Assalamualaikum dan hai semua! Setelah 8 minggu menunggu, tiba giliran untuk aku ambil dos kedua vaksin AstraZeneca (AZ). Interval vaksin AZ jauh berbanding vaksin lain, tapi ia tidak mengurangkan keberkesanannya. Jadi penerima vaksin AZ tak perlu risau.
Sewaktu entry ini ditaip, PPV PWTC hanya menyediakan suntikan dos kedua dan tak ada walk-in. Di peringkat awal program vaksinasi, vaksin AZ hanya diberi kepada mereka yang mendaftar secara sukarela, tetapi mulai 27 Mei 2021, vaksin ini mulai diberi kepada umum.
Sumber : https://www.theedgemarkets.com
Just like last time, walaupun aku sampai awal, tapi dibenarkan masuk. Proses kali ini lebih lancar dan tak perlu naik ke tingkat atas. Maybe sebab tinggal second dose sahaja. Orang pun tak ramai.
Baca ni jugak : AstraZeneca First Dose at PPV PWTC
Jangan lupa bawak I/C dan kad vaksin yang diberi semasa dos pertama
Aku lebih nervous kali ni kerana kata orang, kesan sampingan AZ dos kedua lebih teruk. Kali ni aku perhati betul-betul botol vaksin dan jarum sebelum disuntik. Tahan nafas dan berzikir dalam hati, menanti untuk kena inject. Tetibe nurse tu tegur aku,
"Eh..janganlah lari.."
Rupanya disebabkan takut jarum, aku tak sedar yang badan aku menjauh dari dia. Adeh malunya! Nurse tu suruh aku rileks dan pandang depan. Masa jarum tu masuk menyeringai la aku sekejap tapi aku fokus kat dinding putih depan aku. Nurse tu suruh aku 'lembutkan tangan'.
Kali ni tak 'lari' dah. Hahaha. Punyalah fokus aku kat dinding sampai tak perasan dah sudah.
"Jauh pandangnya tu".
Tak silap aku itulah ayat nurse tu usik aku sambil tampal plaster. Segan pulak tua-tua ni takut jarum lagi. Mesti dah macam-macam perangai nurse tu hadap hari-hari kan? Aku ni nasib baik tak lari betul-betul. Huhu. Memang jauh pandangnya Cik Misi, dah sampai Australia.
Ruang pemerhatian kesan sampingan selepas suntikan
Disebabkan Hari Kebangsaan dah dekat, Pusat Vaksin PWTC pasang background lagu-lagu patriotik. Petugas pula bawak bendera kecil and ucap 'Selamat Hari Merdeka' sewaktu kami tiba di ruangan pemerhatian. Masa petugas tu suruh bagi tepukan kat diri sendiri sebab dah complete dua dos, rasa macam kat kem motivasi pulak. Haha. Rindu pulak suasana gitu. Harap dapatlah attend event lagi macam sebelum pandemik.
Mood patriotik kan, so sis make sure ada bendera Malaysia dalam gambar.
Kali ni tak perlu jalan jauh nak ke stesen LRT sebab pintu menghala ke Seri Pacific Hotel dibuka. Tapi hanya untuk 'Exit' sahaja.
Tak dapat goodies pulak. Maybe ada kalau ikut pintu lagi satu tapi aku malas jalan jauh.
Setiap kali ke PWTC ni memang bring back memories bertugas di pesta buku dan Perhimpunan Agung UMNO zaman kerja arkib dulu. Rindunya, tapi masa silam tak mungkin berulang sebab dah pindah department.
Singgah Sunway Putra Mall. Nampak bernyawa sikit pusat beli-belah ni bila dah banyak kedai dibuka.
Trend tahun 2010-an dulu, ambil gambar kat cermin toilet
Upah diri sendiri. Frappe Family Mart Peanut Butter Chocolate.
Sedap ke? Hurm..if korang suka kacang sedap lah kot. Rasa kacang mengatasi rasa coklat. Butir kacang tanah banyak dan boleh kunyah. Plan asal nak beli Adzuki Matcha tapi tak ada. FM Sunway Putra ni baru nak bukak. Rak makanan tu pun kosong lagi. Pastu beli jugak Frappe Family Mart Grape. This one boleh tahan sedap. Rasa macam minum vitagen purple pun ada.
Last but not least tapau Cinnabon sebab kempunan kali terakhir ke Sunway Putra Mall.
Banyak juga kedai stationery dan pakaian dah dibuka tapi aku malas nak singgah. Takde apa nak dibeli. Hanya singgah Watson je dan cuci mata tengok kedai-kedai makan di level bawah. Nak dine in tapi belum masuk kategori lengkap divaksin. Walaupun dah 2 dos, tapi kena tunggu 14 hari lagi untuk betul-betul build immunity.
Side effect kali ni sama macam last time. Aku hanya demam pagi berikutnya. Mandi dan rehat. Walaupun tak makan ubat, demam kebah sendiri. Cuma lengan kiri rasa sengal terutama tempat suntik. Alhamdulillah tak teruk. Ada tak reader blog ni yang ambil AZ jugak? Side effect korang teruk ke?
Harap usaha aku ni dapat menyumbang kepada herd immunity supaya Malaysia dapat merdeka dari virus Covid 19.
Siapa lagi yang dah complete vaksin? Sep sikit! Buat yang belum tu harap sabar menanti giliran. Sama je dah complete ke tidak..tak boleh balik kampung jugak.
Nota kaki : Excited dapat tahu YB Khairy Jamaluddin pegang portfolio Menteri Kesihatan. Harap YB dapat bendung virus Covid 19 di Malaysia. Semoga kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United membuatkan YB lebih bersemangat.
Baca ni jugak : Alahai Khairy Jamaluddin
Thanks for reading! Stay Safe and Selamat Hari Kebangsaan!

