Wednesday, 28 April 2021

Q untuk Qayyum

Minggu lepas, time tengah sibuk bekerja dari rumah, Ayah aku cakap ada orang hantar barang. Pelik jugak sebab datang pakai kereta. Aku kalau shopping online, selalunya guna J&T je. Sebab malas nak amik tudung, aku mintak jela Ayah aku amikkan. Aku tanya dari siapa. Ayah aku cakap dari 'Qayyum'.

Blur kejap aku. Takde plak aku kenal siapa-siapa nama Qayyum. Udah nak kena menjawab dengan Mak dan Ayah aku pulak. Haha. Tapi dalam dok blur tu, aku amik jelah. Rezeki jangan ditolak. Rupa-rupanya...


Eh...rupanya aku salah seorang pemenang GA Raya Gift anjuran Blog Ako Retna. Mesti korang confuse kan? Blog Ako Retna dah kenapa giveaway by Uyum pulak? Uyum ni anak saudara Ako Retna. Comel gila tengok Uyum pilih pemenang. Dahla panggil aku 'Kakak'. Level makcik dah ni. Sape suruh pakai DP lama, kan dah menipu masyarakat. 

Meh tengok Uyum bagi apa..

Comel beg

Kotak pun comel. Bercirikan Malaysia 


Uyum bagi Auntie Sal kek ni nak suruh tambah berat badan sikit sebab kurus sangat ke? Hehehe. Thank you so much. Kek ni hari tu bawak gi rumah adik, dia buat majlis berbuka and sambut birthday anak dia. Sekejap je dah selamat bila dah ramai-ramai tu. Kek sarang semut ni juga dipanggil kek gula hangus. Kalau aku yang buat memanjang jadi 'gula hangit'. Lupa amik gambar lepas keluarkan dari kotak. Takde topping bagai, it's a traditional cake, cuma tambah perasa untuk sentuhan moden. Lepas potong, keratan rentas (wah, istilah Matematik) kek ni memang rupa sarang semut. 

Kat mana nak beli Kek Molek ni korang tanya Ako Retna ye. Anyway, thank you so much kak Ako and Uyum@Qayyum untuk hadiah GA ni. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya jugak!

Friday, 23 April 2021

Dapat hadiah Top Commentator blog Amie's Little Kitchen

Ironi bila aku menjadi salah seorang pengomen tegar blog Amie's Little Kitchen sebab aku bukannya selalu masak. Hahaha. 

Aku suka melepak blog Kak Amie sebab dia selalu share resepi sedap-sedap dan unik. Aku copy jelah link mana tau satu hari datang angin rajin masuk dapur. Tapi, selain dari resepi, ada jugak cerita anak-anak terutama si comel Firdaus, cerita  jalan-jalan di Sabah dan perkongsian buku-buku yang Kak Amie suka baca. Sape yang tak berkenalan dengan kak Amie lagi boleh klik SINI. Lagi-lagi yang selalu tak tau nak order Foodpanda masak apa hari ni.

Tak sangka penat lelah aku mengomen pakai handphone dibalas dengan ole-ole dari Sabah. Tak dapat pergi Sabah, dapat kiriman dari Negeri di Bawah Bayu tu pun cukuplah pengubat rindu.



Dapat brooch, gelang dan butang baju Melayu aku mana Pah. Semua mutiara Sabah ok, bukan mutiara naga. Tu kena kumpul 7 biji baru boleh buat wish. Terselit fridge magnet untuk tambah koleksi. Yay, untuk raya dah ada brooch cantik yang matching. Walau raya kat rumah, tudung kena still on point OK. Brooch ni jangan harap la adik ngan anak sedara aku boleh pinjam.


Bercucuran air mata aku baca ayat Kak Amie yang last tu. Bukan apa, mengenangkan entah bila la boleh travel lagi. Hahaha. Over kan kau.

To Kak Amie yang jauh di mata dekat di hati, terima kasih banyak-banyak atas kiriman. Semoga ukhuwah kita berkekalan. 


Monday, 19 April 2021

Berbuka Puasa di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Sabtu lepas berbuka puasa dengan blogger Anies. Itupun plan-plan ayam (ada ke peribahasa ni), sebab takut hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum seperti hari-hari sebelumnya. Untuk yang duduk di luar KL, ketahuilah awal-awal Ramadan tahun ni hari-hari hujan siap pakej angin kencang.  Di hari kejadian, cuaca helok tapi ku sangka cerah sampai ke senja, rupanya hujan lebat lepas Asar. Tapi sebab dah siap-siap kan, so jalan jela.

Dahla lama gila tak bawak kete, kena drive pulak dalam hujan lebat amik Anies dekat LRT. Ha..aku kalau tak iye iye jangan harap nak pegang stereng tau. Dahla jalan boleh tahan jam. Sambil drive dok zikir dalam hati. Bawak anak orang ni oi.

Plan asal nak berbuka tempat lain, tapi tutup. Erk. Pergi restoran kedua, dah penuh. Inilah akibat tak reserve. Bulan puasa kan, dah 6 lebih lak tu. Masuk restoran ketiga, menu pulak tak berkenan. Last-last decide nak gi Melawati Mall. Aku suruh Anies drive sebab dia tau jalan, lagipun parking dalam mall tu mencabar sikit. On the way pergi mall tu nampak restoran ni and Anies suggest singah. Aku pun turun tanya ada meja kosong tak sementara Anies pergi parking. Nasib baik ada. 


Aku tak amik gambar menu sebab tebal nau buku menu tu. Lagipun tengah rushing, hampir pukul 7 time tu. Korang nak tengok menu dan harga boleh tengok SINI

Suasana dalam restoran. Meja dah penuh, so kitorang duduk luar. OK je janji dapat makan

Anies order Chicken Chop

Aku plak order Creamy Prawn Pasta

Share berdua - BBQ Pizza. Saiz Personal katanya untuk 2 orang tapi besar

Burnt Cheesecake sebab birthday aku kan sebulan. Hahaha

Sebab kesejukan masing-masing order hot tea je. Aku pilih Camomile, Anies amik Earl Grey

My review? Bagi aku makanan dia sedap dan menu pelbagai. Harga standard. Restoran dia pun selesa dan ada banyak meja. Highly recommend untuk penggemar makanan Western. Maybe one day nak try steak, pasta dan menu lamb diorang. Plus point, restoran ni turut menyediakan surau. Senang bila berbuka puasa takdelah terkejar-kejar cari port nak solat Maghrib. 

The best part? Bila aku nak bayar and Anies cakap dia belanja. Eh. Tanjat kiter tau. Thanks Anies, semoga terus murah rezeki. Korang nak berkenalan dengan Anies boleh terjah blog dia. Aku dengan dia kenal melalui blog dan jadi kawan di dunia nyata. Sama-sama mengharungi jatuh bangun Liverpool. Hahaha. Lupa pulak nak selpie.

OKlah tu je nak cerita. Sorry kalau korang terliur na. Ini semua cobaaaan.

Friday, 16 April 2021

Contest #Luckyblog by AO

Assalamualaikum dan hai semua. Lama tak update blog ni. Mentang-mentang Ramadan, blog pun 'puasa' jugak ye. Blogwalking semalam, nampak ramai yang join contest ni so sebagai Melayu dengki aku pun nak join sekaki. Luaskan circle blogging, at the same time manalah tau ada rezeki.



Anyway, contest ni agak interesting sebab pemenang dipilih menggunakan SweepWidget. Benda baru bagi blogger noob macam aku. So let's give it a try. Mana tahu boleh belajar benda baru. Plus hadiah dia menarik tau. KLIK BANNER untuk join.

Takde Instagram, harap penyertaan saya tak direject Alien Oren ye.


Sunday, 11 April 2021

Hotel Review - Vivatel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hai semua. Last birthday aku pergi solo staycation dekat Vivatel Hotel.  Vivatel terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, sebelah Viva Shopping Mall. If naik public transport, turun di LRT Miharja dan naik teksi/Grab untuk ke sini. 

Harga untuk bilik Standard Double/Twin Room adalah RM158 termasuk breakfast, tapi aku guna voucher Hotlink, dapat diskaun 20%. Paid price is RM126.40. Murah kan untuk hotel 4 bintang. Book via oficial website, baru boleh guna promo code. Aku pilih hotel ni sebab harga murah, review bagus dan kebanyakan amenities macam swimming pool dan restoran dah beroperasi.

Lobi yang selesa. Siap provide lemonade lagi untuk guest sementara urusan di kaunter.

Masa nak check in, aku tanya la kalau ada promo untuk upgrade. Staff hotel tu kata, tambah RM40 boleh dapat bilik Supreme Deluxe. Keistimewaan bilik Supreme Deluxe ni adalah terletak di floor paling atas dan ada Nespresso Machine. Macam best, so aku pun amik.

Tapi bila dah masuk lif baru aku realise aku lupa check hotel ni berapa tingkat. Rupanya 12 tingkat je. Ceh. Takdelah tinggi sangat. Menyesal pulak. Takpe, ada Nespresso Machine, aku cuba sedapkan hati.

Level 12 paling tinggi. Takdela beza sangat bagi aku. Haha

Hallway ke bilik



Ada iron, iron board, bathrobe dan scale. Tapi scale dah habis bateri. Booo!



Antara bilik air dan tempat tidur terpisah oleh sliding door cermin. Memang boleh buat free show wei kalau tak tutup sliding door tu. Kalau datang dengan member mesti rasa insecure, kotla member pervert minat kaum sejenis. Haha. Suami isteri nak romantika de amor bolehla tapi kalau anak yang dah besar ada sekali janganla buat. Tak proper.

Takde bathtub, ada shower je. Shower very bling bling. Rasa macam Lady Gaga

Itulah mesin Nespresso nya. Tapi lepas tu menung kejap sebab aku bukanlah minum nescafe sangat.

Takde kena mengena. Thanks blogger Anies bagi hadiah telekung. Senang bawak travel

Aku agak menyesal lah upgrade bilik sebab walaupun highest floor, takdela tinggi sangat. Lagipun aku nak tengok view KL nak buat apa wei, tak puas ke dah berpuluh tahun dok Kolumpo.

Once dah settle down dalam bilik, ingat nak lepak layan TV tapi takde cite best . Channel standard  hotel tapi takde channel sukan. Nak tido mata tak mau lelap, so gi jalan Viva Mall kat sebelah. Aku tak pernah gi lagi mall ni


Sumpah sendu mall ni. Lebih kurang Galaxy Ampang dan Space U8 Shah Alam. Ketupat tu entahla baru gantung sebab dah nak bulan puasa ataupun tak cabut lagi dari tahun lepas. Haha


Level bawah sekali adalah jugak supermarket dan a few restoran non-halal. Haraplah seketul Starbucks untuk melepak.


Lepas asar, aku gi swimming pool. Memerlukan keyakinan yang tinggi ye untuk gi swimming pool sorang-sorang. Nasib baik aku reti terapung dan dog paddle so takdelah nampak awkward wading setempat.
 


Aku suka pool dia sebab besar dan tak berapa strict bab swimming attire. Adult pool 4 kaki je so jangan risau tenggelam. Rasa awkward tu seminit dua je. Kita je perasan orang dok perati kita padahal diorang sibuk hal sendiri. Waktu operasi 8 pagi sampai 8 malam. Takde lifeguard so jaga diri sendiri.

Gym betul-betul sebelah pool

Malam aku dinner dekat Retro Cafe, indoor restaurant Vivatel Hotel

Sendu je, maybe sebab ada banyak je kedai makan berhampiran hotel ni. Lagipun boleh call GrabFood atau FoodPanda.





Senarai Menu Retro Cafe, Vivatel KL

Tak tau nak makan apa, aku order Fish N Chip. The food is good. Harga pun berpatutan.

View malam dari bilik

Breakfast bagi aku biasa je. Stail bufet tapi tulah aku bukannya makan pagi sangat. Itupun makan cepat-cepat sebab nak masuk pool dulu sebelum balik. So in love dengan pool hotel ni tau. Kelebihan gi solo staycation, takde sape nak rushing aku nak balik cepat la apa la. Take my own sweet time.

So, here's my honest review: Katil selesa, shower best, tapi aircond agak mengecewakan walaupun aku dah full blast dan keycard extra aku tak cabut. Upgrade dari Standard ke Supreme adalah satu pembaziran sebab in the end aku tak guna pun Nespresso Machine dan level paling tinggi pun 12 je. 

Vivatel ni very family friendly, sebab diorang ada connecting rooms. For more info on latest rates boleh tengok SINI. Parking banyak dan swimming pool dia luas. Highly recommend untuk sesiapa yang  cari hotel ada swimming pool best untuk famili atau ada event kena attend dekat Viva Mall. Ramai yang aku nampak check in sini sebab nak attend wedding dekat Bizmilla Event Hall yang terletak di Tingkat 3 Viva Mall. 


So, tu jelah nak share. Worth la jugak nak treat diri sendiri. Menanti kebenaran rentas negeri pulak.


Tuesday, 6 April 2021

Ain't no fool, I'm just born in April

Cerita birthday lepas..

As usual, malam susah tidur. Tepat pukul 12 tengah malam, my little sister datang bilik and wish Happy Birthday. Pastu Abah pulak. Well, I guess I should be happy then. Pencapaian terbesar aku bagi setahun lepas adalah mengelak Covid 19. Kalau kena terus mati senang cerita. Aku tak suka swab test, kuarantin, side effect lepas sembuh dan tak nak jangkitkan pada orang sekeliling aku. So yay to me!!

Lepas Subuh pergi berlari-lari anak. Sorang-sorang sebab geng running kena kuarantin.


Aku post gambar ni and member aku kata aku jogging kat area Highland Tower *insert music seram*

Petang pergi staycation. Aku memang dah bagitau famili aku awal-awal aku nak be alone for today. Call me weird, but that's just me. Famili aku memang dah faham. Cerita staycation aku update kemudian.


Sebelum orang belikan kita kek, kita beli sendiri

Birthday dinner

'Hadiah' from my favourite football team. Tak sia-sia bangun

Balik dari staycation, mendobi dan lepak depan TV. Petang adik aku belikan kek. Thanks dear sis! Potong kek berempat jela petang tu. Missing my anak-anak sedara and siblings. What to do, masing-masing busy.

Banyak extra so bagi jiran

Bukan hadiah birthday, tapi hadiah pengomen tegar blog Ako Retna. Thanks kak Ret!!

Pagi Isnin, back to office. Rasa macam staff baru sebab work from home dari Deepavali lepas. Tempat lama kena renovate, so pindah floor lain plak.

2021  Expectation : New Job. Reality : New cubicle je jadilah

Cubicle baru ni best sebab lagi luas dan nampak view. Tempat lama nampak dinding jer. Cuma terlampau dekat dengan mesin printer. Kurang privacy.


Balik keje teman member berbuka. Tak puasa pun tumpang sekaki la dah orang nak belanja stimboat. Kenyang oiii.

Tengah lepak-lepak lepas makan tetibe anak sedara sulung dok wasap tanya aku kat mana. Rupanya diorang kat rumah mak aku. So request member hantar balik terus sebab rasa cam dah lama tak jumpa bebudak tu. Rindunya. Rupa-rupanya diorang dah standby kek. Kinda surprise sebab hari tu cakap nak celebrate hujung bulan dengan anak sedara lagi sorang.

Siapa ada anak sedara mesti faham sangat moment ni. Lain orang punya birthday, lain orang yang beria potong kek. Hahaha. Aku yang dah kenyang tak makan pun. Tengok budak-budak makan pun dah hepi. Aku memang kurang makan benda manis.

Dalam meriah aku masih rindu orang yang tak ingat aku. Maybe I am a fool after all.
 

Template by BloggerCandy.com