Man of Steel & World War Z

Sunday, 23 June 2013

Hari tu aku ajak Pikah tengok Man of Steel. Dia ajak aku tengok World War Z. So, in the end kitorang decide untuk tengok both movie dekat TGV KLCC. 

First review, Man of Steel

Filem ni dimulakan dengan keadaan di Planet Krypton yang huru-hara, so Jor-El decide untuk hantar anak dia ke planet lain. Dalam dok layan, tetibe penonton yang duduk sebelah aku tanya, "You beli tiket untuk filem Superman kan?." Aku angguk dan senyum. Aku assume dia bukan pembaca komik Superman atau pengikut siri Smallville. Huhu.... Asas kisah Superman masih sama, cuma kronologinya ditampilkan agak berbeza dalam Man of Steel. Garapan menarik dan berlainan dari Christopher Nolan dan David S. Goyer. Henry Cavill pulak sebenarnya lagi kacak sebagai Clark Kent berbanding sebagai Superman. Ladies, once korang dah tengok baru korang faham.

Clark Kent

Kal-El @ Superman

Babak favourite aku adalah babak dialog Superman, Lois Lane dan Dr.Emil kat Kem FBI yang memang witty dan meaningful. Mesej utama filem ni dapat disampaikan dengan jelas di situ. Manusia memang takut dengan perkara yang diorang tak faham. 

Filem ni juga menzahirkan konflik dalaman Clark yang nak membantu penduduk bumi tapi takut disalah erti. Scene Clark dengan Ayah angkat dia hampir membuat aku menangis. Dang!!! The rest, teknik CGI dia memangla tiptop. Ni filem Hollywood, tak ada apa nak dihairankan. But personally aku kurang suka bila too much is going on kau tak tahu nak fokus kat mana. Mungkin effect lagi ketara kalau tengok in 3D kot. Pergaduhan Superman dengan Jeneral Zod pulak terlampau dragging buat aku tertanya-tanya bila dia nak bunuh mamat tu? Tak pasal-pasal musnah satu bandar dan ramai orang mati. 

Superman kena gari? Ini serius...

Jeneral Zod-the villain dengan tagline You Are Not Alone

By the way, sape kata Man of Steel tak best, dia tipu!

Next...World War Z pulak. Aku tak pernah tengok trailer dia dan tak tahu pun filem ni ditayangkan. Brad Pitt. Itu sebab yang cukup kukuh untuk aku menonton. Hahaha


Permulaan cerita ni tunjuk snippets of TV dari all over the world. Ada berita, diselang-seli dengan gosip, talk show dan drama. Mungkin secara halus filem ni menyindir sifat manusia yang leka dengan perkara-perkara lain dalam hidup sampai tak nampak yang dunia ni semakin hari semakin 'hancur'. 

Dipendekkan cerita, keluarga Gerry Lane, lakonan Brad Pitt ni usaha nak selamatkan diri dari dikokak zombi-zombi dan diselamatkan oleh kawan lama Gerry. Diorang dibawa ke pusat perlindungan tapi Gerry yang merupakan bekas Perisik UN kena tolong cari vaksin untuk pulihkan masalah zombi kalau nak keluarga dia terus ditempatkan kat situ. So, nak tak nak Gerry kena la ikut team askar dan seorang ahli virologi untuk menyiasat akar umbi masalah zombi yang melanda seluruh dunia. Maka bermulalah misi Gerry dan team.

Main cak-cak dengan zombi

Filem ni memang buat aku tak senang duduk sebab zombi-zombi dia sangat rakus dan bertambah ramai setiap saat. Tapi Gerry yang kacak dan bijak berjaya menemui kelemahan diorang. Tu pun lepas kena kejar keliling dunia! Yup, tu sebab nama dia World War Z sebab ia memang masalah yang melanda serata dunia. Israel digambarkan sebagai sebuah 'negara' yang baik dalam cerita ni. Pffft!

Berbalik pada filem World War Z tadi, aku rasa filem ni bolehla layan. Biasalah, filem zombi berkisar tentang survival dan sifat-sifat manusia yang muncul bila terdesak. Aku suka ending dia yang macam tergantung, sebab memang realistik tak boleh nak hapuskan semua zombi dalam dunia dalam masa yang singkat. Truth be told, sepanjang tengok filem ni aku take note semua survival tips kot manala tau World War Z betul-betul berlaku. Imaginasi betul!!!

Bye...thanks for reading!
Read More

Resepi : Kari Ikan Ala Mamak

Saturday, 15 June 2013

Behold readers, for the first time ever, aku post entry tentang resepi!!!Yup, korang tak salah baca. Hari ni aku nak share resepi kari ikan ala mamak yang Mak aku selalu masak untuk kitorang. Kari mamak tak menggunakan santan, so baik untuk kesihatan terutama mereka yang ada high cholestrol. Aku masak sendiri tau ni, tapi Mak mencelah sikit-sikit sebab kalau dia takde masakan aku memanjang tak jadi. Hewhewhew. Full credit recipe ni untuk beliau ok!

First of all, kita kena prepare bahan-bahan dulu. Paling penting kenala ada...

Ikan ( ikan ni namanya Ikan Pisang)

Bahan2 untuk menumis:
Bawang merah besar
Halia
Bawang putih
Garam kasar
Serbuk kari ikan
Air
Minyak

Bahan-bahan lain:
Asam jawa (kalau suka masam bubuh banyak)
Bendi/ Terung/ Tomato (ikut suka)

Mula-mula kita tumbuk halia dengan garam dulu. Tumbuk lumat-lumat supaya tak terapung-apung dalam kuah nanti. Lepas tu tumbuk bawang-bawang sekali. Kalau masak banyak, gunalah blender. Aku ni tradisional sikit, tu yang guna lesung batu tu.

  
Once dah lumat, gaul dengan air dan serbuk kari. Gaul rata-rata. 


Kemudian panaskan minyak. Make sure minyak cukup banyak untuk menenggelamkan campuran rempah kari tadi. Kalau tak nanti hangit. Tumis sampai garing dan naik bau se-taman. 


Masukkan ikan seketul-seketul. Hati-hati bila balik-balikkan ikan supaya isi ikan tak hancur. Tambahkan air dan air perahan asam jawa. Kadar air bergantung kepada tahap kepekatan kari yang korang nak. 


Biarkan mendidih, kemudian taruk bendi/ tomato/ terung. Sebab Mak dah beli bendi, so aku guna bendi lah ye..Biar sekejap atas dapur dan tutup api. Sedia untuk dihidang. Sedap makan panas-panas dengan nasi..Hehe.


Hasilnya...


So, korang jangan lupa cuba OK!!! Kalau aku boleh buat, tak mustahil korang pun boleh sebab aku punya skill memasak in scale of 1 to 10 aku dapat 4 je.. Teruk betul...but I'm trying to improve! Tapi jangan risau, ni resepi Mak Besah tau, conform sedap!!!

P\s: Seksa betul nak masak sambil tangkap gambar..nasib hp tak tercelup dalam kuali!
Read More

Review : Kil

Sunday, 9 June 2013

Any last word?
Tolonglah, aku belum nak mati lagi..
Time's up! *gunshot*

Credit Pix : KIL Fb
Yang buat aku tertarik nak tengok citer ni bukanlah trailer dia atau kecomelan Redza Minhat. Aku teruja nak tengok lepas baca sinopsis dia yg agak unik dan 'fresh'. Genre misteri pulak memang kegemaran aku. Lagipun,dah lama aku teringin nak tengok filem Melayu yang lain dari yang lain.

So, aku pun ajak bff aku Dee n Sarah tengok filem ni . Mula-mula saspen jugak sebab penonton dalam panggung tak sampai 10 orang! Matilah aku kena bahan kalau cerita ni x best, huhu.

Watak utama filem ini adalah seorang pemuda bernama Akil, lakonan Redza Minhat yang nak bunuh diri tapi asyik tak jadi. Satu hari dia jumpa flyer syarikat Life Action Bureau (LAB). Company ni claim dia boleh tolong orang nak mati. Lebih tepat lagi  - bunuh tapi tak tahu bila dan siapa yang akan lakukan pembunuhan tu. Tapi lepas Akil buat contract, dia rapat lak ngan sorang awek nama Zara, lakonan Cristina Suzanne. Tetibe dia rasa tak jadi nak bunuh diri sebab hidup dia kembali bermakna. Tapi orang-orang LAB tak hiraukan permintaan dia untuk cancel. Nak tau apa jadi pastu kena la tengok sendiri...

Credit Pix : KIL Fb
Dialog Kil simple dan jujur. Macam perbualan kita sehari-hari. Takde madah pujangga atau pegang-pegang dalam kisah Akil ngan Zara. Memang gandingan yang comel. Lakonan pelakon-pelakon lain bersahaja tapi mampu menyokong filem ni. Karekter serius Harun Salim Bachik memang menjadi dan watak Julianna Evans yang tak sampai 10 minit pun menarik.

Senang cerita, filem ni buat penonton tertanya-tanya dan adakalanya agak perlahan. Ditambah pula dengan watak-watak yang tetibe muncul dan nampak pointless. Apa fungsi diorang dalam cerita ni? Kenapa Akil nak bunuh diri? Siapa agen LAB yang akan bunuh dia? Zara tu muncul dari mana? Kenapa setiap kali nak bunuh diri Akil gagal? Tapi bila dah hujung-hujung baru la korang boleh nampak kenapa jalan cerita ni diatur sebegitu rupa sekaligus menjawab soalan-soalan yang dok berlegar di fikiran. Aku suka filem yang boleh 'mengeluarkan' sound effect "Oh........" yang agak panjang dan kuat dalam pawagam yang hampir kosong.

Dari mata aku yang bukanlah pakar filem ni, aku rasa filem ni ada kelas yang tersendiri. Cuma ada a few scene mistakes yang agak obvious. Tak menjejaskan jalan cerita tapi agak kelakar seperti parking lot yang kosong, tukar syot tetibe banyak kereta. Aunty kat kedai buah yang baru sampai tetibe dah pilih buah dan bayar. Peristiwa culik yang rasanya lebih kemas kalau elaborate sikit. Itulah jadinya kalau dah terlampau concentrate kan perkara-perkara minor pun nampak...huhu.


So aku strongly recommend korang tengok filem ni. Bukan filem Melayu tipikal. Percayalah!Mesej utama dia berat, soal hidup dan mati, tapi disampaikan dengan cara yang santai. Memang mantop!!Good job Grand Brilliance and Flux Visual Lab!!Kudos Nik Amir Mustapha and crews!!

Harap sangat lebih ramai produser Malaysia akan hasilkan filem bijak macam ni. Tapi tulah, kalau takde penonton pun tak guna. *Sad Smile*
Read More