Sarapan Pagi di Restoran Rebung

Tuesday, 28 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita aku berjogginglah sangat di Kuala Lumpur. Penat berjalan, perut pun mula terasa lapar. Maka, keluarlah soalan terpaling agung dalam sejarah peradaban manusia : Nak makan kat mana?

Baca ni dulu : Jalan-jalan KL : Kaki Bukit Nanas ke River of Life

Kalau ikutkan, Kuala Lumpur ni tak kurang kedai makan yang menarik, tapi selain dari masalah parking, kena jugak tengok kedai tu crowded ke tidak. Hampir semua port sarapan sedap di tengah KL dipenuhi geng basikal kalau pagi hujung minggu atau cuti umum. Pusing punya pusing, tetibe ND cakap dia teringin nak try Restoran Rebung. Wah..restoran eksklusif! Restoran Rebung ni milik Chef Ismail tau. Teringat aku Restoran Serai milik Chef Wan. Both pun aku tak pernah pergi, tau nama aje.

First thing first, usha mini purse dulu. OK ada bawa kad debit sebab cash aku bawak dalam RM50 je gitu. Pergi beriadah memang jarang bawak purse besar dan malas bawak duit banyak. Tak mau bawak beg berat-berat. Eleh, macam lah bawak beg ringan lari laju. Ha..ko mampu masuk restoran milik chef terkenal pakai baju jogging? Badan pun bau peluh. Takpelah yang penting boleh bayar. Takdelah kena suruh basuh pinggan.

Walaupun both of us tak pernah makan di Restoran Rebung, tapi boleh waze aje direction ke sana. Tapi tu dia, boleh tahan jam jugak, hari Ahad kan. Hari terakhir cuti sekolah pulak tu.

Kena parkir di Parking Bertingkat Taman Botani. Kalau nak ke Taman Botani Perdana (dulu orang panggil Taman Tasik Perdana) better parking di sini. Lagi selamat dari park tepi jalan. Harga RM5 sekali masuk.

Baca pengalaman Blogger Nohas : Piknik di Taman Botani Perdana 



Kami sampai dah pukul 10 lebih, jadi terlepas buffet breakfast. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku bukan makan banyak. Memang rugi kalau bawak aku gi buffet. Bayar mahal-mahal, makannya secoet. Buffet breakfast hanya pada hari Sabtu dan Ahad, dari pukul 8 hingga 10 pagi. Harga RM20 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. (Info adalah benar sewaktu entry ditulis)

Kali pertama masuk restoran setelah sekian lama. Aku ibarat rusa masuk stadium. Warna kuning ceria, dihiasi peralatan dapur orang Melayu macam tudung saji, dulang dan pinggan corak antik. Suasana tenang. Ada juga bahagian dining di luar.

Maybe sebab dah habis buffet breakfast, so restoran ni lengang. Kebanyakan meja ada placard nama. Reservation untuk lunch agaknya. Makanan untuk breakfast pun dah tinggal sikit, so kita makan ala carte sahaja. Ada staf restoran yang cedokkan. Maybe sebab SOP Covid 19. Or memang kelaziman di sini dari dulu? Tak silap aku Blogger Nohas pernah makan di Restoran Rebung ni tapi entahlah tahun bila aku baca entry tu. Lupa sudah.


Menu di Restoran Rebung ni adalah masakan Melayu tradisional. Sesuai lah kan dengan namanya. Siapa sini suka makan rebung? Aku takdelah suka sangat, tapi kalau dah hidang tu makan aje.

Nak baca dan lihat gambar rebung sebelum dimasak, boleh jengah blog Warisan Petani : Rebung Buluh Betung

Resepi Gulai Rebung Rendah Lemak pula dari blog Farrah MF 


Takde rebung masak lemak, tapi kami ambil Nasi Lemak, Lontong, Roti Canai dan 2 jenis kuih. Air Teh Tarik dan Kopi O takde dalam gambar. Belum sampai. 

Disebabkan meja di bahagian dalam dah penuh dengan reservation untuk buffet lunch, kami makan di bahagian luar. OK jugak, lagipun lepas berjogging, kang kepam pulak restoran ni. Hahaha.


Seronok makan di open air dining sejak larangan merokok 3 meter dari restoran dikuatkuasakan. Buffet lunch dah disediakan seawal pukul 11. Siapa-siapa yang berminat boleh call dulu untuk reservation. Info lanjut aku akan kongsikan di hujung entry.




Rupanya restoran ni milik Datuk Dr. Sheikh Muzaphar juga, tapi takdelah pulak nampak diorang yang memasak. Mungkin sekadar pemilikan, tapi tak kisahlah sebab masakan sedap. Kenalah jaga standard kan. Teringat dulu pernah makan di restoran milik pengarah filem terkenal tapi rasanya agak krik krik. Layanan staf pun biasa-biasa je. Dipendekkan cerita, restoran tu tak tahan lama selepas feedback yang kurang memberangsangkan. Bukan senang tau nak venture business makanan ni. Setakat jual nama tapi kualiti tak setaraf memang cepat bungkus.

Siapa pengarah tu? Tak perlulah mention sebab restoran tu pun dah tutup. Ni kisah berbelas tahun dulu. Zaman aku muda remaja.


Jamu mata tengok alatan-alatan yang digunakan orang Melayu. Rindunya kampung. Tapi..sebenarnya kalau pergi kampung pun dah susah jumpa alatan-alatan ni. Ada bubu, nyiru, kain batik, baju kurung Kedah dan serkup ayam.


Kenyang perut senang hati. Bukan restoran eksklusif dalam hotel, so takdelah specific dress code.


Masa dapat bil, terkejut jugak aku. Harga total RM21.20 je untuk 2 orang! 2 kali aku check takut cashier tersalah kira, tapi memang betul. Murah kan? Buat penat je aku risau cash tak cukup.  

𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧:

𝙈𝙞𝙣𝙞 𝙇𝙪𝙣𝙘𝙝 𝘽𝙪𝙛𝙛𝙚𝙩 (Setiap Hari)
11.30 pagi - 3.30 petang
Dewasa - RM 38 nett
Kanak-kanak (5-11 tahun) - RM 28 nett

𝘽𝙧𝙚𝙖𝙠𝙛𝙖𝙨𝙩 𝘽𝙪𝙛𝙛𝙚𝙩 (Sabtu & Ahad sahaja)
8 pagi - 10 pagi
Dewasa - RM 20+
Kanak-kanak (5-11 tahun) - RM 18+

𝗥𝗲𝘀𝗲𝗿𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻:
☎ 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟑𝟓𝟑𝟓 / 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟐𝟓𝟐𝟓 ☎
************************************************

𝗗𝗲𝗹𝗶𝘃𝗲𝗿𝘆 & 𝗧𝗮𝗸𝗲𝗮𝘄𝗮𝘆 Order dibuka setiap hari seperti biasa! 
Order boleh dibuat di aplikasi FOODPANDA. Link seperti di bawah
 
𝗙𝗢𝗢𝗗𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔
👉 https://www.foodpanda.my/.../restoran-rebung-chef-ismail 👈
𝗕𝗘𝗘𝗣
👉 https://restoranrebungchefismail.beepit.com/ 👈

Order boleh dibuat seawal jam 11.00 pagi. Last order pada pukul 8.00 malam 
Info ni aku dapat dari Facebook rasmi Restoran Rebung

Lepas makan, balik lah rumah, takkan nak makan lunch pulak. Memang kenyang sampai petang.

So..final review: For breakfast, highly recommended! Harga berpatutan dan sedap. Restoran selesa dan luas, very family friendly. Toilet pun ada. Lepas berjogging di Taman Botani Perdana bolehlah breakfast di sini. Dah complete vaksin boleh dine in. Mana tau tengah-tengah makan Chef Ismail datang menyapa.

Ada rezeki, nak cuba buffet lunch pulak. 

Siapa lagi pernah makan di sini? Sharelah pengalaman di ruangan komen. Kita raikan perbezaan pendapat.

Thanks for reading ya!
Read More

Giveaway by Shida Radzuan

Friday, 24 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ada free time sementara tunggu tugasan Work From Home masuk, aku nak join Giveaway by Shida Radzuan. Shida antara pengomen tegar blog aku so of course aku akan join GA dia sebagai tanda support. Menang kalah tu belakang cerita. Ada rezeki adalah kan. 


Simple je giveaway Shida ni. Syarat follow SocMed dapat buat satu je iaitu follow Blog Shida Radzuan sebab FB tak aktif. Akaun IG dan Twitter aku takde. Harap tak disqualified ye. Hihihi.

Aku suka blog Shida ni sebab very user friendly, loading pantas dan isi blog yang menarik. Suka baca perkongsian resepi dan tips-tips berguna dan terkini. 

Semoga dimurahkan rezeki Shida yang suka anjurkan giveaway dan bagi hadiah pada rakan blogger terutama kaki komen. Segan pulak kerap sangat dapat hadiah dari dia. Korang jangan jeles pulak. Nak hadiah jugak, jemput join giveaway ni. Klik je banner di atas. Good Luck semua!


Read More

Jalan-jalan KL : Kaki Bukit Nanas ke River of Life

Wednesday, 22 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Cerita hari Ahad lepas. Kononnya aku nak tunggu habis cuti sekolah baru nak keluar dari kepompong, tapi itulah dia namanya sembang kari. Hahaha. Bila kawan baik aku, ND ajak join dia jogging aku terus ‘on’. Risiko sebenarnya aku pergi jogging dengan ND sebab aku dah 5 bulan tak berlari oi. ND pulak memang selalu work out walaupun di rumah sahaja.

Teruk betul aku yang kononnya nak istiqamah. Mula-mula break sebab puasa sebulan. Pastu bila area rumah aku hotspot, terus takut nak keluar jogging. Lagipun masa tu aku belum complete dos vaksin. Bayangkan check MySejahtera je kes 200 lebih. Tak berani lah sebab bila jogging kan kita tak pakai mask. Boleh je nak workout sendiri kat rumah tapi terjangkit penyakit MALAS. Teruk betul lah. Kadang-kadang aku took for granted. Mentang-mentang aku ni makan banyak pun berat tak naik


Dipendekkan cerita, semangat aku pagi-pagi tunggu ND ambil aku kat rumah. Siap pakai jersey Liverpool sempena meraikan Liverpool berada di puncak liga selepas menang bergaya 3-0 malam sebelumnya. Dasar fangirl. Cis! Harap lah team favourite aku istiqamah tak macam aku. 

Pukul 7.30 gerak dari rumah, ‘merentas negeri’ demi nak ke Kuala Lumpur tanah tumpah darahku. Bila dipikir balik, bosan jugak. Lahir KL, besar di KL, kerja di KL..nak juga venture negeri lain. Haih...naik juling dah mata ni browse Jobstreet dan LinkedIn. Sangkut pulak pandemik dan PKP, makin malap peluang nak berhijrah. Aku inginkan perubahan. Teringin nak pergi tempat baru di mana takde orang kenal aku so aku boleh start anew. Atau sebenarnya aku ingin lari dari masa silam?

Ah..itu dah jadi cerita lain. Nak lari dari masa silam? Berlari di tengah kota je pun dah buat aku semput. Hahaha. Jauh aku ditinggal ND. Siapa suruh lama sangat jadi pemalas! Last-last dia jogging, aku jalan laju-laju. Itu pun masih termengah-mengah aku mengejar.

Sampailah nampak mural di Air Terjun Bukit Nenas ni baru lah ND berhenti ajak ambil gambar. Siapa kata Kuala Lumpur takde air terjun. Cuma tak boleh mandi je.


ND kata aku kecik sangat dalam gambar, so terpaksalah depakan tangan nak nampak besar. Hahaha


Nampak ni juga : Terowong Bukit Nanas. Wait what? Aku tak tau pun kewujudan terowong ni. Menarik jugak. Apakan daya berkunci. Ada yang pernah masuk ke dalam ke? Sila kongsi di ruangan komen.


Terowong ini ditemui secara tidak sengaja pada Jun 2014 sewaktu kerja-kerja pembaikan cerun. Sejarah terowong ini berbalik pada Perang Klang pada tahun 1886, dibina oleh masyarakat Mandailing diketuai Raja Asal dan Sultan Naposo yang menjadikan Bukit Gombak sebagai kubu dan benteng terakhir. Nama asal Bukit Nanas didapati dari pokok-pokok nanas yang dibina oleh masyarakat Mandailing sekitar Bukit Gombak sebagai kubu pertahanan.

Lebih 30 tahun hidup di KL baru tahu info menarik ni. Bagi aku menarik la, aku suka sejarah. Aku pun google nak tahu lebih banyak info. Tak ada website rasmi, tapi dapatlah info dari a few blog seperti :



Jadi siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur? Adakah Yap Ah Loi? Ataupun raja-raja Melayu dulu? Well...History are written by winners. Wallahualam.


Sambil berjalan, sambil baca info. Maaflah ND, stop kejap lari sebab kawan kau ni fanatik sejarah.


Hutan Simpan Bukit Nanas. Satu-satunya hutan simpan di Kuala Lumpur. Tahun 1970 an dulu ada perkhidmatan kereta kabel di Bukit Nanas ni. Anak jati Selangor macam Blogger Kak Paridah Ishak dan Kak Amie mesti pernah naik kan? Perkhidmatan ini ditamatkan pada tahun 1980an, so aku tak sempat lah. Kalau monorail tu pernah. Hehe. Sebelum adanya MRT, monorel adalah pengangkutan aku ulang-alik kerja di Pavilion. Kenangan lebih 10 tahun dulu.

Sekarang dah ditukar nama kepada KL Forest Eco Park dan sejujurnya aku mengaku aku tak pernah naik jambatan gantung viral tu walaupun orang dari negara luar pun dah sampai. Ha..tu lah, dok busy berjalan tempat orang, belakang rumah sendiri tak habis jelajah. Siapa nak join? Nanti dah bukak kita pergi. Buat masa ni kebanyakan tempat tumpuan pelancong di Selangor dan KL masih ditutup termasuk KL Forest Eco Park ni.

Baca ni juga : Zoo Negara Norma Baharu



Sambung lari lagi sampai depan Bank Muamalat. Rehat minum air kejap sambil posing dengan Mat Som, antara watak komik Datuk Lat.



Sepanjang perjalanan, mata memandang hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur, mula berangan nak staycation. Tapi..tengok banyak hotel dah nampak macam ‘hotel berhantu’ dari luar buat aku fikir 2,3 kali nak booking. Muncul di website macam Agoda atau Booking.com, tak bermakna hotel tu dah start beroperasi. Kena contact dulu hotel tu tanya. 

Baca ni juga : Pintasan Saloma


River of Life (ROL) adalah projek tujuh tahun yang diketuai oleh Kerajaan Malaysia untuk mengubah Sungai Klang menjadi kawasan perairan yang hidup dan hidup dengan nilai ekonomi yang tinggi. Meliputi lapan (8) sungai dengan panjang keseluruhan 110km, projek ini terbahagi kepada tiga (3) komponen utama:

  • Pembersihan Sungai (diketuai oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Malaysia)
  • Pengindahan Sungai (dipimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Pengkomersialan dan Pelancongan (diketuai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)


Cuaca sekarang mendung aje kan. Seronok jugaklah nak berjalan-jalan macam ni. 



Ramai orang main basikal di Dataran Merdeka. Hati-hati ye walaupun dah masuk Fasa 2, SOP masih perlu dijaga. Ada kereta polis peronda tau. Diorang akan suraikan kalau nampak berkumpul ramai-ramai. Aku pun tak berani lepak sini kang dengan aku sekali terjebak kena kompaun. 

OKlah, sekian cerita aku penat berjalan di tengah kota, mencari teman bukannya mudah.. Eh ternyanyi lagu Alleycats pulak. 

Penat tak penat lah, dekat 2 hari baru hilang sakit kaki.

Korang pula last weekend gi mana? Dah pergi dine in? Nanti next entry aku sambung cerita aku gi makan mana pulak ye. Thanks for reading!
Read More

Chao Da Lat Part 4 - Flower Garden

Thursday, 16 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Tengah tak tau nak update apa, teringat blogger Anies dok mengusik cerita aku ke Da Lat Februari 2020 yang tergantung tak bertali. Bukannya malas, tapi sebab banyak gambar dah hilang. Bila transfer dari memori handphone lama, banyak fail gambar yang corrupt. Salah sendiri lah kan, tak transfer awal-awal ke external hard disk atau drive. Kita make do je lah ye apa yang ada. Sambil tu, boleh test watermark gambar baru yang aku dapat dari blogger Azhafizah sebagai hadiah salah seorang pengomen tegar August 2021. Thanks Fizah! Saya rasmikan ye watermark pemberian awak ni.

Sambungan dari SINI

Pagi berikutnya kami dibawa ke Da Lat City Flower Garden. Flower Garden ni dibuka dari jam 7 pagi sampai 6 petang. Bayaran 40,000VND untuk dewasa dan 20,000VND untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Bawah 5 tahun masuk percuma. Aku kalau pergi negara yang currency puluh-puluh ribu ni mesti aku stress nak mengira. Sewaktu entry ini ditaip 10,000VND = RM1.85 je, so agak murah bayaran untuk masuk ke taman ni.

Urusan beli tiket, tour guide kami yang lakukan. Dah bayar sekali dengan pakej so tak payah bagi lagi. Kami posing-posing jela sementara tunggu.


Ko nak terbang mana tu Sal?

Takde orang pun. Datang pagi sangat agaknya. Pagi pun dah panas memancor

Waktu kitorang pergi Da Lat ni, Covid 19 dah mula merebak di Vietnam, jadi rakyat Vietnam dah start ‘stay at home’ secara sukarela. Yang bestnya, waktu ni diorang dah start tutup sempadan untuk pelancong dari China. Roi (tour guide kami) cerita yang pelancong China memang suka datang ke Da Lat, jadi batch yang datang kali ni beruntung sebab diorang takde jadi tak crowded. 

Masa ni kita di Malaysia masih rileks lagi. Masihkah kalian ingat ‘dama politik depan istana’? Vietnam masa ni dah standby nak perangi Covid, kita steady ‘berperang’ sesama sendiri nak lantik siapa gantikan Tun M as Perdana Menteri. Power Vietnam ni sebab dapat control kes Covid 19 dengan baik berbanding negara jiran lain. Kalau tak power macamana diorang boleh kalahkan Amerika masa Vietnam War tahun 1955 dulu ye tak? Rambo pun lari masuk hutan sebab takut askar Vietnam.

Apa lah aku merepek. Meh lah kita tenangkan hati layan bunga-bungaan

Kesayangan

Ada pokok orkid jugak

Suka tengok bonsai

Menurut cerita Roi, kebanyakan props yang ada di Da Lat City's Flower Garden ni adalah dari Da Lat Flower Festival yang diadakan pada Disember 2019. Contohnya rumah berhias aku duduk ni. Taman ni sesunguhnya sangatlah besar. Kalau ikut website ni, saiznya 7000 meter persegi. Terdapat hampir 300 spesis bunga dipamerkan di sini termasuk kaktus, orkid, bunga mawar dan pelbagai tanaman hiasan. Kitorang pun tak jalan semua. Ikut mana yang kaki larat je. Sayangnya gambar-gambar yang corrupt tu. Kalau tak boleh tunjuk kat korang betapa cantiknya taman ni.

Kalau diberi peluang ke Da Lat lagi, aku nak usha Flower Festival yang diadakan 2 tahun sekali. Nampak meriah dengan kereta berhias, persembahan kebudayaan dan hamparan pelbagai spesis bunga-bungaan. Ibaratnya Pesta Flora cuma bezanya di Da Lat lebih sejuk. 

OKlah tu je nak cerita kali ni. Kena refresh memori lah, banyak dah lupa. Bukan memori handphone je corrupt, aku pun sama. Hahaha. Bila tulis entry Da Lat ni rasa rindu bunga-bungaan dan cuaca sejuk di Cameron Highland pulak.

Thanks for reading!
Read More

Hansel and Gretel Witch Hunter (2013)

Monday, 13 September 2021

 Do not enter a house that was made from candies




Idea fairytale diaplikasikan dalam filem dah kerap kali diulang pakai penerbit-penerbit filem Hollywood. Contohnya Enchanted, Beastly, Mirror Mirror, Red Riding Hood, Snow White & The Huntsman, Shrek dan banyak lagi. Sesetengah tu box-office, ada yang gagal dan ada yang takat pulang modal. Hansel and Gretel Witch Hunter adalah filem tahun 2013 yang dah beberapa kali aku ulang tengok. Personally, aku suka filem ni. Kenapa suka? Jemput baca review. 

Mesti korang familiar dengan dongeng kisah kanak-kanak dari negara Jerman, 'Hansel and Gretel' tentang dua beradik yang ditinggalkan di tengah hutan,  jumpa rumah gula-gula, kena tangkap ahli sihir dan akhirnya mereka sendiri bunuh ahli sihir jahat tersebut. Filem ini mengambil template asal karya tersebut, tapi diolah agar lebih berkonsepkan 'dark and twisted'. Pelakon utama adalah Jeremy Renner sebagai Hansel dan Gemma Aterton sebagai Gretel.

Filem ini dibuka dengan kisah dua beradik ini terjebak dalam dunia pemburuan ahli sihir.  Agak tercuit hati aku bila Hansel mention yang dia ada 'sugar disorder' sebab kecik-kecik ada witch bagi dia makan candy hari-hari. Filem ni berlatarbelakangkan tahun 1830-an tapi insulin dan machine gun antara props yang dipakai. Insulin dicipta pada tahun 1920 dan machine gun sudah wujud sebelum 1890-an. Tak apalah kalau tak logik sikit, nama pun filem kan. Selain ahli sihir, juga terdapat kewujudan makhluk fantasi iaitu troll bernama Edward. Haha, nama nak Twillight aje. 


Tak pakai panah, kali ni pakai senapang

Bayangan karekter 'Hawkeye' bila aku tengok Jeremy Renner memang kuat even masa first time tengok filem ni di wayang. Terbayang dia as pemanah cekap bernama Clint Barton dalam filem Marvel Cinematic Universe, Thor (2011). Gemma Aterton pula aku pernah tengok dalam filem 'Prince of Persia'. Chemistry diorang as adik-beradik tak berapa kuatlah bagi aku. Rupa pun takde iras. Huhu.

Filem ni diklasifikasikan sebagai 18+kerana banyak babak yang gruesome. Get ready untuk tengok kepala pecah kena pijak, badan meletup sampai usus melimpah, orang makan ulat, kepala kena penggal, bakar hidup-hidup dan banyak scene yang aku tengok dari celahan jejari aku yang keding. Kalau pregnant atau senang loya mohon jangan tengok. Fighting scene dia awesome. Lakonan cast dia semua mantap dari sekecik-kecik watak sampailah lead. Jalan cerita dia simple dan senang faham. Tak banyak twist , agak straight to the point, tapi still ada elemen surprise, berkaitan parents diorang dan watak perempuan yang suka tolong Hansel.

Walaupun aku rasa filem ni best, tapi tengoklah sendiri. Taste orang tak sama. 

Tonton filem ni jika korang suka filem seperti Red Riding Hood, Abraham Lincoln Vampire Hunter, Van Helsing dan Underworld.
Read More

Rentas Daerah Selangor-KL-Putrajaya Dibenarkan

Friday, 10 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah Lembah Klang dah bertukar ke Fasa 2 PPN (Pelan Pemulihan Negara) mulai 10 September 2021. Selangor-Kuala Lumpur-Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama. Berita baik buat mereka yang terpaksa rentas daerah untuk tujuan bekerja. Tak perlulah mengemis surat MITI atau surat dari HR. Takde orang saja-saja nak keluar rumah pukul 8 pagi, balik 6 petang kalau tak kerana nak mencari rezeki. Baik duduk rumah makan-tido-main handphone. 

Takde SJR di Lembah Klang juga bermakna kurang traffic jam. Apa lagi yang lebih indah dari itu yang diharapkan warga kota. Haha. Eh ye ke kurang? Silap-silap kembali ke keadaan asal memandangkan ramai yang dah kembali ke pejabat. Harap ramai majikan mantain dulu ‘work from home’ kalau boleh untuk elakkan ‘Kluster Tempat Kerja’. Traffic jam hujung minggu pasti akan kembali sebab orang dah boleh keluar pergi beriadah dan membeli-belah. Pandai-pandailah jaga diri dan keluarga. Jangan jaga diri sendiri je, anak kau biar terdedah pada virus.

Takde SJR juga bermakna polis boleh buat kerja lain sekarang. Ramai lagi orang jahat yang diorang nak tangkap. Tak pun boleh tumpukan SJR di sempadan rentas negeri.


Selain dari rentas daerah, antara aktiviti lain yang dibenarkan adalah 

  • Dine-in 
  • Sukan dan riadah
  • Perkelahan/ Perkhemahan
  • Melancong
  • Rentas negeri bagi ‘Pasangan Jarak Jauh’ atau ibu bapa/ penjaga yang ada anak berumur bawah 18 tahun 

Semua aktiviti ini boleh dilakukan oleh individu yang dah lengkap divaksin dan hanya dalam Selangor/KL/Putrajaya. Boleh layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Panduan SOP PPN setiap negeri di Malaysia.

Terdapat juga panduan SOP untuk aktiviti ekonomi macam pembinaan, perlombongan, perdagangan dan lain-lain. Hopefully majikan-majikan di Malaysia ni bertanggungjawab  dan memastikan pekerja mereka divaksin dan patuh SOP. Semoga ekonomi Malaysia kembali pulih seiring dengan turunnya kes harian Covid 19. Amin Ya Rabb.

As for me...aku happy lah boleh jumpa anak-anak sedara yang dalam negeri sama. Parents diorang dah complete vaksin, mak ayah aku pun sama. Cuma takdelah nak peluk cium beria. Lagi-lagi yang masih baby tu. That one kitorang yang akan pergi tengok. Yang lain tunggu diorang datang. Bagilah feel macam balik kampung walaupun dalam negeri sama.

Selain dari tu aku dah berangan nak pergi dine-in dan tengok wayang. Tapi tak nak pergi on weekend. Mesti ramai orang. Lagi-lagi minggu cuti sekolah. Kita yang takde anak sekolah ni, tahan lah dulu. Sejenis aku, even takde covid pun aku tak suka pergi tempat ramai orang. Social distancing? Dah 3 dekad dah sis buat. Nak ambil cuti hari biasa. Cuti banyak lagi ni..kumpul pun bukan boleh pergi Liverpool hujung tahun. Lambert lagi nak cuti oversea. Cuti dalam Selangor dan KL dulu. 

Last tengok wayang cerita Abang Rock : Jumanji the Next Level

Tak tahu nak cuti mana? Siapa kata Selangor dan KL takde tempat percutian yang menarik. Boleh cuba  bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. Lepas rindu tengok sawah padi di Sekinchan atau tengok Kelip-kelip di Kuala Selangor. Melancong di negeri sendiri tak perlukan kebenaran polis atau menggunakan agen.

Baca ni juga : Pengalaman di Tadom Hills Resort

Dengar kata Langkawi dah dibuka untuk ‘travel bubble’. Tak dibenarkan naik kenderaan sendiri jika melalui jalan darat. Kalau jalan udara boleh ke guna kenderaan sendiri? Haha. Sembang macam ada private jet. MKN tak nak orang ‘ melencong’ la tu. Yelah dari KL ke jeti Kuala Perlis tu boleh singgah Perak, Penang etc. If ikut kenderaan agensi pelancongan tak boleh menyinggah negeri lain. Mungkin boleh naik bas ekspress? Entahlah. Kita tunggu informasi seterusnya. Harap dapat utilize credit account Air Asia aku gara-gara terpaksa batalkan trip tahun 2020.

Sembang kencang aku ni, status kat MySejahtera pun masih ‘Partially Vaccinated’. Menunggu tempoh 14 hari ibarat menunggu habis edah. Tak nak plan jauh-jauh sangat ke depan. Pandemik Covid ni mengajar aku yang situasi boleh tiba-tiba berubah. Tiba-tiba kes naik. Tiba-tiba PKP. Tiba-tiba kena cancel plan. Serik dah.

Dapat lepas rindu dine in dulu cukuplah.

Rindunya nak dine in. Terpengaruh dengan Blogger Farrah MF, nak cuba Two Sons Bistro di KLCC. Tak dapat dine in, take away pun OK. Blogger Anies dan Blogger Siti Yang Menaip roger ye kalau nak ajak ngedate.

 

Random dine in photos in my phone gallery

Seperti biasa, hidup penuh dengan perancangan tapi agak busy lately dengan tugasan hakiki. Blog pun baru ni dapat update.

Rasanya aku akan bekerja di rumah untuk tempoh yang lama lagi sebab aku pakai PC bukan laptop. Jenuh lah kalau tetibe ada kes dalam department, semua kena angkut PC balik kerja di rumah. Habis 2 minggu datang balik. Walaupun desktop HP built in CPU tapi pemegang PC ni berat nauzubillah. Jenuh wei nak angkat. Kalau kerja pun maybe on rotation. Malas wei bila dah berlemak kerja dari rumah. Nak gosok baju, nak pakai face mask, nak drive. Aku dah lah benci driving.

Hurm...wayang dah boleh bukak, karaoke bila pulak? Nak nyanyi lagu Dafi (bodek PM). Haha. Suara dah berkarat ni. Eh banyak pulak demand kau ye. Inilah rakyat Malaysia. Bagi betis nak peha, nak pinggang. Bagi kaki jap lagi tau lah. 

Agak-agak kalau cakap aku dulu sedih masa Dafi tersingkir Akademi Fantasia, ada peluang tak dapat Bantuan Khas Covid (BKC)?


Varian Delta masih mengganas, ramai masih takut-takut walaupun dah banyak kelonggaran. Kekal di rumah itu lebih baik kalau tak selesa nak keluar dan nak protect diri dan keluarga sendiri. Cuma janganlah takut lama-lama. Virus Covid ni tak akan hilang dan akan tiba masa kena terima hakikat yang kita terpaksa hidup bersama for better and for worse, till death do us part.

Jangan 'menyumpah' orang semata-mata untuk justify fahaman korang tu lebih baik. Kata-kata tu kan doa. Menyampah aku orang yang komen 'Ha...dah bukak semua ni, naik balik lah kes'. Doa yang baik sikit tak boleh ke? Tak pun mulut puaka berani cakap 'Tengoklah 2,3 tahun nanti baru nampak side effect vaksin'. Ni lah sebab aku minimakan penggunaan media sosial. Sakit hati tau.

Semoga negeri-negeri lain dalam Fasa 1 akan dapat beralih ke Fasa 2 dan seterusnya. Warga Selangor/KL/Putrajaya marilah kita berdoa dan berusaha supaya ‘kebebasan’ ini kekal. Jangan patah balik ke Fasa 1 pulak. Hidup perlu maju ke depan.

Eh termembebel pulak. OK lah, nanti kita borak lagi. Thanks for reading! Stay Safe!

Read More

SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

Monday, 6 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ramai pulak blogger buat giveaway bulan ni. Seperti biasa aku akan join kalau syaratnya simple. Seronok join giveaway atau segmen dianjurkan blogger yang aku belum follow lagi. Luaskan circle. Takdelah balik-balik singgah komen blog yang sama. Diorang pun menyampah asyik nama aku je yang naik. Hahaha.


Since namanya Surprise Giveaway, hadiah pun surprise box, GA Aienienka ni ada surprise tambahan iaitu peserta kena cerita the best surprise pernah dapat. Eh berapa banyak surprise daaa.

Aku ni sebenarnya tak berapa suka surprise dan attention. So kebiasaannya kawan-kawan and famili aku kalau buat surprise pun sederhana dan predictable macam surprise birthday cake or hantar bunga kat opis. Takdela extravaganza meletop kebabom macam grand party atau hadiah percutian. Aku ni simple dan mudah terharu. Kek sepotong pun aku ingat dan aporeciate.


Surprise by kawan-kawan office 4 tahun lepas.  

Pada zaman dahulu, ada someone suka bagi aku surprise. Surprise hadiah, surprise belikan makanan, surprise tetibe ada perempuan lain pun ye jugak.  Eh


Good luck untuk peserta lain yang join! Yang nak join jugak, klik je banner. 

p/s: menang giveaway pun dianggap surprise sebab aku jarang bertuah. 


Read More

Jute Bag Famsymall dan Salam Sayang Media Prima

Wednesday, 1 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Tak tau nak letak tajuk apa. Idea menulis pun hilang entah ke mana. Agak cranky mood aku lately. Takkan la side effect vaksin kot. 

Kali ni nak share hadiah yang aku dapat sempena birthday. Tapi bukan birthday aku. Ajaib kan, orang lain punya birthday, orang lain yang dapat hadiah. Aku cuba nasib teka tarikh hari jadi Blogger Notie. Eh tak sangka betul. Kak notie pun tanya aku apa warna kegemaran dan nak letak nama apa pada jute bag. 

Thank you so much kak Notie! Happy Belated Birthday. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Semoga cepat berakhir covid 19, boleh kita balik Muo sama-sama. Ha.. Korang kalau nak baca catatan travel merata dunia bolehla follow blog kak Notie. Merata dah dia sampai. 


Hadiah dari kak Notie - Jute Bag Famsymall

Abby tu nama panggilan dalam family. Entahlah mana datang nama tu. Arwah Mak yang start panggil kalau ikut cerita makcik aku. Gegirl sangat design bunga pink dan merah. 

Banyak juga produk menarik lain di Famsy. Bukak website dia, terus aku terpikat tengok tiffin carrier@mangkuk tingkat yang boleh personalize taruk nama. Design pun pelbagai.


Dapat facemask kain jugak. Warna pun pink

Entahlah bila baru dapat guna beg ni. Kalau pergi surau ke, picnic ke boleh lah guna kan. Selangor ni masih tak bebas. Sempadan Selangor-KL pun ada roadblock. Padahal orang rentas KL-Selangor tu untuk keje. Ingat sesaja ke. Lainlah kalau jalan naik ke Genting Highland, tu padan la nak kata orang nak bersuka ria.  Tak apalah, polis tu pun ikut arahan je kan. 

Isnin lepas aku bekerja di opis sebab nak hantar PC pada department IT. Hard drive crash, terpaksa reformat. Nasib baik lah keje aku semuanya save dalam drive, jadi kalau hilang fail-fail dalam PC tu takde masalah sangat. Cuma kena install balik segala software dan link shorcut yang penting. 


Goodies raya dari Media Prima. 

Punyalah lama goodies bag Salam Sayang ni terperuk dalam laci aku kat opis. Bila dah kerja di rumah, memang berat berkilo-kilo lah kemalasan nak pergi opis. Dapat masa bulan Syawal, sekarang dah Muharam baru ambil. Tu pun asbab PC crash, kalau tidak entah-entah tahun depan baru pergi. Aku prefer kerja dari rumah, sebab kalau kerja opis, 2 minggu sekali kena buat swab test.

Eleh Media Prima..ye ke sayang? Kalau sayang, naikkan lah gaji aku. 5 tahun dah ni tak gerak!

Doakanlah aku dapat kerja lain walaupun susah nak cari keja baru di musim pandemik ni. Sedih bila kawan baik (lah sangat) aku perlekehkan aku bila aku bagitau dia aku masih jobhunting sebab dari dulu aku dok ulang ayat sama.  Aku sendiri pun kadang-kadang rasa nak give up, tapi as member tak salah kan kalau bagi kata-kata semangat. Ada ke dia kata dah memang takdir aku mereput kat situ sampai kiamat. Eh ingat aku sejenis manusia yang tak nak maju dalam hidup macam dia ke

Banyak sangat makan cempedak goreng agaknya aku ni. Asyik nak naik angin je. 


Read More