The Pines Melaka

Tuesday, 17 August 2021


Assalamualaikum dan hai semua! Menulis entry sambil menonton filem Puteri Impian (1997) di Astro Prima sementara tunggu game Liverpool. Filem ni diakonkan di hotel mewah bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur iaitu Hotel Istana. Tetibe teringat yang aku berhutang satu hotel review dari short trip aku ke Melaka tahun lepas. Masa tu dibenarkan rentas negeri. Alang-alang balik kampung di Muar, on the way balik tu aku singgah di Melaka.


The Pines Melaka terletak di Jalan Tun Sri Lanang, berhadapan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu tarikan di Melaka. 



Aku suka tengok figura-figura lidi yang menghiasi dinding-dinding hotel ni. Kreatif dan nampak moden.


The Pines ada 28 tingkat dan aku yang purposely request higher floor, dapat bilik di Tingkat 27. Aku memang suka duduk level tinggi-tinggi kalau gi hotel. Lagi puas tengok view. Tingkat 28 tu rasanya untuk Executive Suit.


Aku stay di Premier Room sahaja. Request twin bed sebab plan nak ajak member yang memang orang Melaka datang lepak sekali. Tetibe last minute tukar fikiran. Aku nak lepak sorang-sorang je. Lama tak solo travel. Harga satu malam RM220 plus tax dan heritage fee. 





Keistimewaan bilik ni adalah bath tub dia. Boleh pusing 360 darjah. Selalu bath tub hotel statik je kan.  Kalau daring tak payah la tutup blind tu. Haha. Hotel ni memang romantik dan sesuai untuk couple, entahlah cmane tersesat perempuan forever alone nama Salbiah kat situ. Lol.


View dari tingkap bilik


Walaupun stay hotel lima bintang, tapi bab makan mampu cari kedai tempatan je. Aku memang jarang order room service. The Pines Melaka ada 2 restoran : The Oak Kopitiam dan Grea8. Teringin nak try Grea8 tu tapi sayangnya tutup pulak. 

Baca ni juga : Sayyid Antique Cafe
                       Makan Avenue@ Kampung Hulu


Restoran Seri Erra Roti John berhampiran dengan hotel. Jalan kaki sahaja. Pemiliknya mungkin penggemar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan seniman dan seniwati Jalan Ampas. Poster filem dan pelakon zaman kegemilangan filem-filem Allahyarham memenuhi dinding


Masa tu baru pukul 5 lebih tapi aku dah lapar so dinner terus. Gambar makanan lupa nak ambil. 


Macam biasa kalau gi hotel aku akan cari swimming pool. The Pines ada 1 kolam saiz dewasa yang besar dan satu kid pool.


Aku tak masuk pool masa ni.  Menyesal pulak. Huhu. Tak ramai orang pun. Just ada aku, 2 orang perempuan dan sorang lelaki. Aku rasa diorang bertiga adik-beradik. Kitorang tak berborak pun. Just that aku stay lepak situ selagi diorang ada. Kalau sorang takut jugak. 


View dari pool ni memang cantik lah. Lagi-lagi waktu senja. Lain kali nak bawak bikini pose ala Jennifer Lopez kat penghadang tu. Wakakaka. 


Cakap pasal pool, The Pines ni ada Poolside Suite. Bukak je pintu bilik terus boleh terjun pool. Tapi takdelah privacy macam di Lexis Hibiscus. 



The long corridor menghala ke bilik. Gentle reminder yang aku pergi hari biasa, dah tu PKPB pulak. So memang lengang. The Pines ni boleh tahan gak koleksi cerita hantu nya. 

View waktu malam dari bilik aku


Malam layan roti john tapau dari Seri Erra sambil layan filem Detective Pikachu. Channel TV hotel ni boleh tahan menarik. Ada channel sukan tapi sayangnya takde game best pulak. 


Malam tu aku susah sikit nak tido sebab petang tu minum kopi. Ha padanlah muka. Tetibe kan dok teringat segala cerita hantu. Tutup semua lampu, bukak lampu bilik air je. Aku kalau nak tidur kena betul-betul gelap. Last-last lena jugak sebab siang tu dah penat meredah bandar Melaka

Baca ni juga : Melaka On Foot
                       Muzium Rakyat

Aku skip breakfast, tapi tapau brunch dari Mamee Jonker House ni. Nak try apa yang bestnya. 



Aku order Classic Cheese Burger+Hash Brown+Curly Fries. Harga RM 20.00

Rasa OK lah jugak. Sesuai untuk breakfast. Air buat sendiri. 

Lepas makan aku pun check out. So overall aku berpuas hati dengan The Pines Melaka ni.

Yang aku suka:
Kolam renang salt water yang besar.
Bathtub (Premier Room ke atas saja yang ada)
Bilik yang luas
Katil yang selesa. Tilam empuk, comforter tak berbau
Aircond sejuk. Yay!
Channel TV banyak pilihan

Yang perlukan perubahan:
Lif banyak rosak. Lama menunggu

OK lah tu je nak cerita. Lama entry ni terperap dalam draf. Haha. Rindu kan nak tidur hotel lagi.

53 comments

  1. Bathtub boleh pusing 360 darjah . Wah macam best laa . Harga bilik pun murah jugak tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah jugak maybe promo PKPB. Kalau takde promo, fikir banyak kali jugak nak tido sini

      Delete
  2. Wah terlepas rindu travel ke Melaka, pernah bermalam situ, hotel baru masa tu, katanya kolam saline, air masin pertama.. View kanpung morten tu cabtik, nampak bumbung rumah situ diperbaharui, still cantik, kanpung permai. Rajin Sal teroka tempat-tempat makan yang menarik. Canggih tu bathup boleh berpusing 360°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berpusing tapi kena pusing sendiri la pakai tangan. Ya.. Katanya tu kolam air masin pertama di Malaysia

      Delete
  3. Alahai.. lift rosak pula.. Tak bestnya..
    Musim sesak emmang boleh mengganggu emosi.. kikiki..
    Tapi bestlah bilik dia.. berbaloi bayar mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lif rosak spoil sikit sebab hotel dia tinggi. Jem menunggu.

      Delete
  4. Alahaiiiii bestnya suasana meremang petang. Cantik kampung morten. Beraninya dia dok hotel sengsorang nasib pak hantu tak ngurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram pulak ayat last tu. Hehe. Alhamdulillah, bukak ayat Quran kat youtube tau nak bagi lena tido

      Delete
    2. Mamee jooker house tu dekat dengan hotel juga ke. Lama nya tak round melaka

      Delete
    3. Takdela dekat sangat. Saya order Grab Food

      Delete
  5. Menarik dengan pemandangan Sungai Melaka dan Kampung Morten tapi satu katil single rugi pula tidak digunakan. Hehe seronok tidur katil dan bantal empuk.
    Belum berkesempatan ke Mamee Jonker House.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kampung morten di waktu malam. kalau ada geng dah pergi ronda, tapi sebab sorang tak berani lah

      Delete
  6. Bestnya The Pines Hotel ni. Thanks Sal review. Letak dalam list siap siap. Harapnya masa boleh rentas negeri ni dapat bercuti dan harga dapat murah. Nak request bilik atas atas gak lah boleh tengok view cantik sikit kan. Bath tub tu menarik sangat. Bukak sliding boleh terjun pool pulak.

    Alamak, tapi kenapa ada cerita hantu pulak.aduhaiii..Ini yang nak kena mengkaji cerita dulu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lah tu hotel dan cerita hantu tak boleh dipisahkan. Poolside suite tu je yang bukak pintu terus nampak pool

      Delete
    2. Harap tak ada kejadian peliklah kalau stay hotel ni. Kena pilih poolside suite lah gitu kan.

      Delete
    3. Insha Allah takde. Baca doa banyak-banyak

      Delete
  7. Tabik la kt Sal..mmg super berani dok sorg2 kt hotel...apàpuñ view dia mmg cun..

    ReplyDelete
  8. Dh la ambik highest floor stay sorg pulak tu.. hati ko mmg kental sal.. hahaha

    Tp suka sgt jln2 melaka.. mkn best.. boleh beli dodol.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya ni kadang-kadang berani, kadang-kadang takut. ikut angin. yezza...dodol melaka sedap. memang selalu beli buat ole-ole

      Delete
  9. Rindunya nak pi bercuti dan tidur kat hotel.. menarik jugak hotel nie, boleh lah masuk list nanti nie..

    ReplyDelete
  10. len kali ajak... kgn g sorang2 hahaha... so bla nk repeat lg?
    oh lupa ko da blk manchester...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi hotel lain la pulak. ICity yang tak tertunai dah bertahun. haha

      Delete
    2. marilah kita berhuhu together gether

      Delete
    3. Nanti dah complete 2 dos kita gi ngeteh jom

      Delete
    4. xmo nk gi Qatar. pekena teh arab campur susu unta hehehehehehe

      Delete
  11. Rindu nk jalan2 bila lihat hotel..

    ReplyDelete
  12. Bila ye Kak Amie kali terakhir ke Melaka... mungkin 2015 kot! Tak puas meronda, rasa nak datang lagi ke sana.

    ReplyDelete
  13. Selamat datang ke Melaka. Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia.. Haha

    ReplyDelete
  14. Alahai rindunya nak bercuti2.. mama penah duduk the line bp je.. mmg best the pines ni. Bilik nampak besar, selesa dan lengkap dgn facility. Nak ikut balik muo boleh

    ReplyDelete
  15. The pines ni bukak lagi ye..akak dapat tau yang banyaaka hotel kat Melaka dah tutup...

    ReplyDelete
  16. Best baca review Sal, lengkap segala.
    Bagus Sal ni berani stay sorang2, pandai buat aktiviti sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam saya bukak official website, tengok still buka and ambil reservation tapi untuk urusan kerja sahaja

      Delete
  17. Jika diizinkan mahu je stay hotel slps pkp ni. Dah lama x mandi kolam...

    ReplyDelete
  18. Wah wah wah... blog Sal berwajah baharu! Cantikkk! Okey, dah tulis ni baru naik balik baca entri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM pun berubah, apatah lagi template blog. Hihi

      Delete
    2. Ada benarnya buah bicaramu itu 😂

      Delete
  19. Puteri Impian... akak ada VCD filem ni dulu. Selalu ulang-ulang tengok hahahah
    Puteri Impian 2 tak gemar sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, Puteri Impian 2 pun bagi saya tak best sangat.

      Delete
    2. Kan... mungkin sebab hero dia Chico, bukan anak raja heheeh

      Delete
    3. Sequel memang biasanya tak best. Yang 2nd tu dah tak nampak sangat lifestyle puterinya

      Delete
    4. Yes, masa tu ada banyak watak lain... dah cair dah watak puteri hahahaha

      Delete
  20. Tiba-tiba jadi rindu nak balik Melaka...
    Bathtub tu boleh feeling2 buat video klip 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ut..nak feeling Britney ke Lady Gaga? hehe

      Delete
    2. Britney, please... baru kena dengan zaman hahahah

      Delete
    3. Hehe. Britney dan Lady Gaga tak jauh umurnya. Cuma beza kita dah kenal Britney dari dia remaja.

      Delete
    4. Hahahah okey gelak seround kat sini!

      Delete
  21. Sal mgulit kenangan ke hehee..kalau lift rosak mmg jem skit lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memang berhutang review hotel ni n completekan story jalan-jalan Melaka

      Delete
  22. Cerita hantu dengan hotel memang tak dapat dipisahkan hahaha.
    Betul kak sal, rindunyaaaa nak tidur hotel. Nak jalan jalan.
    Bathtub boleh pusing 360 darjah tuu maknanya boleh angkat ke tekan suis ke macam mana kak sal? First time tengok bathtub boleh pusing 360 darjah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pusing means tapak dia tu tak fix. Pusing pakai tangan je, bukan ada suis. Depends pada kita nak menghadap mana masa berendam

      Delete
  23. Ternampak Mamee Monster! Teringin nak pergi ke Jonker House. Entah bila lah dapat ke sana. 😄

    ReplyDelete
  24. Arghhhh bestnya. Bila tak cukup 2 dose ni xboleh rentas negeri pun.

    View lawa, memang cantik lokasi hotel ni.

    P/s : soalan apply kerja B Braun tu memula nk suruh Sal apply tp salah satu company yg menyumbang covid xpayah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke tinggi kes Covid kt situ. Kilang kan Nina, biasalah

      Ala, kitorang dah cukup 2 dos ni pun tak boleh rentas negeri lagi

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah