Hiking di Taman Tugu Kuala Lumpur

Wednesday, 20 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Jemu pergi mall? Rindu menikmati kesegaran udara bebas pencemaran? Orang KL dan Selangor kalau nak cari port hiking yang landai dan sesuai untuk beginners atau nak bawak anak-anak bolehlah datang ke Taman Tugu Kuala Lumpur.

About 50 acres consisting of approximately 6km of forest trails is now open daily to public from 7am – 6.30pm and admission is free of charge. The last entry is at 5.45pm – this applies to the carpark, the nursery, and the trails. Strictly no entry is allowed thereafter. Anyone who has entered the park prior must exit by 6.30pm at the latest. 

Please note that management may close the park and trails due to inclement weather and/or health & safety concerns.

By 2021, we will have a total of approximately 7km of forest trails available for the public to enjoy


Tak perlu bayaran untuk masuk ke Taman Tugu. Parking pun free, tapi janganlah parking tepi-tepi jalan. Mana dengan orang berbasikalnya, dengan jamnya. Tersajat, eh tersagat sat lagi nasiblah engko.


Ini kali kedua aku ke Taman Tugu. Last pergi tahun lepas. Kebiasaannya pengunjung masuk ikut entrance utama, E1, tapi sebab parking berhampiran E1 penuh sebab cuti umum so kitorang masuk ikut entrance E4. Rupanya berhampiran pintu masuk E4 ni lebih banyak parking. Port parking tu nanti aku share di hujung entry.


Walaupun tak ramai masuk ikut entrance ni tapi tetap ada guard yang jaga. Scan MySejahtera macam biasa dan ambil bacaan suhu. Cuma pendapat aku agak sunyi lah. Kurang selamat kalau perempuan sorang-sorang. 


Walk on walk on


Trail di Entrance E4 ini agak landai


Berposing lagi banyak dari berjalan


Kalau masuk ikut E4, akan keluar di bahagian 'nursery'

Rupanya kalau masuk ikut E4, kita tak masuk ke trail utama. Lepas lalu nursery ni baru nampak entrance E1. Kena beratur untuk masuk. SOP di Taman Tugu sama macam kebanyakan tempat yang lain. Perlu lengkap 2 dos vaksin dan mematuhi penjarakan sosial. Sewaktu hiking tak perlu pakai facemask, kalau tak memang putus nafas, tapi sewaktu beratur nak masuk atau menggunakan kemudahan awam macam tandas dan membeli makanan kenalah pakai.


Laluan yang landai. Beria tau masa first time datang sini tahun lepas pakai hiking boot. Haha. Rupanya boleh pakai sports shoes biasa je. Ada tali untuk berpaut.


Tak perlu risau sesat sebab laluan di Taman Tugu ni sehala sahaja. Ada markers macam ni



Hutan di Taman Tugu Kuala Lumpur ni selain dari tumbuhan liar, ada juga yang sengaja ditanam sebagai langkah memulihara alam sekitar. Di laman web rasmi, boleh tengok senarai pokok-pokok yang terdapat di Taman Tugu. Taman Tugu Kuala Lumpur dikategorikan sebagai Amanah Warisan Negara (AWAN), jadi bila berkunjung ke sini, jagalah kebersihan dan janganlah gatal tangan nak petik-petik daun atau ranting pokok.


'Menara Tinjau' tu aku akan naik jugak suatu hari nanti. Rendah je pun tapi setiap kali bila sampai sini dah pancit, tak larat nak memanjat.

Dalam Taman Tugu ni ada jugak buaian dan kerusi disediakan untuk pengunjung berehat. Rasa macam Bawang Merah gitu bila main buaian dalam hutan. Gambar takde pulak.


Setelah 5 km kami meredah hutan, akhirnya nampak pintu keluar. Yay!

Dekat luar ni ada gerai-gerai jual sarapan pagi. Since kami dah busuk teruk, tak bolehlah nak singgah kedai makan macam kebiasaan kitorang buat bila jalan-jalan di KL. Lagipun cuaca pagi tu agak panas sebab malam sebelumnya tu hujan.



Street coffee yang sedap! Memang tak rugi beli Doublelines Coffee ni. Selain dari Taman Tugu, mereka juga ada outlet di Foodbay Emporis, Kota Damansara dan Jalan Wirawati, Taman Maluri. Promote bukan sebab barista dalam gambar ni member masa kerja Petrosains dulu tapi sebab memang sedap. Ni ikhlas puji.


Aku try Latte. Cantik je bentuk love tu. Tapi jangan mengorat tukang buat kopi ni ye. Laki orang, anak dah dua. Haha. Wife dia pun aku kenal jugak, tapi takde masa aku pergi ni. Seronok bila tengok kawan-kawan lama dah berjaya.


Breakfast sambil tengok pokok


Cantik langit lepas hujan


Secantik kitorang. Eh. Haha

Dah kenyang, marilah kita pulang. Jalan balik rentas nursery dan hutan yang awal-awal masuk tadi untuk kembali ke E4. Kami parking di Padang Merbok. 


Parking di Padang Merbok ni luas dan sesuai untuk noobies tak pandai parking macam aku. Haha. If parking utama penuh, bolehla letak kereta di sini. Waze sahaja 'Padang Merbok Carpark'.


Saja tengok laluan ni. Boleh buat port jogging atau morning walk next time.


Padang Merbok ni luas juga. Boleh bawa budak-budak main. Ni dah tengahari takde orang lah. Cuma suka tengok view skyline Kuala Lumpur.

OKlah, tu je nak share aktiviti aku cuti yang lepas. Oh by the way, nama pun Taman Tugu, of course lah dekat dengan monumen Tugu Negara. Ada juga yang sambung bersiar-siar area tugu tapi kena jalan keluar sikit.

Ada sesiapa dah sampai sini? Sharelah pengalaman korang pulak. Thanks for reading!
Read More

The Everly : Hotel Berdekatan Alamanda Putrajaya

Friday, 15 October 2021



Assalamualaikum dan hai semua! Sebenarnya aku dah lama berangan nak staycation di hotel Putrajaya tapi selalunya Putrajaya sesak dengan orang kalau hujung minggu. Peluang tu tiba bila contact sorang member ni dan dia cakap dia free hari biasa. Nice! Boleh aku habiskan cuti tahunan! Lagipun dah lama tak jumpa. At first kitorang tak tau nak stay hotel mana sebab ada banyak pilihan hotel yang menarik. Cuma tinggal pilih, book dan paling penting, bayar.

Last-last pilih The Everly sebab harga masih dalam julat kemampuan dan antara keistimewaan Everly adalah ia betul-betul sebelah Alamanda Putrajaya. Ada tak antara korang yang macam ni? Suka cari hotel berdekatan pusat membeli-belah supaya senang cari makan dan barang keperluan?


Kami book Deluxe Twin Room, without breakfast. Harga satu malam RM180+. Agak berpatutan. Ada 2 katil, tapi aku ambil gambar satu je. Satu katil tu pun dah cukup luas. Everly Putrajaya mempunyai 15 tingkat dan 380 bilik penginapan. Bilik kami terletak di tingkat 5.



Deluxe room tak ada bath tub, ada shower sahaja. Bagi aku sudah memadai dengan harga.


Cak! Kenal tak ni siapa? Aku bercuti dengan dia nilah, Blogger Siti Yang Menaip. Ni bukan kali petama kami bercuti sekali. Kami pernah ke Melbourne, Jeju dan Melaka sama-sama. Mak aku pun dah kenal Siti dan vice versa. 


Ada shampoo, conditioner, lotion dan sabun. Selain tu ada juga berus plus ubat gigi, shower cap dan cotton bud. Very basic, macam hotel lain jugak.


Selain tu turut disediakan iron dan ironing board. Tapi aku kalau tido hotel selalunya tak guna pun iron board tu sebab malas nak angkat keluar. Pakai lah sejadah ke, towel ke sebagai alas.


Complimentary mineral water tu botol dia cantik, tapi sayangnya tak boleh bawa balik. If berminat boleh beli dengan harga RM20 sebuah.


Aku ambil gambar ni on the way balik dari Alamanda. Memang dekat, tapi kalau dah lewat sangat dan kau berseorangan mungkin bahaya sebab kiri kanan tu pokok dan jalan ni kurang dilalui kenderaan.


Hari biasa pun Everly agak penuh. Maybe orang KL dan Selangor yang lari ke Putrajaya sebab takde air kot. Hihi.


Hasil 'tangkapan' di Alamanda

Ada juga TV dan meja study. Aku lupa ambil gambar. Wifi Everly Putrajaya ni sangat laju. Siti sempat ada meeting online masa malam kami menginap di sini dan takde lagging. Dapatlah aku blogwalking sikit sambil tengok Dil Se di TV9.

Yang penting air cond hotel ni sejuk! Yay! Memang selesa malam tu aku tidur berbungkus selimut. 



View dari bilik. Sendu je. Alamanda memang betul-betul kat sebelah. Cuaca panas so pukul 12 tengahari baru check out. Rileks-rileks je. Menginap pun hanya semalam. If korang nak view cantik, boleh request bilik with lake view.


Kawasan lobi. 


Proses check in dan check out yang pantas sebab orang tak ramai. Staff pun friendly dan sabar melayani soalan-soalan kami.

Though kami tak makan di restoran, tapi sempat juga usha menu di The Nuevo.





Juga terdapat Room Service. Menu ni ada disediakan di bilik. Beria aku ambil gambar di lobi. Haha


Of course, bukan Salbiah lah nama dia kalau tak check out kolam renang hotel.


Swimming pool di The Everly Putrajaya ni takdelah besar. Terletak di Level B1, sama level dengan parking. If korang yang nak privacy mungkin kurang suka sebab mengadap Tasik Putrajaya. If orang berbasikal dan berjogging di taman tu boleh nampak korang tengah mandi. Ambil gambar ni masa lepas check out, so obviously takde orang. Dalam keadaan sekarang if nak swimming di hotel kena book dulu, so SOP Everly Putrajaya pun sama.

Tapi..aku dan Siti tak mandi pun swimming pool kat sini walaupun aku dan dia memang sama-sama 'hantu air'. Kitorang mandi tempat lain. Nanti aku buat entry lain hokey! 

So far aku puas hati dengan The Everly sebab bilik selesa, air cond sejuk, staff baik dan parking percuma untuk tetamu yang menginap. Boleh book via Booking.com, Agoda atau direct reservation.

The Everly Putrajaya
1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Contact No: 60 3-8892-2929


OKlah, tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More

Tom Cruise dah tak kurus

Thursday, 14 October 2021


Maverick is that you?

Penampilan terbaru Tom Cruise menjelang umur 60 tahun yang mengejutkan dunia. Korang rasa kenapa Tom Cruise jadi macam ni?

- Kesan pembedahan plastik. Kemungkinan ini swelling selepas inject filler/ Botox untuk menegangkan kulit wajah.

- Berat badan naik. Bukan korang je tau naik badan sebab PKP, Tom Cruise pun sama

- Berat badan sengaja dinaikkan untuk watak terbaru. Ini perkara biasa di Hollywood. Pelakon di sana sanggup menaikkan atau menurunkan berat badan walaupun secara ekstrem demi memenuhi kehendak karekter.

- Side effect beksin Covid 19. Hahaha.

Ada peminat Tom Cruise kat sini? Kot lah ada yang tau jawapannya. Aku bukanlah peminat sangat. So far takde filem lakonan dia yang betul-betul melekat di hati. Minat sikit masa dia masih bergelar suami kepada Nicole Kidman, sebab aku memang minat Nicole Kidman, so lepas diorang bercerai, aku pun tak minat Tom Cruise dah. Emosi kan aku. Nasib baik time tu takde Twitter, kalau tak aku dah jadi netizen jahat gi serang page si Tom ni. Hehe.



Apa pun kita semua akan menjadi tua. Mana ada orang muda dan lawa selama-lamanya ye tak? Dok kaji muka Tom Cruise, muka sendiri pun hauk. Hihi. 

Tom Cruise jadi macam ni aku boleh terima lagi tapi kalau Johnny Depp atau Hugh Jackman, aku nangis.

p/s : Takde air, mood update blog pun takde.
Read More

Mangkuk Tingkat dari Blogger Babypose dan Mazola Warisan One Cookies

Saturday, 9 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Dapat hadiah lagi. Kali ni kiriman sis Babypose sebagai penghargaan cabutan bertuah pengomen tegar bulan September 2021. Walaupun bulan lepas ramai blogger complain dunia blogging sendu sebab pageview merudum tapi seketul Sal tetap ada di mana-mana menyelitkan komen. Hahaha. Jangan jemu dengan aku ye sebab blog je media sosial yang aku aktif so di sini lah tempat lepak bila tak sibuk dengan kerja dan tanggungjawab hakiki.


Inilah hadiahnya. Mangkuk tingkat atau nama omputehnya tiffin carrier dari The Mangkuk Tingkat

Warna pink/purple tu memang sweet. Pandai sis Babypose pilih. Maybe dia perasan yang pink antara warna favourite aku. Mangkuk tingkat pun comel, sesuai dengan aku yang memang kecil molek . Haha. Huduhnya perangai puji diri sendiri. Yelah, nak tunggu orang puji lambert lagi. 

Nanti dah kerja opis bolehla guna untuk tapau lauk. Ah..berat bontot bila terbayangkan kena pergi opis. Dah syok sangat kerja di rumah. So far masih bertahan membodek bos supaya mengekalkan work from home. Company pun boleh jimat banyak resources macam elektrik, air dan kos swab test bila ramai kerja dari rumah. Tapi sayangnya niat suci nak mengelakkan 'Kluster Tempat Kerja' disalah erti sesetengah pihak sebagai 'malas'.

Betullah orang cakap, kerja ni jangan beria sangat. Kau mati hari ni, esok bos dah cari pengganti. 

Eh jauh pulak aku membebel. Maaf. 

Untuk yang belum berkenalan dengan Kak Babypose ni, boleh terjah blog dia di SINI. Aku panggil sahaja akak walaupun aku tak tau umur sebenar. Entah-entah lagi muda atau sebaya. Blog yang unik kerana ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Setiap entry juga diselitkan video. Entry yang menarik tentang kehidupan seharian bersama anak-anak, pemakanan sihat dan jalan-jalan. Kak Babypose selalu share resepi ringkas tapi kreatif, sesuai untuk yang sedang berdiet.

Thanks ye Sis Babypose for the lovely gift. 

Alang-alang dah lama tak update, nak share jugak Biskut Mazola sedap yang aku jumpa di blog Adinda Baizura.

Ni biskut favourite mak aku. Bila dah sampai baru teringat yang Mak tengah ikut program lost weight. Adoi, serba-salah pulak. So, pesan kat dia sehari makan sebiji je. 

Bahan utama Mazola adalah minyak jagung, kacang tanah kisar dan tepung gandum. Nampak macam simple tapi aku tak pernah buat sendiri.

Sedap jugak Mazola Warisan One Cookies ni. Walaupun saiz kecil, sebesar duit syiling 50 sen baru, tapi tebal. Harga RM40 untuk 48 biji. Mahal ke murah aku tak pasti sebab dah lama tak beli kuih Mazola. Dah 2 tahun raya sendu, so takdela nak beli kuih raya banyak-banyak.

Packaging menarik, cuma aku rasa lebih baik letak sekali senarai bahan-bahan di label. Ni kalau jual di supermarket tak lepas tau. Other than that, takde masalah. Proses pembelian pun senang, sampai dalam masa 4 hari dan dibalut tebal dengan bubble wrap. Kuih sempurna tanpa pecah walau sebiji. I loike. Kita nak makan kuih kan, bukan makan habuk. 

First time beli melalui 'Beacon'. Siapa nak beli jugak boleh klik link ni. Ini review tak berbayar ye.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading! Sibuk sikit Oktober ni.
Read More

Filem Frontliner : Tak tahu nak puji atau nak keji

Tuesday, 5 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! 

Sebelum korang kecam review aku, aku harap korang tau yang aku ni penyokong industri filem Melayu. Walaupun orang selalu cakap… “Ala, cerita Melayu ko tunggu je lah raya, nanti keluar”, tapi aku tidak. Kalau aku rasa aku nak tengok kat wayang aku akan pergi, walaupun takde orang nak teman. Tu kalau nak kata tak support lagi tak tahulah. 

KL Special Force Movie Review 

Tombiruo Penunggu Rimba

Mempersoalkan filem Desolasi

Filem ‘Frontliner’ keluar di suggestion Netflix, di suatu hari yang tenang masa aku sedang Work From Home. Alang-alang hari tu agak slow, aku klik ‘Play’. 10 minit pertama filem, aku rasa ibarat tonton filem ‘Rise: Ini Kalilah’ , juga sebuah produksi Netflix cuma tema ceritanya berbeza. Rise bagi aku adalah filem cringe dan tangkap muat. Aku tengok pun gitu-gitu je. Menonton Frontliner dengan harapan menggunung tak kecewa seperti selepas menonton Rise. 



Frontliner mengisahkan tentang beberapa watak yang sememangnya layak dihargai atas pengorbanan mereka sewaktu menghadapi pandemik Covid-19.

- Azhan Rani - seorang doktor di wad Covid 19

- Emma Maembong - isteri doktor tersebut. Sedang sarat mengandung tapi masih rajin melakukan kerja sosial membantu mereka yang terkesan kerana wabak Covid 19

- Beto Kusyairi - Anggota Ahli Keselamatan Negara. Ada anak remaja yang rebel asyik nak keluar rumah je

- Farah Ahmad - Nad, pemilik pusat tuisyen, isteri Beto. Nama watak dia je aku ingat sebab watak Beto asyik ulang-ulang sebut.

- Achey - juga Anggota Ahli Keselamatan Negara. Single, tapi ada ibu di kampung yang sangat lah rindu dekat Achey ni sebab dah lama tak balik

- Wan Maimunah - Mak Achey.

Ada beberapa pelakon lain yang aku tak kenal. Tapi kalau tengok nama-nama di atas, sudah cukup gah untuk menarik perhatian penonton. Kalau cerita ni tayang kat wayang, aku sanggup leburkan duit untuk tonton. 

Baca ni juga:

Interchange - Aku tengok apa ni?

Love, Supermoon

Manisnya Cinta di Cappadocia 

So..best ke idok? Well for me, nak kata best giler tu tidaklah. Bukanlah filem yang buat kita nak tengok scene demi scene. Kalau tak kerana mak aku tengok sekali, pasti ada beberapa babak aku skip.

Filem Frontliner ni idea dah ada. Lagipun ia diinspirasikan dari kisah-kisah yang terjadi sekeliling kita sepanjang pandemik, jadi takdelah susah sangat nak mengagak jalan cerita. OKlah, ada a few plot twist walaupun tak logik tinggalkan isteri tengah sarat mengandung duduk rumah sorang-sorang semata-mata nak elak dari terjangkit Covid19. Hello..rumah kau tu besar kot. Duduk bilik lain-lain pun dah cukup. Over nau.

Filem ni jadi sedikit ‘meh’ bila tidak dilakonkan di hospital kerajaan. To be fair, tak boleh nak salahkan produksi filem ni kan sebab hospital kerajaan sibuk dan sesak. Kalau mintak izin nak berlakon mau kena halau. Cuma itulah, bila buat di hospital swasta, feel tu kurang.

Walaupun filem ni tentang frontliner, tapi filem ni takde polis. Digantikan dengan ‘Anggota Keselamatan Negara’ (AKN). Patutlah ramai kata ni filem separuh masak. Kalau dapat collaborate dengan PDRM kan lagi cun. Ini tak, nak kata polis tak polis. Tapi aku rasa tak adil lah nak kutuk. Polis pun sibuk jugak, mana nak jaga sekatan jalan raya lagi, nak tangkap orang tak jaga SOP lagi, nak tolong Yusuf Haslam shoot Gerak Khas Undercover lagi. Lagipun kalau melibatkan pihak berkuasa kerajaan nanti banyak rules dan regulation. Leceh. Baik buat bandar rekaan ala ‘Metrofulus’. Hahaha.



Continuity dan ketelitian filem Frontliner ni pun kurang. Ada babak watak Anggota Keselamatan Negara tu sendiri tak pakai mask dan duduk dekat-dekat sewaktu makan. Watak doktor tu balik dari kerja muka berbekas, bangun pagi tetibe OK.  Yang pasti, scene hulur lauk celah pagar, pastu eh tetibe boleh pulak bukak pagar tu nak sembang adalah lawak bertaraf ‘lima ha’. 

Lagu background pun tak sesuai. Scene masa Dr. Azhan dengan wife dia kuarantin satu rumah, dok sweet sweet, tapi background lagu orang ditinggal kekasih. 

Dulu pernah kau berjanji mesra

Tapi kini engkau menduakan cinta

Namun kau pergi dan bahagia

Kau tinggalkan hatiku hancur terluka

Dimanakah janji-janji yang setia

Sabar - nyanyian Black. Dah hujung filem baru aku tahu ni lagu nyanyian Black. Ingatkan Achey yang nyanyi. Sabar jelah. Lagu sedap, suara Black as always amazing, tapi vokal nyaring dan lirik kecewa tu menggangu. Maaf.

Tapi takdelah filem ni 100% buruk. Ada beberapa part boleh puji, macam pemilihan pelakon. Terutama Wan Maimunah. Aku cannot ye kalau Wan Maimunah berlakon. Tengok muka dia je aku nak nangis. Cuma tulah, tengok Achey terus air mata aku masuk balik. Maybe sebab Achey dah dicap sebagai pelakon komedi so dia kena try hard. 

Scene Farah Ahmad dengan anak dia tu pun buat aku rasa sebak. Aku puji filem ni sebab dia tackle isu mental health jugak dan memaparkan golongan M40 sebab diorang pun struggle jugak gara-gara pandemik Covid 19.

Filem ni mungkin boleh jadi lagi bagus kalau budget besar dan mendapat kerjasama pihak berwajib lain, tapi tak boleh nak salahkan pihak produksi sebab di luar kawalan. Idea dah ada, pelakon pun hebat-hebat, tapi pelakon paling hebat dalam dunia pun tak mampu selamatkan filem yang skripnya teruk. 



Oh by the way, ditayangkan di platform Netflix yang beria-ia memperjuangkan isu diversity, aku lega jugak penerbit tak gunakan formula Ali-Raju-Ah Chong demi nak tunjuk perpaduan berbilang kaum yang pastinya membuatkan filem ni berganda lah cringenya. Itu antara aspek yang wajar disyukuri. 

Pendapat aku filem ni bolehlah. Takdelah jatuh tahap wajib tonton. Aku bagi 3 bintang je sebab pelakon best . Razif Rashid pun dah upgrade sikit as pengarah. Kalau banding dengan ‘Aji Noh Motor’ dan ‘Kelaster’, filem Frontliner ni semenggah sikit.

Ikutkan malas nak review filem ni, tapi aku takde bahan nak update blog. Sesiapa dah tengok filem ni sharelah pendapat korang pulak. Ramai juga kecam filem ni, terutama part Dr. Azhan tu tak tau nak buat apa time isteri dia sakit. Pengalaman aku yang ada ahli keluarga kerja doktor, meh sini aku nak habaq yang doktor pun manusia. Doktor pun boleh panik bila isteri sendiri nak bersalin walaupun dia sendiri dah sambut berpuluh-puluh bayi.

OKlah malas tak malas pun panjang jugak aku membebel. Haha. Thanks lah sudi baca. Aku hanyalah penonton biasa, bukan pengkritik filem ya. Jangan marah ha..
Read More

Air Terjun Serendah, Selangor - Review Jujur

Friday, 1 October 2021


Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita Isnin lepas. Pagi tu bawa Mak untuk terapi fisio di Hospital UiTM Puncak Alam. Lepas tu pergi mandi air terjun dengan famili adik lelaki aku. Adik lelaki aku dan wife dia both kerja as frontliner, so memang susah nak diajak bercuti. Weekend selalu kerja. Aku dan adik bongsu aku pulak memang nak habiskan cuti terkumpul gara-gara PKP tak dapat ke mana-mana. Tak dapatlah ajak kakak aku sebab anak-anak dia PDPR. Aku ni bab pelajaran memang agak strict. Jangan harap lah nak ponteng semata-mata sebab nak berjalan ye

Maybe sebab aku dulu mak ayah aku besarkan gitu. Tak pernah aku saja-saja dicutikan sekolah. Nak balik kampung ke, gi holiday ke, tunggu cuti sekolah or weekend. Lainlah kalau ada kecemasan macam kematian atau bencana alam. Nasib baik lah aku takde anak, kalau tak kesian lah anak aku dapat mak strict. Lol.

Dalam pukul 11 lebih kami 2 kereta gerak dari rumah adik lelaki aku di Sungai Buloh. Dia dengan isteri dan anak, aku pulak dengan parents dan adik bongsu aku yang drive.

If ikut highway PLUS, keluar di exit 116-Rawang. Jalan boleh tahan jam lepas keluar highway sebab ini laluan lori-lori besar dan ada banyak traffic light. Nasib baik bukan aku yang driving sebab aku penakut sikit dan kurang cekap. Dalam famili aku, aku driver kedua teruk selepas kakak aku. Hahaha. Beranilah aku tulis gini sebab kakak aku tak baca blog aku. Entah-entah dia pun tak tau aku masih aktif blogging.  


Agak jauh ke dalamAir Terjun Serendah Hulu Selangor ni sebab terletak dalam Perkampungan Orang Asli Serendah. Pandulah dengan berhati-hati sebab jalan kecik dan one way, tapi still ada kereta yang melawan arus. Maybe malas nak pusing jauh. On the way akan nampak perumahan orang asli di kiri dan kanan jalan.

Masa dah sampai, terkejut gak aku sebab orang ramai. Eh ingatkan budak dah naik sekolah, keadaan lengang tapi ramalanku salah belaka. Tapi takdelah ramai macam cuti sekolah or hujung minggu. Still boleh dapat port yang bagus. Nak masuk kena bayar parking RM2 dan scan MySejahtera. 

Parking luas tapi ada juga a****le parking block laluan. Nasib baik boleh park di bahu jalan. Geram pulak aku sebab since kitorang dah bayar, yang kutip duit tu kenalah make sure orang parking betul-betul. Tak nak rosakkan mood, aku diam je, kalau tak dah lama keluar perangai 'Karen' aku. Family aku tak cakap apa sebab diorang ni jenis tak suka buat kecoh. Aku jelah membebel sikit tapi nampak je air terjun terus sejuk hati.  

Lama giler tak mandi air terjun, entahlah dah berapa tahun. Rasanya last aku pergi air terjun masa aku pergi Aceh tahun 2018 dulu. Itu pun tak mandi sebab masa tu aku period pain.


Ada bahagian yang tak dalam dan tak berarus. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang takut air.


If nak puas mandi air terjun, boleh pergi bahagian hujung. Air dalam, lebih 1 meter dan tak berbatu. Layan weh duduk bawah air terjun tu rasa macam 'kena massage'. Walaupun seronok, kena perhati juga tanda-tanda 'Kepala Air'. Antaranya ialah:

  • Permukaan air berbuih
  • Air menjadi deras dan membawa sekali sampah/daun/ ranting kayu
  • Warna air jadi lebih gelap dari biasa disebabkan kehadiran keladak
  • Bunyi angin yang kuat
  • Kalau langit gelap dan guruh berdentum cepat-cepatlah beredar. Mungkin sudah hujan di kawasan hulu sungai, punca kepala air berlaku. Jangan tunggu hujan dah turun baru nak naik.

Ada lagi ke yang aku tertinggal? Sesiapa tahu tips lain bolehlah tambah supaya dapat jadi panduan untuk kita semua.

Musim cuaca tak menentu, hati-hati bila berkelah di kawasan air terjun. Sentiasa aware kalau ada perubahan cuaca atau pergerakan air.

Walaupun Air Terjun Serendah ni best untuk mandi-manda, tapi aku kecewa sikit tang maintenance tempat ni yang tak terjaga langsung. Ada banyak anjing berkeliaran. Jangan tinggalkan barang-barang tak berjaga, nanti dia ambil tuala korang buat selimut. 

Toilet pulak memang ultimate horror. Takde lampu dan bau busuk! Entahlah macamana keadaan dalam tu, tak sanggup aku nak jengah. Aku, adik aku dan adik ipar aku balik dengan baju tak bertukar. Nasib baik cuaca panas kalau tak mau menggigil dalam kereta. Nasib baik jugak ayah dan mak aku tak mandi sekali. Kemudahan surau tak disediakan so plan lah timing korang ye.

No wonder ramai yang datang bawak khemah. Di sini banyak kawasan lapang dan rata untuk pacak khemah. Kami ni tak tau so bawak tikar jelah nak lepak. Pondok pun berpasir, takde orang berani duduk situ. Aku harap pengunjung yang datang sini jagalah kebersihan supaya tempat ni tak jadi bertambah teruk. 

Frust jugaklah aku sebab tempat ni tak berjaga. Kalau baca review lama-lama, sebelum PKP, ramai yang rekemen tempat ni. Nasib baik lah tak bawak famili akak aku. Nanti untuk diorang gi tempat lain lah yang lebih family friendly dan kebersihan terjaga. Rasanya ni aku last kot datang. Tempat ni pun adik lelaki aku yang pilih sebab dekat dengan rumah dia. Kitorang nak balik pun tak jauh sangat. Jalan pun tak jam.


Aku rasa macam dalam video klip karaoke lagu jiwang 90-an bila duduk atas batu macam ni

Pukul 3 dah gerak balik. Rasa tak puas, tapi kesian jugak mak ayah aku dah letih sebab dari rumah ke hospital, pastu mandi air terjun pulak. Anak saudara aku yang baru setahun lebih tu dah terlentok masa ayah dia salinkan baju. Seronok berkelah macam ni kalau ada kanak-kanak. Kalau dewasa je memang hambar. Tapi tu pendapat aku lah.

Oh ye Air Terjun Serendah berhampiran dengan homestay viral ‘Sekeping Serendah’. Tapi kalau aku dah bayar mahal-mahal kat Sekeping Serendah tu takdelah nak keluar. Duduk je dalam tu dari check in sampai check out. Hehehe. Lagi pun aku kurang arif tarikan di daerah Hulu Selangor ni. Setahu aku daerah ni popular dengan pelbagai kawasan rekreasi air terjun macam Sungai Chiling dan Sungai Inki. 

Oklah tu je nak cerita kali ni. Aku harap Majlis Daerah Hulu Selangor pulihkan balik Air Terjun Serendah ni. Kalau kebersihan terjaga, orang pun seronok nak datang. 

Nota kaki : Punyalah dah lama tak gi air terjun, penatnya tak boleh bawak bincang. Letih oooi. 

Read More