Assalamualaikum semua! Ya, masih lagi cerita Jeju hari ke 4. Fuh rasa macam dah hari ke 44 citer aku ni tak habis-habis.
So, pantai sudah, gunung berapi sudah, makan pun sudah, sayang pun sudah, gaduh pun sudah, semua sudah. Eh ternyanyi lagu Elizabeth Tan pulak. Dah sudah makan we olls dibawa ke kampung pulak. Bukan kampung sebarang kampung tau. Kampung ni viral sebab pernah jadi tempat shooting drama 'Jewel In The Palace' (Dae Jang Geum). Drama tahun 2003. Zaman drama Korea baru bertapak di hati penonton-penonton Malaysia. Haha skema teruk ayat.
Drama Jewel in the Palace ni agak hit masa mula masuk TV Malaysia. Diambil dari kisah benar tentang Jang Geum, tabib diraja wanita pertama di Dinasti Joseon. Aku tengok jugak sikit-sikit masa zaman belajar, member aku beli CD siri ni. If korang suka tengok drama yang ada setting royalties dulu-dulu dan berkisar tentang ilmu perubatan dan makanan bolehla layan. Cuma nak tengok di mana aku tak tau nak rekemen. Kedai CD pun dah tak ada sangat. If sesiapa tahu bolehla share.
Kampung yang disebutkan adalah Seongeup Folk Village. Ikutkan aku ni suka tempat yang ada nilai sejarah macam ni tapi hakikatnya aku dah penat sesangat dah time ni. So maaflah tak berapa ambil gambar. Teringat masa gi Jepun, if nak ambil gambar tempat macam ni boleh sewa Kimono untuk ambil feel tapi kat sini takde pulak orang sewa Hanbook. Kalau ada pun aku tak rasa aku larat nak tukar-tukar baju. Hahaha.
Located at the foot of Halla Mountain on Jeju Island, Seongeup Folk Village is a small town that holds a vast amount of culture over a wide period of time from 1410 to 1914. Cultural properties in the folk village have been handed down from generation to generation and include treasures such as residential houses, Confucian shrines and schools, ancient government offices, stone statues, large millstones (pulled by horses or ox), fortress ruins, and stone monuments. Among the cultural gems of the folk village are intangible cultural assets such as folk plays, native foods, local folk craftsmanship, and local dialect. Even the trees are an important part of the area’s heritage. Several zelkova and nettle trees that are hundreds of years old stand at the center of the village, preserving the dignified atmosphere of a bygone era.
Sumber : Visit Korea
Terdapat rumah-rumah dan peralatan yang digunakan oleh orang Korea dolu-dolu untuk menggambarkan cara hidup mereka. Kalau suka sejarah memang feel la datang sini.
Termenung ku sendiri....
Agak sendu masa kitorang pergi, orang tak ramai
Tinggalan kubu perang
Entahla Kak Sal ko berangan apa
Nampak deretan 'rumah' ni? Kitorang bentang sejadah dan tumpang solat kat situ je. Ada toilet berhampiran untuk buang air dan ambil wudhuk. Takde orang so takdelah segan sangat.
Next kitorang ke Seopjikoji Lighthouse pulak. Memang berjalan sakan hari ke empat ni.
Apa? Kena panjat gunung lagi? *Pengsan*
Sambil mendaki tengok view laut yang cantik
Rumah comel ala-ala cerita Hansel Gretel ni tak silap aku adalah kedai candy dan ais krim
Yang warna putih nun di atas itulah light house yang bakal dituju
Pendakian yang mencabar fizikal walaupun tak sedashsyat Seongsun Ilchubong
Kat atas ni sejuk kemain! Dengan anginnya lagi. Brrrrrr
Kat sini tak banyak aktiviti pun. Tangkap gambar je. Aku tak banyak ambil gambar sebab tak tahan sejuk pastu kaki dah penat. Hari kami berakhir di sini. Fuh, penat. Ke mana lagi? Balik hotel la nak malam dah. Kitorang kena packing sebab pakej 5 hari bersama Jeju Muslim Travel dah hampir sampai ke penghujung. So ke mana kita hari ke 5? Tunggu next entry ye.
Thanks for reading gais!