Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

LaLaport Bukit Bintang KL - Di atas tapak Penjara Pudu

Sunday, 13 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ni cerita semalam. Bosan duduk rumah, aku ajak adik aku ke LaLaport yang terletak di Bukit Bintang, KL. Mall ni 'terkenal' sebab dibina atas tapak penjara Pudu yang dirobohkan pada tahun 2012. 

Orang-orang lama tahulah betapa bersejarahnya Penjara Pudu yang ditamatkan operasi pada tahun 1996. Logik jugaklah pada pendapat aku sebab masa tu kawasan Bukit Bintang tengah membangun dengan pesat dan menjadi tumpuan pelancong. Takkanlah tengah-tengah bandar ada penjara. Lepas ditamatkan operasi, pernah dijadikan muzium tapi tak pasti berapa lama. Aku sendiri tak berkesempatan nak pergi sebab ramai cakap muzium tu 'keras' dan banyak cerita mistik pengunjung lepas melawat muzium tu. Yang aku ingat, sekolah aku nak buat lawatan tapi last-last tak jadi. Parents tak bagi kot. Termasuklah mak aku. Hehe.

Baca ni kalau berminat nak tau sejarah Penjara Pudu : Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat


10 tahun kemudian, di atas tapak Penjara Pudu, berdiri megah LaLaport pertama di Asia Tenggara. LaLaport merupakan rantaian pusat beli-belah Mitsui Fudosan yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Mitsui Shopping Park dengan keluasan 78,500 kaki persegi ni menghimpunkan rangkaian jenama-jenama kedai dan restoran terkenal dari Jepun seperti Pansy, Como, Nitori, Nijoma dan Don Don Donki di bawah satu bumbung.

Senarai penuh kedai boleh lihat di SINI

Kitorang pergi naik public transport je. Kalau naik LRT aliran Ampang/ Sri Petaling, turun di stesen Hang Tuah.

If naik monorel pun turun di stesen yang sama. Stesen LRT dan monorel Hang Tuah bersambung.

Kalau naik MRT, boleh turun di stesen Bukit Bintang tapi kena jalan sejauh 1km. Kalau biasa menapak di KL sebenarnya tak jauh pun. Teringat masa umur 20an dulu kerja Pavilion, memang cekap aku bab jalan Bukit Bintang ni. Mujur tak sampai Changkat je. Ops. 


Naik eskalator dari stesen LRT terus nampak entrance ni. Lalaport Bukit Bintang City Centre/ Lalaport BBCC




Banyak wing masih dalam pembinaan walaupun dah dibuka untuk orang awam dari bulan Januari




Kedai yang paling menarik perhatian adalah Nitori. Seolah-olah IKEA tapi versi Jepun


Nitori pada pendapat aku banyak produk menarik yang memang berasal dari Jepun. Macam kita masuk Daiso, ada je idea unik yang tak dijumpai di kedai lain. Contohnya sarung bantal 'sejuk' dan alas kaki cepat kering. Tapi kalau nak beli tu belek-belek lah dulu. Ada jugak yang made in China, tapi harga mahal. Probably sebab dijual di sini. Pandai-pandai lah banding harga dan kualiti. Alah, korang semua terer bab shopping ni, tak payah ajar. 




Kerusi 'Deadpool'


Masa aku ke Jepun dulu,  tak jumpa pulak LaLaport. Sempat pergi shopping di kawasan Dotonbori dan Yodobashi Umeda store sahaja.

Jemput baca secebis pengalaman aku bercuti ke Osaka-Kobe-Kyoto-Nara di SINI

Berhampiran tempat aku ambil gambar ni ada deretan tangga LED yang digelar 'Grand Steps'. Sebab siang tak nampak sangat kerlipan lampunya so aku tak pergilah ambil gambar. Kalau malam mesti cantik.


LaLaport juga ada 'Rooftop Garden' yang menghijau dan boleh nampak banyak bangunan ikonik Kuala Lumpur macam Menara KL, TRX dan KL118. Ramai ambil gambar di sini tapi aku tak join sebab panas. Bila panas, aku ambil gambar tutup mata. 


Jadi lah kan..tak dapat bergambar dengan Gundam di Tokyo


RollerWa ni pun menarik jugak. Coming soon. Tak sangka kegilaan roller skates akan kembali. Dulu tahun 90an memang famous sebelum kemunculan roller blade.

Roller Wa adalah skating rink indoor. Di 1Utama dah dibuka sejak Disember 2021 tapi aku tak pernah pergi lagi. Macam menarik pulak. Katanya aktiviti roller skating indoor ni popular di Korea. 

Sempat jugak aku tengok toilet di LaLaport ni. Manalah tau sama macam di Jepun, pakai elektrik. Tapi tidak ye, toilet biasa je. Ada air, jangan risau.


Ini kawasan kedai-kedai makan di level bawah sekali


Ingat nak cuba MatchaEight ni sebab aku suka green tea tapi ramai beratur. So auto malas. 

So..adakah aku akan ke sini lagi? Maybe tidak dalam masa terdekat memandangkan banyak kedai tak bukak lagi. Nasib baik dah makan siap-siap kat rumah. Pergi ni pun sebab rasa ingin tahu. Nak pergi attraction lain takut ramai orang. Cuti sekolah kan.

Frust jugak aku sebab takde pusat karaoke dan arked game 'Pachinko' memandangkan keduanya adalah aktiviti hiburan masa lapang popular di Jepun.

OKlah tu je nak cerita tentang 'mall berhantu' ni. Hantu apa? Hantu Shopping. Nasib baik aku tak terjebak. Or maybe next time?
Read More

Mangkuk Tingkat dari Blogger Babypose dan Mazola Warisan One Cookies

Saturday, 9 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Dapat hadiah lagi. Kali ni kiriman sis Babypose sebagai penghargaan cabutan bertuah pengomen tegar bulan September 2021. Walaupun bulan lepas ramai blogger complain dunia blogging sendu sebab pageview merudum tapi seketul Sal tetap ada di mana-mana menyelitkan komen. Hahaha. Jangan jemu dengan aku ye sebab blog je media sosial yang aku aktif so di sini lah tempat lepak bila tak sibuk dengan kerja dan tanggungjawab hakiki.


Inilah hadiahnya. Mangkuk tingkat atau nama omputehnya tiffin carrier dari The Mangkuk Tingkat

Warna pink/purple tu memang sweet. Pandai sis Babypose pilih. Maybe dia perasan yang pink antara warna favourite aku. Mangkuk tingkat pun comel, sesuai dengan aku yang memang kecil molek . Haha. Huduhnya perangai puji diri sendiri. Yelah, nak tunggu orang puji lambert lagi. 

Nanti dah kerja opis bolehla guna untuk tapau lauk. Ah..berat bontot bila terbayangkan kena pergi opis. Dah syok sangat kerja di rumah. So far masih bertahan membodek bos supaya mengekalkan work from home. Company pun boleh jimat banyak resources macam elektrik, air dan kos swab test bila ramai kerja dari rumah. Tapi sayangnya niat suci nak mengelakkan 'Kluster Tempat Kerja' disalah erti sesetengah pihak sebagai 'malas'.

Betullah orang cakap, kerja ni jangan beria sangat. Kau mati hari ni, esok bos dah cari pengganti. 

Eh jauh pulak aku membebel. Maaf. 

Untuk yang belum berkenalan dengan Kak Babypose ni, boleh terjah blog dia di SINI. Aku panggil sahaja akak walaupun aku tak tau umur sebenar. Entah-entah lagi muda atau sebaya. Blog yang unik kerana ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Setiap entry juga diselitkan video. Entry yang menarik tentang kehidupan seharian bersama anak-anak, pemakanan sihat dan jalan-jalan. Kak Babypose selalu share resepi ringkas tapi kreatif, sesuai untuk yang sedang berdiet.

Thanks ye Sis Babypose for the lovely gift. 

Alang-alang dah lama tak update, nak share jugak Biskut Mazola sedap yang aku jumpa di blog Adinda Baizura.

Ni biskut favourite mak aku. Bila dah sampai baru teringat yang Mak tengah ikut program lost weight. Adoi, serba-salah pulak. So, pesan kat dia sehari makan sebiji je. 

Bahan utama Mazola adalah minyak jagung, kacang tanah kisar dan tepung gandum. Nampak macam simple tapi aku tak pernah buat sendiri.

Sedap jugak Mazola Warisan One Cookies ni. Walaupun saiz kecil, sebesar duit syiling 50 sen baru, tapi tebal. Harga RM40 untuk 48 biji. Mahal ke murah aku tak pasti sebab dah lama tak beli kuih Mazola. Dah 2 tahun raya sendu, so takdela nak beli kuih raya banyak-banyak.

Packaging menarik, cuma aku rasa lebih baik letak sekali senarai bahan-bahan di label. Ni kalau jual di supermarket tak lepas tau. Other than that, takde masalah. Proses pembelian pun senang, sampai dalam masa 4 hari dan dibalut tebal dengan bubble wrap. Kuih sempurna tanpa pecah walau sebiji. I loike. Kita nak makan kuih kan, bukan makan habuk. 

First time beli melalui 'Beacon'. Siapa nak beli jugak boleh klik link ni. Ini review tak berbayar ye.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading! Sibuk sikit Oktober ni.
Read More

Mellow Cookies, Keyboard Bluetooth dan Clothes Storage Box

Friday, 13 August 2021

Nama aku famous asyik diseru di pintu pagar rumah lately. Mana taknya, lepas parcel aku, parcel aku lagi. Hehe. Tapi adik JnT dan NinjaVan sekarang dah pandai. Diorang nampak je muka kita muncul kat pintu or dengar suara menyahut, diorang letak atas tembok pastu inform kita. Usaha untuk minimise contact musim-musim pandemik ni. Kalau yang macam tu OK lah kan. Jangan main letak je tak tekan loceng tak apa, pastu blah. Nasib tak baik barang kena hujan ataupun kena curi.

Antara yang sampai adalah hadiah top commentator bulan Julai blog Atiqah Najihah

Mula-mula bila blogger Anies wasap cakap nama aku terpampang kat blog Atiqah, blur lah jugak. Masa tu dahla tengah sibuk, so tak dapatlah check on the dot. Bila free baru BW. Rupanya aku antara pengomen paling tinggi bulan Julai yang bertuah terpilih terima saguhati. Tanjat gegirl. Aku jarang bertuah kalau ada cabutan ni. 


Terima kasih Atiqah. Sesiapa yang belum berkenalan dengan dia bolehla ziarah blog dia di SINI. Blog Atiqah selalu share pasal movie/drama review, makanan dan isu semasa. Cara penulisan pun sangat matang, tak sangka umur baru 20-an. Aku dulu masa 20-an ayat blog tunggang-langgang. Hahaha. 

Atiqah bagi aku Mellow Cookies, produk keluaran syarikat bumiputera Mellow Crunch. Mellow Cookies bersaiz comel dan dilimpahi serbuk milo. Memang sesuai untuk pengemar coklat. Termasuk aku. Hari dapat tu je dah habis separuh botol. Adik aku makan sikit. Aku pulak lepas gian sebab dah lama pantang makanan manis. Bukan sebab ada masalah kesihatan ke apa, tapi jaga kulit. Apa boleh buat. Dah aku sejenis yang mudah breakout kalau makan gula banyak.

Atiqah jangan rasa bersalah pulak. Akak boleh sambung pantang balik. Willpower akan jadi kuat kalau dah biasa. Sekali-sekala makan. Habis nanti nak order lagi kat Shopee. Aku suka Mellow Cookies ni sebab tak manis sangat. Korang ada yang dah try ke cookies ni?  


Atiqah lupa nak email aku untuk inform yang dia dah pos hadiah tapi somehow aku boleh agak pemberian ni dari dia. Ha..terer kan aku?

Thank you so much my dear Atiqah! Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.


Keyboard bluetooth/wireless dan mouse bluetooth ni pulak aku beli sebab mouse desktop office aku dah lagging. Actually takdelah teruk sangat tapi biasalah gatal tangan klik klik Shopee. Plan asal beli mouse sahaja tapi kedai yang aku survey tu jual satu set. So beli jelah,  boleh guna kat handphone jugak. Best wei taip komen dan blogwalking pakai keyboard dan mouse berbanding pakai jari. Cuma yang tak best, tak boleh guna sambil baring. 

Pendapat aku, parents sesuai belikan ni untuk anak PDPR. Takdelah jenuh jari tenyeh kat tablet tu. At the same time boleh letak skrin jauh dari mata. Untuk tablet dan handphone cari yang ada 'bluetooth' sebab wireless hanya boleh guna di PC dan laptop sahaja.

Ikutkan hati nak beli yang ada brand macam Logitech K380. If korang cari keyboard bluetooth/wireless yang berkualiti, Logitech K380 antara brand yang ramai netizen rekemen. Memandangkan aku tengah kumpul duit untuk beli laptop, so kita beli yang murah sahaja. Brand pun takde. Puas aku belek kotak tapi tak jumpa. 


Dalam video nampak aku menaip slow je sebab sebelah tangan pegang HP untuk rekod, sebelah lagi menaip. If guna dua-dua tangan rasa macam menaip di PC tau. Aku kan selalu update blog pakai handphone. Memang lagi selesa guna keyboard bluetooth. Skrin pun boleh nampak penuh.

Harga satu set ialah RM39.99. Ada banyak pilihan warna, but of course lah aku pilih warna pink sesuai dengan personaliti aku yang lemah-lembut ni. OK sila muntah.

Aku beli di sini :


Nylon clothes storage box


Macam biasa bila tak boleh keluar aku suka mengemas. Beli storage box ni sebab nak nampak lagi tersusun. Kalau letak baju bertindih-tindih, ambil baju di bahagian atas, susunan di bawah dah kucar-kacir. Storage box ni ada partition so bila tarik satu, tak kacau yang di sebelah. Nanti nak beli lagi. Bilalah berpeluang pakai seluar slack dan skirt kan? Dah kerja dari rumah aje. Kalau keluar lagi selesa berseluar jeans. 

Kalau ada tips organise closet macam ni share lah dengan aku. Sebab aku suka tengok barang-barang dalam rumah tersusun cantik. Sejuk mata memandang.

Harga satu tu RM8.50. Aku beli sampai 4 sebab jauh ni dari China. Nasib baik berkualiti. Base kukuh dan kain tak mudah koyak.


OKlah tu je nak share. Thanks for reading!
Read More

Kaki Shopee tolonglah saya!

Friday, 27 November 2020

Aku ni jarang shopping online. Lagi-lagi yang melalui platform macam Lazada, Shopee etc. Kalau aku beli online, itu tandanya barang tu tak jual kat kedai. Kalau jual pun harga agak mahal atau aku takde access nak ke sana. 

So 18.11 hari tu, aku pergi kedai buku sebab nak cuci-cuci mata. Bila dah 100% work from home ni memang jemu la tak keluar lihat dunia. Masa dok merayap tu aku ternampak la set jigsaw puzzle. Terdetik hati nak beli, boleh jugak buat-buat hilang bosan. Sekali tengok harga mahal bebenau, kalau yang 500 pieces tu paling kurang pun RM40. Biasa puzzle ni mana ada orang main banyak kali so rugi beli yang mahal. 

Malam tu belek-belek Shopee. Since aku malas tunggu lama untuk barang sampai aku pun cari la yang label 'Local Seller'. Ikut kefahaman aku, if local seller mestila sampai cepat. Kalau oversea iyela kot lambat. Kan? 

Tengok ye, dia tulis situ West Malaysia. Me also West Malaysia. So apa yang lama sangat?  Lokasi dia pun kat Selangor je u olls. 

Tunggu dekat 10 hari, aku start hilang sabar. So aku pun check la tracking order dia bagi tu, rupanya parcel aku ada kat China. Mana la aku tak naik angin. 

Aku pun chat la dia kat Shopee

Lain kali mention la kata shipped from oversea. Bukan shipped dari West Malaysia. Aku plak kena balik konon tak notice dia mention awal-awal take 7-12 days to arrive. Ceh.

Makanya aku extend shopee guarantee. 26.11 tu baru nak deliver dari Wuhan ke Guangzhou? 

Actually aku bukan membebel ni nak kata seller ni menipu ke apa. Tu sebab aku hide identiti dia. Cuma nak mintak pendapat korang yang selalu guna Shopee. 

Soalan pertama, katakanlah barang aku tu tak sampai gak by 2.12, adakah aku kena request refund. If dah refund tetiba barang sampai nak buat apa?  Aku kena pulang balik barang tu ke? Satu hal plak aku nak gi pejabat pos. Ke cmane? 

Soalan kedua. Salah aku tak reti guna Shopee ke ni salah dia tak terus-terang dengan customer? Aku rasa macam tertipu tapi mungkin jugakla aku yang tak reti. 

Tunggula 2.12 ni tengok barang sampai ke tidak. Jimbit betul, PKPB pun dah nak habis time tu. 

Tolong jawab ye rakan-rakan blogger sekelian. Thank you! 

Update: Parcel aku sampai semalam, 1.12 dalam pukul 3 pm. Aku klik jelah receive. Rupanya ada 2,3 orang yang complain benda sama macam aku. Aku rasa salah seller ni cuma tak mention barang dia pos dari warehouse oversea. Agak misleading untuk customer sebab ingat dia post dari West Malaysia. Note to self: lepas ni nak beli apa-apa, chat dulu seller and baca review.

Thanks a lot untuk tips yang u oll kongsikan. 12.12 nanti nak beli apa pulak? Hehe
Read More

Hasil tangkapan di Big Bad Wolf

Monday, 22 December 2014

Assalamualaikum semua! Siapa yang dah pergi Big Bad Wolf Sale kat MIECC, Seri Kembangan? Banyak tak korang habis? Aku sebenarnya tak plan pun nak ke sana. Buku yang aku beli dua tahun lepas pun tak habis baca lagi! Aku ni bukannya rajin sangat membaca, tapi kadang-kadang rasa nak chill duduk rumah bertemankan buku dan secawan latte. Pure bliss!!

Entry aku ni bukan bertujuan nak iklankan event tu, sebab dah habis dah pun. Just nak tunjuk hasil tangkapan aku kat korang je. Masa aku pergi ni dah last day, banyak buku-buku best dah habis. Just that time tu aku dah memang ada kat Mines, tengok Manisnya Cinta di Cappadocia. Alang-alang sampai situ, kawan aku pun ajak usha kejap. Well, why not?


Untuk aku, hey, untuk aku... 'Blood Born - Kathryn Fox', 'Dying for Mercy - Mary Jane Clark' dan 'The Separation - Dinah Jefferies'.  Blood Born dan Dying for Mercy tu murder mystery, genre favourite aku. Aku suka cerita 'sape-yang-bunuh' cam Detective Conan tu. The Separation tu pulak pasal keluarga British yang tinggal di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. Memang aku suka baca buku setting zaman dolu-dolu ni.


Ni buku untuk anak-anak sedara. Takdelah asyik main game n tengok Tv je!


Fridge magnet and button badge, buat kenangan. Macamlah kena naik kapal terbang nak sampai ke Mines ni. P.O.Y.O sikit nampaknya haku..


Kat luar dewan ada booth jual button badges. I'm so a sucker for button badge! Kalau nak bagi aku hadiah, bagilah button badge.

Tu jelah kot, dah nak dekat masuk waktu kerja. Oh weekend, y u no stay? Ngantuk..gara-gara layan Liverpool vs Arsenal malam tadi. Good game anyway, walaupun seri!

Thanks sudi baca guys! Sayang korang!


Read More

Encorp Strand Mall lah pulak

Sunday, 31 August 2014

Assalamualaikum u olls.. Entry ni merupakan sambungan dari INI. Dalam entry yang lepas aku cerita aku gi dua tempat kat Damansara, tapi sempat cerita pasal gi ke Empire Damansara je. Ni nak sambung story seperti yang dijanjikan. Kali ni aku ke Encorp Strand Mall pulak. Encorp Strand Mall merupakan sebuah mall kepunyaan Encorp Sdn. Bhd dan terletak di Kota Damansara.


Mall ni baru dibuka pada 28 May 2014, aku pun first time dengar pasal tempat ni. Alang-alang aku ke sana bawak kamera, gatal pulak tangan ni nak tangkap gambar banyak-banyak. Motif sangat kan!

The Surau




The toilet yang seriously posh!

 Ada 'pulau', dan lampu chandeliar yang bertukar warna setiap beberapa saat. Kalau kawan lama sangat dalam toilet duduk la sini tunggu.

Banyak cermin..kaki selfie dalam toilet so gonna love this! 

The attractions

A/X World- 6D Cinema. Biasa 2,3 atau 4 je kan? Aku tengok dari luar je, tak masuk.

 TGV Cinemas, yang agak sunyi. Sesuai untuk korang yang nak lepak tempat tak ramai orang. Sesetengah orang, macam aku, tak suka tempat crowded.

 Buktinya, tengok la arcade game ni. Kalau kat Ampang mahu penuh sampai melimpah ruah.

J-Kids Centre. Tempat mainan untuk kanak-kanak, obviously. Ada kolam untuk baby jugak. Ala, yang korang selalu tengok ramai blogger bawak baby mandi-manda. Ini antara cawangan diorang.Yang ni pun tak ramai orang. Kalaulah dekat memang memanjang aku bawak anak sedara aku mai sini. Nasib baik jugak jauh,sebab makcik korang ni kedekut. Main kat taman permainan cukuplah. Free pun free. Muahahaha.

Kedai-kedai lain


Directory yang interactive. Gigih Kak Sal korang tangkap gambar.

 Banyak kedai belum beroperasi



Thw whole tingkat tiga dan empat adalah untuk parking

OKlah, just in case korang tertanya-tanya, tujuan aku ke Encorp Strand Mall ni bukan untuk setakat tangkap gambar dan update dalam blog je, tapi sebab kerja.  Kali ni ni department aku buat event ni..

Lat- Merdeka and Unity Photo Exhibition


Ha, nilah dia punca aku sibuk sampai tak sempat nak blogwalking atau join segmen. Sempena Hari Kemerdekaan, unit Pusat Sumber NSTP, dengan kerjasama Encorp Sdn. Bhd mengadakan pameran kartun-kartun lukisan Datuk Lat bertemakan kemerdekaan dan kesatuan rakyat Malaysia. U olls kenal kan Datuk Lat ni? Datuk Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid merupakan pelukis yang telah menghasilkan banyak komik-komik terkenal seperti Kampung Boy, Mat Som dan Town Boy. Antara karier awal beliau adalah sebagai wartawan di New Straits Times pada tahun 70-an dan kemudian menjadi pelukis sepenuh masa. Sampai sekarang, walaupun dah tak bekerja untuk NSTP, beliau still kirimkan kartun untuk disiarkan dalam suratkhabar BH, Metro dan New Straits Times. Oh ye, beliau juga merupakan abang kepada pengarah terkenal, Mamat Khalid.


Aku dah banyak kali jumpa Datuk Lat ni, sebab dia memang selalu datang office. Seorang yang sangat humble dan ramah. Teringin nak tangkap gambar ngan dia tapi malu sebab setiap kali pun dia datang atas urusan rasmi dengan bos aku. Takut orang office kata aku starstruck pulak! Huhuhuhu. Nantilah, suatu hari nanti. Nak jugak buat kenangan kan..

Disebabkan aku lambat update entry ni, pameran foto ni pun dah tamat. So sorry guys,huhuhu... Sebagai ganti, ni aku belanja gambar aku selfie sebijik!


Sekarang ni unit kitorang buat event Merdeka Photo Exhibition kat Setia City Mall, Shah Alam. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar-gambar bertemakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bolehlah  menyinggah di ruang legar tingkat satu, betul-betul depan North Court Entrance. Pameran akan berlangsung sampai 5hb September ni. Kalau jumpa aku jaga booth kat exhibition tu nanti tegur la ye...


Till then, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua!

Entry ni pun scheduled post..
Read More