Tragedi Itaewon - Mengimbau memori Halloween aku di Osaka

Monday 31 October 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ikut hati memang nak sambung story Turki, tapi lately busy lah. Menaip entry travel kena duduk betul-betul, pilih+edit gambar yang sesuai dan menulis pengalaman disulami fakta, bukan auta. Tak suka tulis entry separuh masak. Tak kisah orang baca atau tidak, aku memang akan usaha untuk hasilkan entry terbaik dari ladang.

Anyway, umum mengetahui tragedi yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan. Tragedi sempena sambutan Halloween yang mengorbankan lebih 150 nyawa. Aku tumpang bersimpati walaupun mereka tidak seagama dengan aku. Kalau mereka seagama pun aku akan tetap titipkan doa. Sebab apa? Sebab kita pun tak tahu pengakhiran kita macamana.

Bila baca berita tersebut dan komen-komen netizen, terus teringat memori masa aku ke Osaka, Jepun beberapa tahun dahulu. Kebetulan masa pergi tu Hari Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Masa beli tiket tak pernah terlintas pun nak celebrate perayaan masyarakat Celtic kuno itu ye. In fact tak silap aku kitorang beli tiket tarikh lain tapi Air Asia ubah tarikh sampaikan kitorang kena bayar denda kat AirBnB sebab tukar tarikh penginapan. Perangai musibat AA memang dari zaman sebelum Covid, tapi demi nak tambang murah punya pasal kenalah bertabah.


Di Dotonbori, Osaka memang ramai manusia tapi kawasannya luas dan orang tak bertumpu di satu-satu jalan sahaja


Gambar-gambar lain dan story boleh baca di SINI

Sebenarnya memang budaya orang Jepun setiap kali malam minggu diorang akan turun ke bandar memakai kostum walaupun takde sambutan apa-apa. Tapi bila Halloween meriahnya jadi berganda. Aku dan kawan-kawan sekadar menikmati suasana. Kawan-kawan aku ni budak-budak baik. Kalau ikutkan aku lagi lama nak lepak cuci-cuci mata tapi diorang dah ajak balik. Ini pun kami tak lalu di kawasan yang banyak bar. Takut jugak kalau ada yang mabuk

Bila difikir balik, syukur sebenarnya tak jadi apa-apa tragedi masa aku dan kawan-kawan di sana. Kalau tak pasti dah kena kecam sekali padahal tak pernah pun seumur hidup terlintas nak sambut Halloween. Pergi open house Aidilfitri pun kadang-kadang aku malas. 

Kali pertama dan terakhir aku tengok perbarisan di dataran

At the same time teringat masa pergi celebrate Hari Merdeka 31 Ogos yang lepas. Agaknya kalau ada kekecohan macam tu lah kot nasib semua yang ada kat sana. Haih, membayangkannya je dah boleh buat bulu roma aku meremang. Aku memanglah tak pernah suka tempat sesak. Sebab tu aku tak suka pergi konsert dan jarang pergi tengok bola di stadium.

Cakap pasal tengok bola, Al-fatihah utuk mangsa Tragedi Stadium Kanjuruhan Malang 11 September yang lepas.

Apa pun, kita ni mulut dan jari jangan rajin sangat nak kecam dan gelakkan oang. Sebab kita tak tahu nasib kita macamana. Boleh saja jadi kita berada di tempat dan waktu yang salah.

Marilah kita sama-sama berdoa diberi Khusnul Khatimah dan sentiasa cuba menjauhkan diri dari ke tempat-tempat yang tidak diredhai Allah. Siapalah aku nak menitipkan pesan, hanyalah seorang manusia yang banyak dosa.
Read More

Merhaba Turki Part 4.1! Dari Valor Textile, Denizli ke Kirazlibahce, Konya

Thursday 27 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Part 3.0

Part 3.1

Part 4.0

Assalamualaikum dan hai semua! Settle naik belon di Pamukkale, kitorang dibawa bertemu ahli-ahli rombongan lain yang tak naik belon. Jimat masa berbanding balik hotel semula.

Tempat pertemuan adalah di Varol Textile Outlet Centre. Tapi kat sini takdelah macam dekat Citto Pelle Leather Factory di Izmir nun. Tak ada fashion show bagai. Masuk, beli barang yang dikehendaki then beredar. Menurut pembacaan aku, Varol Textile ni ada banyak cawangan di daerah Denizli ni. Besar juga cawangan yang kami pergi ni tapi aku tak sempat ambil gambar sangat. Masa terhad sebab ahli rombongan yang tak naik belon dah lama berada di sini. Kesian pulak diorang tunggu.

Kat Varol ni harga barang in USD tapi Ozgur, tour guide Turki kami kawtim dengan tauke kedai dapatlah 50% off seorang. Tak tahulah kalau datang trip sendiri dapat diskaun yang sama ke tidak.


Antara produk yang boleh didapati di Varol Tekstil ni adalah bermacam jenis tuala, pashmina, tudung, cadar, rug, sarung bantal linen dan macam-macam lagi. Memang rambang mata tapi aku hanya beli ikut kesesuaian dengan duit poket. Sekadar beli beberapa helai tuala bertulis 'Pamukkale' sebagai souvenir untuk keluarga dan rakan rapat. Ada nampak tuala yang lebih kurang sama di kedai cenderahati di Cotton Castle tapi tak sempat beli. Alhamdulillah ada rezeki di sini.

Lepas siap membeli, naik bas dan makan breakfast yang dah di bungkus oleh Ozgur dari Tripolis Hotel dalam perjalanan. Aku lupa ambil gambar sebab dah lapar. Tak ada nasi kerabu atau roti canai, tapi perut dah boleh terima sarapan ala Turki. Roti, salad, cheese dan slice.

Perjalanan diteruskan menuju Konya. Jarak Denizli ke Konya adalah 385km. Perjalanan makan masa hampir 5 jam. 2 kali bas berhenti. Kali pertama untuk toilet break dan yang kedua untuk lunch dan solat di Kirazlibahce. Sepanjang perjalanan aku banyak tidur je. Yelah, pukul 4.30 pagi dah bangun gara-gara nak naik belon.

Di Kirazlibahce ada restoran, kedai-kedai dan jugak surau. Selesa tunaikan solat di sini sebab tempat ambil wuduk dekat dalam, macam surau di Malaysia. Kebanyakan masjid or surau kami singgah solat kat Turki ni kena ambil wuduk tempat lain dan solat di tempat lain. Aku memang standby selipar bawak naik letak dalam bas.




Ada salad yang digaul dengan minyak zaitun jugak, aku lupa ambil gambar

Kirazlibahce dah dalam daerah Konya. Kami akan bermalam satu malam di daerah ini. Tapi sebelum check in hotel nak singgah tempat-tempat menarik di Konya. Tempat apa tu korang tunggulah next entry ya. Entry ni macam takde point sebenarnya. Sekadar simpan memori untuk diri sendiri
Read More

Merhaba Turki Part 4.0! Naik Hot Air Balloon di Pamukkale

Sunday 23 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Part 3.0

Part 3.1

Assalamualaikum dan hai semua! Eh ada hot air balloon di Pamukkale? Ingatkan ada di Cappadocia sahaja. Aku pun bila dah follow trip ni baru tahu yang di Pamukkale juga ada belon udara panas. No wonder bilik hotel aku menginap ada tingkap kaca di bumbung. Refer entry INI. Fungsinya untuk santai pagi-pagi tengok gugusan hot air balloon berterbangan. Nice! Tapi aku tak sempat lah nak santai-santai tengok belon sambil baring sebab tidur di Tripolis Hotel satu malam sahaja.

Harga naik hot air balloon di Pamukkale juga jauh lebih murah. Hanya 220 USD berbanding 280 USD di Capadocia. Tapi harga hot air balloon ni tak fix. Datang musim lain/ tahun lain/ tempah pada operator lain, boleh jadi lagi mahal atau lagi murah. Boleh bayar pakai lira jugak tapi aku hairan bila convert ke RM, lagi jimat bayar pakai USD. At first ingat nak swipe kad tapi kedekut malas nanti ada charge. Lagipun kalau bayar cash boleh refund on the spot kalau tak jadi terbang. 

Kenapa tak jadi terbang? Memandangkan hot air balloon ni ringan, ia akan dibatalkan pelepasan kalau cuaca berangin atas faktor keselamatan. Ini pun punca kitorang tak naik di Cappadocia sebab dapat info dah dua hari tak jadi terbang. Kang takut patah hati lagi. 

Cara nak book tiket naik belon if datang DIY adalah dengan risik-risik tour agency di sekitar hotel atau book online. Since aku datang dengan tour guide so dia lah buat semua arrangement. Tak best jugak sebab tak boleh compare harga tapi dah memang travel dengan agen itulah aturannya so ikut jelah.

Pagi-pagi tu lepas Subuh terus turun bawak luggage untuk disimpan dalam bas dan check out. Tak makan apa-apa sebab takut perut meragam. Ngeri wei kalau nak membuang kat atas langit nun. Makan coklat sahaja untuk bagi tenaga. Untuk ke tempat naik belon, kami naik van dengan pelancong-pelancong lain. Tak semua orang dalam group kami yang naik belon. 9 orang sahaja. Kak Su (salah seorang ahli group kitorang) cakap dia berani naik belon ni sebab aku naik sekali. Alamak, akak jangan ikut saya sebab saya ni bukan betul sangat. Huhu.


Belon-belon akan naik secara berperingkat. Bukan serentak macam majlis perasmian lepaskan belon helium tu ye.

Beria dari hotel pakai sweater tapi sampai sana panas

Tunggu arahan dari staf kat situ untuk naik belon yang mana satu. Tak ingat berapa had maksimum untuk satu belon tapi lagi sikit penumpang lagi mahal bayaran per person. Standard lah tu. Kot korang nak feeling macam Sam dengan Fazura dalam filem Manisnya Cinta tu, naik berdua je, duit tu kena hulur lebih.

Abang Bomba, eh Abang Belon dok standby untuk pelepasan. Sado-sado ye pekerja kat sini. Tengok bisep dia tu. Aummm.

Eh boleh pulak dia buat lawak kata first time. Dahlah tengok muda semacam. Ismail nama pilotnya.


Nampak tak aku tersengih-sengih dapat naik hot air balloon. Mestilah happy dapat kabulkan one of my wish list. Well actually wish list aku adalah naik di Cappadocia tapi Pamukkale pun boleh. Hidup macam gitulah, takde orang nak tunaikan impian kita, kita tunaikanlah sendiri. It's my dream, Mas! Not her! Eh termasuk karekter filem Layangan Putus pulak. Pengaruh tik tok lah ni.

Teringat Blogger Amie cerita dia naik belon di Cappadocia, sejuknya bukan main. Aku tak sejuk ke? Memang tak sejuk langsung sebab ni hujung summer menjelang autumn. Lagipun Pamukkale memang agak panas berbanding tempat-tempat lain yang aku pergi di Turki ni. Campur dengan haba gas belon tu lagi.


Di kejauhan, Cotton Castle yang kami pergi hari sebelumnya



Aku sebenarnya rekod banyak video, tapi menegak. Video menegak tak sesuai upload ke blog. So take note lepas ni. Video menegak : Whatsapp Status, Tik Tok, FB story, IG story, Pinterest, Snapchat. Video melintang: Blog dan FB. Nasib baik ada video-video yang kitorang beli dari pilot. 10 USD per person. Bukan free ye. Videonya banyak, dari naik sampai turun tapi aku potong dan share sikit-sikit jelah untuk kat sini.

Ada orang kata, bentuk muka bumi Cappadocia lagi unik dan cantik dari Pamukkale tapi bagi aku setiap ciptaan Allah tu cantik dan unik. Cuma mungkin di Pamukkale kurang hype dan belonnya pun tak sebanyak di Cappadocia. Baguslah tak banyak. Risau aku banyak-banyak kang berlaga.

Tak silap aku belon udara panas kami naik ni maksimum aras dari tanah adalah 1000 kaki. Gayat jugak bila tengok bawah. Best sebab pilot cekap. Ismail bawak rendah je masa lalu Cotton Castle dan atas tasik. Ride almost sejam tapi rasa macam sekejap je. Memang tak menyesal lah naik. Duit boleh carii lagi tapi peluang macam ni entah-entah sekali seumur hidup.


Landing pun smooth je. Alhamdulillah. Rasa tak puas tapi banyak cantik kau nak mintak repeat. Hahaha. 

Settle semua dah selamat berdiri atas tanah ada celebration sikit. Part ni tak berapa kenan lah aku tapi nasib baik dia guna sparkling juice instead of minuman beralkohol. Setiap peserta akan dapat sijil tapi bukanlah sijil nama kita, tapi nama pilot. Cukuplah. Nak bawak balik si Ismail tak boleh, bawak balik sijil ada nama dia pun jadi. Hehe.

Siap-siap tunggu van bawak kami ke tempat ahli rombongan lain berkumpul untuk teruskan perjalanan. Ke mana kami lepas ni? Tunggu next entry ya. Thanks for reading!

p/s: Rupanya salah seorang ahli rombongan group ni kawan kepada blogger Nasa Mulia, pembaca blog ni jugak. Dr.Naila kalau terbaca entry ni jangan malu-malu nak tegur ye.
Read More

Karim Benzema dinobatkan pemenang Ballon d'Or 2022

Wednesday 19 October 2022

Tahniah Karim Benzema dinobatkan sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia tahun 2022. Anugerah berprestij Ballon d'Or memang menjadi idaman setiap pemain bola sepak professional dan boleh dianggap pencapaian tertinggi secara peribadi.

Nampak lain bila pakai spek. Abang-abang sangat 

Dah bertahun-tahun dalam dunia bola sepak baru menang award. Dah tua baru merasa. Eh tua? Umur dia berapa? Karim Benzema yang dilahirkan pada 19 Disember 1987 akan memasuki umur 35 tahun beberapa bulan sahaja lagi. Dikira tua lah dalam dunia sukan.

Pendapat aku yang sekadar penonton biasa, pemain kelahiran Perancis ni memang layak memenangi award tersebut selepas sesi 2021/2022 yang cemerlang membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Champions League Final mengalahkan team kesayangan aku Liverpool. Sob sob. Pahit kekalahan tu masih terasa OK! 

Cuma Benzema kurang menyerlah bersama pasukan Perancis. Ada yang kata mangsa diskriminasi perkauman, ada yang kata kontroversi peribadi tapi entahlah. Sayang dia tak pernah menang piala untuk pasukan kebangsaan elain UEFA Nations League yang aku rasa takde siapa peduli sangat pun. Haha.

Berbeza dengan pemenang tempat kedua, Sadio Mane bekas pemain Liverpool yang kini bermain bersama Bayern Munchen. Antara kejayaan Mane di peringkat antarabangsa adalah memenangi Africa Cup of Nations 2022 bersama Senegal dan memenangi 2022 African Player of The Year. Kalaulah Liverpool menang Champions League dan English Premier League 2021/2022 dah pasti Sadio Mane yang menang Ballon d'Or 2022. Sayangnya both pun Liverpool hanya mampu dapat tempat kedua. Takde rezeki awak Mane.

Sadio Mane mendapat Socrates Award sebagai menghargai usaha beliau dalam melakukan kebajikan. Bagus dia ni rajin bersedekah.

List Top 30 lain korang boleh baca dekat SINI. Jenuh nak ulas sorang-sorang. Lagipun tak semua player aku follow perkembangan diorang.

Pemenang-pemenang dalam kategori lain:

Women's Ballon d'Or (Player of the Year): Alexia Putellas (Barcelona). Hebat beliau menang untuk 2 tahun berturut-turut.

Kopa Trophy (Best U-21 men's player): Gavi (Barcelona). Harap tak tenggelam seperti kebanyakan starkids. No komen sebab jarang tengok Barcelona

Yashin Trophy (Best men's GK): Thibaut Courtois (Real Madrid) OK lah well deserved. Same reason macam Benzema jugak.

Gerd Muller Trophy (Top scorer): Robert Lewandowski (Barcelona) Beliau memang cemerlang score gol bertalu-talu sewaktu bergelar pemain Bayern Munchen.

Socrates Award (for player acts of solidarity): Sadio Mane (Bayern Munich). Rujuk screenshot di atas.

Club of the Year (club with most Ballon d'Or nominees): Manchester City. 

Aneh juga tahun ni tak ada Coach of The Year dan Puskas Award (Pemain Malaysia, Faiz Subri pernah menang award ni). Kenapa takde aku pun tak tahu. FIFA memang banyak kontroversi. Lionel Messi tiba-tiba menang Ballon d'Or 2021 pun orang tak habis mengumpat lagi.

Yang aku tahu gol Mohamed Salah lawan Manchester City hari tu sumpah lawa wei. Harap Liverpool kekalkan momentum sampai hujung season. Tak harap banyak, dapat Top Four dan atas dari Manchester United cukuplah. Eh.


Nota kaki bola : Arsenal power season ni. Aku harap diorang menang liga season 2022/23. Asyik Man City je bosan lah. Peminat Manchester City jangan marah ha...

Read More

Merhaba Turki Part 3.1! - Cotton Castle dan Hierapolis Ancient City

Saturday 15 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Part 3.0

Assalamualaikum dan hai semua! Perjalanan diteruskan menuju Cotton Castle, Pamukkale. On the way ke sana, tour guide Turki, Ozgur dan tour leader kami, Aida, dah start ambil nama untuk naik belon udara panas di Cappadocia dalam bas. Kena book awal, at least sehari sebelum. Tengah-tengah ambil nama, tetibe Ozgur dapat info yang hot air balloon di Cappadocia dah 2 hari tak terbang sebab angin kuat. Masalahnya bila tak dapat terbang, tempahan hari sebelumnya akan dibawa ke hadapan jadi peluang untuk kami dapat seat adalah tipis.

Aku sebenarnya berbelah bagi nak naik belon ke tidak sebab aku takut ketinggian. Lagipun harga bukannya murah. 280 USD! Apatah lagi dengan currency USD yang sedang meroket berbanding Ringgit Malaysia. 280x4.5 = RM 1,260! Berbaloi ke tidak? Jujur aku cakap sepanjang perjalanan aku dok fikir. Tapi dalam pada nak tak nak naik tu, bila dengar susah nak dapat seat tu rasa terkilan lah jugak. Hurm Sal..kau nak naik ke tidak ni? Fikir punya fikir tau-tau dah sampai Cotton Castle. Takpelah, Cappadocia boleh tunggu. 

Oh ye, sebelum korang confuse dengan entry aku, Cotton Castle dan Hierapolis terletak di kawasan yang sama tau. Harap maklong.

Cotton Castle, antara tarikan utama pelancong yang datang ke daerah Denizli, Turkey. Pamukkale tu sendiri terjemahan direct dari bahasa Turki untuk Cotton Castle. Ada apa di sini? Gerai jual cotton candy? Istana warna putih?

Bayaran masuk ke Cotton Castle adalah 11 USD atau 200 TRY. Ingat tak aku cakap kena cekap convert nilai matawang. Sebelum bayar tu kira dulu bila convert mana lagi untung. Di Turki ni kalau nak beli barang atau masuk mana-mana tempat kena tanya dulu harga in currency apa. Euro, USD dan Lira adalah 3 currency urus niaga biasa yang aku jumpa sepanjang di sana. Ada juga peniaga yang ambil RM tapi tak banyak. By the way kami ikut agen, harga tiket dah masuk sekali. So lenggang kangkung je.

Sebelum masuk kena scan beg. Tak pasti boleh bawa makanan ke tidak tapi air boleh. Before datang aku check cuaca, suhu 30 lebih degrees ye! Panas macam kat Malaysia. Nasib baik sampai dah petang. Nasib baik jugak air minuman free flow dalam bas sepanjang lawatan. Aku tak beli sebotol air mineral pun, semuanya sponsor. Hehe. 


Pamukkale was formed when a spring with a high content of dissolved calcium bicarbonate cascaded over the edge of the cliff, which cooled and hardened leaving calcium deposits. This formed into natural pools, shelves and ridges, which tourists could plunge and splash in the warm water.

Source : Turkiye Tourism

Menurut pemahaman aku, Cotton Castle terbentuk apabila mata air panas semulajadi yang kaya dengan mineral terutama sekali kapur mengalir ke teres-teres bukit. Sisa kalsium yang tertinggal, mengeras dan menghasilkan struktur berbentuk kapas berwarna putih. Lebih kurang gitulah. Korang boleh google kalau nak tahu lagi.


Kali pertama tengok Cotton Castle terbentang depan mata macam ni memang terus terlahir rasa kagum dengan ciptaan Allah. Putih bersih macam salji pun ada.


Manusia ramai. Kalau nak privacy boleh turun sampai ke bawah.

Sini celup-celup kaki je tapi jangan pelik kalau nampak ada yang berendam berbikini bagai. Apa pun, view dari sini cantik. OK jom tengok Hierapolis pulak!




Tak ada bukti kukuh bila sebenarnya Hierapolis dibina. Kemungkinan besar pada tahun 190 sebelum Masihi oleh pemerintah kerajaan Pergamon. Ia juga digelar kota suci kerana banyak aktiviti ibadah penganut Kristian dilakukan di bandar ini suatu ketika dulu. Aku pernah baca yang Hierapolis juga disebut dalam bible tapi tak pasti pulak dalam Al-Quran. Mungkin ada kisah di sebalik runtuhan kota yang pernah berdiri megah ni? Wallahu'alam. Kena cari balik episod Jejak Rasul di Turki. Hehe. 



Menurut legenda, kolam ini merupakan hadiah dari Marc Antony (bukan yang nyanyi My Baby You tu ye) kepada Cleopatra tapi takde bukti yang jelitawan Mesir tu pernah mandi di sini. Kau mampu bagi hadiah kolam renang kat makwe? Biar tak hensem janji kaya. Eh, tapi Richard Burton dalam filem Cleopatra tu hensem.

Kalau nampak dalam gambar ni ada batu-batu putih yang timbul. Ia merupakan kesan dari runtuhan binaan sekeliling kolam akibat gempa bumi yang berlaku pada kurun ke 7. Sumber : Top Hot Spring. Air tak berapa dalam tapi tak kuasa aku nak mandi. Mungkin kalau aku datang sendiri, tapi dengan group tidaklah, karang kena tinggal. Mana tahu keluar-keluar kolam cantik macam Cleopatra. Haha. Mimpilah kau! Takut jadi Anack Su Namun ( pengaruh filem The Mummy, maafkan sis sebab banyak sangat tengok filem pasal Mesir purba).



Nampak binaan ala Coloseum nun di atas sana? Ya, itulah target aku!



Nampak je aku macam tenang tapi separuh nyawa jugaklah nak sampai ke atas ni. Ketaq lutut weh! Nak turun ke bawah lagi pun tak daya dah




Aku kalau datang sendiri memang tak cukup 3 jam kat tempat ni. Satu persatu aku belek sambil berangan aku dalam filem dulu-dulu. Haha

On the way turun tetibe rasa kebuluran yang amat sangat. Maybe sebab dah guna banyak tenaga mendaki nak tengok Theater punya pasal. Singgahlah beli apa ke nama entah makanan Turki ni. Harga makanan dalam kawasan Hierapolis ni boleh tahan jugak, sebab tempat tourist. Dah lapar kan, layan jelah.


Dalam pukul 7 malam, kami berkumpul semula untuk gerak ke hotel. Tempat ni bila nak dekat senja terasa seram sikit. Maybe imaginasi aku je kot tapi manalah tahu kan. Tinggalan sejarah ni macam-macam kisah. Entah-entah kita jalan atas kubur orang Greek. Jangan ikut balik dahlah ye walaupun awak comel macam Kostas Tsimikas.

On the way ke hotel aku buat keputusan dah berkaitan hot air balloon. Nak tahu keputusannya? Keputusannya tunggu next entry. Hehe.

Kali ni check in Tripolis Hotel. Tripolis Hotel ada banyak blok. Boleh pulak bilik aku di blok belakang dan tingkat tiga. Hotel ni takde lif! Masa ni aku tercari-cari kelibat porter tapi masing-masing busy. Terhegeh-hegeh la aku sendiri. Inilah sebabnya aku tak shopping awal dan minimakan berangan yang dibawa dari rumah. Luggage aku tak sampai 9 kg untuk keperluan 9 hari.

Dah letak beg, terus turun untuk dinner. Makan stail buffet. Ada salad dan buah di piring lain, aku tak ambil gambar. Ada blogger tegur aku makan sikit di entry sebelum ini tapi sebenarnya sebab nasi di Turki macam nasi dagang. Kembang bila bubuh kuah jadi aku cepat kenyang.

Nampak macam sambal kentang dan kurma ayam tapi rasa sangat berbeza


Dah sudah makan baru boleh usha bilik. Wi-fi Tripolis Hotel hanya ada di lobi sahaja. So malam ni takde internet. Layan TV jelah untuk hiburan. TV pun channel Turki je yang ada. Citer omputih, Korea ke hape ke semua dubbing bahasa tempatan.

Tempat shower yang kecil comel. 

Nasib baik ada penanda arah kiblat sebab internet takde. 

Bilik di tingkat atas sekali ada tingkap di bumbung. Unique! Nasib baik ada bangku tu so boleh panjat.

Mula-mula aku bukak sebab panas padahal bilik ada je aircond.

View takde apa special. Hanya nampak hotel-hotel lain.

Lepas mandi dan solat, aku pun baring di katil yang betul-betul bawah tingkap tu. Eh rasa macam seram pulak. Bangun pergi tarik blind. Masalahnya, apa fungsi dia buat tingkap tu. Hurm aku rasa aku tahu tapi nanti lah aku cerita. Hehe. 

Thanks for reading ya! 

Read More

Merhaba Turki Part 3.0! - Terjebak Fashion Show Jaket Kulit di Selcuk, Izmir.

Wednesday 12 October 2022

Baca ni dulu : 

Part 1.0

Part 2.0

Part 2.1

Part 2.2 

Assalamualaikum dan hai semua! Hari ke-3 trip, kami teruskan perjalanan dari Bursa ke Pamukkale. Macam biasa, check out dari Adranos Hotel lepas breakfast dan load luggage dalam bas. Jauh jugak perjalanan, 438km lebih kurang. So kena make sure makan kenyang-kenyang pastu memerut siap-siap. 

Perjalanan dari Bursa ke Pamukkale disajikan view kawasan pertanian di kiri kanan jalan. Turki merupakan sebuah negara yang terkenal dengan bermacam-macam produk sayur-sayuran dan buah-buahan. Ozgur kata tiap-tiap state ada signature produk tanaman diorang sendiri. Antaranya zaitun, ceri, delima, tomato, aprikot dan epal. Teringat pulak Blogger Notie yang teringin nak ke Turki memetik buah. Tak pasti musim apa orang datang memetik buah. Aku datang ni penghujung summer, nak masuk autumn, tak nampak pulak buah bergayutan. Banyak pokok macam dah dituai. Gondol je. Apa pun itu hanyalah pemerhatian dari dalam bas.

Tak rasa nak tidur pun sepanjang perjalanan, tapi sesekali terlena jugak. Driver kami Enis (lebih kurang lah kot ejaannya) memandu dengan baik sekali. Manis orangnya, suka tersenyum. Tak borak sangat sebab dia tak berapa pandai cakap omputeh. 

Sesetengah kawasan di Turki menjana tenaga elektrik dari angin. Sesuai dengan bentuk muka buminya yang berbukit.

Disebabkan perjalanan jauh, driver akan berhenti setiap 2 jam untuk toilet break dan minum-minum. Setiap kali berhenti di toilet stesen minyak di Turki ni aku mesti kagum sebab toilet diorang sangat bersih. Nak ambil gambar segan lah pulak. Toilet pulak di dalam kedai dan ada pintu yang pakai sensor. Kalau nak banding toilet stesen minyak negara kita hurm, krik krik ye. Apa yang bagus di negara orang kita puji dan jadikan panduan. Aku cukup tak suka orang yang kata "Alah kau dok puji negara orang tu asal tak pindah sana je?". 


Beli jajan sikit. Adik kerja kedai stesen minyak ni tak pandai cakap English. So komunikasi pakai duit jelah. Aku memang tak bawak bekalan dari Malaysia sebab nak merasa jajan Turki.

First pit stop, Citto Pelle Leather Factory di Izmir. Aku dah bersedia mental fizikal untuk ke tempat ni lepas baca di blog Siti Yang Menaip. Tak boleh elak kalau travel ikut tour guide Turki. Kalau travel DIY dan memang takde plan nak beli barangan kulit tak perlulah singgah. Cuma cerita Siti lagi 'seram' sebab dia pergi kilang lain. Boleh baca di SINI

Barangan kulit dari Turki memang terkenal serata Eropah. Ozgur kata banyak brand dari Itali ada kilang di Turki, terutama sekali area Izmir. Memang ramai pelancong datang ke Turki untuk hunting barangan kulit berkualiti yang katanya lagi murah sebab harga kilang. Murah bagi diorang tetap mahal bagi aku. Huhu. Aku bukanlah penggemar barang berjenama jadi aku tak kisah pun pakai beg brand apa. Asalkan cantik dan boleh sumbat semua keperluan aku, aku guna je sampai lunyai.


Sampai-sampai je kami dijemput masuk ke showroom dan dihidang teh epal. Orang Turki ni suka betul 'rasuah' pelanggan dengan teh epal. Haha. Tapi tak kisahlah sebab sedap

Sepanjang show, kalau ada yang berkenan boleh tandakan di kad sebelah meja

Beranganlah kejap konon-konon kau ni influencer dijemput ke KL Fashion Week. 

Aku cakap dengan akak kat sebelah aku, dah orangnya cantik, pakai kulit ayam pun cantik.

Design dia memang lawa bagi aku. Boleh pakai both sides. Kalau aku kaya dan selalu travel oversea tempat sejuk bolehlah beli

Tauke cakap boleh bagi diskaun. Kalau kedai macam ni jangan pelik bila pekerja atau pemilik kedai mampu berbahasa Melayu 

Tu dia harga, bukan RM bukan Turkish Lira tapi USD

Menjawab soalan pembaca yang drop komen tanya matawang apa yang aku bawak : Aku bawak Turkish Lira dan USD. Buat apa bawa USD? Sesetengah kedai kayangan macam Citto Pelle ni jual barang in USD. Tapi kalau peniaga tempatan, mereka mintak Lira. Apa pun kena cekap convert nilai matawang tau. Ada masanya bayar USD lagi untung dari bayar in lira. Eh cmane pulak tu? Ha, nanti aku cerita di entry seterusnya. 

Ada juga ahli group yang membeli. Tapi aku tengok sahajalah. Eh memang tak lah aku yang selalu beli baju preloved/bundle ni nak beli jaket harga mencecah RM 5K. Membazir. Nak ke Turki ni pun dah banyak keluar duit. Walaupun nilai matawang Turki jatuh dan aku boleh tukar 1000 TRY pada harga RM 300, tapi harus diingat yang bila matawang sesebuah negara tu jatuh, harga barang akan naik. So janganlah expect nak dapat harga macam orang yang pergi Tukri tahun 2019. Barang harga 5 TRY mungkin dah melambung jadi 20 TRY. Dulu duit Turki lagi besar dari RM, tapi sekarang dah terbalik.

Semoga ekonomi Turki kembali pulih. Kasihan sebenarnya Turki ni sebab selalu ditekan negara-negara kuasa besar sebab Presiden Edrogan lantang bersuara terutama bila melibatkan nasib negara Islam lain.

Eh jauh pulak membebel. Haha.

Later kami lunch di Sultan Restaurant. Dekat je, kami jalan kaki. Area Citto Pelle ni memang banyak restoran dan hotel. Kiranya kalau datang Izmir, ni memang area tumpuan pelancong. 

Menu ala Mediterranean. Tak jumpa pulak lauk ikan. Kena order kot. Ni makan stail buffet. Makanan dia sedap jugaklah. Ah, Sal kau semua sedap! 

Pic dari Trip Advisor. Aku tak ambil gambar sebab orang sangat ramai

Aku frust sebenarnya sebab setakat singgah Leather Factory ni je di Selcuk, Izmir. Aku teringin nak ke Ephesus Ancient City, tapi dari itinerary memang dah tulis tak singgah so tak boleh salahkan travel agent. Aida kata akan tetap singgah ancient city, tapi yang lain. Rupanya ada berpuluh ancient city kat Turki ni.

Kalau diberi peluang repeat Turki, aku nak explore area Selcuk, Izmir. Sini banyak tinggalan empayar Rom/Greek. Tak silap aku gua yang disebut-sebut kononnya Gua Ashabul Kahfi pun di area ini. Jom jom siapa nak ikut. Kesian la siapa travel dengan aku. Shopping tak minat, tapi duduk bertapa kat bangunan lama minat pulak. Adeh.

Anyway lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Pamukkale. Singgah solat di salah satu masjid ni tapi masjid biasa sahaja. Aku pun tak ambil gambar. 

Excited sungguh aku nak pergi Pamukkale sebab kami nak ke Hierapolis Ancient City. Ni antara tempat yang aku dah berangan-angan nak sampai dari KL lagi. Hati dah patah di Istanbul, moga tak patah di Pamukkale! Patah ke tak patah nanti sambung ye. Thanks sudi membaca!

Read More