Monday, 21 December 2020

Rekemen Movie - The Help

You is kind
You is smart
You is important 

Assalamualaikum dan hai semua. Antara aktiviti PKPB aku paling utama adalah menonton filem. Lagi-lagi masa MKN tak benarkan rentas negeri. Aku pulak 100% bekerja dari rumah, jadi boleh menyambil sementara tunggu tugasan masuk.

Movie aku nak rekemen adalah The Help filem tahun 2011.  Berlatarbelakangkan tahun 1960-an di Mississippi, US tentang seorang gadis bernama Skeeter (Emma Stone) yang baru tamat pengajian dan bercita-cita menjadi penulis. Skeeter memilih untuk menemuramah wanita kulit hitam di kawasan kejiranannya untuk buku pertamanya. Wanita-wanita tersebut menghabiskan hidup dengan  mengurus keluarga golongan kulit putih. Awalnya hanya Aibileen (Viola Davis), salah seorang 'Help' yang setuju untuk bekerjasama . Tetapi lama-kelamaan, kolaborasi mereka berdua menarik lebih banyak pembantu rumah kulit hitam untuk tampil dan berkongsi kisah masing-masing termasuk Minny (Octavia Spencer).

Filem ni  tak sekejam dan serius macam '12 Years a Slave' atau 'I Am Not Your Negro'. Kalau nak dibandingkan mungkin seperti 'Hidden Figures' (filem ni pun aku rekemen) dan 'The Hate You Give'. Filem tentang racism, tapi ada jugak watak orang kulit putih yang baik dalam filem ni. Walaupun bukan 100% kisah benar tapi ia berdasarkan realiti tentang sekumpulan manusia yang membeza-bezakan satu sama lain berdasarkan warna kulit.

Dah kata pun rekemen movie, so of course aku rekemen korang tengok filem ni. Ada babak yang buat korang geram, ada babak happy, ada jugak babak sedih. Filem ni menang 80 awards tau.

Korang ada ke yang dah tengok? If dah, sharelah review dalam komen kat bawah. Till then, thanks for reading!

Wednesday, 16 December 2020

9 Years and Counting


9 years and counting!

Pantang mundur kecuali kena retrench (dengan pampasan, hopefully) atau dapat kerja lain yang gaji lagi besar. Whichever comes first.

p/s: Berdamai dengan takdir. There are no such thing as 'perfect job'
 

Template by BloggerCandy.com