Khamis lepas terima hadiah face mask jenama Jovian dari blogger Shida Radzuan atas penghargaan Geng Kaki Komen Julai 2021. Siap dengan mask extender warna merah-hijau-hitam. Cantiknya. Macam motif bendera Palestin pun ye jugak. Shida kait sendiri ke? Thank you so much appreciate komen-komen saya yang kadang-kadang banyak merepek je tu. Haha. Komen tak mengharap balasan tapi kalau orang dah bagi, rezeki jangan ditolak ye tak?
Teringin dari dulu nak cuba pelitup muka keluaran fashion designer terkenal Jovian Mandagie ni sebab katanya anti jerawat. Betul ke? So aku pun semak la official website sebab nak tahu.
Agak menarik sebab di official shop langsung tak dinyatakan yang face mask ni anti jerawat atau anti acne. Cuma dinyatakan yang ia ‘ Hypoallergenic that is made with soft materials to minimize skin allergy’. So..adakah dakwaan yang facemask Jovian ni anti jerawat hanya umpanan penjual di Shopee dan Facebook? Jeng jeng jeng. Apa pendapat korang?
Dari apa yang aku tahu semenjak bekerja dalam bidang pengiklanan adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada guidelines yang sangat strict untuk promosi sesuatu produk. Antara syarat utama adalah tak boleh 'over claim'. Contohnya ‘Makan ubat ni conform takkan kena Covid’ atau ‘Kulit dijamin putih macam artis Korea dalam masa 3 hari’. Korang takkan jumpa iklan macam tu di media massa mainstream dan kebanyakan brand yang dah established.
Nak tahu face mask Jovian ni betul ke tidak anti jerawat, kenalah cuba sendiri. Buat masa ni aku hanya bekerja dari rumah dan jarang sangat keluar, so tak dapatlah test. Nanti dah cuba aku update.
Masa Covid 19 agak reda dulu (Masihkah kau ingat - sebelum kemunculan varian Delta), aku kerap jugak ke office. Sebagai warganegara yang takut kena kompaun patuh peraturan, aku sentiasa memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di office. Hasilnya ‘Maskne’ naik dengan mencanak.
Masalah ‘Maskne’ atau jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka (face mask) ni bukan setakat jadi kat orang yang memang ada masalah jerawat dari azali macam aku, even orang yang kulit bersih flawless pun boleh kena. Betul tak?
Ada a few cara cegah ‘Maskne’ yang aku dah cuba dan terbukti berkesan iaitu:
- Tukar face mask dengan kerap. Belilah face mask murah kalau sayang duit. Hehe
- Pakai moisturizer atau sunblock sebelum pakai face mask supaya kulit tak kering. Ramai orang komplain pakai face mask jadi penyebab kulit muka mengelupas terutama bahagian hidung.
- If ada jerawat yang sedang mekar menanti masak atau dah pecah tapi belum sembuh, tampal acne patch sebelum pakai mask. Antara acne patch terbaik yang aku dah cuba adalah brand Nexcare, Oxy dan Cosrx. Fungsi patch untuk elakkan jerawat tu inflamed bila bergeser dengan face mask. Aku suka gak pakai acne patch sebelum tidur. So bila bangun, ‘isi jerawat’ sudah berkumpul di permukaan. Tak payah picit.
- Make sure basuh muka bersih-bersih supaya kotoran dan bakteria yang terkumpul kat face mask tak berpindah kat kulit. So wash your face before bed ya boys and girls! Jangan guna scrub kasar, terutama yang memang acne prone. Guna gentle cleanser.
Masha Allah jauhnya aku melalut, padahal nak cerita dapat hadiah penghargaan kaki komen dari blogger Shida Radzuan je! By the way, hanya blog sahaja socmed yang aku aktif, so korang jangan pelik nama aku ada di mana-mana.
3 bulan lepas pun terima hadiah Geng Kaki Komen dari Shida. Puas aku cari entry nak backlink, rupanya aku terlupa nak buat. Allahu. So sorry tau Shida!
Korang yang nak berkenalan dengan Shida, bolehlah jenguk blog dia di https://www.shidaradzuan.com/
Blogger dari Perak yang sering berkongsi resepi, kisah kehidupan seharian dan informasi terkini. Semoga Shida dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. Again, thank you so much!
byk je product over claim ni cuma diorg terselamat sbb x de yg mengadu. kecuali product tu ada brg/bahan kimia terlarang. haaa brg2 lain yg x berkaitan pn tempias sama...
ReplyDeletebetul tu. kalau tak, takdelah produk timbang kilo bersepah. kalau over claim tapi berkesan tak apa jugak. Kerja media memang kena tapis betul-betul. kalau terlepas, nanti dapat surat cinta KPDNKK. hehe
Deletetp pelik laa yg jd mangsa produk over claim ni x de plak yg amik tindakan/tampil ke hdpn kecuali yg berani
Deleteambil tindakan pun, produk yang tu je kena tarik, diorang keluarkan produk baru. masih tak habis isunya
Deletesampai laa abam jamil mam.... hahaha
DeleteWalaupun jauh Sal melalut, akak gigih baca tau..haha
ReplyDeleteTak melalut pun, Sal kasi info.
Tahniah Sal dapat hadiah.
thanks kak Ujie sudi baca dan komen
Deletehhahaha panjang lebar dia buat pembuka bicara :p
ReplyDeletebtw tahniah sal...
dah start menaip susah nak berhenti. tau2 dah terkeluar tajuk
DeleteTahniah...boleh la bergaya dgn face mask berjenama lps ni..
ReplyDeletepergi vaksin nanti boleh pakai.nak pakai gi beli barang dapur sayang pulak
Deletetahniah sal.
ReplyDeletesyu pon acne naik byk btol sejak pkai mask ni. dah la susah nk hilang parut jerawat tu. huhu
Insha Allah saya share cara hilangkan parut jerawat nanti ye
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTahniah dapat hadiah
Alhamdulillah dapat rezeki, mask berjenama, ada ternampak iklan jovian di billboard highway. Tahniah Sal.
ReplyDeleteBukan melalut ada info berguna sebab akak tidak tahu boleh dapat jerawat teruk pakai mask. Hehe bagus dapat cuba pelitup muka Jovian. Belum pernah guna pelitup jenis kain.
ReplyDeleteTahniah Sal.
Kak NA bertuah, kulit tak naik jerawat kerana face mask. ada juga orang kulit tak tahan. oh, ini bukan mask kain, tapi 3-ply surgical mask. dibuat corak monogram dan ada label nama Jovian
DeleteTahniah.. Semoga ukhwah berkekalan.
ReplyDeleteAkak pakai mask JM ni pun naik gak jerawat di muka..sama je mana- mana pun..hehehe...apapun taahniah...bila nak jadi pengomen tger blog akak?
ReplyDeleteBlog kak SA saingan sengit. saya ibarat atlit yang try cmane pun susah nak dapat gold. hehe, Insha Allah saya cuba
DeleteProduk over claim ni memang pun, kiat as pengguna lah kena bijak memilih dan peka sebelum beli. Kalau ras atak logik sangat tu baca lah balik review2 orang hoho
ReplyDeleteSaya kalau pakai mask okay. Tapi kalau double mask miss J datang macam surpriseeee sis howau u. Gituuu haha. Mungkin sebab peluh terpekup lama kan. Naisb lah saya jarang keluar rumah pergi tepat2 yang high risk ni
Haaa kita pun melalut jugak haha
Tahniahh Kak sal! Chaiyok2. Kak sal pun raji komen blog kita. maluuu hehe. macehh!
produk kalau macam melampau sangat bagusnya tu memang pelik, tapi tulah ramai jugak orang beli. pakai double mask memang level terpekup dia lain macam. tapi nak elak Covid punya pasal
DeleteAlhamdulillah..orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak. Tahniah Sal dapat hadiah dari Shida. Haa betul sangat tu Sal. Any produk tak boleh over claim. Salah tu. Tak pernah guna facemask Jovian ni. Corak design dia cantik. Pakai face mask ni kena jaga kebersihan baru kulit tak breakout. Macam sal cakap kena tukar facemask. Eh, tak melalut pun. Ada infonya yang Sal share tu.
ReplyDeleteya betul tu..facemask Jovian ni corak monogram dia cantik. Bolehla nak melaram sambil patuh SOP
DeleteTahniah. Bestnya dapat hadiah =))
ReplyDeleteTahniah Sal ! Memang sama la naik bintik2 kat muka lepas pakai mask lama.
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tahniah . Cantik extand face mask tu .
ReplyDeleteAlami masalah yg sama juga tambah2 lagi pakai masak terlalu sama sampai berkuap . 2 3. Hari timbul laa si jerawat
tahniah kak
ReplyDeletealhamdulillah
Tahniah sal. Cantik facemask Jovian ini. Boleh melaram g opis hehehe
ReplyDeleteTak kisahlah melalut pun Sal. Kak Amie suka jew baca Tahniah dapat hadiah.
ReplyDeleteTudiaaaa mukadimah dia hahaha.
ReplyDeleteTapi betul, memang tak boleh overclaim. Memang salah. Saya pun naik jugak maskne kalau pakai mask dalam jangka masa yang lama. Tapi nasib sekarang duk rumah je kan, boleh la bebaskan muka daripada mask. Kalau keluar pun sekejap je. Mask jovian ni cantikkkk, harga pun dalam RM20-30 satu kotak tapi ada kuantiti dalam tu ada 30 je.
Kalau ada jerawat masa penggunaan face mask, kena ada special care.. tapi, kita tak pernah try lagi face mask menantu IS ni.. heeee
ReplyDeletecongrats kak sal! timm mmg ada masalah mask acne, abis dagu, dgn pipi, lani ok sbb dduk rumah jer..
ReplyDeleteTahniah, Sal. Selamat melaram dengan facemask Jovian tu.
ReplyDeleteDon't worry. Akak tetap gigih baca entri ni sampai habis 😊
fuyoooooo facemask jovian gitu... sesekali masuk rumah sal belajar bagaimana nak menjaga muka...kena buka kelas ni...apa pun tahniah.
ReplyDeleteHaha. Kulit muka saya sendiri bermasalah, cmane nak buat kelas. Student lari nanti.
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah Sal..
ReplyDeleteKadang yang suka overclaim ini penjual.. Banyak je produk yang overclaim..
Sesekali melalut tapi berisi.. okay je..
Tahniah sal. Mcm2 dapat Dari shida. Fm jm tu mmg cun agt
ReplyDelete