Assalamualaikum semua! Sape sini ada family member birthday dekat-dekat? Mesti best kan, sambut sesama? Lagi meriah, dan conform takkan lupa. Paling best, dapat jimat kos. Tak payah sambut ulang-ulang. Hihihi.
Abah aku dan abang ipar aku berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Disember. Mak pulak berkongsi tarikh lahir dengan Rosmah Mansor iaitu 10 haribulan. So, hari tu akak aku ajak makan-makan sambil celebrate birthday diorang. Aku ni kan spesis sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan kurus macam papan...erk!
Awalnya aku ingat nak makan Satay Zaini kat Ampang ni je..habis-habis pun steamboat kat Tupai-Tupai. Sekali diorang ajak ke Sekinchan pulak. Uish...jauhnya! Ikut jelah Abe Ngah dan Kak Ngah wei. Sayangnya Abah tak dapat join sebab beliau ada urusan surau yang tak dapat dielakkan. So, celebrate birthday Mak dan Abe Ngah je.
Kitorang sampai ni dah pukul satu, so memang ramai pelanggan. Masa on the way ke sana aku sikit punya hairan. Ada ke orang datang sini, semata-mata nak makan? Agak ke dalam jugak. Kalau korang nak datang sini, cari dekat waze 'Jalan Terusan Utama, Kampung Tengah Pasir Panjang'. But let me tell you lah, view on the way nak ke restoran ni memang mendamaikan jiwa. Sawah padi terbentang di kiri dan kanan jalan. Pastu ada rumah kayu sebiji-sebiji yang comel. Terus aku on mode 'Nur Kasih' tau.
Sampai je kitorang terus cari meja paling besar dan duduk. Sementara belek-belek menu, boleh jamu selera dengan appetizer.
Gigih tau blogger perasan famous ni dok tangkap gambar menu. Tauke tu tengok je aku. Mesti dia membayangkan restoran dia akan dapat special features dalam Harian Metro. Hakikatnya, kat blog picisan ni je.. hehe.
Ni antara menu yang kami pilih. Tak campur air, nasi ngan ulam-ulaman lagi. Segan doh nak tangkap gambar bebanyak. Cam jakun pulak. Tapi memang ye pun ni first time makan landak. Rusa ni kali kedua. So, what's the verdict? Of courselah sedap! Kalau tak sedap takkanlah ramai yang sanggup meredah nak sampai sini. Fazura bagi 5 bintang!
Bukan setakat makanan je sedap, tapi servis yang bagus, seating yang banyak dan parking pun senang. Memang puas hati! Plus point, toilet dia bersih dan surau yang selesa turut disediakan.
Dekat luar restoran ni ada wakaf, kotlah korang nak makan bersila. Tapi kitorang buat tempat tu port lepak sementara Abe Ngah n tauke kedai tu dok discuss business. Apa lagi, aku ngan adik-adik dan anak sedara buat tempat tu cam rumah sendiri le..Hehehe
Actually, kitorang sampai sini atas jemputan tauke kedai ni, kawan Abe Ngah. Settle semua, tauke restoran ajak ke rumah dia. Sebenarnya aku agak teruja nak gi rumah dia sebab Abe Ngah cakap kat rumah dia ada kebun tanaman yang aku teringin nak tengok. Apa dia? Ala, tunggu next entry lah. Tak..bukan sawah padi. Klu : Smallville.
Till then, thanks sudi baca ;)
Abah aku dan abang ipar aku berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Disember. Mak pulak berkongsi tarikh lahir dengan Rosmah Mansor iaitu 10 haribulan. So, hari tu akak aku ajak makan-makan sambil celebrate birthday diorang. Aku ni kan spesis sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan kurus macam papan...erk!
Awalnya aku ingat nak makan Satay Zaini kat Ampang ni je..habis-habis pun steamboat kat Tupai-Tupai. Sekali diorang ajak ke Sekinchan pulak. Uish...jauhnya! Ikut jelah Abe Ngah dan Kak Ngah wei. Sayangnya Abah tak dapat join sebab beliau ada urusan surau yang tak dapat dielakkan. So, celebrate birthday Mak dan Abe Ngah je.
The restaurant. Restoran Lembah Bernam.
Kitorang sampai ni dah pukul satu, so memang ramai pelanggan. Masa on the way ke sana aku sikit punya hairan. Ada ke orang datang sini, semata-mata nak makan? Agak ke dalam jugak. Kalau korang nak datang sini, cari dekat waze 'Jalan Terusan Utama, Kampung Tengah Pasir Panjang'. But let me tell you lah, view on the way nak ke restoran ni memang mendamaikan jiwa. Sawah padi terbentang di kiri dan kanan jalan. Pastu ada rumah kayu sebiji-sebiji yang comel. Terus aku on mode 'Nur Kasih' tau.
"Apa pun yang jadi, Nur akan tetap tunggu Abang". Jangan kacau makcik nak berangan!
Sampai je kitorang terus cari meja paling besar dan duduk. Sementara belek-belek menu, boleh jamu selera dengan appetizer.
Jeruk , kek batik, tapai, tempe dan kacang goreng. Memang terbuka selera. Sebab lapar, kitorang makan ni macam makan main meal.. Huhuhu.
Keistimewaan restoran ni adalah menu dia yang eksotik. Tak main lah kalau datang sini order ayam, daging ataupun siput sedut.
1. Sambal udang galah
2. Kari rusa
3. Rendang Landak
4.Ikan baung masak lemak
Ni antara menu yang kami pilih. Tak campur air, nasi ngan ulam-ulaman lagi. Segan doh nak tangkap gambar bebanyak. Cam jakun pulak. Tapi memang ye pun ni first time makan landak. Rusa ni kali kedua. So, what's the verdict? Of courselah sedap! Kalau tak sedap takkanlah ramai yang sanggup meredah nak sampai sini. Fazura bagi 5 bintang!
The aftermath.. maaflah ahli keluarga aku pemalu sikit, tu yang takde gambar diorang.
Dekat luar restoran ni ada wakaf, kotlah korang nak makan bersila. Tapi kitorang buat tempat tu port lepak sementara Abe Ngah n tauke kedai tu dok discuss business. Apa lagi, aku ngan adik-adik dan anak sedara buat tempat tu cam rumah sendiri le..Hehehe
Nah, belanja selpie dengan anak buah paling bongsu - Auni
Till then, thanks sudi baca ;)
sedapnya landak.rusa...
ReplyDeleteserious ke sedap ? ZF da makan ke ?
DeleteAahhhh dah makan ke? He He He....
Deletelandak? ZA pernah mkn landak..x takut ke dengan duri byk tu
DeleteMenarik next entry..tak pernah lagi makan daging rusa dan kari landak..
ReplyDeleteKari rusa pernah makan, tapi daging landak belum pernah makan. Kalau makan dengan duri-durinya tu sekali lagi sedap kot...?
ReplyDeletehaha..tu kalau nak try kena ada insuran dululah abang JR
DeleteHuh! Tak pernah dgr landak tu sebenarnya boleh dimakan...
ReplyDeleteeeee...dgr pun dh serem..klaau di suruh mkn jauh sekali lahh
Deletelapar nya penuh satu meja , hehee :)
ReplyDeletehehe..kitorang ramai lah, tu yang penuh meja.
Deletesuka landak dan rusa...
ReplyDeletesuka sahaja ke atau suka mkn ni abe MKL
Deletebest
ReplyDeletesedap ke Kak Sal ?
ReplyDeletehuuurm xleh laaa CT x nak try hahaha
makan puyuh pun da rasa bersalah sangat..
erm..akak ok je makan as long as tak sembelih depan mata..huhu.sedap la jugak rasa dia..
DeleteCemana sembelih landak tu?
Deletecam sembelih ayamlah kot..haha.manalah tau, tau makan je
Deletecabut duri landak ? aaaaa nehi nehi kabi nehi..
Deletenieyl penah makan landak dgn rusa tapi itupun dengan tidak sengaja..hihi..asben soh rasa..kite pun pakai makan aje..dah telan masuk perut..baru dia cakap daging apa..hihih..:) haáh..blog nieyl dah bertukar wajah...untuk tahun 2015
ReplyDeleteTak pernah makan landak, tak pernah makan rusa. hahaha. sedihh.
ReplyDeletesenaman mulut? comel..haha! bestnya..semua mknn kpg betul..bukn senang skrang ni nk dpt..
ReplyDeleteUdang tu nampak menyelerakan sangat-sangat :D
ReplyDeleteUntunglah..makan banyak tetap slim.. Jeles u.
ReplyDeleteFuhhh.. menyelerakan... tengok udang tu yg lagi tak tertahan.. :)
ReplyDeleteWah...sodapnya..makan-makan...tambah-tambah dengan famili
ReplyDeletedah lama tak makan2 dengan family
ReplyDeletekari rusa tu tinggal kuah je ke? ;-)
ReplyDeleteahaha...dah makan baru teringat nak amik gambar.tu yang tinggal kuah je
Deletep/s nnt respon email ye
ReplyDeletelandak akak penah makan
ReplyDeleterusa pun penah, maklumlah duduk hulu kuala lipis
senang sangat dapat stok...hehe
tapi cam best ye tempat dia
cam nak ajak family ke sini jugalah
bab birthday sama tu
anak bujang akak selang sehari dari abah
abah 21/11 dia 22/11
mak dengan adik akak pun sama
mak 18/10 adik 20/10 =)
mychintahati dengan akak pun lebih kurang
dia 6/5 akak 18/5
ni tanda nak minta hadiah awal dari sal ni
Ahaha..awal sangat tu kak bagitau. Nanti bulan 4 ingatkan saya lagi ye . hehehe
DeleteUdang tu yang dok melambai lambai je kat mata ni. Hihihi.
ReplyDeleteAkak baru feeling2 nak tergoda tengok makanan tu gelak besar baca scene Nur berangan kat tepi sawah tu :)
ReplyDeleteSal,...ampunnnn! Selama ni akak ingat akak dah follow Sal. Check2 belum ghupanya. Ni dah follow ni dah...
haha..ye ke..saya ni kalau rasa blog tu best, saya follow je..tak check pun blogger tu follow saya balik ke tidak..hehe.thanks kak Farrah follow balik ;)
DeletePatutlah sanggup meredah sawah padi semata mata nak mamam rendang landak....atas nama jemputan rupanya.....
ReplyDeleteSedap ke daging landak tu Sal?
Saja tau .....suka buat suspense
haha..sedap! sedap! manis sikit dari ayam..
DeleteKalau setakat pemandangan sawah padi kiri-kanan dengan rumah comel sebuah-sebuah, memang HD melonjak kegembiraan sebab beliau tak pernah nampak keindahan sebegini. Kalau akak pulak, rasa macam biasa jerk. Hahaha....
ReplyDeleteAkak pernah baca tentang restoran ni tapi bila tengok menu, hilang terus nafsu serakah selera makan. Akak ni bukan takat gayat tempat tinggi, bab makanan pun tak berapa adventurelah, Sal.
Pernah sekali jerk akak termakan venison tapi tak tahu pun daging apa sebenarnya. Lepas diberitahu, rasa macam nak muntah lebih daripada orang pegnen kekdahnya!
venison tu apa plak kak? saya bab makan ni boleh je pelik-pelik as long as jangan sembelih n jangan masak depan saya..belut pun saya pernah rasa..tapi tak sedap sangat kot bagi saya..
Deleteoh venison tu deer rupanya..hehe.deer sedap je kak!
DeleteLama xmakan tapai.. sedapnya tgk semua menu. Kalau dekat dh serbu ni. Hehe.. lawa kawasan sawah pagi kat sana
ReplyDeleteAmboi taktahan tang berdrama Nur Kasih tu.
ReplyDeleteMula-mula terbaca pasal rumah papan ok lagi. Lepas tu verangan pulak..haha..okey makcik tak kacau.
Psttt...birthday saya bulan ni lah. Sapelah yang nak bawak saya pi sana agaknya? Macam xde je :(
ala ciannya...ajaklah suami Dr.shikin dan anak-anak..ala doc, celebrate birthday kat mana-mana pun sama je.yang penting ingatan tu..
Deletesedapnya tengok. ^^
ReplyDeletex pe x masuk harian metro pun..masuk blog pun dh kira okey buat tatapan peminat blog Sal ni termasuklah sis JM.mana tahu satu hari tersesat ke sana nanti :-)
ReplyDeleteteringin lak nak cuba semua menu tu ... kerap gak lalu sekinchan bila nak gi bagan datok . Tapi x terfikir lak nak menyinggah ...
ReplyDelete