In The Mood For Light - Hong Kong throwback

Sunday 9 February 2020

Assalamualaikum. Sedang aku clear draft blog post, aku terperasan satu entry yang dah hampir 2 tahun tergantung. Tengok gambar-gambar yang aku dah upload tanpa text, teringat pulak masa bercuti kat sana. Negara yang satu masa dahulu menjadi tumpuan pelancong, kini agak 'ditakuti' kerana sering berlaku demonstrasi dan protes. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman Coronavirus. Sampaikan taman-taman tema utama mereka terpaksa ditutup sementara.

Yup, aku bercakap tentang Hong Kong. Suasana HK bagi aku agak sama dengan KL. Ramai pekerja asing, orang sentiasa berpusu-pusu dan sedang membangun dengan pantas. Tapi, tiap-tiap tempat ada keistimewaan dia sendiri. Aku harap keadaan kembali pulih so that korang pun boleh gi sana dan merasa betapa majuya HK ni, tapi still ada elemen ol skool.

HK terkenal dengan 'cahaya'. Memang cantik sangat di waktu malam

Tak lengkap rasanya datang HK kalau tak tengok Symphony of Light. Masa aku dengan Anies kat sana, kitorang bergegas supaya dapat sampai Tsim Sha Tsui Promenade sebelum pukul 8 . Manusia memang ramai so always be aware of your belongings. Kalau tak cukup tinggi macam aku pandai-pandailah cari port, kalau tak nampak kepala je.

SOL ni adalah light show yang diiringi muzik. Ada voice over jugak tapi dalam bahasa kantonis. Memang mata tak tau nak tengok mana. Jap bangunan ni yang kelip. Tetiba tukar plak.



SOL ni percuma dan diadakan setiap malam pada pukul 8. Provided cuaca cantik. Kalau ribut ke hujan ke tak dapek la.



Ambil gambar ni lepas habis show. Cover gigi sebab rongak. Haha

Lupa share, another interesting stuff aku discover kat HK adalah ia mempunyai underwater tunnel untuk MTR. So dari HK Island ke Tsim Sha Tsui kitorang merasa la lalu dalam tunnel. Gelap je tak nampak apa. Cuma kagum, at the same time takut sebab lalu terowong dalam laut kan. Malaysia belum ada lagi teknologi ni. HK macam Singapore. Kecik tapi maju. 

Tips: Orang HK agak sensitif bab politik. Elakkan mention negara China bila berada di sana. Aku pun tak berapa faham konflik politik diorang so tak nak la cakap apa-apa kang tersalah info kena tangkap pulak. Sis takowdd.

Tu jelah nak share. Aku syukur diberi peluang travel macam ni kalau tak aku ingat semua negara China sama je. Haha. Trip HK-Shenzhen-HK ni kami akhiri ke satu lagi 'negara China' iaitu Macao. Macao ni lagi rare. Insha Allah ada kelapangan aku story. Buat masa ni korang hold lah dulu plan travel ke China dan Hong Kong ye. Semoga wabak Coronavirus dapat dibendung. Sabarlah rakan-rakan travel ku.

Thanks for reading!

Nota kaki : Marah dengan China sebab apa yang mereka buat pada etnik Uighur, bukan tiket untuk cakap 'padan muka' atas musibah yang menimpa. Just my two cents.
Read More