Pitch Perfect 3 - Movie Review

Tuesday 9 January 2018

Always give 100%
Except when giving blood, and going through a divorce


Aku menonton filem ni di Paradigm Mall bersama sepupu-sepupu aku, malam sebelum kami pulang ke kampung sempena cuti tahun baru. Plan asal nak tengok Jumanji tapi tiket habis so Pitch Perfect 3 layanlah jugak since aku dah tengok yang first dan second.

Dalam siri ketiga filem muzikal ni, ahli-ahli kumpulan Barden Bellas semuanya telah tamat pengajian dan bekerja kecuali Emily (Hailee Steinfeld). Beca (Anna Kendrick) boleh dikatakan antara yang paling berjaya dan berkerja sebagai produser muzik. Bellas telah menghadiri reunion yang diaturkan oleh Emily dan ahli-ahli Bellas yang baru.

Walaupun dah tamat pengajian dari Barden University, tapi sejujurnya diorang semua ni belum boleh move on terutama Chloe (Brittany Snow) dan Aubrey (Anna Camp). Aubrey mencadangkan mereka mengikuti tour konsert yang diaturkan untuk tentera-tentera US di merata tempat. Beca yang tidak tahan tekanan dan telah berhenti kerja bersetuju untuk mengikut ahli-ahli Bellas yang lain termasuk Fat Amy (Rebel Wilson) menyertai tour tersebut.


Tour tersebut rupanya bukan sahaja disertai anggota Bellas tetapi terdapat juga band lain. Sepanjang tour tersebut Bella menghadapi banyak cabaran. DJ Khaled, seorang DJ terkemuka pula bercadang untuk memilih salah satu dari kumpulan yang menyertai tour tersebut untuk menjadi artis naungannya.

Yang best bagi aku Pitch Perfect 3 ni banding yang dulu-dulu adalah genre muzik yang lebih luas. If 1 dan 2, Bella hanya compete dengan kumpulan acapella tapi yang 3 ni ada band lain yang jauh lebih hebat dan boleh main alat muzik. 'Dunia' Pitch Perfect 3 juga lebih luas dan matang. Kalau dulu hanya di universiti dan golongan rakan sebaya, sequel kali ni The Bellas ke serata Eropah dan berjumpa bermacam jenis manusia.

Dari segi koreografi dan lagu aku rasa lagi best. Lawak pun boleh tahan kelakar. Scene paling aku suka dalam kapal masa dah hujung-hujung cerita.

So..rekemen ke? Highly kalau korang memang follow since first movie dan untuk peminat filem muzikal. Filem yang light dan fun though lawak dia PG13 sikitla.

Pssst...peminat watak Fat Amy confirm teruja dengan sequel kali ni!
Read More