Melaka Solo Trip - Makan Avenue@Kampung Hulu

Saturday 24 October 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Sementara Selangor kena PKPB ni tak boleh berjalan, so kita habiskan cerita lama. Lepas check in TFRH, solat dan freshen up sikit, aku nak gi cari makan. Masa tu baru pukul 5 lebih, tapi sebab aku sorang, tak nak la keluar dinner lewat-lewat. 

TFRH ada pintu yang keluar je boleh terjun nampak sungai. Nampak rivercruise lalu. Erm..nak naik ke tidak ek?


Tempat makan paling dekat adalah Makan Avenue. Food court ala-ala hipster terletak di tebing sungai. Jalan kaki je sepanjang riverwalk tu. If datang naik kereta pun ada parking disediakan. Ramai orang datang sini bawak famili. Tapi aku perhati orang Melaka ni bagus, patuh SOP.


Berkonsepkan foodcourt, memang banyak pilihan makanan kat Makan Avenue. Antara yang famous adalah ikan bakar, Japanese food macam sushi, bento etc, Western, lauk pauk tradisional, masakan cina dan pelbagai jenis minuman dan dessert. Boleh pilih nak duduk dalam area aircond ataupun duduk luar makan sambil tengok sungai.

Main attraction kat sini adalah Cendol Kampung Hulu. Kalau korang nak take away, just beratur kat kaunter di tingkat bawah. Tapi kalau nak makan (or is it minum? ) kat situ, boleh naik ke tingkat dua.

Harga menu Cendol Kampung Hulu

Sape terer boleh teka aku amik flavour apa?


Orang kata kalau datang Melaka tak makan asam pedas tak sah. To be honest walaupun aku hantu asam pedas, aku lagi suka stail Johor. Lagipun orang Melaka suka taruk belacan. I is cannot. Nanti bersin tak sudah-sudah, dah kena tuduh pembawa Covid pulak. Tapi tulah bila sampai gerai Arang Cafe ni, tertarik pulak dengan menu Asam Pedas Ramen. Pernah ada baca review kata sedap. So, marilah kita cuba. Aku order Ramen With Tetel. Lamanya tak makan asam pedas tetel. Kalau asam pedas tetel memang yang versi Melaka punya lagi padu.

Tetel tu apa? Tetel ni daging lembut bercampur urat dan lemak. Dihiris halus-halus. Haish nak explain pun tak reti. Kena cuba sendiri baru tau onz ke tak onz. Yelah, citarasa orang tak sama. 


Sebab aku sorang so amik port terpencil sikit. Tingkat 2 tak ramai orang. Aku amik meja mengadap tingkap. 


Bila sorang-sorang, amik gambar pakai tripod jela. Letak atas kerusi, taruk timer then snap. Gaya macam nak buat live, tapi tak kuasa lah saya bukan influencer. Jangan simbah sirap ye.

As for the cendol, sedap jugaklah. Sesuai dengan harga. Tak kedekut buah dan kacang merah. Aku amik flavour cocktail so ada nenas, nata de coco, peach dan buah naga. Aiskrim tu memang ada, kalau diorang tak letak sila tanya.

Yay..ramen asam pedas dah sampai. Punyalah datang jauh-jauh makan ramen je? Ala, kasi chance asyik makan nasi pun jemu.

Bukan ramen sebarang ramen tau. Ni ramen asam pedas tetel. Orang Korea pun tak tau masak gini. My review? OK, sedap! Cuma kalau orang tak tahan pedas mau rasa terbakar lidah. Tengok jelah merah dia buat akak marah. Nasib baik ada cendol. Tetel dia pun senang kunyah. Aku takde allergy reaction, means takde belacan lah kot. Rasa asam cukup. Portion besar. Walaupun aku lapar, hanya 3/4 je mampu dihabiskan.


Keluar je nampak Ghost Museum Tapi aku tak berani pergi sebab takut kang malam tak boleh tido. Acah berani padahal penakut. 

Selain dari tu, Makan Avenue dekat dengan Masjid Kampung Hulu. Antara masjid tertua di Melaka. Aku nak ambil gambar tapi macam segan. Masa tu diorang dok kemas-kemas masjid. Dah nak dekat Maghrib. Nak join sekali tapi tak tau SOP macamana. Kot la hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan. Cabaran bercuti musim Covid begitulah.

Tak tau nak buat apa, so just berjalan menelusuri sungai.



View dari atas jambatan

Menjelang senja, makin banyak lampu-lampu dinyalakan


Walaupun aku sorang, tak rasa takut pun nak berjalan sepanjang-panjang riverwalk ni sebab well lit. Cuma jangan berani sangat lah. As long as nampak orang dan orang nampak aku. Kalau sunyi, patahlah balik or seberang jambatan, lalu belah sana pulak.

Makan Avenue dari seberang sungai

Layan perasaan sorang-sorang. Ni kalau mak aku tahu ni mau kena marah Maghrib lepak tepi sungai. 

Jauh jugakla aku berjalan, hujung ke hujung pastu patah balik. Sepanjang riverwalk tu nampak jugak hotel-hotel lain, so boleh take note pasni nak stay mana pulak. Ramai jugak macam aku, jalan-jalan buang ambil  angin. Gerai-gerai makan meriah, tapi hotel macam tak berapa ada orang duduk. Biasa tourist luar negara yang suka duduk hotel-hotel tepi sungai ni. 


Sebelah hotel ni ada Bazar Tun Fatimah. Tapi takdelah banyak sangat gerai. Aku singgah tapau burger dan air. Terbakar habis dah kalori ramen menapak.


Bazar ni hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ada air pancut lampu warna-warni belakang dia tapi akak kat situ cakap tak beroperasi sejak PKP

Balik hotel, pergi iron baju dan tudung untuk esoknya. Bilik iron dia agak seram. Nak tau, boleh baca entry sebelumnya. 


View dari tingkap bilik. Malam tu layan TV sambil makan burger je. Alhamdulillah tak diganggu momok walaupun aku bangun kul 3 tengok bola. Taula hotel kat Melaka dan cerita seram berpisah tiada. Mungkin sebab tengok Liverpool lawan Aston Villa lagi seram. Baru kena bantai 2 gol aku dah malas layan, terus sambung tido. Geram!!

Bangun esok paginya tengok Liverpool kena 7-2. Aduh. Tapi takpe, itu tak merosakkan mood aku nak terus merayap kat bumi Hang Jebat ni. Ha..jemput baca next entry nanti ye. Thanks for reading!
Read More

Hotel Review - Tun Fatimah Riverside, Melaka

Thursday 8 October 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Aku kembali atas kecaman permintaan netizen supaya mengupdate blog. Amboi, kalau rindu mengaku jelah. Haha.

It's been a while tak solo holiday. Sekali-sekala nak nikmati masa bersendirian. Ada orang kata aku pelik, ada kata aku berani. Tak kurang juga yang kata aku sedih lagi menyedihkan, tapi kisahlah pulak aku. 😏

Destinasi pilihan aku adalah Melaka. Alang-alang aku balik Muar. Dari Muar ke Melaka aku naik bas je. Aku memang tak suka driving. Malam pertama di Melaka aku menginap di Tun Fatimah Riverside Hotel, Jalan Munshi Abdullah. Berhadapan dengan Panggung Bangsawan Melaka dan mestilah di tepi Sungai Melaka.

Entrance hotel

Nak ke TFRH, kalau drive cari je Tun Fatimah Riverside Hotel kat Maps. Tapi kalau naik Grab, search Best Western Wana Riverside. TFRH ni dulu dikenali sebagai Wana Riverside. Entahla dia tukar nama sahaja or tukar pengurusan, tak dapat nak interview mana-mana pekerja hotel. Musim Covid19 ni manusia semua tak borak lama-lama dengan stranger macam dulu-dulu. 

Suasana lobi


Deko lobi TFRH ni klasik dan mendamaikan


Aku sampai pun dah pukul 5 lebih, so terus check in. Takde orang lain pun masa tu so urusan berjalan lancar. Aku dapat bilik tingkat 6, tapi tulah punyalah hujung dia bagi aku. Adush, patut aku request bilik dekat dengan lif.



Aku book Deluxe King Room, double bed. Tido sorang so nak bergolek sesuka hati. Harga RM85 melalui booking.com. Mahal sikit sebab aku amik yang free cancellation and full refundable. Musim Covid19 ni bukan boleh jangka. Buatnya tetibe PKP or larangan rentas negeri, dah tak boleh nak pergi. Burn duit macam gitu je. Rugi weh. Nak murah book direct by website hotel . RM75 je. Oh ye, mana-mana hotel di Melaka akan caj extra RM2 untuk heritage fee.

Bathtub takde ye. Ada shower sahaja. Tapi tak kisahlah, janji private bathroom. 


Bilik ni tak sediakan kettle. Nak air panas ke sejuk ke, ambil dekat water dispenser.

Aku memang request river view. 

Yang aku suka tentang hotel ni:

- Staf yang peramah
- Aircond sejuk
- View menarik
- Katil yang selesa. Bantal empuk, selimut tebal. Memang lena tido
- Channel TV boleh tahanla. Tapi aku tak tengok sangat. Stream bola kat HP sebab channel sport takde.
- Parking disediakan. Free pulak tu.
- Banyak attraction within walking distance. Dari segi lokasi layak dapat thumbs up. 

Yang aku tak suka:

- Tak ada hot water. Menggigil aku mandi.
- Wifi kena bayar. RM5 untuk semalam. Aku amik pun sebab data dah nak habis. Nasib baik laju. 
- Teruskan membaca

Yang bikin seram.......:

Ha... Tido hotel sorang-sorang ni kena consider risiko gangguan misteri nusantara. Sebab tu aku tak stay kat hotel ala-ala heritage dan ada deko perabot lama. Nanti aku sendiri terbayang bukan-bukan.

Teringin tido hotel klasik macam Heeren Boutique Hotel ni tapi tak berani gi sorang. Harga pun  kayangan. Kredit image : TripAdvisor

Ikutkan aku nak ambil hotel mur mur je tapi last-last aku pilih TFRH sebab provide sterika. Sape suruh pakai tudung bawal, kenala gosok. Tak nak gosok lain kali pakai tudung saji. 

Malam tu sebelum tido, aku call front desk request iron. Ingatkan dia akan hantar ke bilik, tapi rupanya kena turun kat bilik iron kat tingkat 5. Aku pun takde fikir banyak terus je pergi. Sekali tu dia, bilik iron dekat hujung sekali. Aku rasa level 5 tu macam takde orang duduk langsung. In fact, aku rasa macam aku sorang je duduk kat hotel tu. Wuwuwuw. Nak nangis. Sape suruh gi holiday time musim Covid19 kan. Weekdays lak tu. 

Salah sebuah bilik kat situ dah diconvert jadi bilik untuk iron. Takde perabot lain melainkan 2 iron board dan 2 iron. Pintu ke bilik air nasib baik ditutup. Masa gosok baju aku dok terbayang tiba-tiba ada entiti berdiri kat pintu la, terbayang pintu bilik air terbukak or tiba-tiba bunyi air mengalir. Imaginasi. Haha. Aura seram buat meremang bulu tengkuk. Gambar?  Memang tak la aku nak ambil. 

Aku gosok cepat-cepat dan terus balik bilik tanpa menoleh ke belakang lagi. Alhamdulillah aku tak diganggu apa-apa. Segala perasaan takut tu sebab aku sorang-sorang. Kalau ada kawan maybe tak rasa sangat. Tu jelah. Hurm..seram tak u olls? Ke beshe-beshe je? 

So..rekemen ke tidak? Entahlah. If korang OK dengan mandi air sejuk, wifi kena bayar dan bilik iron terpencil, then go ahead. Other than that, aku takde complain. 

So, itu jelah review dari aku. Nanti aku share lagi aku gi mana, makan dan beli apa. Thanks ye sudi baca review ikhlas dan telus aku. Jumpa next entry! 
Read More