Terlayan Korea - Perfect Proposal

Saturday 15 August 2015

Apa yang kau nampak bila tengok pantulan dalam cermin? Cinderella dengan kasut kaca? Atau ibu tiri yang kejam?

Kalau korang dah lama follow blog aku, mesti perasan yang aku ni bukanlah 'Kaki-Korea'. Aku kurang minat tengok drama dan reality show diorang. Kalau bintang KPop tercongok depan aku pun, conform aku tak rasa apa walaupun ramai fangirl belakang aku dah menjerit-jerit sebab teruja. Pernah paksa diri tengok, tapi tak boleh jugak. No offense kan guys, minat masing-masing. Macam aku suka tengok Hindustan, nampak Shahid Kapoor depan mata confirm kesurupan sekejap.  Hahahaha.

Tapi malam tadi, tetibe aku terlayan Korea. Serius wei! Bukan drama atau reality show, tapi filem - Perfect Proposal.


Sinopsis :

Filem ni mengisahkan Ji-yeon, lakonan Im Soo Jung, seorang gadis  yang tinggal di Macao. Dia mempunyai sebuah agensi pelancongan yang dikongsi dengan seorang rakan, tapi business partner dia telah belot dan lari dengan duit syarikat. Hidup dihimpit hutang dan dikejar 'Along', Ji-yeon mencuba nasib untuk menjadi seorang penjaga kepada Tauke Kasino kaya dari Korea, Pengerusi Kim kerana gaji lumayan yang ditawarkan. Ji-yeon bertemu Sung-Yeol (hero filem ni), lakonan Yoo Yeon Seok, sewaktu temuduga. 

Sung-Yeol rupa-rupanya adalah anak kepada Pengerusi Kim. Syarat utama untuk Ji-Yeon kalau nak bekerja sebagai penjaga, dia kena setuju untuk mengikuti pelayaran dari Macao ke Busan, bersama-sama Pengerusi Kim, Sung-Yeol dan beberapa orang anak kapal. Tapi Sung-Yeol ada offer yang lebih menarik. Dia nak Ji-Yeon menggoda Pengerusi Kim sehingga berkahwin, dan harta yang bakal diwarisi akan dibahagikan antara mereka selepas Pengerusi Kim mati. Ini kerana Pengerusi Kim telah mewasiatkan keseluruhan hartanya untuk kebajikan, sebab beliau tak suka dengan anak tunggal dia ni.


Dalam diam-diam, Ji-Yeon jatuh cinta pada Sung-Yeol. Well, kalau aku pun! Patut lah korang suka tengok Korea ek, hero dia hensem-hensem!

Tapi, disebabkan ada perjanjian, Ji-Yeon dan Sung-Yeol terpaksa meneruskan misi memastikan Pengerusi Kim mengahwini Ji-Yeon. Tapi, nak ngorat lelaki tua panas baran yang banyak rahsia tu bukanlah senang. Kalau takat gedik-gedik, pakai skirt pendek, pakcik tu tak layan pun. Ini bukan watak Datuk gatal dalam drama Melayu yang boleh buat trick gitu! Ji-Yeon dah nak give up, tapi lepas tu akur jugak dengan pujuk rayu Sung-Yeol. 

Asalnya plan berjalan lancar, Pengerusi Kim akhirnya cair jugak dengan Ji-yeon. Tapi, satu peristiwa besar telah berlaku sewaktu kapal hampir berlayar di Seoul. Apakah peristiwa itu? Who's the culprit? Apasal anak-anak kapal ni semua perangai lain macam? Nak tau..tengok lah sendiri. 


My Review :

Kalau tengok tajuk, orang akan ingat ini filem Romantik, tapi memandangkan ia ditayangkan di channel Astro 729, KIX, yang biasanya menayangkan filem aksi, aku tau filem Korea ni lebih dari itu. Filem ni memang interesting dari awal, tak meleret-leret, even babak 'makeover' yang biasanya pembuat filem suka panjang-panjangkan pun dia tayang sekejap je. Lebih 50% scene adalah di atas kapal layar, jadi lebih senang nak faham sebab watak-watak tak banyak. Aku suka plot twist kat tengah-tengah filem yang mengubah jalan cerita hampir 180 darjah! Memang berdebr nak tunggu sampai habis, nak tau sape sebenarnya yang jahat dan rahsia-rahsia atas kapal layar tu.

Aku suggest filem ni untuk orang yang suka filem bergenre thriller dan murder mystery. Memang best! Aku bagi 4 bintang. Aku suka lakonan natural Im Soo Jung. Watak ni sesuai dengan air muka dia yang nampak takut-takut tu.

Moral of the story, jangan terpedaya dengan luaran. Even manusia yang nampak sempurna, ada rahsia sendiri.

Kalau korang tau filem Korea yang genre macam ni lagi, bagitaulah aku! 

Till then, thanks for reading!
Read More

Alahai Khairy Jamaluddin!

Tuesday 11 August 2015

Hujung minggu lepas merupakan weekend yang paling dinantikan penggemar bola sepak Inggeris. Bukan sebab banyak open house, tapi kerana ia merupakan permulaan musim baru 2015/2016 selepas lebih 2 bulan berehat. Buat yang tak tau, musim bola ni bukannya sepanjang tahun 365 hari tu ada je perlawanan. Selepas tamat season, akan ada tempoh berehat, masa tu lah pemain nak gi holiday ke, main wakil negara ke, main friendly ke, gi kahwin ke..  Masa tu korang pun rasa bahagia sebab suami korang tak kerap hilang gi kedai Mamak.

Macam ni bagus, support minat suami

Aku pun excited jugak tunggu, sebab dah jemu tengok game repeat. Kelmarin, sambil-sambil tunggu game Liverpool vs Stoke, aku online FB. Tetibe member aku tag aku satu video pendek dalam 15 saat. Aku cari jugak link nak share dengan korang, tapi nampaknya video tu dah dibuang. Dalam video tersebut,  terang lagi jelas Khairy Jamaluddin / KJ mengeluarkan statement "Sokong Liverpool sama macam sokong PAS". Agak sinis, walaupun nampak dia bergurau.

Reaksi aku? Aku gelak je. Sebab aku faham maksud dia. Mungkin dia samakan PAS dengan Liverpool sebagai team yang tiap-tiap tahun cakap diorang akan menang,  tapi tak menang pun. Bab PAS aku tak nak komen,  karang blog kena ban.

Tapi tu aku lah...yang open minded. Yang follow bola sepak England. Tapi cmane kalau yang tengok video tu orang yang cepat melatah. Yang mudah salah faham. Kot dia tak follow bola dan automatik fikir negatif. Or worse, jenis yang suka amik kesempatan. Yang suka amik peluang macam ni untuk bash. Dalam keadaan negara macam ni, menteri tak boleh silap cakap, automatik orang akan quote dia dan jadikan tu peluang nak menghentam.

Well..the damage is done! Dah terlepas cakap kan. Dashyat jugak YB sorang ni kena perli. Peminat-peminat bola memang suka isu macam ni. Buat 'gaduh - gaduh sayang'. Bukan diorang marah sangat pun. Tapi ada gak yang marah betul. Tapi contoh bawah ni aku suka. Smooth je dia balas. Hehehe.

Emre Can.. selalu berdoa sebelum masuk padang.

My personal opinion,  gurauan KJ tu nampak kasar,  sebab dia public figure. Menteri lak tu. Apa dia cakap orang akan bagi 1001 opinion. Kalau yang cakap tu Ali, Abu atau Ahmad, takde sape nak heran. Mungkin akan kena hentam jugak, tapi effect dia tak berlarutan. Politik is politik, bola is bola. Tak perlu sampai mintak maaf kot, bagi aku, just that kena hati-hati lah pas ni. I mean, le-pas ni...hihihi. Alahai KJ.. Your job is to unite people, not the other way around.

Bola sepak ni kalau semua suci murni, puji puja takde bahan membahan pun bosan jugak. Pendapat aku, tak tahan banter, jangan tengok bola! Simple! Team aku kalah kau bahan, tapi bila kau kalah, redha jelah aku balas balik. Tapi jangan sampai sentuh isu sensitif. Bola sepak ni hiburan je. Nak gaduh maki-maki tu kenapa. Yang kaya, dapat nama, player! Malaysia dah macam ni, tak patut kot nak gaduh sebab bola sepak.

Perenggan akhir ni untuk bacaan rakan-rakan Liverpool je! Aku tak bertanggungjawab kalau penyokong team lain baca dan timbul rasa meluat. Dan aku juga tak bertanggungjawab kalau korang yang tak tengok bola, rasa pening-pening lalalat lepas baca. Hahahaha.

OK Kops... tenang-tenang sudah. Kita kan jiwa kental! Kalau rasa nak marah, meh kita tengok balik gol long range Coutinho yang marvelous tu. Misi balas dendam 6-1 berjaya! Walaupun jantung nak gugur tengok serangan Stoke bertalu-talu, kesian tengok Benteke terkial sorang-sorang kat depan, rindu kelibat Steven G, panik tengok Mignolet dan Skrtel ; tambah dengan rasa geram ngan BR sebab Firmino dan Can lambat masuk, yang penting adalah kita beroleh kemenangan yang pertama! Harap berterusan untuk perlawanan seterusnya. Ini kalilah! Eh, tak boleh guna quote tu, sensitif. Next year will be our year!!


Jalan jam nak arwah, aku sempat update blog dalam bas on the way ke stesen LRT. Korek la lagi jalan-jalan kat KL ni! Kitorang memang suka!!!!!
Read More

Nak sangat sakit minggu depan, kan?

Sunday 9 August 2015

Assalamualaikum semua.. Akhirnya dapat juga aku mengadap blog selepas berhadapan dengan salah satu sakit paling sakit dalam dunia : Sakit gigi. Ingat lagi tak dalam ENTRY NI, aku dengan sepenuh hati berdoa agar sakit gigi aku ditangguhkan sampai termakbul hasrat nak tengok Liverpool FC depan mata. Siap keluar ayat "Sabtu onwards nak sakit cmane pun aku tak kisah dah". Masin mulut kau, Sal..memang sakit ni!

Actually aku agak sibuk lepas beraya kat Stadium Bukit Jalil dengan kawan-kawan dari England tu. Aku ambil EL, balik kampung sebab atuk aku sakit. Alhamdulillah..masa aku balik sini, dia dah makin OK. Kat KL, kalau tak sibuk beraya, sibuk melayan orang yang datang beraya pulak. Lepas tu, kat office, macam biasa, bila masuk je bulan Ogos, department aku memang sibuk. Tahulah kerja bahagian arkib ni, segala sejarah Merdeka nak dikorek buat features dalam suratkhabar dan pameran sana-sini. Tu belum masuk cerita 1MDB dan MH370 nak disimpan dalam fail.

Sibuk-sibuk tu, aku fikir jugak diri sendiri. Sempat jugak ke klinik gigi, buat follow up sakit yang kejap ada kejap tidak ni. Sekali dentist tu bagi aku berita tak baik. Gigi geraham bongsu aku tumbuh melintang, diorang tak boleh cabut. Kena cabut kat hospital! So, dentist kat situ pun keluarkan surat rujukan untuk aku. Mula-mula dia tanya, nak fikir dulu ke, tapi aku tak larat lah nak mengulang ke klinik gigi dua, tiga kali! Bukannya best macam gi karaoke!

Suasana tenang di Klinik Bedah Mulut, Hospital Besar KL pun tak mampu redakan hati yang gundah-gulana

So, pagi Jumaat lepas, tercongok lah aku dekat Hospital Besar KL dengan surat rujukan yang aku dapat dari Klinik Cahaya Suria. Cantik klinik ni, dekat bangunan baru HKL. Debar-debar gak, sebab dah lama giler tak gi hospital. Gi melawat orang sakit tu adalah, tapi kalau sendiri sakit, adalah 8,9 tahun dulu.

Masa aku sampai, orang tak ramai. Tapi aku tunggu hampir sejam jugak lah. Sementara tunggu tu aku gi makan dulu. Mampu hadap kueytiow sup je. Tu pun tak kunyah, telan terus. Bekerja keras usus aku 2,3 hari tu. Makan bubur dan roti pun telan je.

Sampai turn aku, aku pun masuk. Doktor India lelaki, hensem la jugak, walaupun muka dia ditutup dengan face mask. Hilang kejap debaran aku, bila aku bayangkan doktor tu hero filem Tamil yang akan menyelamatkan aku dari penderitaan ini. Drama sangat, kan!

Kau ingat masuk tu terus cabut ke. No no no.. Buat XRay dulu ye! Menyesal pulak pakai shawl, tau nak kena XRay lagi sekali, aku pakai tudung Syria je. Pastu cabut subang siap-siap. Nasib baik aku tak pakai rantai, sebab semua dari kepala ke leher kena tanggal ye. Baju tak payah! Hasil XRay aku, aku tak tangkap gambar pulak, tapi lebih kurang macam gambar bawah ni:


Tapi kes aku lagi dahsyat, sebab geraham aku tumbuh melintang on both sides. Kiri dan kanan! Patutlah sakit gigi aku kejap belah kanan, kejap belah kiri. Boleh pindah-pindah pulak! So, cadangan  doktor tu : Buat day surgery, cabut dua-dua gigi.

Mula-mula aku ingat nak cabut satu-satu, sebab taulah cabut gigi ni, even seketul pun dah menderita 2,3 hari. Ini sekali dua, operate pulak tu. Tapi aku fikir, sampai bila nak tahan kan. Sakit gigi ni sekali dia datang, kucing mengiau pun kau rasa nak campak masuk longkang! So, aku nak settlekan problem ni once and for all. Tapi, sebelum operate, diorang bawak aku jumpa pakar bius dan fisio dulu. Nak terangkan prosedur, pantang larang dan risiko. Tetibe aku jadi takut. Masa nurse tu ambil bacaan Blood Pressure aku, sedap je dia tanya , "berdebar ke?". Maunya tak berdebar! Rasa nak tertanggal jantung ni!

Dengan hati berat, aku pun buat keputusan, setuju untuk operate. Dua sekali. Dari sakit dua kali, biarlah sakit sekaligus. So, diorang pun booking appointment untuk aku operate, bulan Oktober nanti. Lambat lagi! Kenapa tak hari ni je doktor?

Sekarang ni, Alhamdulillah, bengkak dah surut. Hanya mampu berdoa agar sakit tak menyerang pada tarikh-tarikh penting.

Expect aku untuk jarang muncul di blog bulan ni ye... Terlajak sibuk pulak. Harap sibuk ni boleh kurangkan debaran di hati. Tolong doa yang baik-baik untuk aku, please..

Bila fikir pasal nak masuk operation theatre, tetibe seram sejuk. Tetibe tak tentu arah. Tetibe nak tarik diri. Nak inject pun aku takut, apatah lagi nak kena operate..



Read More