Assalamualaikum dan hai semua! Korang perasan tak blog aku dah berwajah baru? Sesekali perlukan pembaharuan. PM Malaysia pun dah berapa kali tukar, takkan blog masih di takuk lama. Hehe.
Aku beli template blogger dari Etsy. Senang shopping di Etsy sebab boleh filter range harga mengikut budget, tema dan warna pilihan. Tak perlu ada akaun Paypal, guna credit card atau debit card pun boleh. At first aku ingatkan diorang akan install kan, tapi rupanya kena buat sendiri. Once dah settle payment, seller akan hantar XML file dan instruction via email. If guna blogspot, make sure jangan terbeli yang wordpress pulak ye.
Beli dari Etsy sebab terpengaruh dengan blogger Atiqah. Before beli, aku dok email dia untuk panduan sebab dia dah pernah beli template dari situ. Thanks tau Atiqah layan soalan-soalan akak!
If korang tak nak beli, boleh saja google 'Free Blogger Template'. Aku pun kali pertama beli, selalunya cari yang percuma sahaja. Sekali-sekala spend sikit untuk 'hobi'. Lagipun bila beli, seller kenalah layan bila kita tanya soalan dan ada masalah. Nervous nak edit blog sendiri sebab dah lama tak buat. Sudahlah PC aku tak boleh 'baca' file XML. Atas guideline dari seller, berjaya jugak tukar template. Yay!!!
Sebab lain aku tukar template adalah kerana iklan Adsense blog aku tak keluar di mobile version. Hanya appear di desktop sahaja. Patutlah earning sendu. Sudahlah pageview memang rendah sejak tak boleh travel ni. Kalau dulu, tinggi jugak pageview bila orang datang buat research untuk travel tapi musim pandemik ni tak boleh mengharap pengunjung dari situ.
Template baru ni aku beli jenis 'Responsive Blogger Template'. Template responsive akan auto adjust ikut skrin pembaca tanpa mengubah design dan widget. Kalau template non-responsive, bila bukak melalui handphone atau tablet, beberapa widget tak kelihatan termasuklah iklan Adsense. Zaman sekarang, makin ramai orang blogwalking melalui handphone dan tablet jadi as blogger kenalah pastikan blog kita 'mobile-friendly'.
Korang rasa OK tak template baru ni? Ke ada apa-apa aku kena ubah? Aku beli yang murah aje, sekadar ada yang basic. Tu pun banyak widget aku remove.
If korang nak upah orang pun boleh. Lagi cantik dan kemas kalau di tangan orang yang memang ahlinya kan. Contohnya macam blogger Alien Oren ada buat servis edit blog. So far dia jelah yang aku tau. If korang pun ada offer servis yang sama, bolehlah share di ruangan komen.
Thanks for reading ye!
Cantiknya tema warna pastel. template pun minimalist. Header pun cantik. Semua cantiklah Sal. Saya pun rajin belek template kat etsy. Senang beli dah siap. Cuma tu lah kena install dan edit sendiri. tapi still okaylah sebab harga berpatutan.
ReplyDeleteOK jugak lah harga. Kita pun adjus lah ikut budget. Eh, Fizah dulu buat servis edit template kan? Sekarang buat lagi ke?
DeleteKita pun ikut bajet gak. Mana yang rasa OK dengan bajet. Ye, dulu aktif jugak buat edit template. Sekarang tak lagi. Dah tumpul skill coding dan segalanya tentang template. Template blog sendiri pun ambil masa nak buat.
DeleteOh ok. Tq. Terfikir juga nak letak nama awak dalam entri tapi lebih baik tanya dulu
DeleteTakpe Sal. Zaman saya telah berlalu. hihi
DeleteTerima kasih Sal.
sy suka mcm ni. x serabut. lg pn kita nk baca isi blog tu bkn nk lagan widget laa apa laa kan...
ReplyDeletenasib baik ko suka. kalau tak tadi nak mintak refund. hihi
Deletekarang ckp x suka sapa nk temankan sy g Qatar nnt? ��
Deletehaha. jom jom tengok tiket dah start jual belum
Deleters nyer website beli tiket pun under maintenance lg😆
Deletecantik..sejuk mata memandang..
ReplyDeleteOk.. Sesuai sangat.. Nampak lembut je.
ReplyDeletewarna sweet n soft je. emmm tenang mata memandang
ReplyDeleteSimple but sweet...mcm tuan punya blog..
ReplyDeleteAllahu. Malu pulak kena puji. Tuan punya blog tu perasan je. Hihi
DeleteWahh cantik ! memang rambang mata kalau ke Etsy..
ReplyDeleteDahh bertukar dah blog dia, cantikkk! Warna pun soft je, sedap mata memandang. Tulisan okey jelas! Kan kak sal, sesekali invest dekat blog, bukan selalu kan kan kan hehehe. Moga moga adsense kak sal mencanak naikkk lepas ni :D
ReplyDeleteTakdela fikir adsense sangat, tapi template dulu tu dah outdated sangat. link website yang provide template tu pun dah broken
DeleteLupaaa nak cakap, saya rasa template kak sal beli ni pun termasuk dalam salah satu template saya nak beli hahaha tapi saya beli template lain :D
ReplyDeleteHaha. Sib baik tak terbeli sama. Takpe boleh personalise kalau ter sama pun.
DeleteBetul, template sama takde masalah kan, boleh olah ikut kesukaan kita pulak lepas tuuuu hehehe
DeleteWah! Cantiknya. Nampak ringkas tapi lebih berseri. Sedap mata memandang.
ReplyDeleteseriuslah sal! sudah bertukar ^_^
ReplyDeleteTahniah sal hehee..pink pink gitu..sedap mate memandang hehee
lawo header dia..buka2 terpandang header dulu hehee
ReplyDeleteheader buat sendiri Shida, bukan datang sekali dengan template. pakai Crello. Free je
Deletecantik..pandai sal buat!
DeleteCantikkk Sgt
ReplyDeleteI love it
Cantik Sal, sweet ja, mudah pun mudah nak baca, zoom out zoom in pun ok, thanks for sharing the info. Menarik ada template di etsy.
ReplyDeletethanks for the feedback sis babypose. saya tak test pulak zoom in zoom out tu
DeleteCantik . Ccl pun suka warna soft2 . Dulu kerap juga tukar template blog . Sekarang setahun sekali je tukar template . Sebab kemalasan nak main coding html
ReplyDeletesetahun sekali tu kira rajin jugak tu CCL. main coding tu kalau hasil menjadi seronok la, tapi kalau tak memang geram
Deletecomei..pink. sejuk je mata memandang
ReplyDeletecantiknyaaa!!! soft je gitu sal... tahniah²
ReplyDeleteCantik, lembut, tenang dan damai je rasa...
ReplyDeleteTahniah, Sal! Moga terus mengorak langkah dengan jayanya!
Isk tidak perasan ada pos pasal tukar kulit blog. Hehe selalu rujuk pada blog list.
ReplyDeleteOk memang ikut skrin telefon bimbit. Ringkas. Haha tidak banyak dapat komen.
Nice template nih!
ReplyDeleteMrs. A belum pernah membeli template hehehee.
Pinkish yang tenang dan kemas template ni.
ReplyDeleteAtiqah nampak mcm peramah sgt kan walaupun xjumpa depan2. Nasib lah dia nk layan. Hahaha
ReplyDeletePM dh bertukar kes tak tukar turun pun.
Suka la blog sal nampak kwmas dgn warna pastrpnya mmg cantik. Mama berkenan
ReplyDeleteammi download template yg free je pastu pandai-pandailah amend ikut tekak. masa nilah tak reti buat header tetiba pandai buat header. tanya balik sok lusa camna buat header dah tak ingat hahahha
ReplyDeleteCantik sangat.. Suka tengok layout baru blog sal nie..
ReplyDelete