Assalamualaikum dan hai semua! Lama tak tulis entry jalan-jalan. Suatu masa dahulu inilah forte utama blog aku. Throwback sewaktu hanya rentas daerah dibenarkan. Sebagai warga Selangor yang perihatin, inilah masa untuk menyumbang kepada industri pelancongan negeri. Konon. Padahal selama ni dok terbang ke sana ke sini, halaman belakang 'rumah sendiri' tak dipeduli. Bila dah dirantai kaki, baru terkedek-kedek nak ambil tahu kat mana best jalan-jalan kat Selangor ye.
Actually aku pernah ke Bukit Melawati masa sekolah rendah. Adik bongsu aku je yang tak pernah. So alang-alang dah bercuti di Kuala Selangor, kita jejaklah antara tarikan bersejarah kat situ.
Before sampai sini aku ada buat research sikit. Kalau ikut website, ada perkhidmatan tram yang disediakan untuk pengunjung dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Tapi, kalau datang hari biasa, boleh je nak drive sendiri atau hiking sampai ke puncak.
Cuaca panaih lit lit walaupun kitorang pergi dalam pukul 10 pagi
Kitorang pergi hari Khamis, so plannya nak drive sampai atas, tapi bila sampai kat gate tutup plak. Bila tanya guard, diorang cakap kena naik tram. Pelik jugak sebab ikut website, tram untuk hari cuti sahaja. Tapi tak kisahlah, sebab bayaran hanya RM 3.00 seorang. Lagipun, anggap saja sumbangan untuk tempat ni yang pastinya agak sunyi dari kunjungan pelancong angkara pandemik Covid 19. Parking di kawasan kedai-kedai berhampiran sebab lengang. Beli saja kupon parking. Bayaran di Kuala Selangor tidak semahal Ampang atau Bangsar.
Ikut SOP walaupun hanya kami berempat
Aku tak pasti sejak tahun bila tram mula beroperasi tapi setahu aku tahun 90-an dan awal 2000an belum ada lagi
Sampai puncak, driver berhenti dan kitorang explore sendiri. Dia tunggu je dalam tram so lepak lah selama mana nak.
Merah kuning lambang kebanggaann.. Selangor mencipta kejayaannn
Dari sini boleh nampak bird eye view bandar Kuala Selangor. Maybe sebab panas sangat lupa amik gambar.
Tempat melihat anak bulan
Terdapat rumah api di puncak Bukit Melawati. Masih digunakan sehingga sekarang
Ahoy mate! Teringin nak masuk ke dalam, tengok apa yang ada tapi tak dibenarkan. Maybe takut pengunjung cuit sana sini alatan dalam rumah api tu kot. Kita pose jelah.
Ada muzium! Jom masuk!
Kena mendaki sikit
Luar muzium ada meriam. Entahlah replika atau meriam betul. Ada sesiapa tahu?
Pak Haji and Mak Haji dah pernah masuk, so diorang lepak luar. Bagi chance la dating bawah pokok.
Muzium ni free je
Bukan bendera Sepanyol, tapi replika bendera pertama Selangor sebelum Kota Melawati ditawan Belanda pada tahun 1784
Sejarah negeri Selangor kurang didedahkan kepada umum kan, tak seperti sejarah Melaka. Kalau nak tahu kena ziarah muzium atau cari buku.
Ada tak perkampungan Belanda kat Selangor? Nak jugak jumpa Van Djik, Van Persie ataupunVan Basten
Senjata pahlawan Selangor dulu-dulu.
Monkey everywhere. Dance for me, dance for me, dance for me eh eh..
Takut jugak tengok monyet ada di mana-mana tapi kalau korang tak kacau dia, dia tak kacau korang pun.
Batu Hampar - Legenda mengatakan batu ni dulu digunakan untuk memancung kepala penderhaka.
Tak ada bukti kukuh betul ke tidak, tapi kalau tahun 90an dulu, orang tua-tua marah sesiapa datang sini pastu mulut cabul. Wallahu'alam.
Tembok yang merupakan sebahagian dari Kota Melawati, sebagai kubu pertahanan sewaktu menghadapi serangan Belanda
Busut Melawati - Kawasan lapang ini dikatakan tempat Sultan-sultan Selangor terdahulu bersemayam sambil melihat perlawanan sabung ayam.
Frust jugaklah sebab tak semua tempat kitorang dapat pergi. Makam Diraja dan Perigi Beracun tram tak singgah pun. Best dulu masa pergi dengan kereta sendiri sebab boleh terjah semua tempat.
Itu jelah nak cerita. Banyak lagi kisah Bukit Melawati yang tak dapat aku explore. Kalau nak ikutkan, di Malaysia ni setiap negeri ada sejarah tersendiri. Kalau berpeluang nak pergi
tempat-tempat bersejarah di Banting pulak.
Thanks for reading. Oh ye, semua gambar dirakam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Harap maklong!
Oh! Dah ada tram di situ ye. Di Bukit Malawati ini rasa nyaman betul dengan tiupan angin dari Selat Melaka. Zaman remaja purba dulu selalu datangsini dan Bukit Malawati tidak begini. Dulu keadaannya agak menyeramkan terutama tempat pancung kepala penderhaka itu. Entah betulentah tidak tak tahulah. Susunan batu-batunya pun sudah berubah. Monyetnya pun besar-besar.
ReplyDeleteAura seram Batu Hampar masih ada. Still macam meremang je bulu roma.
Deletebestnya dapat jalan2. tak pernah lagi sampai ke sini, nampak menarik juga tempat ni :)
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2021/06/hatimu-sedingin-salju.html
Rindu nak jalan-jalan.
ReplyDeleteBestnyaaa boleh masuk muzium, boleh tahu sejarah sejarah lama. Tapi tak syokkk kan sebab tak pergi ke semua tempat. Terbatas pergerakan nak pergi ke semua tempat.
ReplyDeletePergi orang bawak macam tu la. Tu sebab akak kalau travel mana-mana suka gi sendiri.
Deletecantik betul kat atas tu ya...pernah nk cuba nak naik ke sna tapi masa tu xboleh pula
ReplyDeleteCantik jugak kak PI, sebab boleh nampak view Selat Melaka dari atas
DeletePernah juga jejak sekali kat meriam atas tu. Itupun singgah kejap je sebab takut juga dengan monyet yang ada. Risau kita dia serbu tak pasal je. Teringin juga naik tram. nantilah lepas covid reda nak juga ke kuala selangor.
ReplyDeleteMonyet tu memang menakutkan. Berani sebab ada ayah je, dia pencinta haiwan. Huhu. Banyak lagi tempat best kat Kuala Selangor selain Bukit Melawati ni
Deleteyep, tak habis explore. Kalau ke sana pun sebab nak ke Sabak Bernam rumah kakak. Next timelah singgah singgah kalau sempat.
Deletems memula ddk melawati dulu dah berangan nk g sini. smpi ke sudah x pegi. lps tu ada yg ckp, kat sn byk monyet adehhh...
ReplyDeleteMemang bnyak,tapi aku acah-acah berani. Sekarang ni mampu g bukit taman melawati jelah, tengok rumah Yusof Haslam. Haha
Deleteshida tak pernah lagi jejak ke sana sal..nnt boleh terjah jika dapat pelepasan merentas kan :)
ReplyDeleteRindu sangat nak pergi jalan ke negeri orang
ReplyDeleteSeronok pulak jalan2 time tak ramai pengunjung mcm ni...rasa relaks ja..
ReplyDeleteSeronok pulak jalan2 masa tak ramai pengunjung mcm ni kan
ReplyDelete..rasa relaks ja..
Menarik. Rasa hendak juga pergi ke sana. Terima kasih kongsi maklumat.
ReplyDeletesuka pergi sini, pastu jumpa monyet tu bagi makan heheh
ReplyDeleteAkak takut nak bagi makan. Takut kena serbu
DeleteWaalaikumussalam best dpt jalan2 lagii
ReplyDeleteKalau dapat jalan-jalan sekarang ini memang bahagialah.. huhuhu
ReplyDeleteAmboiiiii sweetnya couple tu dating bawah pokok. syiok tu pergi orang tak ramai tapi monyet yang banyak...huhuhu
ReplyDeleteMemang ramai monyet tu, tapi biar jelah dah tu rumah dia. Hehe. Kita yang datang kan
Deletebiasa wak singgah sini nak amek gmbr sunset jakk.,.
ReplyDeleteooh muzium tu wak blom penah singgah lagi., ;p
Belum berkesempatan untuk pergi ke sana.
ReplyDeleteTak sampai2 lg walaupun berapa kali pi selangor. Haha. Teringat plan nk ke bukit maxwell tak dpt2. Entah bila dh tua nk baru rasa nk melawat bukit2 ��
ReplyDeleteBila x boleh travel ni lagi rasa nak gi macam-macam tempat
DeleteDpt explore negeri sendiri pun jadilah tak payah pi taiwan 🤣🤣
DeleteTaiwan tetap pergi. Duit dah siap tukar dah. Haha
DeleteLama dah tak ke Bukit Melawati. Akak rasa last pergi tahun 2000 kot. Monyet kat situ pun dah tukar generasi... :)
ReplyDeleteMonyet kak Farrah jumpa tu dah bercucu cicit dah
DeleteMungkinlah. Nanti siapa2 pergi lepas ni boleh kirim salam ke... interview ke.... :D
DeleteXantik tempat ni mama x penah sampai lagi
ReplyDeleteSalam singgah, best dibawak ke Bukit Malawati, lengang betul tu, aman pula nampak naik tram tak ramai otang, cantik suasana sana. pernah sampai sana dah nak petang, banyak betul monyet berkeliaran, warna monyet pun agak lain bilahari nak gelap..
ReplyDeleteWarna monyet di bukit Melawati agak keemasan. Tak sama dengan monyet kita biasa tengok. Tu sebab warnanya cantik menjelang senja
Deletetu diaaaaaa acik sejarah kitaaaa😆😆 best laa dah ada tram... x yah keluar peluh. 😊😊
ReplyDeleteTakde tram pun idokle aku nak mendaki
Deletebukit melawati ni antara tempat yang berhantu masa zaman sekolah dulu. Sampai sekarang tak berani nak pergi sana hahaha
ReplyDelete