Assalamualaikum dan hai semua! Entry throwback sambungan solo trip aku ke Melaka. Aku ada mention yang aku melawat salah satu muzium di tengah bandar kan? Muzium tersebut adalah Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-Layang Melaka. Amboi rajin kan aku bukan setakat satu, tapi pergi tiga muzium sekali.
Masa aku pergi ni takde orang. Hanya ada 2 orang pekerja kaunter. Aku malas nak bawak beg dan barang aku shoping so tinggalkan untuk diorang jaga.
Muzium Kecantikan terletak di tingkat 2. Aku pergi dengan harapan habis lawatan tetibe cantik. Eh.
Amalan pemakaian gelang leher oleh masyarkat Padaung di Burma (kini Myanmar). Rahsia mendapat leher jinjang
Sesetengah amalan agak ekstrem, macam ni. Sanggup pakai alat untuk leperkan kepala
Lama aku di Muzium Kecantikan. Biasalah perempuan kan. Seronok tengok bagaimana setiap kaum mendefinasikan apa itu 'cantik'. Beauty is pain. Kesian pun ada. Amalan kuno begini masih diamalkan tetapi hanya segolongan kecil. Syukurlah zaman sekarang nak cantik senang je - pakai filter. Muka hauk pun boleh jadi Beyonce.
Next kita ke Muzium Layang-Layang pulak di tingkat tiga.
Rupanya setiap negeri ada wau sendiri ye. Aku tau Wau Bulan je pasal ada lagu. Ewa..ewa...ewau bulei.. Ewau Bulei teraju tigooo
Selain wau, ada jugak cerita pasal permainan tradisional lain seperti gasing dan congkak.
Sebelum balik, aku singgah Meteor Garden Galeri Meteor. Kecik tapi informatif. Banyak informasi astronomi dan serpihan tahi bintang dipamerkan.
Itu meteor sebenar ye. Ko nampak tu ada angkasawan jaga.
Lama aku kat sini. Kadang-kadang seronok gi muzium sorang-sorang. Nak spend berapa lama kat certain exhibit pun buatlah. Tak ada sape nak kacau.
Perut pun dah lapar. Badan dah penat. Marilah cari makan dan check in hotel. Korang kalau ke Melaka, bolehla try melawat muzium ni. Tiket murah, exhibit pun banyak yang menarik. Itu pun banyak aku tak ambil gambar. Siapa kata kalau sorang-sorang tak boleh have fun?
hahah dah update pun dia...
ReplyDeletelama sepi...
Melaka byk tmpt bersejarah.. tp kdg g sana jarang nak masuk muzium...
tq sharing info ni Sal.. :)
Sepi sebab merentas daerah kak. Ni pun entry dah lama duduk dalam draf
Deletebagus sal rajin mengutip ilmu di muzium
ReplyDeleteAlhamdulillah. Pergi muzium ni cara yang fun untuk tuntut ilmu
DeleteAkak sendiri pun belum pergi. Murah betul RM5 3 muzium.
ReplyDeleteBoleh buat lawat sorang-sorang nanti.
Pergi sorang-sorang seram sikit tapi boleh stay lama mana kita nak.
DeleteNice sharing, nanti pergi Melaka boleh pergi muzium muzium ni. Setakat ni, sekali je singgah sekejap kat Melaka. Tu pun singgah beli kuih keria je hahaha. Tak dan nak jelajah negeri Melaka lagi.
ReplyDeleteMelaka ni macam-macam ada. Kalau stay dalam Melaka, ni lah masanya nak pergi explore. Tapi kalau stay negeri lain kenala tunggu
Deletejaga muzium lebih mudah dari jaga zoo., kalo zoo kena bagi makan binatangggs., hahaha sbb tu tiket muzium murahh
ReplyDeleteHaha. Betul la tu Wak. Ala, zoo sekarang tengah promo katanya.
DeleteMemang murah betul tiket tu. Untung gak Sal masuk dalam. Eh, seksa nampak nak menjinjangkan leher tu. Lepas baca entry Sal ni rasa nak pergi muzium rakyat juga. Berapa kali pergi melaka belum habis explore lagi. aiyaaa..kena repeat datang tandanya tu :)
ReplyDeleteKan. Redha jela leher tak jenjang ni. Kang susah plak nak pakai tudung. Hehe.
DeleteNak makan pun rasa jauh pulak perjalanan dia nak masuk perut. hihi
DeleteKat Melaka banyak muzium 🌹🌹
ReplyDeleteIkutkan banyak lagi nak pergi tapi tutup on Monday. Huhu
DeleteBoleh pergi lagi🤓🤓
DeleteTu kena tunggu kebenaran rentas negeri. Huhuhu
Deleterajin sal explore melaka sorang2 masuk muzium ni macam2 sejarah dh tau kan
ReplyDeleteDah tak tau nak gi mana. Lagipun muzium ada aircond. Hehe
Deletehahaha.. pandai. kalau ramai org sah tak rasa sejuk
Deletekorset dia mmg tul2 melekat kan.. patut org dulu2 pinggang tak ada
ReplyDeleteHaah. Perut pun flat je. Zaman sekarang kita perut bloated. Haha
DeleteAnak sulung akak mmg suka melaawat muzium mcm ni... dlu pegi KL bawak pegi tugu negara pun hepi... hehehe
ReplyDeleteTerima kasih sal... hadiah dr sal dh lama sampai tau
Anak kakmim macam saya gak tu, suka sejarah. Kalau gi muzium, memang lama saya duduk dalam tu
DeleteNice sharing :)
ReplyDeleteKalo naik atas sekali leh jumpa mummy.. hehhee tulah opis mummy...
ReplyDeleteLa ye ke. Saya ada tanya staf kat situ, atas ada muzium lagi ke, dia cakap ada office. Tau tadi dah sebut nama Mummy Julia
Deleteko x perasan ke ada momok tgh perhatikan ko dlm muzium tu? hahahaaha
ReplyDeletePerasan jugak, tapi aku buat2 berani. Baca ayat kursi la dalam hati. Hehe
DeleteWah, seronok Sal buat museum tours! Akak rasa pergi muzium kecantikan ni akan buat akak rasa justified/ada valid reasons kenapa tak cantik hahahaha
ReplyDeleteHaha. Cantik tu subjektif. Nasib baik la orang Melayu nak cantik tak ekstrem sangat. Zaman sekarang je sanggup pakai krim hydroquinon tinggi demi nak putih
DeleteHa ah la... orang Melayu kita obses nak kulit putih 😂
DeleteTapi kira berani juga Sal jalan-jalan cuci mata kat muzium sorang-sorang. Akak pernah pergi muzium tentera darat kat N9... terpaksa mengendeng ikut-ikut group orang sebab tetiba rasa eerie 😂
ReplyDeleteMemang eerie, tapi muzium ni well lit dan tak rasa terkurung. So effect seram tu kurang. Nak ikut orang pun takde orang time ni. Haha
DeleteAkak tetap tabik spring sebab Sal berani! 😊
Deleteseram pula..tang leperkan kepala tu..udah tgk memalam hahaha ^_^
ReplyDeleteMelaka ni sebenarnya banyak tempat boleh terjah. Tapi tu lah kadang lalu je maklum lah jiran sebelah kg. kalau masuk melaka kena plan nak pergi mana. Kalau pergi saje-saje je selalunya jenguk akak kat Bukit Cina dan adik-adik kat Taman duyung. Yang lain tu lalu saje. hehehehe
ReplyDeleteeh masuk muzium boleh ambil gambar ke kadang dia orang tak bagi ambil gambar sebab esklusif sangat. masuk muzium sorang-sorang ni jaga-jaga ada mata yang memerhati. hehehehe
ReplyDeleteTakde pulak saya nampak sign no picture so saya amik jela. Haha. Perati je takpe, jangan tegur udah le
DeleteTak pernah masuk muzium ni. Takde kawan yang berminat masuk sama. Masuk sorang memang tak lah.
ReplyDeleteKalau takut, masuk sorang time ramai pengunjung lain.
DeleteBest juga muzium dia.. Sha tak pernah masuk lagi sini..
ReplyDeletebanyak sejarah yang kita boleh tahu dari muzium ni
ReplyDeleteLast Mrs. A masuk muzium lepas SPM kot time tu kerja sementara kat Melaka hahaha... dah hampir nak 3 dekad dah tu.
ReplyDeleteOh! samalah baru mrs.A tahu setiap negeri ada wau masing-masing. Lawak pulak nama wau negeri Melaka tu Wau Kikik, apo...
Hahaha. Tu kena tanya orang Melaka apa maksudnya. Ikan kekek saya tau la
Deletemenarik nyer perjalanan Sal di Melaka.
ReplyDeletemuzium :)
aida sendiri lom lagi bwk anak2 ke muzium ni semua.
just berjalan di luar-luar tu aje.
muzium kastam masuk x?
satu bangunan ada 3 muzium..menarik..
ReplyDeletemcm2 yg dilakukan utk jd cantik..
Terima kasih kerana menjadikan muzium sebagai salah satu destinasi anda.. :)
ReplyDeleteCuaca panas memang sesuai muzium ye
DeleteBagus belajar sejarah dengan artifak secara terus. Seram ke teringat movie night at museum pula kelakar pun ye takut juga semua patung hidup..
ReplyDelete