Cukuplah sehari ni je keje opis...

Monday 25 April 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Allahu, berhabuk blog ni. Makin hari makin malas nak update blog. Apa lah nak jadi.

Hari ni aku kerja opis sebab ada photoshoot hari raya. Dah 2 tahun takde photoshoot raya tau. Rasa rindu pulak dengan kawan-kawan opis. Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan kawan-kawan department sekarang sebab sempat kerja dengan diorang tak sampai setahun, tetiba Covid19 melanda. Dapat pulak bos yang OK dengan bekerja secara remote, so sebahagian besar dari kami masih sambung bekerja dari rumah sampai sekarang. 

Alhamdulillah photoshoot department berjalan lancar. Bos besar kata nanti keluar kat suratkhabar. Aku pulak lupa nak tanya tarikh bila. Esok lah kot.

Hari ni datang opis dapat banyak goodies. Antaranya sampul duit raya dan kuih raya ni.


Dapat semperit dan chocolate chip cookies ala Famous Amos. Ada 3 flavour - Red Velvet, Original dan Walnut Oat. Sampul duit raya tu dari team radio Media Prima. Cantik pulak sampul duit raya tu. Sayang nak bagi orang. 

Plan asal aku, balik kerja nak ajak sorang member ni berbuka sekali tapi dia kata tak nak. Hurm.. Ikutkan hati tak nak ajak dah lepas ni. Bukan apa, selama ni dia dok cakap sedih berbuka puasa kat rumah sewa sorang-sorang. Pastu stress keje. So, aku ajak lah berbuka sekali, pastu boleh tengok-tengok baju raya. Tak beli pun takpe. Cuci mata, borak-borak tenangkan fikiran. Tapi dia tak nak, aku nak buat cmane.

Walaupun geram, tapi aku faham lah orang ada kemurungan ni memang macam tu. Aku pernah ada dalam situasi dia. Asal orang ajak keluar, ada je alasan aku. Nasib baik ada jugak kawan-kawan aku yang tak putus asa dan tak biarkan aku terus hanyut memendam sorang-sorang. Aku doa orang-orang yang ada masalah mental seperti kemurungan sentiasa dikelilingi orang-orang yang memahami dan sabar dan semoga cepat pulih.

So..dah takde geng nak berbuka puasa, kita balik jelah rumah. Lagipun aku ABC, bukannya puasa. Hehehe. Cuma aku pening kepala sebab tengahari makan megi je. Perut masuk angin. Sape suruh eksyen tak makan nasi. Kononya 'kalau puasa boleh je tahan'. Aku lupa yang bila puasa tu berkatnya lain. Nasib baik naik LRT dapat duduk. Beg dahlah berat, bawak kuih raya sampai 4 botol. 

Ingatkan nak singgah Jalan TAR, cuci-cuci mata, tapi tak daya dahlah. Naik LRT direct jelah balik rumah.

Penat betul badan. Dah lemau kan, 2 tahun keje dari rumah. Dah manja. Aku kena banyakkan exercise macam berjalan sebab aku ada masalah kolestrol. Ramai orang kurus ada masalah ni.

Dahlah hari ni banyak kerja. Memang letih. Lepas tumpang sekaki berbuka dengan famili tadi pun dah tertidur kejap, tapi sebab adik aku kejut suruh kunci pintu dia nak pergi Terawih langsung hilang mengantuk aku. Dah pening kepala balik. Teringat blog yang dah lama tak berupdate. So, bangun jap coret-coret di sini.

Entahlah bila lagi nak kerja opis lagi. Tunggu jamuan raya pulak kot. Haha. Tak pun tunggu hantar surat resign. Haih..hati tu teringin nak kerja jauh dari rumah, nak belajar berdikari, tapi tak suka driving. Ko ingat semua tempat dalam Malaysia ni ada public transport macam KL! Lama sangat ni duduk dalam zon selesa. Tu yang jadi malas menternak kolestrol.

Tak pun aku ni kena gi bercuti la. Takde sesape nak pinang aku pergi travel ke? Sila hantarkan cadangan anda. Kena dengan bajet dan tempat, kita onz! Local boleh, oversea pun OK kalau tak banyak terma dan syarat.

Kau dah kenapa, orang sibuk nak raya kau sibuk nak travel. Aduh...

Read More

Review The Batman - Adakah ini filem Batman terbaik?

Thursday 21 April 2022

Aku stream filem ni di applikasi Astro Go melalui HBO Max. Durasi 2 jam 48 minit tu tak tertanggung rasanya untuk menonton filem yang 'gelap' dan berat seperti ini  di wayang. Bukan filem penuh warna-warni dan banyak karekter macam Avengers Endgame (3 jam 2 minit) atau My Name Is Khan (2 jam 45 minit) yang ada keindahan bandar San Francisco dan manis senyum Shah Rukh Khan. Kedua filem tu aku tak ada masalah untuk tonton di wayang walaupun lama.

They think I'm hiding in the shadow, but I am the shadow

Filem ini berkisarkan Batman/ Bruce Wayne yang masih muda, lakonan Robert Pattinson yang menggelar dirinya sebagai 'Vengeance'. Batman berkeliaran di bandar Gotham di waktu malam untuk menghapuskan kejahatan. Hanya Liuetenan Gordon (Jeffrey Wright) yang percaya pada kejujuran Batman dan selalu meminta pertolongan Batman membanteras jenayah.

Menjelang pilihanraya datuk bandar Gotham yang baru, salah seorang calon iaitu Don Mitchell telah dibunuh dengan kejam oleh 'Riddler' (Paul Dano). Liutenan Gordon meminta bantuan Batman menyelesaikan kes tersebut. Campur tangan Batman membawanya bertemu Cat Lady (Zoe Kravitz) dan membongkar korupsi orang-orang ternama di Gotham seperti Falcone ( John Torturo) dan Oz/Penguin (Collin Ferrel).

Satu demi satu pembunuhan kejam berlaku atas nama 'keadilan' dan sisi gelap keluarga Wayne mula terdedah. Siapa sebenarnya Riddler dan kenapa dia benci pada Bruce Wayne, korang kenalah tengok sendiri.


My Review?

Antara tarikan utama aku menonton filem ini adalah kerana pemilihan Robert Pattinson sebagai Batman. Lama sangat aku tak menonton lakonan dia sejak filem-filem Twilight 10 tahun dahulu. Aku rasa dia ni memang vampire in real life sebab muka tak makan usia langsung! Pattinson sebagai Batman / Bruce Wayne berbeza jika dibanding versi Val Kilmer, Christian Bale, Ben Affleck dan pelakon-pelakon filem Batman sebelumnya yang lebih matang, suka mempamerkan kekayaan dan sentiasa dikelilingi perempuan.

Walaupun asalnya aku skeptical, tapi aku puji pemilihan Robert Pattinson sebagai Batman. He nailed it! Aura misteri tapi penuh muslihat berjaya ditampilkan sebaiknya. Bukan dia sahaja, pelakon-pelakon lain pun berjaya menghidupkan watak-watak mereka. Aku paling suka babak Gordon dan Batman menyoal siasat Penguin. Hilang hensem Collin Ferrel disolek tua. 

Sinematografi dan syot filem ni pun cantik walaupun banyak bermain dengan tona gelap dan waktu malam. Aksi dan dialog seimbang. Takdelah asyik cakap takde gaduh atau scene berlawan yang terlampau lama sampai penonton bosan.


Riddler yang kejam tapi suka berteka-teki. Jauh berbeza dengan karekter Riddler lakonan Jim Carrey dalam Batman Forever

Filem 'The Batman' bagi aku adalah filem yang menarik dan berbeza dengan filem Batman lain. Dalam filem ini, watak Batman awalnya lebih bersifat detektif berbanding superhero. Kronologi filem juga simple, bila kita dibawa menyelesaikan satu demi satu teka-teki dalam merungkai misteri kemarahan Riddler.

Kita juga boleh nampak kesedihan Bruce Wayne sebagai seorang anak yang kehilangan kedua ibu bapa yang dibunuh dengan kejam. Filem ni ibarat backstory kepada kisah Batman. Bagaimana dia mula perkenalkan diri kepada penduduk Gotham, persahabatan dengan Gordon dan hubungan dengan pembantunya Alfred.

Satu sahaja perkara agak disturbing bagi aku iaitu background music yang hampir sama dengan 'Imperial March' filem Star Wars. Terutama bila scene car chase Batman dan Penguin. Terganggu mood bila terbayang muka Darth Vader dan Stormtrooper.

So..rekemen ke tidak? Definitely! Tonton jika korang memang peminat watak Batman terutama trilogi  Dark Knight dan Batman vs Superman Dawn of Justice. Adakah ini filem Batman terbaik? Kalau korang tanya aku, aku masih meletakkan 'The Dark Knight' di tangga teratas disusuli The Dark Knight Rises dan barulah filem ini. Pendapat masing-masing. Aku harap filem The Batman ada sambungan dan ditambah watak-watak ikonik lain seperti Joker dan Robin.

Korang ada ke yang dah tengok filem ni? Best ke tidak? Atau hambar dan gelap seperti gelapnya kota Gotham yang penuh bayang-bayang dendam..
Read More

Antong Coffee Mill Taiping - Kilang Kopi Bersejarah

Wednesday 13 April 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Masih lagi cerita di Taiping. Hari kedua, lepas sarapan di homestay, kami ke Antong Coffee Mill. Kilang kopi Antong merupakan salah satu tarikan di Taiping kerana kaya dengan sejarah.


Aun Tong Sdn Bhd was founded in 1933 in Taiping, Perak. Its founder, Mr. Tiah Ee Mooi has made his coffee a popular drink among the locals, with his signatured product “Antong” remains a favorite brew among coffee lovers, both local and abroad.

After half a century, Antong Sdn Bhd has grown from strength to strength developing into a modern coffee roaster. Researching the best business practice, Antong is capable of producing 10 tons of roasted coffee beans per day.

Today, after 80 years in the coffee trade, Antong has perfected the art of coffee roasting to accommodate customers’ expectations and satisfy multiple demands.

Sumber: Laman Web Rasmi

Memanglah bersejarah lah kan, dah wujud hampir 90 tahun (Official website tak  update). Ini kali pertama aku melawat kilang kopi, so nak tahu apa yang best ada kat sini.


Rumah berwarna kuning dalam gambar di atas bukanlah kilang, tapi 'Aun Tong', rumah di mana Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen menginap semasa berada berada di Taiping. Dr. Sun Yat Sen merupakan figura yang amat terkenal di China kerana mendiang merupakan orang yang mencetuskan revolusi di China dan menggulingkan Dinasti Qing. Kalau melawat negara-negara yang ada ramai kaum Cina macam Hong Kong, Macau dan Taiwan pasti akan jumpa memorial atau rumah peringatan Dr. Sun Yat Sen. 

Chen Cuifen pula adalah wanita yang tiada siapa tahu apa hubungan sebenarnya dengan Dr. Sun Yat Sen. Ada yang kata kekasih gelap, ada kata kawan baik dan juga teman seperjuangan. Boleh baca di SINI kalau nak tau lebih tentang sejarah mereka berdua. Kisah yang menarik, tapi sebagai wanita, rasa kesian pun ada.


Aun Tong kini dah dijadikan muzium. Nak masuk muzium kena melalui kedai kopi Antong dahulu. Pintu depan tak bukak. Boleh pilih Kopi O Kaw atau White Coffee. Ada juga jual kopi panas yang diorang brew sendiri. Nak yang sejuk pun ada. Tapi tak bubuh ais lah. Diorang letak dalam fridge. Somehow aku lupa ambil gambar. Huhu.


Credit Pix : FB Antong Coffee
 
Kita shopping kemudian ye. Jom melawat muzium dulu. Kedai kopi dan muzium bersambung.

Teruja tengok barang-barang antik yang ada dalam muzium ni.





Dalam muzium ni jugak boleh lihat gambar-gambar dan news clipping tentang Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen. Ada juga tentang sejarah kilang kopi Antong.

Lepas beli kopi, boleh duduk-duduk minum di kawasan lapang yang disediakan.




Apa rasa kopi Antong? Pada pendapat aku, kopi dia rasa asap/salai. Biji kopi dipanggang dengan cara tradisi meggunakan dapur kayu, jadi rasanya berbeza dengan kopi lain yang ada di pasaran. Personally aku kurang suka sebab bau dan rasa asap tu kuat. Mak ayah aku suka. Kitorang beli a few pack bawak balik, abang ipar aku pun suka. So bergantung pada orang.

In every cup of Antong coffee, you will enjoy the rich aroma from our original coffee recipe. Roasting coffee beans in wood fired oven by men, our coffee beans are roasted to a perfectly deep, dark color that will surely awaken your senses as you indulge in the smooth flavor. Sumber : FB Antong Coffee

Tapi kopi dia memang kaw tau. Aku minum sikit je tapi cerah biji mata.

Kopi Antong ni takde pulak aku nampak jual di kedai-kedai di KL. Mungkin jugak aku yang kurang alert sebab aku bukanlah hantu kopi. Kalau korang berminat nak rasa, boleh beli online di SINI. Di Shopee pun ada.


Kalau nak melawat kilang kopi, boleh ke bangunan di sebelah.



Antong coffee halal status is stated here



Memandangkan kami datang hari Ahad, kilang kopi tak dibuka kepada pengunjung. Sayang jugaklah. Kalau berpeluang ke sini lagi, aku harap dapat melihat proses pembuatan kopi Antong yang rasanya unik ni.

Coffee Production Tour Operation Hours (Monday-Saturday, close on Public Holidays) 
: 8.30am-11.30am
: 2.00pm-4.00pm 

Aku rasa kilang kecik dan klasik ni setakat untuk demo kepada pengunjung sahaja. Ada sebuah lagi bangunan putih besar bersebelahan Aun Tong yang tidak dibenarkan masuk. Di situlah pengeluaran kopi berskala besar dilakukan. Rupanya brand Aun Tong ni popular juga. Aku baru kali ni tahu. Selalu minum Starbucks 434 dan Kopi Hang Tuah sahaja.

Untuk yang berminat melawat Antong Coffee Mill ni, bolehlah singgah di :

Antong Sdn Bhd
8A, Jalan Syed Burhan, Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak DR, Malaysia.
Tel: +605 807 5189 / +605 807 3526
Fax: +605 806 4645
Untuk lawatan berkumpulan: +6014 900 0055

Dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi - 5.30 petang.

Bagi aku tempat ni menarik dan ada parking yang luas. Sesuai untuk penggemar fotografi. Serius aku cakap. Kalau orang minat tangkap gambar, bawak DSLR, mahu berpuluh-puluh gambar boleh diambil.

OK lah tu je nak share. Thanks for reading!
Read More

Penulis Yang Disayangi Tuhan - Perkongsian Buku

Saturday 9 April 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku janjikan, ini perkongsian buku Penulis Yang Disayangi Tuhan yang aku terima dari Kak Ujie hasil cabutan bertuah segmen 'Nak Buku Percuma?'

Judul :PENULIS YANG DISAYANGI TUHAN

Penulis: Bahruddin Bekri

Bilangan m/s: 388

Genre : Fiksyen

Penerbit : Jiwa

Tahun Terbitan: 2021 

ISBN:9789671826096

Sinopsis : Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi-seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitnya gulung tikar!

Serta-merta, hidup Usamah jatuh miskin hingga dia terpaksa hidup di kawasan setinggan. Semangat menulisnya juga hilang. Usamah mahu keluar daripada kemelut  kesusahan ini, lalu dia meminta bantuan Johari Salim, seorang penulis legenda.

Namun hendak mendapatkan semula semangat menulis bukannya mudah. Johari Salim menetapkan syarat pada Usamah untuk bertemu dengan lima bekas penulis hebat bagi mengetahui rahsia mereka. Dalam masa yang sama, jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit, memerlukan bantuannya daripada terus menjadi mangsa peras ugut.

Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya? Apa rahsia yang dikongsikan lima penulis tersebut? Dan bagaimana pula nasib jiran warga Indonesianya itu? 


Kali pertama baca review novel ni di blog Kak Ujie, aku memang dah tertarik nak membacanya, tapi sebab ada lambakan buku tak berbaca dalam simpanan, aku hold dulu. Terperap buku tu dalam cart Shopee. Tapi kalau rezeki tak ke mana, sampai jugak novel berwarna ungu ni ke tangan. Tapi ada syaratnya ...  perlu membaca dan membuat perkongsian dalam masa sebulan dari tarikh buku diterima. Memandangkan hidup aku lately begitu mundane..so challenge accepted!

Awal-awal aku nak bagitau yang aku tak mahir menulis ulasan buku. Bagi aku tak semudah membuat ulasan filem mahupun ulasan perlawanan bola sepak kerana membaca perlukan imaginasi. Apa yang aku nampak dan faham, belum tentu sama dengan orang lain. Ewah.

So, here goes, aku tulis dalam bentuk point lah ye

  1. Menjadi seorang penulis adalah tanggungjawab yang besar. Hasil tulisan seorang penulis boleh membawa ke syurga, ataupun neraka.
  2. "Dalam dunia ni, duit umpama air di dalam tangki. Sekiranya kita cuai menutup pili, setitis demi setitis pasti air akan habis walau sebesar mana pun tangki itu. Apatah lagi kalau kamu membuka pilinya sepuas hati." Antara dialog yang aku suka dalam novel ni, tentang pentingnya berjimat cermat di waktu senang.
  3. Sabar adalah sifat yang paling penting bagi seorang penulis. Sabar bila dikritik, sabar ketika menulis dan sabar kalau tulisan tak mendapat sambutan.
  4. Penulis yang baik adalah yang mampu mengubah emosi manusia
  5. Satu penipuan akan membawa kepada penipuan yang lain. Ini merujuk kepada 'lakonan' jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit yang pura-pura ingin berbaik dengan Usamah kerana menyangka dia adalah polis yang ingin menangkap mereka. 
  6. Novel ni juga mengajar tentang ilmu dan teknik penulisan secara tidak langsung. Penulis karya kreatif sesuai baca novel ni
  7. Semakin banyak proses yang perlu dilalui, semakin baik hasilnya. Contohnya misi Johari Salim pada Usamah, ada pengajarannya tersendiri di setiap langkah.
  8. Nafsu dendam dan marah itulah yang merosakkan manusia.
  9. Walaupun menulis dengan niat yang baik, ingin memberi pengajaran, tidak perlu berlebihan dalam menulis tentang kejahatan dan keburukan watak-watak. Contohnya filem-filem Malaysia. 90% adegan negatif dan maksiat, adegan insafnya 10% sahaja.
  10. Nak jadi penulis yang disayang Tuhan? Menulislah dengan asas Tauhid dan menerbitkan keinginan manusia mencari redha dan rahmat-Nya.
Cukuplah 10. Rekemen ke tidak? Hihly recommended! Paling sesuai dibaca penulis karya kreatif yang ingin menjadi penulis yang disayang Tuhan. Aku suka gaya bahasa dan plotnya yang senang difahami. Watak-wataknya juga digambarkan dengan baik. 

Boleh beli buku ni di Shopee Jejak Tarbiah, Bookcafe atau mana-mana portal jual buku online kegemaran korang. Di kedai fizikal aku tak pasti, sebab dah lama tak ke kedai buku. Novel yang unik dan banyak pengajaran dan ilmu tentang penulisan.

Siapa yang dah baca buku ni, sharelah review korang pulak di ruangan komen. Ataupun kalau korang ada cadangan buku yang lebih kurang sama bolehlah rekemen. Terima kasih sudi membaca perkongsian aku.

Read More

Aktiviti malam di Taiping - Spritzer Eco Park dan Le'pak Kitchen

Friday 1 April 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita di Taiping. Lepas check in homestay pukul 3 lebih, kami keluar balik lepas Maghrib. Nak ke Spritzer Eco Park. Plan asal nak pergi tempat ni lepas balik dari kilang arang, tapi dah hujan mencurah-curah, terpaksalah postpone. Tengok waktu operasi, sampai pukul 9 malam je jadi kenalah cepat. Setengah jam perjalanan dari homestay.

Agak mencabar nak ke tempat ni sebab dah malam, tempatnya pulak jauh ke dalam. Kiri kanan pokok, siap ada monyet melepak tengah jalan. Dah nama pun eco park, so mestilah dikelilingi alam semulajadi ye tak. Agak tak sedap hati jugak. Dahlah bawak budk-budak. Drive aje ikut Waze, tetibe nampak ada pondok Pak Guard. Rupanya dah sampai.. 


Dari jauh dah nampak signboard 'Spritzer Eco Park'. Ada parking yang luas disediakan untuk pengunjung. Tapi orang dah tak ramai.

Spritzer Eco Park ini dibuka pada 8 Julai 2015 oleh Spritzer Bhd, antara syarikat pengeluar air mineral terbesar di Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Eco Park ini. 

More than just drinks, Spritzer wants to include Malaysian in its love for nature, as well as educating them on to discovers the benefits of preserving nature, how to be its good friend and how Spritzers products come from a pristine and natural source - Spritzer Malaysia Eco Park


Tarikan di Spritzer Eco Park

1. Basketball Court
2. '3 Wise Monkey' - Photo Op
3. 'May Peace Prevail on Earth' - Photo Op
4. Kids Zone
5. Watershop
6. The Discovery Tunnel
7. STG Cafe
8. River Deck
9. Eco Park Signage - Photo Op
10. Gift & Memories
11. Mini Golf Ticketing Counter
12. Entrance Arch
13. Boardwalk Sleepers
14. 18 Holes Mini Golf
15. 'Lovely Heart' - Photo Op
16. 'Forever Love' - Photo Op
17. 'Cactus Rock' - Photo Op




Cantik tau tempat ni. Jenuh aku mengejar anak sedara aku nak berlari


18 Holes Mini Golf. 

Plan asal kalau datang petang, nak main golf di sini, tapi takde rezeki. Teringin jugaklah nak pegang kayu golf walaupun entah-entah aku ni gaya Mr.Bean je nanti.

Waktu operasi : 10 pagi - 7.30 malam
Bayaran : Dewasa - Rm 12, Kanak-kanak - RM 8


Panik sekejap nampak signboard ni. Aku dahlah paranoid. Tapi Alhamdulillah tak jumpa apa-apa haiwan berbisa.


Cintailah udara, kerana tanpanya anda tak mampu bernafas


Lovelock ala-ala di France gitu. Padan muka sendu. Siapa suruh single


Aku nak bergambar, si Bulat tu pun sibuk


Ada oversea vibe tak?


Belanja selfie tuan rumah. Jangan marah haa.... Filter je lebih.


Masa ni dah Januari, tapi masih ada deko Krismas menggunakan botol Spritzer terbuang



Personally, selain dari ambil gambar di hiasan berlampu di perkarangan Eco Park, tempat ni sebenarnya lagi menarik di siang hari. Kat tempat ni banyak anak-anak saudara aku je yang bergambar tapi aku tak share lah, anak orang bukan anak aku. Kelebihan datang waktu malam, cuaca tak panas dan orang tak ramai. Rileks je jalan-jalan ambil angin malam. Dahlah baru lepas hujan. Memang tempat yang bagus untuk menenangkan fikiran.

If berpeluang datang ke sini lagi pada waktu siang, aku nak explore Discovery Tunnel (dah tutup masa kami datang) dan melawat Natural Mineral Water Bottling Plant. Teringin jugak kan nak tahu macamana air mineral Spritzer dihasilkan.

Untuk lebih info tentang waktu lawatan ke bottling plant, korang boleh email dahulu di info_ecopark@spritzer.com.my atau call 05-807 2663.

Spritzer Eco Park
Lot 898, Jalan Reservoir, 
Off Jalan Air Kuning, 
34000 Taiping, Perak

Waze / GMap : Spritzer Eco Park
05-807 2663
Email : info_ecopark@spritzer.com.my

Park pun dah nak tutup, kitorang pun dah lapar, so singgah makan di Le'pak Kitchen. Kawan adik aku suggest tempat ni sebab ada banyak pilihan dan luas. Nak makanan western atau local, boleh pilih ikut selera masing-masing.



Lamb Grill


Nasi Goreng with Chicken Grill


Desert ni aku dah lupa nama


Nasi goreng Pattaya Calypot kot nama dia. Aku dah lupa

Overall OK la makan di sini. Banyak pilihan, tapi orang nya ramai Ya Ampun. Lain menu, lain gerai yang masak, so tabah jelah kalau tengok order orang lain sampai dulu tapi kita punya lambat. Tempat ni hipster sikit la, tapi orang tak melepak sangat sebab nak bagi peluang orang lain pulak duduk makan. Aku sempat snap gambar 4 menu ni jelah. Terpaksa duduk split meja sebab SOP masa tu tak boleh gabung meja. Sekarang OK dah kot.

Habis makan, masing-masing dah keletihan so balik homestay. Esok nak berjalan lagi. Ke mana kita? Nantilah sambung entry

p/s: Maaflah kalau korang baca entry ada gambar makanan ni time dah masuk bulan Ramadan.

Read More