri suasana seolah-olah di Hogwarts dengan mengikuti Studio Tour yang disediakan oleh Warner Bros. Pastinya pengalaman yang tidak dapat dilupakan, tak kisahlah sama ada anda dari Gryffindor atau Slytherin. Expecto Patronum!!



3. Royal Observatory Greenwich

Kalau kalian tumpukan perhatian sewaktu cikgu Geografi mengajar, mesti pernah dengar nama Greenwich. Ia merupakan tempat yang unik kerana diiktiraf berada di longitud 0º Bumi dan terletaknya garis meridian yang memisahkan hemisfera timur dan barat Bumi.


Selain dari melihat sendiri sempadan meridian, pengunjung juga boleh menikmati simulasi astronomi, melawat galeri interaktif dan mencerap bintang.di satu-satunya planetarium di London. Nerdgasm detected!


Kalau nak cerita pasal keistimewaan London ni memang tak cukup satu entry, tapi tiga yang aku senaraikan ni antara tarikan paling kuat bagi aku untuk ke sana.

Semoga suatu hari nanti London Dream menjadi kenyataan.
Read More

Interchange - Aku tengok apa ni?

Friday 9 December 2016

" Macam-macam sudah jadi. Macam-macam boleh jadi" 
- Sani


Agak lama aku tak menonton filem Melayu di wayang. Tapi ada sesuatu tentang filem Interchange yang buat aku rasa nak tengok. Mungkin sebab Nicholas Saputra dan Shaheizy Sam. Atau mungkin sebab ia filem Dain Said.

Seorang kaki movie pernah ajar aku : Nak tengok movie, tengok dulu siapa director. Sebab kebiasaannya, diorang ada certain identiti yang buatkan kita fikir "Oh..ni filem dia!". Christopher Nolan, Guy Ritchie, Bernard Chauly dan Mamat Khalid adalah antara director yang buatkan aku tak fikir panjang sebelum beli tiket. (Still frust terlepas Rock Ooo..)

Kalau pernah tengok Bunohan, atau snippet filem 'Dukun' (yang diharamkan tayangan), sewajarnya korang dah boleh agak Interchange macamana. Semestinya filem ala noir berkisarkan budaya dan tradisi, ada unsur mistik dan filem mindf**k level kau tanya diri, "Aku tengok apa ni?".


Filem ini dimulakan dengan penemuan mayat dalam keadaan ngeri seolah-olah disedut darahnya sampai kering. Di setiap lokasi kejadian, pembunuh meninggalkan sekeping negatif kaca dan di sisi mayat. Detektif Man (lakonan Shaheizy Sam) ditugaskan menyiasat kes-kes tersebut dan beliau cuba mendapatkan bantuan Adam (Iedil Putra), seorang jurugambar forensik. Adam sebaliknya lebih berminat membantu jirannya Iva (Prisia Nasution) yang turut mencari negatif-negatif kaca tersebut. Kehadiran Belian  (Nicholas Saputra) , manusia berupa burung dan Sani (Nadya Nisaa) pemilik kedai antik menyulitkan siasatan.

Ada apa dengan negatif kaca? Belian tu manusia atau bukan? Nak tau kena tengok sendiri lah.

Sejujurnya aku suka filem sebegini sebab ia lain dari yang lain. Dan ia membincangkan tentang kepercayaan dan adat kaum Tinggang dari Borneo (Tak pasti wujud atau tidak, kena tanya pakar sejarah peradaban manusia). Kalau kau expect filem simple lalala atau filem penyiasatan, maaf, ini bukan naskhahnya.

Pemilihan pelakon sangat tepat. Bukan muka-muka yang kau dah biasa tengok. Sam sebagai polis bukan perkara baru, tapi Detektif Man bukan Inspektor Khai. Nadya Nisaa dan Nicholas Saputra seperti biasa tak pernah menghampakan walau terpaksa berdialog dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda diorang.

Yang aku kurang suka, terlalu banyak persoalan tak terjawab. Aku tunggu babak punca segalanya bermula didedahkan tapi hampa sampai ke sudah. Ye, aku tahu filem ni memang tak logik dan banyak fikir, tapi at least bagitau la kaitan semangat burung dan negatif kaca tu walaupun sedikit. Mungkin kena tengok kali kedua baru faham.


Rekemen atau tidak tu bergantung pada taste movie korang. Kang aku rekemen pastu korang tengok tak best, korang marah aku pulak. Tapi kalau korang suka filem macam Pan's Labyrinth, Black Swan, The Forest dan Nota mungkin boleh terima filem Interchange. Apa pun, ini soal citarasa. Orang tak sama.

Bak kata Iva..Kau kena percaya apa yang kau lihat.

Oh ye, jangan tengok filem ni kalau kau malas berfikir.
Read More

Tempozan - Part 2 - Autumn in Kansai

Friday 25 November 2016

Bersambung dari SINI

Petang tu, lepas dah kenyang, kitorang bergerak ke Osaka Aquarium Kaiyukan. Osaka Aquarium terletak berhampiran dengan stesen tren Osakako. Hari pertama ni kitorang guna Osaka Visitor's Ticket (OVT) bernilai 550 yen. Pass ni boleh guna seharian,  unlimited ride bas dan tren (kecuali tren JR) dalam kawasan Osaka dan boleh dapat diskaun untuk hampir 30 attraction.

Yang bestnya Hiro, tuan rumah kitorang bekalkan kitorang dengan pocket Wi Fi, so senang nak gunakan Google Maps. Terutama dari stesen tren ke attraction yang kita nak pergi. Sebab kadang-kadang signboard 'hilang'. Tapi nak tanya orang pun senang jugak. Sebab orang Jepun ni friendly dan helpful.

Contohnya, nak ke stesen Namba dari rumah kitorang. The thing is, area rumah kitorang ni jalan kecik je dan merupakan kawasan yang padat. Bukan takat rumah, tapi ada restoran, kedai baju, minimart, kelab malam, hotel bajet, hotel mewah..semua dekat-dekat. You think KL is messed up? Hahaha. Sini lagi pening. Dengan bantuan orang awam, kami berjaya cari jalan ke stesen Namba. Tapi kali ni masuk ikut entrance lain. Tak kisahlah kan, janji jumpa subway.

Pengalaman kali pertama naik subway di Jepun. Orang Jepun ni berdisiplin. Kalau nak kena pandang pelik, cubalah tak beratur. Lepas tu diorang sabar bagi orang keluar dulu. Nak hilangkan boring dalam train aku suka tengok poster iklan diorang pastu cuba teka tu iklan apa.


Tak semua station ada announcement in English. Kena alert jugak. Sedap betul dengar suara awek Jepun. Lembut je. Hujung ada des, des. Bukan deh tau..tu Jepun kacuk Kelantan.


Turun je stesen Osakako, ikut sahaja signboard ke Kaiyukan. Dari jauh dah nampak Ferris Wheel Tempozan ni.



Dah sampai Aquarium, beli tiket dulu. Harga 2,300 yen. Aquarium ni dekat pelabuhan. Memang sejuk disapa angin bayu membawa diriku. Dari Aquarium ni, ada feri yang link ke USJ, 15 minit sahaja.

Memandangkan kitorang pergi hari Khamis, so orang tak berapa ramai walaupun dah lewat petang.

Kaiyukan ni one way affair. Mula-mula masuk tu dah kagum dengan display diorang. Kalau ikut official website, ada lebih kurang 300 spesis hidupan dipamerkan di sini. 


Ikan paus ngan jerung pun ada.  Aku dok membayangkan apalah jadi kalau ikan-ikan ni mengamuk pastu langgar cermin tu sampai pecah. Erm..tulah akibat banyak sangat tengok movie.


Susah nak ambil gambar segala jenis ikan yang ada tapi bagi aku Kaiyukan ni memang impressive. Kalau kalian pencinta haiwan bolehla singgah.

Cermin yang digunakan memang tebal. Patutlah kepala pening bila tengok lama-lama.

Lama jugak kitorang dalam Kaiyukan ni. Hampir dua jam. Keluar  tengok langit dah gelap sebab pukul 5 dah malam. Kesejukan pun dah mula mencucuk tulang. Apa lagi, berlari masuk Tempozan Marketplace betul-betul sebelah Kaiyukan. Aku pernah baca kat sini selalu buat food fair lah, jual local arts lah, tapi mungkin sebab weekdays, apa pun takde. Nak singgah makan kat food court pun tak nampak apa yang halal dan diyakini. Dalam ni ada indoor Legoland, so peminat Lego can go check it out.

Awal lagi nak beli souvenir. Tapi sebenarnya takde mood shopping pun


Keluar Marketplace nampak Ferris Wheel. Ferris Wheel ni masuk kategori 'tak confirm pergi', kalau tak memang kitorang ambil Osaka Amazing Pass 2 Days, boleh masuk free. Selain dari faktor cuaca, faktor keletihan dan tetiba ketaq lutut pun diambil kira. So, kitorang just pakai OVT je. Tu pun aku tak perasan, pakai OVT boleh dapat harga 700 yen. Kitorang bayar 800 yen.

Aku ni takut jugak naik Ferris Wheel gini. Dahlah IN, ND ngan NS ajak naik yang transparent car. Bayangkan boleh nampak bawah. Roller coaster takpe, sebab laju. Ferris Wheel ni slow kemain. Terseksa jiwa raga nak habiskan satu round. Time giliran kitorang dah start hujan renyai. Tapi masa kat dalam tu takdelah rasa goyang. Mungkin sebab kitorang duduk statik. Keras je situ. Dari dalam ni boleh nampak area Tempozan dari atas. Boleh nampak betapa padatnya rumah-rumah di Jepun. Lagi best, boleh nampak betapa advance jaringan jalan raya dan keretapi diorang. Tetiba hakak teringat cerita Ultraman. Kah kah.

View dari dalam Ferris Wheel

Habis satu round, aku tanya travel mate aku, nak ke mana? Ada lagi tempat dalam itinerary kitorang hari tu iaitu Dotonbori dan Shinsaibashi Streeet, tapi masing-masing dah keletihan. Lapar pun ye jugak. Biasalah, cuaca sejuk. Dahlah excited nak keluar sampai lupa bawak bekal.

Dari Ferris Wheel, kitorang jalan balik ke Osakako train station. On the way tu singgah mini market tengok apa yang boleh dimakan. Kat Jepun ni nak beli ayam or daging memang a big no no lah, tak tau status halal cmane. Tapi kalau nak beli seafood dan sayur OK je. Paling penting....jangan convert. Hihi.

Dalam train on the way ke Hommachi, ada this guy from Malaysia tegur. Sakan lah kitorang borak. Dia datang Osaka ngan member, tapi dia keluar sorang je. Dia suggest tempat makan halal kat Kyoto dan kat mana shopping best. Hambik kau, dia belikan beg LV untuk mak dia OK! Dia kata pre-loved. Aku rasa dia beli first hand sebab beg kertas pun tulis LV tapi nak merendah diri. Lupa nak tanya nama dan nombor telefon. Hehehe.

Kitorang selamat sampai ke Namba, dan kali ni berjaya jumpa exit yang sepatutnya. Yay!! Ikut print out Google Street View yang Hiro dah buatkan. Still ada sesat sikit, tapi takdelah makan masa macam waktu sampai.

Sampai rumah, mandi dan makan. Almaklumlah tak mandi dari KL. Kah kah..tak senonoh perangai. Negara sejuk bolehlah kan!

Dah kenyang, apa lagi mau bikin. Tidurlah kan. Hari kedua di Osaka, lagi banyak nak terjah ni.

Jumpa next entry. Thanks for reading!
Read More

Fantastic Beasts - is it really that fantastic?

Monday 21 November 2016

My philosopy is that when you worry, your suffering is twice

Lama rasanya aku tak tengok wayang. Sangat lama. Tercetusnya idea aku untuk tengok 'Fantastic Beasts and Where to Find Them' ni pun sebab member aku cancel plan karok last minute. Alang-alang aku dah siap, takkan nak duduk rumah je. So, next thing I know, aku dok layan movie ni sorang-sorang kat TGV KLCC. Dating dengan diri sendiri apa salahnya. *batuk* forever *batuk* alone


Filem terbitan Warner Bros ini diinspirasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya penulis terkenal J.K Rowling. Ia diarahkan David Yates, pengarah francais filem-filem Harry Porter sebelum ini.

Berlatarbelakangkan tahun 1920-an, filem ini mengisahkan Newt Scamander, lakonan Eddie Redmayne yang singgah di New York dalam perjalanan ke Arizona. Newt merupakan seorang pengkaji binatang-binatang ajaib dalam dunia ahli sihir. Kehadiran Newt di New York kebetulan diikuti siri-siri kejadian menggemparkan di mana 'bayangan hitam' menyebabkan kerosakan rumah dan jalanan. Mary Lou (Samantha Morton) percaya yang ia adalah perbuatan sihir dan cuba membongkar kehadiran ahli-ahli sihir yang bersembunyi di serata kota New York.

Dalam satu kekecohan, Newt telah tertukar bagasi dengan seorang lelaki bernama Jacob Walowski (Dan Fowgler) dan menyebabkan makhluk-makhluk ajaib dalam bagasi Newt terlepas. Dalam usaha Newt mencari kembali makhluk-makhluk tersebut , dia terpaksa meminta pertolongan Jacob yang merupakan seorang muggle iaitu manusia tanpa kuasa sihir. Situasi ini menarik perhatian dua beradik, Tina (Katherine Waterstone) dan Queenie (Fine Frenzy) yang juga merupakan ahli sihir seperti Newt.


So..nak tau berjaya ke tidak Newt cari balik makhluk-makhluk ajaib dia yang terlepas dan siapakah dalang sebenar di sebalik 'bayangan hitam' dahsyat yang menakutkan warga New York, korang kenalah tengok sendiri.

Filem ni memang fantastic bagi aku. Typical Harry Porter style. Permulaan yang light, ada elemen comel dan kelakar dan slowly develop ke konflik yang lebih berat dan deep. Pelakon semua memainkan peranan yang baik. Aku memang peminat Eddie Redmayne sebab aku rasa lakonan dia hidup dan dia ada penampilan menarik walaupun tak sekacak pelakon British lain. Ah..must be his accent. Cuma watak Collin Farrel sebagai Mr.Graves buat aku teringat pada watak dia dalam Fright Night.

Sinematografi dan CGI tak payah dipertikaikan, filem macam ni memang makanan pengarah-pengarah seni dan special effect di Hollywood. Peminat filem-filem fantasi pasti akan suka filem ni lagi-lagi peminat Harry Porter kerana watak Newt pernah disebut dalam buku dan filem tersebut. Tapi yang tak pernah tengok pun tak ada masalah nak faham.

So, where can I find myself a Niffler?

Hope you enjoy my review! Nanti dah tengok share lah ye best ke tidak. Till then, thanks for reading!
Read More

Lost in Translation - Part 1 - Autumn in Kansai

Wednesday 16 November 2016

Assalamualaikum semua! OKlah, jom cerita pasal trip aku ke daerah Kansai di Jepun. Kansai meliputi Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe. Sumber : Japan Guide . Dari KL, kami naik flight Air Asia direct ke Kansai Airport (KIX).

Kitorang dah biasa jumpa sebelum pergi, so takdelah drama 'Cinta Pandang Pertama' walaupun asalnya aku cuma kenal ND. Flight kitorang kul 1 pagi, so dalam pukul 10 malam dah berkumpul di KLIA 2.

Urusan check in luggage berjalan lancar dan walaupun ada orang kata list barang aku bawak tak ubah macam nak angkut satu rumah, tapi luggage aku tak sampai 10 kg pun. Hihihi. So, macam biasalah, bagi peluang travel mate lain tumpang.

Dalam flight, peramugari Air Asia akan bagi Disembarkation Card ni untuk diisi. Rupanya ada depan belakang.


Selain dari tu, diorang akan bagi ni jugak : Custom Declaration Form. Boleh refer sini untuk sample dan apa yang dibenarkan atau tidak untuk dibawa.



Makanan jatuh dalam category restricted and since kitorang bawak pek makanan Brahims, Dendeng, Sambal Ikan Bilis etc, aku suruh travel mate aku tick 'Yes' dekat soalan 1(1). Benda macam ni simple je bagi aku. If tak sure, tick Yes. Walaupun ada travel agent yang kitorang jumpa dalam flight cakap tick 'No'.

Oh ye, untuk perfume tu aku tulis aku bawak 2 oz. Aku pun tak faham sebenarnya. Perfume yang macamana? Dengki betul orang nak wangi. Hihi.

Dalam flight, aku terpaksa berlawan dengan kesejukan dan menyalahkan diri sebab tinggalkan Down dalam luggage. Sweater aku tak mampu menghangatkan tubuh kerdilku ini. Ewah! Tapi aku lagi risaukan ND since dia semput. Hakak perati je dari jauh. IN dengan NS tak payah cerita lah, tido lena. Tapi aku tido dalam dua tiga jam je. Mungkin sebab flight tengah malam, pastu beralih cuaca dari negara panas berdenting ke sejuk berangin. Rabak mata!

Walaupun ngantuk, makan tetap makan.. Alas perut pukul 5 pagi. 

Perjalanan mengambil masa 7 jam. So, pukul 9 pagi waktu Jepun (diorang awal sejam), kami selamat mendarat di Kansai International Airport (KIX). Alhamdulillah. Sempat aku telan sebiji Clarinase sebab hidung dah start meleleh, tak best la nak mengadap imigresen Jepun nanti. Lagipun, dengan isu Zika lah apalah, aku takut pegawai kat airport ingat aku tak sihat pulak. Dah panjang ceritanya.

Aku tak ingat aku baca kat mana, tapi ada blogger yang pernah gi Jepun quote 'Malaysian kalau pergi Jepun, tak jakun, tak sah!'. Memang sungguhlah. Keluar je dari kapal terbang dah nganga tengok keadaan luar sebab nampak laut je! ND bagitau yang KIX ni atas pulau buatan. Kau mampu, airport atas pulau! Punyalah dahsyat teknologi Jepun. Ni dah macam iklan TOP!

Dekat imigresen je sangkut sikit, sebab kitorang tulis alamat tak penuh kat disembarkation card. Apa lagi, mencuka la pakcik Jepun tu. So, korang tulis alamat homestay/ hotel biar penuh. Nak selamat, print out macam kitorang. So kalau dia tak faham, bagi dia baca sendiri. Golden tips : Stay together. Kena tanya apa-apa, jawab je dengan jujur. Tapi sayang Dendeng kena rampas. Oh sedihnya. Dahlah sekilo! Yang lain Alhamdulillah lepas. Maybe sebab bau dendeng yang kuat. Dah selamat diorang buat sushi gamaknya! Hahaha.

Keluar dari imigresen, time tu rasa nak lompat-lompat sebab berjaya menjejakkan kaki di bumi Jepun. Sebuah impian dari kecil yang akhirnya terlaksana. *Drama queen* Kat airport ni, situasi biasa kalau ada pegawai polis approach kau dan interview kau sikit-sikit. Oh ye, orang Jepun ni tak suka kau main handphone time borak. Terkujat aku kena tanya 'What are you looking for?'. Padahal aku dok guna free Wi Fi nak wasap family cakap dah sampai. Cuak kejap kena tegur ngan polis macam tu. Settle 'interview', kami pun bergerak ke Tourist Information Centre untuk beli segala pass yang patut.


Boleh je nak beli pass later atau beli asing-asing tapi since aku malas menyusahkan diri, aku beli je kebanyakan pass yang aku nak kat sini. Dah beratur lama-lama takkan nak beli sikit je kan.

Dah beli pass, buat pit stop kat toilet. Jadi jakun pulak tengok toilet guna button. Nak air kuat, nak slow, nak panas, nak sejuk, nak keluar bunyi..semua boleh pilih. Toilet seat pun ada heater. Dahsyat Jepun toilet pakai elektrik. Pastu tisu wajib buang dalam mangkuk tandas. Which is rare, aku biasa buang dalam tong sampah takut tandas tersumbat.

Pastu naik tingkat dua plak, tukar pass JR yang kitorang beli kat Malaysia. Pass kitorang beli ni bukan yang naik Shinkansen tau, tapi JR pass biasa. Nak sembang pasal JR ni aku takut salah. Korang baca sini : JR PASS

Semua orang nak cepat. Stress betul.

Dah settle semua, kitorang pun bergerak ke area apartment kitorang di Namba, Osaka. Dari KIX ada banyak pilihan transportation. Bergantung kepada mana korang nak pergi. Nak naik bas boleh, naik teksi boleh, tapi we olls naik train sebab ada yang direct. Tak payah tukar-tukar.

Kos : 1, 130 yen seorang untuk Nankai Limited Rapit Express. 35 minit sahaja. Nak naik Airport Express harga 920 yen tu pun OK je sebab beza masa only by ten minutes. Just that Limited Rapit lagi selesa dan confirm ada seat. Kami pilih Rapit Express kononnya nak cepat sampai. Hurm..cepatlah sangat!

Keadaan dalam tren Nankai Limited Rapit Express. Memang selesa. Rasa nak tidur, tapi takut terlepas stesen.

Nampak macam senang je kan? Hahaha. The moment kitorang turun kat Nankai-Namba station adalah permulaan segala drama.

Mata dah melilau kiri kanan cari Exit 25 berdasarkan map yang tuan rumah, Hiro-San bagi. Bayang no. 25 tak nampak, so ikut je nombor apa ada. Tanya direction tapi pastu sesat jugak. Jam di dinding terus berdetak ahhhhh. Kakiku juga terus berjalan. Tik tok tik. Adoi, dalam stesen keretapi dah sesat! Kau nak duduk seminggu kot kat Jepun ni!

Somehow kitorang sampai ke entrance Namba City Mall. Berdasarkan research aku, kat situ ada prayer room. Kaki pun dah nak tercabut, apa kata solat dulu. Nak solat kena mintak kunci kat Information Counter. Mungkin nak jaga kebersihan dan takut orang salah guna. Time tu dah almost pukul 1. Check in time kitorang pukul 3. Prayer Room Namba City Mall ni bersih dan selesa walaupun kecil.

Dah solat, ikut direction staf kat information counter untuk cari stesen cab sebab dah tak larat mengukur stesen Namba. Aku rasa kitorang berpusing dalam stesen tu je dekat setengah jam. Stesen Namba ni kus semangat besarnya. Pastu bersambung dengan 3 shopping mall! Time ni lapar, ngantuk, letih..semua perasaan ada. Nampak 7 eleven, singgah beli Onigiri. Menyesal tak makan awal-awal kat airport.


Aku tak masuk 7 Eleven ni, duduk luar jaga beg. Dalam hati heran sebab travel mate aku yang lagi 3 orang tu lama bebenor kat dalam. Rupanya dok mintak tolong staf kedai tolong pilihkan Onigiri telur ikan dan Salmon untuk kitorang sebab semua tulis bahasa Jepun.

Masuk cab, lagi satu masalah. Driver teksi cakap Jepun, kitorang cakap Inggeris. Tunjuk alamat, dia tak tau. Nasib lah aku ikut ajaran Blogger SS, print flash card siap gambar dan tulisan bahasa diorang. Tu pun dia still tak faham. Then aku tunjuk gambar dan nama restoran paling dekat dengan apartment kitorang. Mujur lah dia tahu. Phewww...lega!!

Kos teksi : 680 yen

 Rasa asing sangat kat sini. Oh Mak, anakmu ini kat mana entah!

Dah sampai restoran yang dia cakap tu, kitorang kena gi amik kunci plak kat satu kedai ni. Pusing-pusing cari kedai dah macam treasure hunt! Dah dapat kunci, bayang rumah still tak nampak. Setelah puas sesat keluar masuk kedai tanya direction sambil baca peta.. guess what!



Jumpa rumah! Yay!!!



Maka terhegeh-hegeh lah kami mengheret beg ke apartment yang terletak di tingkat tujuh. Nasib ada lif. Lif pun cakap Jepun.

Rumah Hiro ni kecik je. Ko tak payah tanya gambar lah, sebab masing-masing dah keletihan terus cari port landing tak sempat blogger suam-suam kuku ni nak snap gambar.  Rumah yang moden. Ada dua set katil double decker, meja satu dan almari. Ada dapur, peti ais dan microwave. Minimalist- very Japanese style. Nasib baik tak kena tidur dalam almari cam Doraemon!

Time tu dah nak dekat pukul dua, tapi tengok rumah macam dah siap kemas je kitorang terus check in diri sendiri. Hehehe. Apa-apahal pun, makan dulu. Keluarkan segala sambal yang ada, makan dengan Onigiri (Time ni teringat jugak dendeng yang dirampas. Sob sob)

Mana pernah aku makan benda ni seumur hidup

Tengoklah orang kampung, bukak pembalut pun salah. Dah jadi pelik makan nasi tu dulu baru makan seaweed. Patut makan sekali. Lantaklah nak...janji kenyang!

Dah siap makan, kitorang pun siap-siap nak keluar. Plan asal lari lebih 3 jam. Stress la jugak bila kau yang buat itinerary. Takpe, walaupun badan penat, tak mungkinlah nak baring je kat rumah, kan. Misi hari ni, menjelajah Osaka. Ada apa kat Osaka? Sesat lagi tak? Nak tau, tunggu next entry ye. Thanks for reading!
Read More