Mellow Cookies, Keyboard Bluetooth dan Clothes Storage Box

Friday 13 August 2021

Nama aku famous asyik diseru di pintu pagar rumah lately. Mana taknya, lepas parcel aku, parcel aku lagi. Hehe. Tapi adik JnT dan NinjaVan sekarang dah pandai. Diorang nampak je muka kita muncul kat pintu or dengar suara menyahut, diorang letak atas tembok pastu inform kita. Usaha untuk minimise contact musim-musim pandemik ni. Kalau yang macam tu OK lah kan. Jangan main letak je tak tekan loceng tak apa, pastu blah. Nasib tak baik barang kena hujan ataupun kena curi.

Antara yang sampai adalah hadiah top commentator bulan Julai blog Atiqah Najihah

Mula-mula bila blogger Anies wasap cakap nama aku terpampang kat blog Atiqah, blur lah jugak. Masa tu dahla tengah sibuk, so tak dapatlah check on the dot. Bila free baru BW. Rupanya aku antara pengomen paling tinggi bulan Julai yang bertuah terpilih terima saguhati. Tanjat gegirl. Aku jarang bertuah kalau ada cabutan ni. 


Terima kasih Atiqah. Sesiapa yang belum berkenalan dengan dia bolehla ziarah blog dia di SINI. Blog Atiqah selalu share pasal movie/drama review, makanan dan isu semasa. Cara penulisan pun sangat matang, tak sangka umur baru 20-an. Aku dulu masa 20-an ayat blog tunggang-langgang. Hahaha. 

Atiqah bagi aku Mellow Cookies, produk keluaran syarikat bumiputera Mellow Crunch. Mellow Cookies bersaiz comel dan dilimpahi serbuk milo. Memang sesuai untuk pengemar coklat. Termasuk aku. Hari dapat tu je dah habis separuh botol. Adik aku makan sikit. Aku pulak lepas gian sebab dah lama pantang makanan manis. Bukan sebab ada masalah kesihatan ke apa, tapi jaga kulit. Apa boleh buat. Dah aku sejenis yang mudah breakout kalau makan gula banyak.

Atiqah jangan rasa bersalah pulak. Akak boleh sambung pantang balik. Willpower akan jadi kuat kalau dah biasa. Sekali-sekala makan. Habis nanti nak order lagi kat Shopee. Aku suka Mellow Cookies ni sebab tak manis sangat. Korang ada yang dah try ke cookies ni?  


Atiqah lupa nak email aku untuk inform yang dia dah pos hadiah tapi somehow aku boleh agak pemberian ni dari dia. Ha..terer kan aku?

Thank you so much my dear Atiqah! Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.


Keyboard bluetooth/wireless dan mouse bluetooth ni pulak aku beli sebab mouse desktop office aku dah lagging. Actually takdelah teruk sangat tapi biasalah gatal tangan klik klik Shopee. Plan asal beli mouse sahaja tapi kedai yang aku survey tu jual satu set. So beli jelah,  boleh guna kat handphone jugak. Best wei taip komen dan blogwalking pakai keyboard dan mouse berbanding pakai jari. Cuma yang tak best, tak boleh guna sambil baring. 

Pendapat aku, parents sesuai belikan ni untuk anak PDPR. Takdelah jenuh jari tenyeh kat tablet tu. At the same time boleh letak skrin jauh dari mata. Untuk tablet dan handphone cari yang ada 'bluetooth' sebab wireless hanya boleh guna di PC dan laptop sahaja.

Ikutkan hati nak beli yang ada brand macam Logitech K380. If korang cari keyboard bluetooth/wireless yang berkualiti, Logitech K380 antara brand yang ramai netizen rekemen. Memandangkan aku tengah kumpul duit untuk beli laptop, so kita beli yang murah sahaja. Brand pun takde. Puas aku belek kotak tapi tak jumpa. 


Dalam video nampak aku menaip slow je sebab sebelah tangan pegang HP untuk rekod, sebelah lagi menaip. If guna dua-dua tangan rasa macam menaip di PC tau. Aku kan selalu update blog pakai handphone. Memang lagi selesa guna keyboard bluetooth. Skrin pun boleh nampak penuh.

Harga satu set ialah RM39.99. Ada banyak pilihan warna, but of course lah aku pilih warna pink sesuai dengan personaliti aku yang lemah-lembut ni. OK sila muntah.

Aku beli di sini :


Nylon clothes storage box


Macam biasa bila tak boleh keluar aku suka mengemas. Beli storage box ni sebab nak nampak lagi tersusun. Kalau letak baju bertindih-tindih, ambil baju di bahagian atas, susunan di bawah dah kucar-kacir. Storage box ni ada partition so bila tarik satu, tak kacau yang di sebelah. Nanti nak beli lagi. Bilalah berpeluang pakai seluar slack dan skirt kan? Dah kerja dari rumah aje. Kalau keluar lagi selesa berseluar jeans. 

Kalau ada tips organise closet macam ni share lah dengan aku. Sebab aku suka tengok barang-barang dalam rumah tersusun cantik. Sejuk mata memandang.

Harga satu tu RM8.50. Aku beli sampai 4 sebab jauh ni dari China. Nasib baik berkualiti. Base kukuh dan kain tak mudah koyak.


OKlah tu je nak share. Thanks for reading!

38 comments

  1. Tahniah Sal. Tentu sedap mellow cookies tu....krup krap krup krap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak. lagi-lagi pulak bila dah lama tak makan manis. lepas gian.

      Delete
  2. Dari awal lagi dah rasa bersalah sebab baca komen kak sal yang kak sal memang jaga kesihatan, dan makan dark chocolate je. Nak beli dark chocolate tapi tak tahu yang mana sedapp sebab tak pernah beli. Pastu pastu terbeli la mellow cookies ni, tawakal jelah kak sal makan walaupun takut jugak kak sal tak makan. Saya pun macam terkejut dapat email dari kak sal yang tanya pasal cookies tu sebab saya ingatkan tak out for delivery lagi hahaha. Dalam sistem dia lambat update so tak expect akan sampai haritu jugakkkk.

    Cane kak sal letak video or gambar kalau update melalui telefon? Saya haritu update pakai telefon, boleh tulis je. Nak justify tak boleh, nak letak gambar or video pun tak boleh. Last last suruh kawan tolong masukkan gambar hahaha. Macam menarik gak beli satu set, senang la boleh connect ke telefon, tak payah buka laptop dahhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau Atiqah, akak anggap je ni cheat day. sekali-sekala layan tekak. jerawat naik, kita tenyeh ubat. hehe

      akak taip entry pakai apps Blogger, lagi senang menaip dan letak gambar. Tapi apps tak boleh letak video. kena bukak via Google Chrome. bab tak boleh justify tu tak dapat pulak nak tolong

      Delete
  3. Ada plan gak nak beli bluetooth keyboard ni. Senang nak menaip, tambah2 bila guna tab😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak la. bila mengomen kurang sikit typo

      Delete
  4. Mellow cookies ni selalu nampak sebab owner dia si anep brgsjk tu kan? Tak pernah try pun. sbb saya bukan penggemar coklat mahupun chocojar hehe

    Cute betul keyboard and mouse pinkkk. Teringin nk beli tapi mcm membazir pula sebab saya tak ada kegunaan hiks. Kalau ada nanti saya bole la beli juga satu. Cute betul pink tu. Kalau akak lembah lembut saya sebaliknya hahaha

    Omaigad bab organize tu samalah kita. Suka tengok benda2 yang tersusun kemas. tengok je tau bukan buat hahahahaha cuba kak sal usha2 youtube. saya suka tengok youtuber yang dok beli2 barang shopee lah sometime best lah sebab depa share benda best. tak ada spesific youtubers. maan best saya tengok saja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli ni kes terpengaruh youtubers la. memang hobi akak tengok orang unboxing barang shopee, pastu terbeli sekali. adeh.

      akak beli keyboard n mouse tu konon untuk mudahkan WFH. Nak ke opis semata amik mouse seketul macam tak berbaloi. sebab bos kata kalau nak gi opis kena swab test.
      maigod nama anep tu teringat zaman aktif twitter. tak tahu lah sape punya. akak makan aje janji halal

      Delete
  5. Tahniah Sal..selamat menjamu tekak ya

    ReplyDelete
  6. Wah menarik bluetooth keyboard. senang taip guna 2 tangan.
    Haha Atiqah memang sinonim dengan mellow crunch.
    Susun baju, akak tidak pandai susun cantik-cantik. Itulah selalu tengok Kloe Kardashians susun baju/barang cantik sahaja. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau nampak mellow crunch je teringat Atiqah. hehe. saya pun tak pandai, tapi bila bosan, layan video pasal orang susun atur closet di youtube. bosan betul kehidupan. haha

      Delete
  7. Hahaha part storage tu kita beli yg letak spender punya hahaha kbtulan aritu kan abin nak msk hostel, tu yg kitrg borong byk2 tu hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula survey yang tu, pastu nampak plak yang saiz besar ni. borong sekali. beli letak spender tak bolehla tayang gambar kat blog.haha

      Delete
  8. Alhamdulillah dapat rezeki, sedap juga coklat jadi dessert. Suka la storage box tu senang nak organize.. Keyboard bluetooth good idea, tapi tak bole baring ek:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah sikit lah, sebab kalau baring macamana nak menaip. hehe

      Delete
  9. Replies
    1. Penghibur hati. Dah terperap kat rumah ni shopping online jela

      Delete
  10. Tahniah Sal! anyway nampak sedap pula chocolate cookies tuh.

    ReplyDelete
  11. Tahniah sal.. glamer jugak brand mellow crunch tu tp x penah rasa lg

    ReplyDelete
  12. Tahniah pengomen tegar.. hehe

    ReplyDelete
  13. tahniah...sedap choc chips..

    menarik keyboard & mouse bluetooth..memudahkan kerja, mmg jarang update blog guna hp, sbb mcm susah..tapi nampaknya guna apps blogger, keyboard & mouse ni, terasa mcm mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solusi untuk orang yang takde laptop or PC. PC office saya kena guna server diorang, jadi banyak site kena block. Guna keyboard dan mouse ni lagi laju mengomen dan dapat kurangkan typo

      Delete
  14. Terus rasa craving sampai tengok Mellow Cookies tu. Tahniah, Sal! Moga Allah terus murahkan rezeki Sal dan Atiqah.

    Keyboard tu menarik. Akak pun tengah survey-survey nak cari satu ni sebenarnya.

    ReplyDelete
  15. tahniah sal rajin komen dpt ganjarannya

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah . Tahniah kak sal . Comel laa keyboard tu

    ReplyDelete
  17. si atiqah slh hntr tu. supposed org yg beritahu ko tu yg sepatutnya dapat!😓

    ReplyDelete
  18. Hei, keyboard & mouse kite sama, sedap keyboard dia! Timm suka, murah sikit dri logitech kn. Kak sal cuba cari idea nk susun brg dekat pinterest, byk idea dekt situ boleh cuba!

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah rezeki Sal dapat mellow crunch.

    Setuju tu ada keyboard senang anak-anak nak Pdpr. Anak Mrs. A yang adik tu Mrs. belikan tab dia dapat percuma sekali keyboard comel macam Sal tu.

    Mrs. A ada beli yang storage organiser tu jugak tapi untuk suar kecik punya hahahaaa...

    ReplyDelete
  20. Tahniah Sal!

    Cantik la keyboard/mouse tu..white-pink.
    Boleh guna kat hp jugak, best tu.

    ReplyDelete
  21. Tahniah....lamanya tak pi rumah sal. Jom ke rumah akak

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. bila contactless kuranglah sikit risiko kan sal..
    sedapnya mellow cookies tu.. Sha tak pernah cuba lagi.. Sesekali cheat day kan Sal..
    Sweet betul keyboard tu.. macam Sal..

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah..tahniah Sal terpilih menang hadiah dari Atiqah. Makan sikit merasa lepas tu berpantang semula. Semoga murah rezeki Atiqah suka berkongsi rezeki. Aaminn...
    cantiknya keyboard tu warna pink lagi. Memang mudah bila ada keyboard ni lagi lagi nak menaip entry kan. Sangat berguna. Macam menarik je storage tu. Tapi kalau pakaian tebal okaylah. Yang nipis kena letak 2-3 helai jugak tu bagi padat. Suka gak tengok orang susun barang cantik cantik ni. Try tengok teknik KonMari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teknik KonMari memang menarik tapi tulah ada habit sayang nak let go barang. cmane. hihi. pernahh tengok docu dia buang baju sampai berkotak-kotak. aduh, kalau saya tak sanggup

      Delete
  24. Alhamdullilah.. tahniah Sal. Kak Sue pun sama asyik ada yang ada yang teracun dengan Shopee nie kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  25. Tahniah sal nampak sedap sgt cookies tu. Cantik la keyboard bluetooth/wireless dan mouse bluetooth tu

    ReplyDelete
  26. bertuah sal! comey sungguh keyboard and mouse pink tu haaa ^_^

    ReplyDelete
  27. Biskut tu dlm sehari dh habis. Alhamdulillah rezeki Sal. Comel keyboard pink tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah