April Wrap-Up

Saturday 29 April 2017

Assalamualaikum semua! Ikut hati memang nak update blog dengan kerap. Tapi tulah, bila sibuk , terpaksa buat entry pukal. Ceh.. macam lah korang minat sangat dengan kehidupan aku. Kah kah. Syok sendiri namanya..layan jelah.

April has been a busy month. Busy sebab ada..

1.Dinner Company

Office aku jarang ada peluang buat dinner. Kalau dapat 3 tahun sekali pun syukur. Dinner kali ni bertemakan smart casual dan glam. Walaupun mengelak, aku terjebak jugak jadi ahli comittee. Tak best betul. Bukan apa, dah 2 kali dinner aku terlibat belakang tabir. Teringin nak datang pakai cantik-cantik, makan dan 'be surprised'. Sebab ahli comittee memang sedia tau tentang susunan majlis, hadiah lucky draw dan game. Tapi dah telibat, lapangkan jelah hati. Aku ajak adik bongsu aku teman. Aku bayar, dengan syarat, dia drive. Mak aku kata aku memang power bab mengelak tak nak drive. Hahaha.

Sebab aku tak pandai makeup mata, aku terjah kaunter Elianto kat Mid Valley. Tapi bukan percuma ye. Kena beli produk dan staf dia akan mekap berdasarkan barang yang kau beli. Takpun, kau beli produk bernilai RM120 dan dia akan mekap kau full. Dari bulu mata sampai bulu hidung. Aku beli eyeshadow dan concealer je, tapi alang-alang dah make up mata, dengan blusher dan highlighter sekali staf tu tenyeh.

Eyeshadow stick 2 batang, concealer, eyeshadow. Semua sekali around RM50

Aku ada this bad habit suka beli barang mekap bebanyak padahal tak reti or jarang guna. Ni baru separuh dari apa yang aku ada. Sape lagi ada perangai macam ni sila angkat tangan!

Majlis bermula agak lambat sebab hujan lebat, jalan jadi jam dan hotel Cititel ni betul-betul sebelah Mid Valley. Memang susah nak cari parking.

Ni gambar paling decent. Tu pun candid. Kah kah.

Konon nak try pakai shawl. Hari-hari tengok tutorial, tapi ambil masa setengah jam melilit. Cmane korang semua pakai shawl effortless je wei! Aku memang cannotlah tudung selain bawal. Huhu. Tapi walaupun tudung behave, mood aku agak merudum time ni. Kenapa? Nanti aku cerita.

Dekat majlis ni aku tak banyak sangat amik gambar. Satu sebab mood ke laut, satu lagi sebab kena bertugas dan satu sebab lagi adalah aku still tak pandai nak senyum dengan braces. Bila senyum tutup mulut, bibir jadi terjuih dan muka garang gila. Memang hodoh teruk. Nak senyum nampak gigi rasa tak selesa. Maka kerja aku elak kamera jelah. Haha. Rugi mekap memahal.



Gitu gini pun, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan tatkala aku hampir nak tersandar keletihan kat kerusi, nama aku dan seorang lagi tetamu dipanggil. Ah sudah..lucky draw kan dah habis. Takkan diorang nak panggil aku perform pulak. Mentang-mentang suara aku sedap. Cet, poyo kan puji diri  sendiri.

Tiba-tiba...Surprise! Diorang nyanyi lagu Happy Birthday! Nampak tak betapa nervousnya aku. Kau mampu satu dewan nyanyi untuk kau. Hadoi..

Birthday abang sebelah aku tu hari sebelumnya, tapi birthday aku hari lusanya. Still, aku agak surprise sebab aku hide birthday kat Facebook. Aku kan tak suka bukak FB, so malas nak tepek birthday kat situ kang orang wish aku tak reply cam kurang ajar pulak. Pastu time birthday orang aku tak wish pun rasa tak best jugak kan.


Lucky draw aku dapat Sijil SSPN. Adik aku dapat voucher spa. Plan nak pergi spa sebelum majlis kahwin adik aku. Glowing lah time wedding tu nanti. Amboi, kakak pengantin over OK.

2. My birthday

Hari lepas dinner tu, aku malas nak keluar. Lepak rumah je tengok TV. Malam tu family belanja sate, early celebration kekdahnya.


Tapi aku tak makan banyak sangat. Puncanya sebab gigi bongsu aku yang belah kiri makin melampau-lampau sakit. Itulah punca utama aku moody dan tak selesa nak senyum time Dinner Company. Kau taulah kalau sakit gigi ni benda kecik pun boleh buat kau angin.

Mungkin sebab tu birthday kali ni aku rasa sangat alone. Lately aku kerap tak sihat. Dan bila sakit, takde tempat mengadu, rasa sepi sangat. Betullah orang kata bila sakit ni emosi senang terganggu. Lagipun aku stress jugak kat tempat kerja dengan perangai colleagues aku, so tu pun antara punca aku selalu turn on Bitch Mode.


So, Happy Birthday to me! Still ugly, still single, still waiting for Liverpool to win the league. Kah kah.

 Kek dari kengkawan opis.

3. Minor surgery wisdom tooth. Again

Sebab sakit gigi dah tak tertahan, aku pun book untuk operate gigi bongsu belah kiri aku di klinik sama aku buat braces. Senang coz diorang ada aku punya dental XRay. Kali ni Dr.I yang operate, bukan Dr.K. Kalau Dr.K mahu dia membebel berkilo-kilo sebab saja lambatkan operate. Salah aku jugak kan, benda dah sakit dari tahun 2015 tapi takut punya pasal, elak memanjang.

Mula-mula, Dr.I check dulu dan tanya samada aku ada rasa sakit ke tidak. Sakitlah doc, tak sakit tak datang. Haha. Compare tu belah kanan, gigi bongsu belah kiri tertanam lebih dalam dan melalui saraf. Aku punyalah tak tahan, aku cakap je dengan doktor tu yang aku sanggup operate hari yang sama instead of makan ubat dan datang balik. Diorang siap mintak aku sign permission form. Pergh..serius ka? Macam nak operate jantung siap kena sign bagai.

Operate kali ni lebih teruk dari yang first time. Dr. I kata dekat tempat gigi bongsu berlaga dengan geraham tu dah bernanah, tu sebab sakit. Masa dia inject bius, ngilunya rasa nak menangis. Tapi Alhamdulillah, lepas hampir sejam, minor surgery aku pun berakhir. Ah..leganya. Turun dari kerusi kepala rasa pening. Call adik aku suruh amik.

Credit info and image : Source

Balik tu aku terus demam. Demam urat orang tua-tua kata. Sampai muntah-muntah sebab perut masuk angin. Dah nak makan tak lalu. Pipi dan rahang kiri bengkak dan tak boleh bergerak, terpaksa tuam dengan ais. Masa tu risau sebab teringat dalam permission form tu ada mention yang since gigi aku melalui saraf, ada kebarangkalian saraf terpotong dan rosak kekal. Salah sendiri jugak, tak menyempat.

Demam kali ni aku memang kronik, tapi mujurlah aku operate hari Khamis dan dapat dua hari MC. That's why aku kata proses penyembuhan lagi sakit dan lagi lambat dari operate belah kanan 2 tahun lepas. Last time aku takdelah sampai demam.

Syukur, kebetulan adik-adik aku balik weekend tu, so dioranglah tempat aku bermanja. Ambilkan bubur, bancuhkan glucose, make sure ice pack sentiasa ada dalam fridge. Bersyukurlah Sal, ramai lagi sayang kau.

Ambil masa hampir 5 hari untuk rahang aku kembali flexible dan boleh mengunyah seperti biasa. Syukur takde side effect. Dalam hal ni, penting cari klinik gigi yang dentist dia cekap dan ada tauliah. If tak confident, buat dengan kerajaan.

Read more : Cabut gigi bongsu : Q&A

4. Atuk masuk hospital

Belum kebah demam aku, dapat wasap dari group sepupu yang atuk aku masuk hospital kat Muar. Sebab badan dah tak larat sangat, aku bagitau kat sepupu dan pakcik aku yang lain yang aku akan balik  kemudian.

Nak menangis rasa tengok keadaan Atuk. Berat dah tinggal 38kg. 

Baik je demam aku terus balik kampung. Alhamdulillah,  Atuk aku dah discharge dan sekarang ada kat rumah makcik aku kat KL.

5. Bukak jahitan dan braces review 

Balik KL, pergi bukak jahitan operation gigi bongsu belah kiri dan tukar powerchain. Powerchain yang dipasang kali ni lebih tebal. Seminggu aku tak boleh mengunyah.

6. Holiday with BFFs

Stress kerja tahap aku perlukan vacation lebih dari segala-galanya. Aku penat. Kali ni dalam negara je. Nasib baik time ni dah boleh makan macam biasa. If not, rugilah kan.


7. Demam. Again

Teruk betul antibodi aku. Bulan ni je dah 2 kali demam

8.Pesta Buku KL @ PWTC 28 April-7 May 2017

Aku akan bertugas di sana. Kalau jumpa tegur lah ye. Boleh akak perasan blogger famous, padahal sendu. Haha.

Sekian kisah April. Wayang pun tak sempat tengok bulan ni.

Cabaran kerja company besar. Sorang dua buat taik, everyone yang bernaung bawah nama M**** P**** kena sumpah dengan rakyat Malaysia. Dah takde duit, lagi mintak kena saman. Bikin malu je.  Masin mulut korang, company ni kena saman sampai lingkup, kenalah aku dan ribuan lagi cari kerja lain. Nilah orang kata kerana nila setitik.
Read More

Kobe Harborland- Part 8 - Kansai Trip

Friday 21 April 2017

Assalamualaikum semua. Well...mari kita sambung entry Jepun. Kali ni masih di Kobe, kami bergerak dari Masjid Kobe lepas Maghrib, langit pun dah gelap padahal baru pukul 5 lebih. Kami nak ke Kobe Harborland. Ikut plan asal, kitorang nak naik bas no.7 ke Kobe Harborland, ataupun naik train Kaigan Line dari Kyukyoryuchi Dimarumae Station dan berhenti di stesen Harborland. Tapi, masa singgah di Kobe-Sannomiya Station, sebelum datang ke masjid, staf di Tourist Information Centre ada bagi option lain yang katanya lebih mudah. Kitorang pun follow jelah direction dia bagi tu. Kalau nak naik bas, susah nak mengagak dari bus stop mana.

Kami diarahkan (wah, diarahkan, macam Running Man pulak) untuk ke stesen Motomachi. So, we olls pun berjalanlah ke sana. Guna Google Maps..ihsan pocket wi-fi yang dipinjamkan Hiro-San Encik Tuan Rumah. Jarak dalam 1.0 km. On the way, terserempak kedai jual makanan halal. Masa tu kira-kira lah jugak, nak top up megi ke, packed food ke, last-last beli sosej je malas nak bawak ke hulu ke hilir. Haha


Kedai ni kecik je, dan barang-barang makanan dia pun banyak import dari Indonesia atau negara Islam lain. Tak ada pun made in Japan, so boleh bayangkanlah harga agak tinggi. Aku nak ambil gambar tapi pekedai tu macam dok jeling-jeling kitorang, segan pulak aku. Bukan apa, masuk sebab sejuk Ya Ampun kat luar. Pekerja kedai tu orang Indonesia. Actually ada lagi satu kedai Indonesia depan masjid, jual rempah dan makanan dalam paket macam mi, tapi tutup time kitorang pergi.

Time aku duduk luar masa kawan aku dok bayar, tetibe ada orang bagi salam. Aku toleh, tu dia ada mat Arab hensem tegur kitorang. Jodoh kah? Tapi rupanya abang hensem datang sama wife dan baby da.. Diorang satu family, turn out baru transfer ke Jepun, dan itu hari pertama diorang. So, diorang tanya kot kitorang tau kedai halal yang lain. Diorang ingat we olls ni student or memang dah lama duduk situ, padahal musafir lalu pak malau je Ya Brother.

Ce teka diorang ni baru relocated dari mana? Of course lah Malaysia! Aku lupa diorang ni kerja Kelantan ke Terengganu entah, tapi diorang cakap diorang rindu makanan kat Malaysia, sebab senang cari yang halal. Betul bang, kekasih halal je susah cari kat Malaysia tu. Perangai cam haram banyaklah. Kah kah.

Dalam 1 km menapak, sampai juga ke Motomachi Station. Nangis..awek kat kaunter tu kata dekat! Nasib baik sejuk, dan kitorang dah kenyang. Kalau lapar tadi mau macam zombie dalam Resident Evil. Naik train Hanshin Line, stop di stesen Kasoko Kobe. Teringat pasukan penyelamat Kasukabe dalam citer Shin Chan. Jalan lagi mencari Kobe Harborland. Jalan ajelah kerja kalau kat Jepun tu.

Masa ni agak sesat jugak. Dah tanya direction pun salah langkah lagi. Tapi tau tak betapa sweetnya couple yang bagi direction kat kitorang tu, dia siap kejar kitorang bila tengok kitorang salah belok. Allahu..baiknya. Sejak tu aku berikrar akan menjadi lebih baik dengan tourist bila pulang ke Malaysia nanti. Hahaha.

Aim Ferris Wheel ni sebagai landmark kobe Harborland

Akhirnya..sampai jugak Kobe Harborland. Tempat ni meriah dengan lampu warna-warni di waktu malam. Ada Ferris Wheel dan deretan restoran. Dah nama pun harbour, of course lah sejuk kena angin laut. Tak tau nak buat apa, kitorang gi naik Ferris Wheel. Entahlah, sampai Jepun je jadi sawan Ferris Wheel. Kah kah. Tak termasuk dalam plan pun nak naik Wheel ni, tapi naik jugaklah sebab alang-alang dah sampai. Lagipun boleh rehatkan kaki sambil santai tengok pemandangan Kobe dari atas. Bayaran aku dah lupa sebab takde dalam plan kan.

View dari dalam Ferris Wheel

Comel je hotel bentuk whale

Kobe Harborland ni biasa jelah bagi aku..mungkin kitorang tak berapa excited sebab penat dan sejuk. Nak makan-makan kat restoran, tak ada yang halal. Sembang cam banyak duit. Puiii. So, we olls pun decide untuk balik je lepas jalan-jalan dan posing sikit-sikit sepanjang pelabuhan tu. Bolehlah takat nak tinggal jejak dah sampai. Tapi aku enjoy jalan tengok town Kobe sebab kurang sesak berbanding Osaka. Orang dia pun lebih rileks dan tak tergesa-gesa..

Sejuk ye dalam stesen ketapi pun masih bermafla dan pakai Down

Dari harbor kami menapak ke stesen train Harborland. Ikut signboard je. Naik train Kaigan Line ke stesen Sannomiya-Hanadokeimae station. Cari plak Hanshin Line untuk pulang ke Namba. Like I said before, jaringan stesen keretapi Jepun ni berselirat dan memenatkan. Yang penting ikut signboard dan lapangkan hati. Kalau tak nak penat jangan travel, duduk rumah je ye. Haha. Tapi sambil-sambil jalan tu boleh cuci mata. Tengok orang, tengok kedai.


Limited Express tu train paling laju dan tak banyak berhenti. Harga sama je macam naik train local atau rapid express. Time ni kitorang dah agak expert. Haha. Nak naik train kena hati-hati pastikan platform dan gerabak yang betul. Kadang-kadang satu keretapi panjang tu akan berhenti di stesen besar dan split. Separuh pergi arah lain, separuh pergi arah lain. Kalau salah gerabak kan naya.

 Tempat pemandu. Nampak klasik. Yup, keretapi bawah tanah Jepun ada driver ye.

Train kitorang naik ni entah kenapa rasa lama. Lepas tu banyak pulak berhenti. Aku sebagai ketua kontinjen mestilah rasa cuak. Aku rasa tadi train ni memang tulis Umeda dan tulis Limited Express. Tengok luar nampak sama je. Bangunan rumah-rumah tak pun pekan kecil yang langsung tak meriah macam Namba. Bila masuk bawah tanah, lagi hampa nampak gelap je. Announcement dan paparan nama stesen semua dalam bahasa Jepun. Ah sudah. Lebih setengah jam dah ni. Rasa pagi tadi takdelah lama sampai macam tu.

Rasa nak terlelap, tapi sebab takut terlepas stesen, tahan je mata sambil dok melilau keluar. Mana Namba tak sampai-sampai ni. Train makin lengang. Huhuhu. Ego lagi tu nak tanya orang. Confident level tinggi sangat.

Train meluncur laju. Berhenti di sebuah stesen yang nama agak familiar. Ah..betul rasanya ni. Ramai yang naik kat sini. Tapi..kenapa tiba-tiba ada entiti dalam subway?

Apa? Entiti? Kak Biah kau buat cerita seram Ju On ke? Aku tak main-main wei. Aku perati diorang, diorang perati aku balik. Travel mate aku yang lain jeling-jeling jugak, tapi tak cakap apa-apa.

Hampir 50 minit perjalanan, akhirnya train berhenti di Osaka-Namba Station. Yeah..mari turun. Eh, entiti pun ikut sekali! 

Nak tau entiti apa? Tunggu sambungan kisah seram di Namba. Thanks for reading!

Part 7
Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1
Read More

Beauty and the Gay?

Sunday 16 April 2017

Kisah Beauty and the Beast bukanlah asing. Cerita dongeng kanak-kanak seangkatan dengan Snow White, Cinderella dan Pinochio. Dan ia juga bukan filem kartun pertama yang 'dimanusiakan'. Cuma yang menjadi persoalan adalah kenapa filem yang satu ni begitu kontroversi?

Filem terbitan Walt Disney dan Mandeville Film arahan Bill Condon diadaptasi dari animasi bertajuk sama yang ditayangkan pada tahun 1991. Aku merupakan antara penggemar kartun-kartun Disney. Let's just say, dialog pun aku hafal. Takat lagu 'Tale as old as time...' tu, celah bracket braces aku je.

Setiap kali menonton filem adaptasi, soalan pertama yang terlintas adalah : Sama tak dengan versi asal? Since aku dah tengok versi kartun berpuluh kali aku boleh clarify yang versi live-action meniru versi kartun tapi takdelah bulat-bulat. Walaupun kebanyakan karekter, lagu dan jalan cerita dikekalkan, versi live-action ditambah beberapa karekter dan lagu baru. Jalan ceritanya juga lebih dikembangkan. Target penonton lebih meluas dan bukan sekadar kanak-kanak.

Secara dasarnya, bagi aku, filem lakonan Emma Watson (Belle / Beauty) dan Dan Stevens (Beast) dapat menjawab persoalan-persoalan yang tak terjawab dalam kartun. Contohnya...mana parents si Beast tu? Nape takde orang realise ada istana dalam hutan? Soalan paling penting yang merunsingkan aku sejak aku darjah 2 adalah macamana Belle boleh angkat Beast naik atas kuda? So, terima kasih lah sebab dah jawab soalan-soalan yang aku dok fikir lebih 20 tahun. Terjawab sudah misteri. Haha


Amaran : Bacaan di bawah ini agak berat.

Ramai yang melenting apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) ingin mengharamkan tayangan filem ini. Semuanya gara-gara statement 'Exclusive Gay Moment' . Aku faham kenapa, dan aku tak salahkan LPF. Eh..cop, sedangkan filem Malaysia banyak yang ada watak pondan dan lelaki songsang, kenapa boleh pulak lepas? Babak rogol, ganas dan 'nakal' dalam filem Melayu pun bersepah! Kenapa ada double standard?

Aku bukanlah pakar Filem, subjek Pendidikan Seni pun selalu dapat 'D'. Tapi yang aku tahu, dalam membuat penapisan, LPF kena berpandukan konsep 'Poetic Justice' di mana orang jahat digambarkan 'buruk'. Di hujung cerita, watak jahat akan mendapat pembalasan.  Sebab tu korang selalu dengar penerbit filem Malaysia menegaskan apa yang mereka paparkan dalam filem sebagai 'pengajaran', ataupun sekadar hiburan. Kalau nak ikut buruk je potong, buruk je tapis, maka berlambaklah filem luar negara, malah filem tempatan tak lepas untuk ditayangkan di sinema kita. Oh, aku cuma memberitahu, bukan menyokong mahupun membantah S.O.P LPF, jangan salah faham. Aku still tak boleh terima filem Melayu yang keterlaluan. Banyak cara nak sampaikan mesej dan pengajaran, tu pun kalau mesej tu sampai. Selalunya benda buruk yang orang akan ikut. Lagi-lagi anak muda.

Sejak masyarakat Barat makin ramai yang boleh menerima LGBT secara terbuka, ditambah dengan tekanan media sosial, United States memperkenalkan undang-undang membenarkan perkahwinan sesama jenis pada Jun 2015. Aktivis LGBT, Feminis dan Human Rights sama naik menghasilkan permintaan-permintaan mengarut atas nama 'kesamarataan'. Ini namanya diberi betis nak peha. Maka ramailah yang berebut-rebut menjadi 'Equality Icon'. Konon dialah yang baik, tak racist, tak sexist, tak homophobic. Disney juga tak ketinggalan. Dalam industri seni,  populariti dan recognition itu penting.

Bagi aku filem ini tak perlukan publisiti murahan. Nama Disney dan Emma Watson itu sendiri dah cukup kuat nak menarik penonton dari segenap umur untuk menonton. Aku kecewa bila filem ini nyaris tak ditayangkan. Kesian kawan baik aku frust. Aku mana boleh tengok kawan-kawan aku sedih. Aku sedih takpe.

Watak LeFou (Josh Gad) kalau perati, nampak sangat ada ciri-ciri gay yang memang ada hati dengan Gaston (Luke Evans). Lagu 'Gaston' tu pulak kalau dengar betul-betul mengesahkan teori aku. Tapi benda ni macam tengok match bola sepak ulangan yang kau dah tahu result. Kalau dah tahu minit ke 58 ada gol, pasti minit ke 55 kita dah start concentrate nak tengok build up gol tu bukan? Atau menonton siri filem penyiasatan tapi dah tau awal-awal siapa dalang sebenar, mestilah kita akan perhati watak tu dengan lebih teliti. Let's say takde kontroversi tu, aku rasa orang tak peduli pun dua watak tempelan tu. Hello, ini cerita Beauty and the Beast, bukan Gaston and LeFou!


Sayangnya, filem yang pada dasarnya hanya sebuah kisah dongeng romantik menjadi kontroversi hanya kerana Disney ingin kelihatan 'mulia' dan memperlihatkan sifat 'acceptance of all people regardless of gender, race, religion and sexual orientation'. Bagi aku topik sexuality freedom ni tak payahlah nak ditempelkan dalam filem yang pastinya akan ditonton kanak-kanak yang masih mentah mindanya dan senang keliru.

Tapi..tak semua orang tonton secara detail macam aku. So, jangan risau, kalau bawak anak-anak kau tengok, takdenya dia terpengaruh. Setakat lagu 'Gaston', lagu tu takde double meaning pun unless kau memang otak kuning. Pandang dari segi positif, filem ini banyak pengajarannya. Beauty and the Beast mengajar anak-anak gadis yang di luar sana ramai lelaki scumbag macam Gaston yang walaupun kacak dan sado, tapi berhati busuk dan sanggup buat apa saja untuk matlamat kendiri. Pengajaran yang paling aku suka adalah pengorbanan, kasih-sayang sesama ahli keluarga dan taatnya servant pada sang Putera.

Dari segi sinematografi, filem ini begitu indah sekali. Scene yang buat kau rasa nak terbang ke dakapan Antoine Griezmann Perancis menikmati dunia fantasi Beauty and the Beast. Lagu-lagunya digubah begitu menarik. Rasa nak tepuk tangan lepas lagu 'Be Our Guest' tu. Watak-watak magikal nampak hidup dan mencuit hati. Bagi aku filem ini lengkap, ada tawa, ada aksi mendebarkan dan babak-babak yang boleh buat penonton sebak. Yang penting, walau dah tau jalan cerita, filem ini masih mampu beri plot twist. Tahniah!

Sesuatu yang menarik bila aku tengok ada pelakon kulit hitam dalam filem ini. Berlatar-belakangkan sebuah kampung kecil di Perancis kurun ke-18 di mana wanita berpendidikan dan tidak berkahwin pun dipandang serong, logikkah orang kulit hitam ada jawatan penting dalam masyarakat dan bekerja di istana? Adakah tu salah satu revolusi zaman Reinassance atau sekadar kepoyoan Disney? Tapi takpelah, tu nanti aku buat research sendiri dan kalau free aku share dengan kalian. Masalah jugak orang minat subjek Sejarah ni, semua benda dia nak kaji. Huhu.

These two deserved more scenes!

Yang aku tak suka..that signature yellow dress tu patut boleh cantik lagi. Ni aku tak puas hati. Tapi aku suka baju bunga-bunga Belle scene ballroom last tu. Rasa nak jatuh cinta, tapi tulah takde orang nak jatuh cinta dengan aku. Actually bahaya tulis macam ni. Kang kena komen pedas sedas, padan muka aku. Haha.

By the way unsur-unsur gay tu sebenarnya takdelah menonjol, kalau tak digembar-gemburkan takde sape yang perasan. Tapi tulah, bak kata aku, konon nak tunjuk open-minded dan bangga dengan scene gay tu, maka filem ini menjadi kontroversi. Sedangkan di Barat sendiri, masih ramai yang tak boleh menerima LGBT. Mungkin diorang ni kuat agama. Ya, kalau ikut ajaran orthodox Kristian, LGBT itu haram.

Biarlah orang Barat tu nak bergaduh sesama sendiri, kita yang kat sini patut tahu mana yang patut ikut, mana patut tinggal. Ko yang Islam tu, jangan pura-pura tak tahu LGBT tu haram. Potong anu tu baru tau. Open minded pun ada hadnya, jangan sampai jadi Islam liberal yang menegakkan benda yang salah.

So..patut tonton ke tidak filem ini? Well, kalau korang suka filem fantasi muzikal macam ni, apa salahnya. Memang menghiburkan. Abaikan kontroversi bodoh dan anggap saja ia sebuah fairy tale indah.

Apa pun aku harap ini tak menjadi kenyataan kalau tak akan terjadi kontroversi episod kedua:

https://www.theguardian.com/film/2016/may/03/frozen-fans-urge-disney-to-give-elsa-girlfriend-lgbt

*Grab popcorn*

Thanks for reading!

Sejujurnya aku suka perhatikan masyarakat Barat sebab aku rasa mereka ni 'kelakar'. Kelakar dalam erti kata mereka perasan mereka lebih maju dari sebilangan besar penduduk dunia. Padahal mereka ada kala memperbodohkan diri sendiri.
Read More

Entry Penghargaan untuk Blogger Anies

Saturday 8 April 2017

Assalamualaikum semua!! Lama rasanya tak buat entry penghargaan untuk rakan blogger kan. So..sila kembang semangkuk ye Anies, entry ni memang untuk hang!

Hari tu kitorang ngedate. Jumpa je terus dia bagi aku satu bungkusan. Uish..aku baru nak merajuk sebab tengok blogger lain dapat tapi aku tak. Hahaha. Actually, aku tak berharap. Masa Anies bagitau dia nak gi Switzerland, aku pesan kirim salam kat pakwe muka iras-iras Granit Xhaka pun cukuplah. Tau sangat pergi Europe modal banyak, so aku faham kalau tak dapat souvenir.

Tapi...rejeki jangan ditolak ye tak? Nak tau apa aku dapat? Meh kita explore..


1. Shawl kaler coklat dengan black laces. Memang cantik, kain pun lembut. Aku jarang pakai shawl so akan simpan ni untuk special ocassion
2. Luggage tag. Think it's in French. Bolehlah nak acah-acah dah sampai.
3. Bookmark Gempak Starz
4. Fridge magnet dari Jerman
5. Simcard
6. Fridge magnet dari Cambodia

Thanks a lot!!! Serius aku terharu wei!

Terima kasih yang kedua..sebab teman aku bersesak-sesak jumpa Liverpool legend, John Arne Riise. Event kali ni agak mengecewakan sebab tak properly managed compare tu meet and greet yang kitorang pernah pergi. Dahlah sound system bergema. Susah nak tangkap apa Riise cakap. Nasib baik English mamat Norway ni fluent. Tapi kalau nak tahu, penyokong Liverpool ni tahap kesabaran diorang tinggi. So, kalau nak cari jodoh, carilah penyokong Liverpool. Tak mudah putus asa, terima seadanya dan kekal setia walau selalu dihampakan. See...rugilah awak tak nak kat saya. 😊 *Drop hint*

Sabar menanti Riise, probably the last decent left-back yang Liverpool ada. Harap season depan belilah left back, centre back, goalkeeper, 20-goal per season striker, holding midfielder, referee, linesman, budak Milo dan Luis Suarez.

 Bercahaya semacam gambar ni, mana taknya matahari memancor dari belakang. Ni lah John Arne Riise. Hensem tak? Aku nervous sangat sampai lupa buat thumbs up. Dahlah atas pentas! Aku mana boleh pentas-pentas ni, kecut perut, usus, tali pusat, buah pinggang semua.

Terima kasih yang ketiga, thanks sebab tak marah kat aku.. Aku ada buat salah sikit, nasib baik Anies tak besarkan isu dan still nak kawan dengan aku. Yang tahu cerita tu, tahu lah. Sob...sob... *Kesat air mata pakai hujung mafla Liverpool* Risau jugak hilang kawan, bukan senang nak dapat friendship dari dunia maya kekal ke dunia nyata. Bukan nak Drama Queen, tapi itulah hakikatnya.

Dokanlah kitorang murah rezeki dapat kita gi Anfield sesama. Dapat tengok Emre Can dari jauh pun cukuplah. Sape nak ikut kena hafal lagu 'The Reds Go Marching In'. Kah kah. Aku sendiri pun tak hafal. Ale..ale..Luaskan Kuasamu aku reti lah.

OK gais...Thanks for reading. Sape nak kenal ngan Anies boleh usha blog dia kat SINI. Jumpa next entry!


Update : Baru lepas operate gigi bongsu dengan jayanya..tapi tengah menderita gusi bengkak plus demam.
Read More