2018 - Setahun sudah berlalu

Saturday 29 December 2018

Assalamualaikum dan hai semua. Tu dia tajuk entry aku. Jiwang sungguh macam lagu Alleycats. Hahaha.

Haih, rindunya nak menaip panjang-panjang. Hari ni dapat jugak peluang. Aku menghilang dari blogging tak pergi mana pun. Cuma bila adik aku yang bongsu tu cuti tunggu grad, wi-fi terpaksa dikongsi. Internet jadi slow dan aku jadi malas. Kat office memang mustahil untuk blogging kerana aku kerja bahagian front desk. CCTV belakang kepala dan ada partner di sebelah. Memang takde privacy langsung. Since adik aku dah dapat kerja tempat lain dan dah tak duduk sekali, barulah aku dapat menikmati internet dengan lancar. See...aku kakak yang berkorban. Hahaha. Padahal kedekut nak ambil pakej internet yang lebih laju.

Ramai yang tanya aku kenapa 2018 ni aku kurang travel. Jawapannya adalah kerana aku terpaksa berjimat. Senang cerita macam nilah. Aku hilang duit sebab aku invest in business tapi business tu rugi. Mungkin aku tak cukup ilmu atau aku kena tipu. Allah saja yang tahu. Benda tu jadi masa 2017, so aku hilang saving beribu. Ah..aku malas la nak cerita. Buat sakit hati.

Aku cuma dapat travel 2 kali. Tu pun atas belas ihsan orang. Aku pergi Jeju pinjam duit hamba Allah ni dan Mak dia. Aku bayar sikit-sikit lepas dapat gaji. Ya korang kecamlah aku sebab sanggup berhutang demi nak travel, tapi 2 Hamba Allah yang baik hati ni sanggup bayarkan dulu sebab nak aku join diorang sekali. Ha...boleh agak kan aku cakap pasal siapa? Aku sangat-sangat berterima kasih kat diorang walaupun dah banyak kali diorang cakap jangan cerita kat orang pasal benda ni. Huhuhu.

So, travel lagi sekali tu gi mana? Yang ni aku buat entry lain. Ni pun pinjam duit travelmate dan bayar lepas dapat gaji. Wey tak malu!! Hahaha. Nak buat cmane, company aku keje pun tak untung so budget cut, takde event, takde OT, bonus jauh sekali!

Sneak peek. Hampa terer mesti boleh teka aku gi mana

Tahun ni jugak aku terpaksa spend beribu untuk repair kulit aku sebab tersalah pakai produk. Bukan sebab produk tu tak bagus tapi sebab kulit aku yang tak tahan dengan ingredients dalam tu. Aku naik jerawat secara menggila sampaikan aku tengok muka sendiri dalam cermin pun benci. Bukan setakat jerawat, dia punya gatal rasa nak garu muka kat tar jalan. Aku jadi malu nak menghadap orang. Nak tak nak kena jumpa dermatologist. Alhamdulillah sekarang jerawat dah surut cuma parut je tinggal. Yang ni aku guna skincare jelah, tak mampu nak buat rawatan laser.

Nampak tak menggerutu pipi dan dahi. Ni pun aku ambil gambar pakai filter. Kalau takde filter lagi jahanam.

Tahun ni juga aku  kehilangan arwah atuk aku. Alfatihah untuk Mohamad Yasin bin Mohd Taha. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Banyak kenangan dengan arwah dari aku kecik sampai ke besar gajah. Sedih jangan cakaplah. Tu atuk aku yang terakhir, pas ni kena menumpang kasih atuk orang.

Gambar throwback arwah 25 tahun dulu. Aku tepek sini takut hilang

So selain dari struggle dengan duit, aku juga struggle in relationship. Apa yang jadi aku salahkan diri sendiri. Kerana sibuk dengan dia, aku terlupa Tuhan. Ampunkan aku Ya Allah. Kerana meletakkan pengharapan pada manusia melebihi penggantungan kepada-Mu. Sekarang ni aku malas nak fikir. Malas nak menangis. Malas nak berharap. Kalau dia nak kat aku, dia taulah apa dia nak buat. Kalau dia tak nak, OK bye. Allah Maha Mengetahui. Tapi dalam hati sebenarnya sayang gila wei takkan nak tinggal macam tu je

2019 bakal menjelma, aku doa yang baik-baik aje untuk aku dan korang semua. Walaupun aku banyak makan hati tahun ni, tapi dapat jugak tumpang kebahagiaan ahli keluarga dan rakan-rakan lain. Tengok ada yang dapat baby, naik pelamin, dapat kuruskan badan, gi travel sana sini, dapat kerja baru... Chin up woman, life is not always about you! Aku bersyukur ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang masih sayangkan aku. Masih sihat, ada kerja tetap dan hidup yang selesa. Cukup makan pakai tidur semua.

Tahun depan Insha Allah tambah anak saudara baru. Oh ya bulan 1 ni aku nak bukak braces. Tak sabar nak makan puas-puas. Plan travel takde lagi, mungkin kena tunggu kewangan stabil balik.

Lupa pulak ucapan wajib untuk rakan-rakan Liverpool. Next Year Will Be Our Year! Jangan berulang mimpi ngeri 2008/09 dan 2013/14 sudahla.

Happy New Year lovely people! Thanks sudi support blog aku. Insha Allah akan rajinkan diri menulis. Till then, thanks for reading!
Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 5

Tuesday 20 November 2018

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita Jeju dengan rakus bagaikan dah tak ada hari esok.

Hari ketiga di Jeju, kami ke Jusangjeolli. Ada apa di Jusangjeolli?


Berdasarkan pemahaman aku, tebing Jusangjeolli merupakan batu gunung berapi yang terbentuk apabila Gunung Hallasan meletus lalu lavanya mengalir ke laut Jungmun. Lava yang menyejuk lalu mengeras telah membentuk formasi batuan bersegi sepanjang 2 km.


Teringat Melbourne pulak

Takde apa nak dibuat di sini selain tangkap gambar dan enjoy the scenery


Yang tukang tangkap gambar tulah Anne

Ada Ahjumma jual abalone. Makan gitu je OK takde masak-masak

Boleh jugak singgah beli sotong bakar dan aiskrim Hallabong di gerai-gerai luar ni

Settle kat sini, naik kereta ke destinasi seterusnya iaitu Cheonjeyeon Falls.


Bayaran untuk masuk

Ikut suka kome la nak gi paling jauh dulu ke paling dekat dulu ke

Kami pergi yang dekat dulu. Jadi ayuhlah ke kanan pusing

Tangga di sini agak curam dan berbatu. Kena hati-hati bila melangkah

Air terjunnya kat bawah tu ha

Tapi tulah, agak kecewa sebab tengok air keruh. Nak buat cmane, hari sebelumnya hujan lebat. Air terjunnya mengalir halus je.

Air yang tenang, jangan disangka boleh berenang

Tinggalkan air terjun pertama, mari yang kedua pulak

Syukurlah yang ini laluannya tak berbatu macam tadi

Sepanjang perjalanan nak ke air terjun ke dua dah boleh nampak sungai

Tu dah nampak air terjunnya tapi masih kena menapak

Mari kita ke bawah sana

 Yang kedua ni agak meriah walaupun air sedikit keruh

Nak senyum nampak gigi, malu sebab rongak. So terimalah senyuman super awkward dari aku

Air terjun yang kedua ni boleh bergambar dari atas pangkin yang dibina ni je, tak boleh berdiri atas batu macam yang pertama.

 Kat sini jangan memandai je melangkah. Ikut trail yang disediakan

Kami nak ke Seonimgyo Bridge pulak. Tak silap aku jambatan ni diukir dengan watak-watak dongeng rakyat Pulau Jeju

Kena menapak lagi. Kelihatan Kak Husna sedang memberi motivasi kepada Siti

Tak sure plak aku bridge ni malam-malam bukak ke tidak tapi ada lampu. Entahlah. Pergi membabi buta takde research macam ni lah

Maaflah sis takde mafla lain, so bawak jela mafla kepam Liverpool tu. Tapi tak sehebat mafla kakak kita si Anies tu sebab dah sampai Emirates. Emirates takpe, jangan ko gi Anfield tak ajak. 

So, adakah kami menyambung perjalanan ke air terjun ke tiga? Jawapannya adalah tidak sebab kaki dah tak larat. So marilah ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Ha...tunggu next entry OK. Thanks for reading.

Kredit gambar dan story mory : Siti Yang Menaip

Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 4

Saturday 17 November 2018

Assalamualaikum semua. I'm back!!!

Rasanya dekat 3 bulan tak jenguk blog ni. Buat yang tertanya-tanya aku hilang ke mana, hakikatnya aku ada je kat sini. Masih sihat Alhamdulillah dan bahagia bersama keluarga tercinta. Masih bekerja di tempat sama dan berkawan dengan orang yang sama. Cuma itulah, malas mungkin.

Tak tahulah kenapa setelah sekian lama aku rasa nak blogging. So marilah sambung cerita Jeju.

Allrite, lepas menikmati keindahan berjalan-jalan di Hutan Jeolmul, Anne nak bawa kami melalui 'Mysterious Road'. Apa yang misteri sangat jalan ni?


Sesiapa yang minat dengan fenomena 'Ilusi Optik' mesti akan rasa kagum dengan jalan ni. Jalan ni nampak macam menaik, tapi kalau ikut logik graviti, kita nak naik bukit kenalah tekan minyak ye tak? Instead of tekan minyak, Anne free gear tapi kereta still boleh berjalan ke hadapan. Sebabnya adalah jalan tu sebenarnya menurun, tapi nampak macam menaik disebabkan keadaan sekeliling.

Kami ceria walaupun kehujanan

Singgah kejap beli susu pisang viral

Kejap je kami kat sini sebab perut dah kelaparan. So, sebelum ke destinasi seterusnya kami singgah makan di kedai yang sama kami makan hari pertama sampai.


Lepas makan gi shopping pulak. Kami ke Jeju Dongmun Traditional Market.



Disebabkan aku ni first time sampai Korea, so agak teruja la nak beli FM dengan keychain Korea macam dalam gambar atas ni. Tapi menurut Siti yang dah pernah ke Seoul-Busan, dia kata harga souvenir di Jeju agak mahal. Kalau ikut logik, nak import dari mainland ada kos tambahan, so bolehla faham kenapa mahal. Tapi ada jugak FM dan keychain trademark 'Jeju'. Kalau yang tu berbaloi korang beli kat sini. Kat Seoul ke Busan ke Pyong Yang ke tak jumpa dah.


Kalau nak souvenir yang berbaloi dan rare, belilah makanan berasaskan limau macam jam, kordial, teh ataupun coklat. Kenapa limau? Ha..kalau korang nak tahu, Pulau Jeju ni terkenal dengan kandang harimau ladang limaunya.


Nak lagi rare beli limau terus. Tapi kalau nak beli untuk bawak balik ke Malaysia janganla beli awal-awal. Nanti rosak pulak. Beli untuk makan sendiri takpe.

Keadaan dalam pasar Dongmun. Diorang ni pasar basah ke kering dia gabung je sekali. Tapi pasar diorang bersih. Ni aku puji.


Makanan goreng-goreng macam ni pun ada jual. Untuk pengetahuan korang, nak cari kedai makan yang ada cop 'Halal' di Jeju adalah mustahil. Anne kata kat Jeju ni bilangan muslim sangatlah sedikit. Boleh bilang dengan jari agaknya, tu pun orang-orang luar yang bekerja kat situ macam diorang. So orang di Jeju takde pendedahan tentang agama Islam, so obviously diorang tak tau pun halal tu apa. Nak makan kat gerai-gerai macam ni kenalah bertanya. If korang ni memang super strict bab makanan mungkin kena fikir banyak kali.

Oh ye, selain dari limau, makanan yang famous di Jeju adalah babi hitam. Black pork merupakan antara industri terbesar di Jeju. Hahaha, sorrylah buat tekak korang kembang. Tapi ketahuilah itulah perasaan aku bila navigate pasar ni. Kena hati-hati melangkah, lagi-lagi di kawasan berair. Elakkan tangan tu dari dok meliar nak pegang semua gerai takut terpegang oink oink dah satu hal nak korek tanah nak samak.

Jangan mintak gambar gerai babi hitam kat aku ye. Kitorang jalan cepat-cepat bila lalu area diorang. Kahkahkah.

Situlah jual ikan, situlah jual babi. Ah babi betul. Hahaha. Nasiblah, kita gi negara orang kenalah hormat culture dia. Pandai-pandaila nak hidup

Setelah membeli souvenir dan melihat suasana pasar Dongmun, Anne bawak aku ngan Siti ke Jungang Underground Shopping Centre. Sib baik bukan jongang. Terasa hakak yang bergigi besi masa tu. The Makciks tak nak ikut sebab time tu hujan lagipun diorang dah banyak membeli. So kami bertiga jelah. Dekat je boleh jalan kaki.



Sini dijamin takde babi. Manusia berperangai babi aku tak jamin.

Kat Jungang ni selain dari baju-baju dan beg, kat sini ada banyak kedai jual skincare dan makeup Korea. Kalau korang yang memang suka pakai produk Korea bolehla usha kat sini.

Lepas settle shopping di Jungang, kami kembali ke Dongmun sebab nak balik ke hotel. Patah kaki dah menyopping. Perut pun dah lapar.

Dinner malam ni adalah pizza. Aku makan pizza ni dengan harapan bangun-bangun pagi nanti kaki aku jadi panjang dan kulit flawless cam awek KPop kat kotak pizza ni

Banyak pulak diorang ni order. Mana habis wei!

Malam tu lepak bilik je layan bola dan susu pisang

Credit gambar : http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

Actually, selain dari gambar, nak say thanks to Siti jugak sebab kebanyakan isi cerita ni aku cedok dari blog dia. Hahaha. Dah hilang ingatan weh.

Insha Allah aku akan sambung next entry secepat mungkin. Thanks for reading!
Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 3

Tuesday 21 August 2018

Assalamualaikum semua! Ya Allah lamanya blog aku ni terabai. Dari Raya Aidilfitri membawa ke Raya Aidiladha kekdahnya! Entah apa yang aku sibuk pun aku tak tau lah wei. Hahaha

So, hari kedua di Jeju, pagi-pagi lagi kitorang bangun untuk breakfast. Di Hotel Champion ni, breakfast disediakan. Tapi menu yang ada hanyalah roti, telur goreng (ada tukang masak perempuan berbangsa Korea yang gorengkan upon request), coffee, orange juice, baked beans dan cereal. Memandangkan takde menu berasaskan daging, yakin sahaja lah semua ni halal dan makan dengan tenang.

Dewan makan

Gambar dewan makan kosong ni aku ambil sehari sebelumnya. Dekat hotel ni ramai traveller Malaysia lain dan semuanya macam kitorang, ikut Jeju Muslim Travel. Lepas makan, kitorang siap-siap tunggu Ann datang amik.

 Cuaca kurang baik. Hujan renyai-renyai

Tempat pertama kitorang pergi pagi tu, Saebyeol Oreum

Sebagai seorang tourist yang clueless, aku tak buat research awal pun Saebyeol Oreum ni tempat apa. Korang nak tau bacalah bawah ni.


Memandangkan hujan, memang turn off la nak amik gambar. Ann kata tempat ni lagi lawa time musim panas. Musim sejuk, lagi-lagi hujan memang takde orang, tapi since dah masuk itinerary, pergi jelah. Bila aku tengok google image memang cantik tempat ni walaupun setakat dipenuhi bunga lalang.

Walaupun dalam gambar tak nampak, tapi hujan agak kasar sebenarnya time ni

Hujan mencurah-curah, tapi masih nak pose gedik. Haha

Next, kami dibawa ke Jeolmul Forest. Macam nama kugiran 90-an pulak, Jelmol. Tapi tu Jelmol - Rinduku Tiada Berteman. Rindu aku? In case korang lupa, trip aku ni Trip Patah Hati. So, meh tengok, sape teman aku nak rindu-rinduan kat Jeju ni.

View dari dalam kereta on the way ke Jeolmul Forest. Salji di mana-mana.

Nak masuk ke Jeolmul Forest ni ada bayaran. Harga dalam Ringgit Malaysia tu korang convert lah sendiri ikut rate semasa. 

Saranghae!

Aku rasa time musim panas or kalau hari tak hujan, boleh berpiknik atas pangkin-pangkin kayu tu.

Berjalanlah sejauh mana kaki korang larat nak melangkah

Salju di danau rindu

 Rasa macam dalam cerita seram pun ada dengan kabus ni

 Ada log cabin kalau u olls nak menginap

Kami bertiga je masuk. The Makciks tak nak ikut

Sebelum balik, boleh bersihkan salji pakai alat ni. Bukan air yang keluar tapi angin. Kau tengok angin punya kuat sampai aku macam nak tumbang. Hahaha, takdelah. Aku memang sentiasa tak balance, takde kena-mengena pun

So, dah keluar masuk hutan next kita ke mana? Tunggu aku punya next entry ye. Thanks for reading!
Read More