Assalamualaikum dan hai semua! Entry kali ni aku nak review hotel yang aku stay satu malam sebelum pergi Pulau Perhentian. Seperti yang aku ceritakan dalam entry INI, aku sampai Kuala Besut dah petang dan disebabkan aku dah janji nak naik bot ke pulau pagi esoknya dengan Perhentian Kravers, so aku stay di Kuala Besut untuk suatu malam. Aku tak galakkan korang follow cara aku sebab membazir. Alternatif yang lebih jimat adalah naik flight pagi-pagi, sampai terus pergi jeti dan naik bot ke Pulau Perhentian. Alternatif kedua adalah naik bas tengah malam, sampai Kuala Besut pagi dah boleh terus pergi jeti.
Anyway, bilik pun dah book so kita check in jelah. Walaupun namanya Aban (slang Terengganu untuk 'Abang') Transit House, tapi yang jaganya kakak-kakak. Process check in senang je just tunjuk booking email. Aku book guna booking .com. Harga RM110 satu malam. Mahal probably sebab last minute. Area Jeti Kuala Besut ni boleh dapat hotel budget semurah RM90 kalau pandai cari dan book awal.
Aban Transit House terletak di No. A-13, Pekedaian 2 Tingkat MDB Block C, Pasar, 22300 Besut, Terengganu. Tingkat 2 tapi takde lif ye.
Katil double. Tak silap aku memang takde option katil single
TV dalam bilik. Ada basic channel Njoi. Free Wi-fi yang laju
Iron disediakan
Fridge dan mesin air Coway pun ada
Dari balkoni hotel nampak stesen bas Kuala Besut
Aku terkejut nampak TV dalam bilik. Aku ingatkan TV di lobi sahaja. Wah, ini sudah bagus. Malam aku tak plan nak keluar sebab pekan Kuala Besut ni mati di malam hari. At least itulah andaian aku.
Kawasan sekeliling. Agak sunyi. Kedai banyak tak bukak. Tapi gerai jual makanan banyaklah. Nak cari makan memang senang.
Hotel lain yang berhampiran. Olaza D'Terminal Hotel ni siap ada perkhidmatan luggage storage lagi
Makan nasi dengan tomyam for early dinner di warung berhampiran. Tomyam Terengganu ni manis sikit. OKlah aku pun bukan kaki makan pedas
Petang-petang minum Latte Kopi Mesin beli di stesen bas Stesen Bas Kuala Besut. Ini kot punca tak boleh tidur. Wallahu'alam. Huhu.
My review? OKlah selesa, tapi malam-malam bising. Hotel ni betul-betul mengadap Stesen Bas Kuala Besut. Aku kerap terjaga bunyi enjin bas. Campur tolak bunyi kereta dan motor atas jalan. Bawah hotel ni ada warung dan diorang karaoke sampai pukul 12 tengah malam! Takpelah, aku redha sebab Kuala Besut takde pusat karaoke macam KL. Biarlah diorang.
Easy on the eyes but not for the ears. So, tak digalakkan untuk golongan yang senang terjaga macam aku. Kalau jenis tidur mati OK lah kot.
Berhampiran hotel ni ada Pasaraya Pantai Timur. Sempatlah aku beli air mineral dan jajan untuk dibawa ke pulau. Tu jelah hiburan kat sini. Malam aku just tapau (walaupun dah makan tomyam+nasi) dan tengok TV dalam bilik. Aku kalau travel sorang memang akan usaha supaya dah ada di bilik menjelang Maghrib. Terutama kalau kawasan keliling accomodation tu agak sunyi. Ni tips jugak untuk korang yang nak cuba, or terpaksa berjalan sorang-sorang terutama ladies. Jangan tunjuk kita takut, tapi masih perlu berhati-hati.
Aban Transit House dalam 800 meter dari jeti. Boleh jalan kaki ataupun naik teksi RM10 di stesen bas. Teksi kampung tak pakai meter ye. Naik, atau jalan. Takde pilihan. Haha.
Lebih mudah sebenarnya kalau pilih hotel berhampiran jeti. Kalau stay hotel berhampiran jeti, nak beli souvenir pun senang. Boleh beli awal kalau takut balik nanti rushing. Kawasan jeti banyak kedai dan harga lagi murah berbanding di pulau. Aku hari tu rushing nak kejar shuttle ke airport, sempat grab beberapa keychain je. Nasib baiklah kawan-kawan dan family aku tak kisah sangat souvenir Pulau Perhentian sebab aku dah pernah bagi sebelum ni.
Nak beli souvenir, boleh cari di kedai-kedai berhampiran jeti
OKlah, tu je kisah Pulau perhentian aku. Maaf timeline tunggang-langgang. Journey aku pulang ke KL tak payah lah story ye sebab biasa je takde apa yang menarik. Aku memang rekemen Perhentian Kravers untuk sesiapa yang nak ke Pulau Perhentian terutama solo. Diorang memang jaga betul-betul sampaikan shuttle dari jeti ke airport Kota Bharu pun diorang tolong carikan. Shuttle Van RM25 sahaja seorang tapi kena share dengan tourist lain. Aku OK je, bukannya kena pangku diorang pun.
Naik van shuttle ke airport dengan tour agent ni
Thanks for reading gais! So, ke mana kita lepas ni? Hurm...tanya-tanya nak ikut ke?
Read More