Sonata Salji di Jeju - Part 10

Monday 28 October 2019

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ke lima di Jeju, merangkap hari terakhir bersama Jeju Muslim Travel (JMT). Pagi-pagi dah kemas beg untuk check out dari Champion Hotel. Lepas breakfast, angkut beg masuk kereta. Pagi ni kami dah tak bersama Ann dah, tapi Kina, owner JMT sendiri yang bawak kitorang jalan-jalan. Tak banyak lokasi pun yang kami pergi hari ke lima ni ni.

Destinasi pertama adalah Yongduam Rock

Nama omputihnya adalah Dragon Head Rock

 Kak long kawasan. Haip, mata pandang mana tu???

Ada rupa kepala naga tak?

Boleh turun kalau nak, tapi kena hati-hati

Kalau korang travel sendiri, nak skip tempat ni pun takpe. Pendapat aku lah. Next kami ke Yongyeon Pond. Dekat je dengan Yongduam Rock.

View dari atas jambatan gantung

 Posing 'Entahlah Nak' 


Kitorang spend masa sekejap je kat sini sebab dah habis dah 'kontrak' dengan JMT. Habis adakah kami pulang atau ke tempat lain? Jawapannya none of the above. Kitorang terpaksa sambung stay dekat Jeju sebab Sabtu dan Ahad takde tiket flight balik Malaysia. Cadangnya nak ke kawasan lain dalam Korea macam Seoul ke Busan ke tapi tiket flight+accommodation terlalu mahal. Tu belum campur tiket balik KL lagi. So lepas Siti buat calculation, extend stay di Jeju lebih jimat. Cuma terpaksa jalan sendir tanpa bantuan JMT. Ha..mampu ke nak survive sendiri ni? Nervous jugak aku dibuatnya.

Nasib baik Kina hantar kitorang ke Hyundai Hotel, yang Siti book sendiri melalui booking.com. Agak mencabar nak cari hotel tu sebab Kina tak tahu. GPS pun bawak kitorang entah ke ceruk mana. Last-last kitorang call hotel. Sib baik la Kina dengan Siti pandai cakap Korea sikit-sikit. Last-last jumpa jugak lepas tanya orang.

 Inilah bilik kami. Selesa sangat untuk 5 orang. 

 View dari bilik

Once dah settle down, kami lunch makanan yang sempat ditapau dari restoran berdekatan. Kina yang call dan order, pastu collect on the way ke hotel. Lepas makan rasa macam jemu pulak nak melepak bilik so start la google tempat menarik yang berhampiran. Itinerary tu ada, tapi untuk hari esoknya. In the and, aku, Kak Husna n Siti je yang keluar.

Tangkap gambar signboard hotel. Kotla sesat masa nak balik, tunjuk je gambar ni untuk tanya arah

 Hotel ni sederhana je dari luar

 Nak pergi tempat shopping orang kaya, kenalah naik teksi. Hohoho




Shoppers yang memenuhkan mall ni kebanyakannya orang China. Aku pun pelik kenapa datang sejauh itu untuk shopping sedangkan di China atau Hong Kong lebih banyak pilihan dan harga yang entah-entah lagi murah. Tasha The Shila ni ada banyak tingkat yang menempatkan handbag, pakaian dan aksesori berjenama. Kami hanya mencuci mata. Tidak berniat mencuci poket sebab bukan itu tujuan kami datang ke Jeju.

Bosan tengok mall, kitorang turun untuk melihat sekeliling. Jalan nak balik main ingat-ingat lupa je




 Leka membelek bus stop yang interaktif. Boleh nampak route bas yang lalu kat situ

Other than that, kitorang kagum sebab bas dia on time. Kalau kata 8 minit, memang 8 minit sampai. KL pun sekarang tengah menuju teknologi ni tapi tak semua bus stop ada.


 Look ma, I'm in Korea!

 Berhadapan hotel kitorang stay ni ada kedai GS25. Macam 7Eleven la kekdahnya

Lauk masih banyak so kami beli nasi ready to eat macam ni jelah. Sambil tu boleh makan dengan bekal tuna dan serundung.

Lepas maghrib tetibe rasa macam bosan. Jeju ni takdelah meriah mana. Senyap aje. Siti ajak aku keluar tapi malangnya The Makciks tak bagi kebenaran. So apa boleh buat. Pejam mata dan masuk beradu sambil menonton KPop di TV.

Tapi takpe, esok pagi nak jalan lagi. So, standby tenaga siap-siap.

Hari ke enam ke mana kita? Tunggu next entry ye. Thanks for reading!
Read More

Kembara Aceh Part 7 - Masjid Rahmatullah dan Pantai Lampuuk

Saturday 26 October 2019

Assalamualaikum semua. Meh sambung bersama aku mengembara ke Aceh, dipercayai merupakan kerajaan Islam tertua di Nusantara.

Sebelum membebel panjang, nak tanya sikit..Sape pernah tengok gambar bawah ni? Sila angkat tangan tinggi-tinggi!


Boleh dikatakan gambar di atas merupakan antara gambar paling 'viral' selepas tragedi Tsunami 2004. Ia menarik perhatian pelusuk dunia kerana walaupun dilanda ombak deras yang menyapu bersih apa sahaja di depannya, sebuah masjid berwarna putih di tengah Lampuuk masih teguh berdiri. Antara bukti kekuasaan Allah.


Masjid tersebut diberi nama Masjid Rahmatullah. Masjid ini kali pertama dibuka untuk umum pada 19 Mac 1990 dan merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat di daerah Lampuuk pada Tsunami 26 Disember 2004.



Selain dari melihat-lihat masjid dan bersolat di dalamnya, kat sebelah Masjid Rahmatullah ini turut disediakan galeri tentang peristiwa tsunami. Masuk percuma tapi kalau nak menderma pun apa salahnya. Ada petugas yang menjaga dan sedia menjawab soalan.




Di muzium mini Tsunami 2004 ni, pameran dan tayangan videonya agak grafik tanpa censored. So if korang jenis yang tak sanggup tengok gambar-gambar macam tu mungkin patut elak dari dok perati gambar-gambar korban tu lama-lama. Menurut orang tempatan, mayat mangsa tsunami kembung dan bersalut lumpur hitam. Ada yang tak lengkap anggota badan. Mangsa tsunami dikuburkan secara ditanam beramai-ramai dalam satu lubang besar. Tak diwajibkan untuk disolat dan dikafan seperti lazimnya orang Islam kerana darurat dan terlalu ramai.

Aku sendiri belek satu album yang mengandungi gambar mayat-mayat mangsa tsunami. Rasa sedih dan takut membayangkan apalah agaknya perasaan mereka sewaktu ombak laut tinggi membadai secara tiba-tiba. Ada yang sampai sekarang tak tahu status ahli keluarga mereka samada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Bergambar kenangan di hadapan masjid

Destinasi seterusnya adalah Pantai Lampuuk. Terkedu jugak bila Nasir cakap nak ke pantai tengahari buta begitu. Lagipun bayangan pameran tsunami masih melekat di kepala. Tapi yelah, kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati.

Kawasan parkir yang redup dan banyak pokok


Yang paling aku kagum dan suka dengan pantai Lampuuk adalah  pondok-pondok kecil yang didirikan ni. Tak payah fikir nak pacak payung atau berebut duduk bawah pokok. Percuma je tau. Duduk la mana korang suka.

Rindunya nak tengok laut. Lama tak dapat Vitamin Sea



Nak bergambar dengan props ni kena bayar ye. Aku bukanlah kaki bergambar so let it go je

Dekat dengan pondok-pondok ni ada gerai so bolehlah order kudap-kudap nak makan sambil-sambil tengok laut. 

Walaupun pernah dilanda tsunami, Aceh masih dikenali dengan keindahan pantai dan air lautnya. Aceh sebelum tsunami bukanlah daerah yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Orang lebih gemar ke Bandung, Jakarta atau Bukit Tinggi. But honestly walaupun awal-awal aku skeptical dengan idea nak ke Aceh, tapi bila dah sampai aku akui tempat ni memang ada keunikan yang tersendiri.


Disebabkan dah lapar, next kami ke kedai makan untuk lunch. Aku lupa nak ambil gambar signboard kedai sebab tiba-tiba hujan. Kena berlari nak masuk ke dalam. Standard kot kedai makan di Indonesia hidang banyak-banyak macam ni dan kau hanya usik apa yang nak dimakan. Yang tak mau biarkan je.

Lepas makan ke mana kita? Sambung next entry la ye. Aku dah mengantuk. Haha

Thanks for reading.
Read More

Kembara Aceh Part 6

Sunday 20 October 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Kita sambung entry Aceh la pulak. Jemu korang baca pasal Jeju je. Hehehe

So, pagi ni kami kena check out dari Freddies Sumurtiga.


Pagi-pagi Herman dah ambil kitorang dan bawa ke jeti untuk naik feri ke Banda Aceh. Disebabkan tak sempat sarapan, kitorang tapau je dekat warung-warung yang ada dekat luar jeti. If korang tak sempat tapau pun jangan risau sebab ada je orang berjualan dalam feri nanti.

 Peringatan sebegini ada di mana-mana dan aku rasa ia sangat unik dan melambangkan betapa tegasnya Aceh melaksanakan undang-undang Islam.

Kalau di Sabang kami bersama Herman, di Banda Aceh kami bersama Nasir. Nasir ni pernah duduk dan kerja hampir 10 tahun di Malaysia, jadi memang fasih cakap Melayu macam orang kita. Siap ada slang Nogori Sombilan! Terkejut den!

Tempat pertama Nasir bawak kitorang adalah Masjid Baiturrahim.



Masjid ini merupakan antara masjid bersejarah di Aceh dan merupakan peninggalan Sultan Aceh pada abad ke 17. Tapi dulu-dulu masjid ni dibuat dari kayu namun telah beberapa kali dibina semula dan ditambah baik. Terletak di Ulee Lheue, kawasan yang dekat dengan pantai, tapi mengikut penduduk setempat hanya rosak kira-kira 20% sahaja akibat dari Tsunami 2004 walaupun kawasan sekelilingnya bersih disapu air laut.


Cantik masjid ni tapi tulah time ni bulan merah, kalau tidak nak jugak masuk ke dalam melihat-lihat. Nampak ada beberapa lelaki berkopiah member penerangan pada pengunjung.  Orang Aceh ni very friendly. Kalau diminta cerita sejarah tempat tu diorang tak lokek berkongsi pengalaman. Tengok gaya diorang bercerita tu nampak tenang je walaupun kesan tragedi tersebut mereka hilang ahli keluarga dan rakan-rakan. Kalau aku mau seratus kali cerita, seratus kali la aku nangis. Sis hati tisu.

Seterusnya Nasir cakap nak bawak kitorang tempat yang agak tersorok dan kena lalu kawasan sawah padi dan kampung.


Inilah tempat yang kitorang pergi. Kalau kalian ke Aceh dan nak cari tempat ni boleh cari Kampung Gurah ni. Entahlah Gurah ke Kurah. Tak reti aku slang orang sini. Bahasa orang Aceh tak macam dalam sinetron petang-petang atau lagu kumpulan Ungu. Ya iyalah temen temen.

Remember I told you betapa friendly orang Aceh? Kehadiran kami disambut penduduk kampung. Ada yang jual souvenir dan ada yang sekadar menyapa. Lepas tu Nasir berbual dengan seorang wanita ni and that lady pun datang kat kitorang. Dengan senyuman dia bawa kitorang melihat kubah masjid tersebut. Sorry aku lupa nama. Dia cerita apa yang jadi dan dia dan suami dia selamat sebab masa tu diorang pergi keluar kota (aku assume luar dari Banda Aceh) untuk bersalin anak sulung.


Mentang- mentang bergambar depan kubah masjid, tangan automatik macam nak nyanyi nasyid gitu. Ini bukan mini surau ke, masjid dalam tanah ke apa ke tapi kubah masjid yang dihanyutkan Tsunami 2004 ke kampung tersebut.

Menurut wanita yang memberi penerangan pada kitorang, dulu kubah ni asalnya dari Masjid Jami' Lamteungoh yang terletak dua kilometer dari Kampung Gurah. Sewaktu Tsunami, menurut penduduk yang terselamat, kubah tersebut dihanyutkan air laut yang deras. Terdapat beberapa orang yang berpegang pada kubah masjid tersebut untuk menyelamatkan diri. Kubah seberat 80 tan ini tersadai di kawasan kampung tersebut setelah tsunami surut. Hurm..entah-entah ada mayat bawah tu kot? Wallahu'alam sebab tiada siapa yang sanggup mengalihkan kubah masjid ni.

Cubaan mengambil gambar dalaman kubah yang gagal. Huhu


Berhampiran kubah tersebut ada pondok tempat diletakkan poster-poster informasi tentang 'kubah istimewa'  yang unik ini.



Menurut 'tour guide tak rasmi' kitorang, dulu kampung ni ada pusat tahfiz, tapi Tsunami berlaku begitu pantas, ramai pelajar dan guru yang tidak sempat menyelamatkan diri walaupun cuba memanjat bukit berhampiran kerana air yang terlampau deras dan suasana kelam-kabut.

Alfatihah untuk semua mangsa tsunami. Nanti aku sambung entry. Tepu pulak nanti korang nak hadam banyak-banyak info.

Jumpa next entry! Thanks for reading!
Read More