New Year's Eve 2022 buat apa?

Saturday 31 December 2022



Malam tahun baru korang buat apa? Aku tak memasal kena kerja. Bukanlah rajin sangat, tapi ada member mintak tolong bukak sistem, dia takde access sama dengan aku, so tolong jelah. Kerja free tak ada bayaran. Lagipun hanya ambil masa tak sampai sejam, so sambil-sambil tu kita tumpanglah PC untuk blogwalking. 

2023 masuk tahun ke 5 aku buat kerja yang aku langsung tak minat. Pujuk hati dengan gaji dan cuti yang banyak walaupun tersiksa jiwa setiap kali clock in. Takpelah, at least ada kerja, ayat sedapkan hati sendiri. Dia macam kau kahwin dengan orang yang langsung ko tak cinta. Sekadar tunaikan tanggungjawab seadanya agar tak berdosa. Ha gitu...Nape tak tukar kerja baru? Dah mintak tapi tak dapat. Kalau dapat lama dah berambus.

Jeles dengan orang yang suka dengan kerja diorang. Tapi takpelah, ramai orang cakap dengan aku diorang jeles sebab aku selalu travel or jeles sebab aku makan banyak pun tak gemuk. So, life is fair, I guess...

Apa pun Happy New Year 2023! Permulaan tahun kena pergi wedding pulak esok. Aku tak suka pergi wedding. Dahlah kena bangun awal dan konvoi ramai-ramai.

Bertenang Sal...It's just a wedding. What's the worst that could happen?


Read More

Merhaba Turki Part 6.0! Tasik Garam - Tuz Golu

Friday 30 December 2022

Baca ni dulu : 

Part 4.2

Part 4.3





Assalamualaikum dan hai semua! Hanya tidur dua malam di Cappadocia, pagi esoknya dalam pukul 9 lebih bergerak ke Ankara.

Semasa dalam perjalanan ke Ankara, aku perasan hamparan putih sepanjang jalan seluas mata memandang. Sekali pandang nampak macam padang pasir. Bezanya ia agak bersinar di bawah cahaya matahari. Mula-mula rasa macam nak pergi kat Ozgur untuk tanya tapi teringat nak baca balik di itinerary. Rasanya memang inilah tempatnya cuma aku tak expect ianya panjang. Biasalah kalau pergi dengan agen mana nak buat research semua ni.


Tuz Golu sepanjang 80 km ( Dalam bulatan pink)

Lama jugak aku tunggu driver berhenti. Yelah, takkan nak main parking je tepi jalan. Haruslah berhenti di tempat yang dibenarkan.

Eh, singgah lunch dulu ke? OKlah memang dah lapar dah ni. Credit pic : Restaurant guru

Roti tu sedap dan fresh, memang diorang uli dan bakar on the spot

Lepas makan dan guna toilet, Ozgur ajak kami ke bahagian luar restoran. Tersergam pemandangan indah putih ibarat salji dan kepingan ais. Semua pakat turun, rugi lah tak tengok.

Salt Lake/ Tuz Golu di belakang arca flamingo tu ye

Sedikit info tentang Tuz Golu (Sumber : Wikipedia, All About Turkey dan Amura World

- Tasik garam kedua terbesar di Turki dengan keluasan permukaan 1,665 km2 (643 batu persegi). 
- Terletak 105 kilometer (65 batu) timur laut dari Konya, 40 km dari Cappadocia, bersempadan juga dengan wilayah Nigde dan Ankara.
- Ketumpatan air ialah 1.225 gr/cm3, dan peratusan garam ialah 32.4%, menjadikannya antara tasik termasin di dunia. Kajian mengatakan air di Tuz Golu lagi masin dari air laut.
- Semasa musim panas yang kering, air menyejat dalam kuantiti yang banyak meninggalkan kerak garam di permukaan sehingga 30 sentimeter
- Tasik Tuz adalah sumber lebih daripada 50% garam untuk kegunaan negara Turki, di mana 300,000 tan dihasilkan setiap tahun dan dieksport ke lebih dari 60 negara 

So far tu jelah info yang aku research dan translate. Korang bolehlah klik link atau google sendiri. Soklan-soklan aneh aku akan cuba jawab.

Aku reti selpie je

Tak nampak sempadan. Macam laut, padahal tasik

Video bisu

Video dengan komentar. Ajet-ajet vlogger. Haha. Janggal rasa, mungkin aku lebih sesuai menulis saja

Close up. Memang ibarat hablur garam.

Majoriti orang yang datang ke sini berjalan pakai kasut, tapi boleh je nak bukak, nak feel garam tu camne. Masa tu terfikir jugak, aduh orang dah pijak-pijak, pastu diorang jual buat makan pulak. Haha. Tapi, mestilah ada proses pemurnian dulu sebelum dijual ke pasaran. 

Aku bukaklah kasut jap, nak buat raso-raso. Rasa macam pijak atas garam kasar. Tak sejuk, tak panas. Suam-suam je. Aku ada baca yang Tuz Golu ni ada waktunya berwarna merah jambu disebabkan kehadiran alga. Sebab tu kot burung flamingo digunakan sebagai ikon? Masa aku pergi ni tak pink pulak. Dah 2 kali kempunan tasik pink. Last time masa gi Melbourne.

Cuaca masa ni nice je. Tak panas dan berangin. Bawak je sweater kot lah perlu tapi tak pakai pun

Dalam bangunan restauran ada kedai jual garam paket kot lah nak buat souvenir. Scrub dan sabun pun ada. Nyesal lak tak beli scrub garam tu. Kot lah kulit boleh halus macam orang Turki

Sebelum naik bas, tengkor dulu kasut kat sini. macam pergi pantai jugak, bila balik kasut berpasir. Pengalaman sama di Tuz Golu, bukan pasir tapi garam.

Hampir sejam kemudian kitorang pun sampai ke Ankara. Tak sangka merasa jugak jejak ibu negara Turki sejak 1923 ni. Memang bersih dan moden tempatnya. Terasa berbeza aura tempat ni dengan Cappadocia. Tempat gomen lah katakan.


Bangunan kerajaan lah kot

Di Ankara kami pergi mana? Ha, nantilah tunggu next entry ye. Thanks for reading!
Read More

Merhaba Turki Part 5.3! Suasana malam di Pekan Goreme

Monday 26 December 2022

Baca ni dulu : 

Part 4.2

Part 4.3




Assalamualaikum dan hai semua! Actually lepas lunch di Anka Restaurant, kami ada singgah lagi dua tempat tapi entahlah kenapa aku takde ambil gambar. Dah penat kot. Tak pun malas. 

Lepas singgah dua tempat tu, kitorang balik hotel untuk solat dan rest sekejap. Malam aktiviti free and easy so masing-masing dah plan nak ke pekan Goreme sebabnya masa sampai malam sebelumnya nampak pekan tu happening sangat. 

Dalam pukul 6 lebih, keluar balik tapi diorang tak bagi aku keluar sorang-sorang so layan jelah. For safety. Aku keluar ikut group family yang besar, ada 15 orang semuanya. Alhamdulillah ahli group ni walaupun strangers tapi semuanya baik-baik dan caring pasal aku. Kalau aku hilang je auto ada yang cari sampaikan pergi toilet pun kena inform. Rezeki Allah temukan dengan orang yang baik-baik. Bukan senang nak behave tau, sebab aku ni kadang-kadang gurau kasar. Bila dengan orang kita tak kenal sangat kenalah tahan dan jadi polite macam wanita Turki Melayu terakhir. Aku juga seorang yang agak private, aku tak suka share cerita peribadi, so aku takut orang anggap aku sombong.

Posing sikit sebelum berjalan kaki beramai-ramai ke pekan. Excited punya pasal sampai ada benda penting aku lupa bawak.


Jarak dari hotel ke pekan Goreme ni dekat je, tak sampai 1km pun. Waktu ni dah nak petang, so takdelah kepanasan. Lagipun jalan ramai-ramai, tau-tau je dah sampai.


Ada apa di pekan Goreme? Banyak kedai makan dan shoppping! Masing-masing penat dah dinner di hotel sahaja sepanjang sampai di Turki. Kalau nak beli souvenir, belilah di kedai-kedai yang terdapat di Goreme. Kalau di Cappadocia ni, souvenir bermotifkan belon udara panas dan formasi batu pasir unik seolah-olah busut gergasi tu yang famous. Ada keychain, beg kain dan fridge magnet.

Sama macam di Istanbul, masjid ada di mana-mana. Cuma tak pasti masjid dalam gua ada ke tidak. Ni gambar menara dari jauh je.

Ilhan Market! Aku dulu minat sangat dengan pemain bola Turki nama Ilhan Mansiz sampaikan berangan kalau ada anak lelaki nak bagi nama Ilhan. Apa kan daya takde rezeki. Sempat bagi nama kat anak kucing je



Kalau datang Turki, cubalah Doner dan Gozleme. Gambar kitorang makan kat kedai ni takde pulak

Kalau pandai tawar-menawar dapatlah harga murah



Settle shopping souvenir dan makan, kitorang pun decide untuk balik ke hotel. Masa ni tetibe rasa menyesal. Bukan menyesal duit habis, tapi menyesal terlupa bawak sweater! Cappadocia di waktu malam suhu turun sampai 14 darjah celcius. Aduh menggigil-gigil nak jalan balik. Contra betul dengan suhu siang.

View dari cafe berhampiran hotel. Tapi aku tak mengopi lah, kang jenuh tak boleh tidur.

Malam kedua di Cappadocia, lebih sejuk dari malam pertama. Sempat packing sebab esoknya nak check out hotel.

p/s : Autopublish. Maaf kalau allignment tunggang-langgang. Menaip di hp sahaja. Thanks for reading!
Read More

Catatan 22.12.2022

Friday 23 December 2022

22.12.2022 - Cantik betul tarikh hari semalam. Muda-muda dulu selalu berangan, nak kahwin tarikh cantik dan buat majlis yang indah walau tak sampai level Siti Nurhaliza. Dah umur macam ni baru sedar, dapat suami yang setia, penyayang dan bertanggungjawab itu lebih penting dari segala tarikh dan pelamin bertingkat di dunia ni. Tu pun kalau ada lelaki macam tu nak kat aku. Kalau tak ada kita sedar diri lah tak layak dichentai. 

Anyway, semalam bahagia betul naik bas gi kerja jalan tak jem. Kul 8 pagi dah terpacak kat LRT. Nak masuk awal-awal bukan ada apa kat opis tu, so singgah CU : Korean Convenience Store. Seingat aku ni kali pertama aku masuk kedai ala Family Mart tapi versi Korea ni. 

Breakfast Latte dan Salmon Teriyaki Samgak Gimbap

Gimbap tu macam onigiri jugak rupanya. Nasi kepal dibalut seaweed dan ada inti di tengah. Aku pilih Salmon , ikan kayangan tapi dapat harga marhaen. Makan slow-slow di meja yang disediakan sambil tengok orang keluar masuk LRT. Tak ramai sangat orang. Mungkin hujung tahun ramai habiskan cuti. 

Cakap pasal cuti, aku terpaksa burn 5 hari. Cuti banyak sangat, terkumpul dari zaman PKP. Mampu carry forward ke tahun 2023 seadanya ikut rules HR jelah. Kenapa tak ambil sahaja walau setakat duduk rumah layan Netflix? Well, sebab dah masuk bulan 12 baru sedar cuti banyak tapi susah nak ambil sebab beri laluan orang yang ada anak bersekolah. Kita takde anak sekolah buat apa nak kalut cuti time cuti sekolah ni kan. 

So, azam tahun 2023, kena plan cuti dengan baik. Yelah kadang-kadang simpan sebab emergency. Pastu tak alert berapa baki. Adan uke.


Balik kerja, aku singgah PPUM melawat bapa saudara yang koma kerana terjatuh dalam bilik air Ahad lepas. Inilah rutin aku sepanjang minggu. PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) sangat strict, boleh masuk melawat dari jam 5 petang-7 malam sahaja tak kisahlah hari apa. Nasib baik dekat dengan opis, cuma ada satu hari yang hujan lebat, aku terpaksa keluar pejabat awal sedikit. Hari Rabu tak silap.


Nak menangis rasa, tapi aku tahan. Korang tolong doakan pakcik aku, Basir bin Abdullah diberi kesembuhan dan kembali sedar. Mana tahu berkat doa korang.

Dia antara pakcik aku yang kelakar dan sangat penyayang. Suami kepada makcik (kakak arwah Mak), tapi tak pernah berkira bawak aku jalan-jalan dan beri macam-macam hadiah dari aku kecik sampai dah tua bangka ni ha. Adik-beradik dia pun semua kenal aku sebab selalu mengekor ke sana ke sini. 

p/s: Sebenarnya tak boleh ambil gambar di hospital. Huhu

Hari ni aku kerja dari rumah, so maybe tak pergi hospital. Kalau pergi pun esok. Memang tak boleh buat apa pun, tapi sekurangnya dapat bagi semangat pada isteri dan anak beliau cukuplah. Semalam mak ayah aku gagahkan jugak lah pergi melawat, nasib baik adik aku cuti so dia bawakkan. Aku pun nak rest sikit lah hari ni. 


Balik dari hospital malam semalam aku bawak parents dan adik aku makan di Mahbub Bangsar. Korang kalau ke Bangsar tak tau nak makan mana, bolehlah cuba restoran ni. Orang sentiasa ramai tapi servis laju. Ayam Madu diorang memang terbaik. Kuah banjir lak. Ada gak yang suka Ayam Bawang. Ikut citarasa.

Harga mahal sikit, tapi bolehlah sekali-sekala. Belanja famili aku sebab dah penat-penat datang. Aku bersyukur sebab walaupun arwah Mak dah lama meninggal tapi Abah aku still jalinkan hubungan baik dengan famili diorang. Mak tiri aku pun sama, arwah nenek aku dulu sayang betul kat dia. Yelah, mak tiri aku kahwin dengan Abah pun lepas Arwah Mak aku meninggal. Bukan drama macam Sol ye. Hehe.

Bila makan di Mahbub ni, teringat selalu datang bersama kawan-kawan sekerja suatu masa dahulu. Pernah juga datang dengan Orang Itu. Semua pun dah jauh sekarang. Itulah hidup kan.. Dalam pada sendu teringat, licin habis nasi depan mata. Sempat cubit roti naan Mak lagi. Haha.

Sekian cerita hari semalam. Salam Jumaat dan semoga urusan kita dipermudahkan.


Read More

Merhaba Turki Part 5.2! Kilang seramik dalam gua & lunch sambil layan view awesome!

Tuesday 20 December 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Sebelum entry Turki ni terkubur tanpa nesan, marilah kita sambung cerita hari pertama di Cappadocia, dan hari ke 5 trip.


Seterusnya kami dibawa ke Kaya Sultans Ceramics yang terletak di pekan Avanos, Cappadocia. Aku excited nak masuk sebab Sultans Ceramics terletak di dalam gua. Kiranya ini pengalaman pertama aku masuk gua di Cappadocia. Masa tu berdebar nak tahu, tak panas ke? Tak kepam ke?


Once dah masuk, rasa nyaman je. Tercari-cari punca air-cond tapi pekerja kat situ cakap, dalam gua di Cappadocia ni memang sejuk semulajadi. Ada jugak nampak beberapa lubang angin untuk ventilation. Begitu juga dengan hotel. So, kalau korang nak tidur dalam hotel gua di Cappadocia, tak perlu risau panas atau sesak nafas. Selesa je tau dalam ni. Satu pengalaman yang berharga sebab kita tak jumpa kilang dalam gua macam ni di Malaysia.

Tapi, kilang dalam gua ni mudah sesat kalau tak tahu jalan sebab berselirat. So, ikutlah pekerja kat situ. Jangan memandai masuk entah mana-mana ceruk, kang sesat macam dalam maze.

Keadaan dalam 'gua'. Tiada penampakan penyokong Manchester United dalam ni. Eh


Unikkan bentuk bekas air yang ada lubang di tengah tu. Reka bentuk asal oleh bangsa Empayar Hittite yang merupakan penduduk awal Cappadocia pada tahun 2000 BC. Sebelum terbentuknya Turkiye macam kita tahu sekarang, Cappadocia merupakan sebahagian dari Wilayah Anatolia yang terletak bersempadan dengan Black Sea.

Dilukis dengan tangan 100 peratus tanpa bantuan mesin



Kami juga dibawa melihat demo pembuatan mangkuk dengan tanah liat. Berdekah tengok ahli group jadi sukarela nak try. Last-last jadi bentuk hape entah. Nampak macam senang, tapi kalau takde kemahiran memang tak jadi. Aku takde pulak rekod video tapi memang bersepah lah cerita dia.

Gambar dalam frame banyak-banyak kat belakang tu adalah orang-orang ternama yang pernah datang melawat kilang Sultan Ceramics ni. Ada ahli politik, pelakon, ahli sukan dan penyanyi antarabangsa jugak tapi aku dah lupa lah siapa. Ini lah akibat dah berbulan balik pun tak habis cerita lagi.

Nampak macam senang je kan

Once dah settle bergelak tawa, tibalah masa untuk berbelanja. Kalau tadi shopping batu permata, kali ni shopping pinggan mangkuk dan bekas air pulak. Segala produk yang diorang ada, dipamerkan dalam satu bilik yang luas. Pilih dan bagitahu pekerja kat situ mana yang berkenan dan diorang akan bungkuskan untuk dibawa pulang. Tapi, tak boleh ambil gambar sebab pihak Sultan Ceramics ni tak nak corak dan reka bentuk produk diorang kena tiru so kita respect lah permintaan owner.

Aku macam biasa mestilah tak beli. Aku jenis yang tak suka perhiasan rumah banyak-banyak ni sebab aku pemalas. Ya, malas kemas buang habuk semua tu. Lagipun harga boleh tahan. Ada juga ahli kumpulan yang membeli. Banyak duit diorang ye.

Simpan gambar jelah buat kenangan

Before pergi makan, singgah bergambar dulu. Aku lupa lah nama tempat ni

Yang penting ada gambar tuan tanah yang menahan kepanasan bawah cahaya matahari

Lunch di sini

Lapor bebenor kot aku. Ada gambar ni je

Anka Restaurant ni menu boleh tahan sedap. Tapi yang bestnya kat sini kalau makan di bahagian luar, boleh menikmati view yang cantik. Kitorang makan belah dalam sebab luar dah penuh. Tapi lepas makan, aku pergi jengah view di seating outdoor.




Muka bumi Cappadocia ni memang mesmerizing. Walaupun setakat berdiri dekat balkoni restoran sambil layan pemandangan pun boleh buat aku leka.

Once semua dah settle makan, kita sambung perjalanan lagi. Itu nantilah next entry aku cerita ye. Thanks for reading!

Baca ni dulu : 

Read More

Final World Cup 2022 - Korang pilih siapa?

Friday 16 December 2022


Pejam celik, pejam celik, know know je dah World Cup Qatar 2022 akan sampai ke penghujung. Berbaloi tunggu sampai bulan November. Kebiasaannya kejohanan Piala Dunia dilangsungkan pada musim panas iaitu bulan Jun/Julai, tapi disebabkan cuaca Qatar yang terlampau panas dari bulan Mei hingga September menyebabkan ia terpaksa ditunda. Panas negara padang pasir mana sama dengan panas di negara 4 musim. Jap lagi semua player kena heatstroke, payah pulak FIFA nak menjawab.

Argentina vs Perancis, jujur aku tak tau nak pilih mana. Argentina ada Lionel Messi, Greatest of All Time (G.O.A.T, bukan kambing ya). Aku memang fan Messi berbanding Ronaldo, bukan kerana Ronaldo pernah main untuk Man United tau. Messi adalah pemain yang mampu dribble bola secara solo separuh padang walaupun diasak pemain lawan, boleh create chances, tak selfish dan clinical di depan gol samada free play atau set piece. Kecik-kecik cili padi gitu. 

Aku bukanlah die hard fan Argentina, tapi aku teringin tengok Argentina menang sebab Messi. Cuma Argentina selalu tak consistent dan pemain-pemain negara Amerika Selatan kalau terjatuh sikit, gulingnya lama. Drama lebih tau. Kadang-kadang menyampah jugak.

On the other side, aku suka jugak team France sebab diorang main laju dan ada player yang aku minat dari zaman diorang main untuk Atletico Madrid iaitu Lucas Hernandez dan Antoine Griezzmann. France memang perform World Cup kali ni dan tengah top of their game. Ibarat zaman kegemilangan Spain national team circa 2008-2012 gitu. Oh ya, pemain Liverpool pun ada juga iaitu Ibrahima Kounate. So..kena sokong France ke macamana?

Aku meramalkan game yang open-play dan banyak peluang menjaringkan gol. Segalanya bergantung kepada Martinez (keeper Argentina) dan Lloris (keeper France). Ramalan aku je lah. World Cup kali ni tak banyak sangat aku tengok. Layan highlight je so tak reti nak ulas lebih.

OK lah, selamat menonton semua!

p/s: Menaip entry dalam LRT on the way balik rumah. Busy betul sis. Huhu

Read More

Of Sotong Ride dan Orang Itu

Wednesday 14 December 2022

Throwback minggu lepas masa terpedaya dengan racun Tik-tok, Sunway Lagoon Night Park hanya RM35 per adult. Awalnya aku skeptical, cakap ngan kawan-kawan aku, aje giler pergi Sunway Lagoon musim-musim hujan ni. So member aku pun beli jiwa, belanja baju hujan kaler pink. Dahla masa beli tak tengok saiz, dia terbeli saiz XL. Dah serupa mascot World Cup Qatar. Tapi bagus gak saiz besar, satu badan cover. 

In the end kami tak dapat naik majoriti ride yang best. Tutup sebab hujan. Maybe for safety reasons. Dapatlah naik a few rides level kanak-kanak riang. Segala show pun dibatalkan dan aku tak ambil satu gambar pun sebab simpan handphone dalam beg. Terselit satu gambar dengan ride legend di Sunway Lagoon iaitu Pirate's Revenge ni je. Buat kenangan sebab seumur hidup jadi anak KL ni baru first time sampai. Sedeyh! 


Apa pun, aku appreciate lah kawan-kawan aku nak hiburkan hati aku dan heret aku sekali walaupun hakikatnya aku ni penakut. Korang kalau perasan kat theme park atau fun fair ada 3 golongan. Adrenalin junkie atau si berani, si penakut apa pun tak boleh dan orang yang akan naik sebab kena pujuk tapi lepas tu dia tutup mata sambil jerit pada frekuensi Mariah Carey. Aku lah golongan yang last tu. 

Seingat aku, aku tak pernah naik 'Sotong Ride'. Tapi aku masih ingat memori last pergi fun fair bersama 'Orang Itu' beberapa tahun lepas. Tak pasti fun fair yang sama ke bukan.

Somewhere out there, 'Orang Itu' pasti baca berita kemalangan di Fun Fair Eco Grandeur Puncak Alam beberapa hari lepas lalu berkata , "Nasib baik aku tak mati masa pergi fun fair dengan perempuan gila tu!" 

Apalah khabar 'Orang Itu'..Entahlah aku pun tak nak tahu.

p/s: Semoga mangsa tragedi 'Sotong Ride' dipermudahkan urusan dan kembali sembuh. Fun fair memang lagi murah berbanding taman tema macam Sunway Lagoon atau Genting Highland, cuma risiko kerana ride dipasang dan dicabut berulang kali kerana fun fair akan berpindah-randah. Bimbang diselenggara sambil lewa.

Read More

A little surprise from Mummy Ayu!

Sunday 11 December 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Masa nak moderate comment last week, perasan ada satu komen by Blogger Mummy Ayu, request aku check out entry di blog dia. Ada surprise katanya! Wah, lama takde orang buat surprise untuk kiter! So, aku pun singgah entry 'A little surprise' seperti yang diminta.

Rupanya Mummy Ayu nak bagi aku kalendar 2023 sebagai penghargaan selalu komen kat blog dia. Terharu pulak aku sebab komen tak pernah mengharap hadiah dalam bentuk fizikal. Cukuplah kunjungan balas sebagai tanda ukhuwah. Eceh, ayat tak boleh blah. Tapi memang begitulah. Kalau orang ramah dan rajin singgah blog kita, kita pun balas lah balik. Sambil tu baca entry orang lain dan belajar sesuatu yang baru dari pengalaman diorang. Yelah acuan hidup kita tak sama kan.

Hadiah simple? Mana ada simple Mummy Ayu jeliter, hadiah personalised macam ni bukan senang nak buat tau.

Kak Mummy Ayu bagi aku hadiah kalendar 2023 yang dibuat sendiri. Memang unique sebab menggunakan gambar-gambar aku. Memang takde jual kat kedai ye. Kalau jual pun aku sorang je yang beli. Hehe.

Mummy Ayu grab gambar dari blog. Nasib baik tak letak watermark. Hehe

Kenangan pergi 'Anfield' 

Ada meaningful quotes

Lengkap dengan public holiday yaw! OK boleh rancang percutian

Thanks a lot kak Mummy Ayu. Semoga akak dan keluarga dimurahkan rezeki. Siapa yang belum berkenalan dengan blogger lifestyle yang peramah dan selalu share masakan sedap-sedap ni, bolehlah singgah SINI. Lagi satu kak MA ni peminat kopi, so kalau nak tahu kat mana port kopi sedap, boleh follow blog dia.

Harap 2023 baik-baik aje. Decmber 2022 so far has been painful. Hidup aku pun muram, semuram cuaca di luar sana. Jaga diri gais. Thanks for reading!

Read More