Assalamualaikum dan hai semua! Setelah 8 minggu menunggu, tiba giliran untuk aku ambil dos kedua vaksin AstraZeneca (AZ). Interval vaksin AZ jauh berbanding vaksin lain, tapi ia tidak mengurangkan keberkesanannya. Jadi penerima vaksin AZ tak perlu risau.
Sewaktu entry ini ditaip, PPV PWTC hanya menyediakan suntikan dos kedua dan tak ada walk-in. Di peringkat awal program vaksinasi, vaksin AZ hanya diberi kepada mereka yang mendaftar secara sukarela, tetapi mulai 27 Mei 2021, vaksin ini mulai diberi kepada umum.
Sumber : https://www.theedgemarkets.com
Just like last time, walaupun aku sampai awal, tapi dibenarkan masuk. Proses kali ini lebih lancar dan tak perlu naik ke tingkat atas. Maybe sebab tinggal second dose sahaja. Orang pun tak ramai.
Baca ni jugak : AstraZeneca First Dose at PPV PWTC
Jangan lupa bawak I/C dan kad vaksin yang diberi semasa dos pertama
Aku lebih nervous kali ni kerana kata orang, kesan sampingan AZ dos kedua lebih teruk. Kali ni aku perhati betul-betul botol vaksin dan jarum sebelum disuntik. Tahan nafas dan berzikir dalam hati, menanti untuk kena inject. Tetibe nurse tu tegur aku,
"Eh..janganlah lari.."
Rupanya disebabkan takut jarum, aku tak sedar yang badan aku menjauh dari dia. Adeh malunya! Nurse tu suruh aku rileks dan pandang depan. Masa jarum tu masuk menyeringai la aku sekejap tapi aku fokus kat dinding putih depan aku. Nurse tu suruh aku 'lembutkan tangan'.
Kali ni tak 'lari' dah. Hahaha. Punyalah fokus aku kat dinding sampai tak perasan dah sudah.
"Jauh pandangnya tu".
Tak silap aku itulah ayat nurse tu usik aku sambil tampal plaster. Segan pulak tua-tua ni takut jarum lagi. Mesti dah macam-macam perangai nurse tu hadap hari-hari kan? Aku ni nasib baik tak lari betul-betul. Huhu. Memang jauh pandangnya Cik Misi, dah sampai Australia.
Ruang pemerhatian kesan sampingan selepas suntikan
Disebabkan Hari Kebangsaan dah dekat, Pusat Vaksin PWTC pasang background lagu-lagu patriotik. Petugas pula bawak bendera kecil and ucap 'Selamat Hari Merdeka' sewaktu kami tiba di ruangan pemerhatian. Masa petugas tu suruh bagi tepukan kat diri sendiri sebab dah complete dua dos, rasa macam kat kem motivasi pulak. Haha. Rindu pulak suasana gitu. Harap dapatlah attend event lagi macam sebelum pandemik.
Mood patriotik kan, so sis make sure ada bendera Malaysia dalam gambar.
Kali ni tak perlu jalan jauh nak ke stesen LRT sebab pintu menghala ke Seri Pacific Hotel dibuka. Tapi hanya untuk 'Exit' sahaja.
Tak dapat goodies pulak. Maybe ada kalau ikut pintu lagi satu tapi aku malas jalan jauh.
Setiap kali ke PWTC ni memang bring back memories bertugas di pesta buku dan Perhimpunan Agung UMNO zaman kerja arkib dulu. Rindunya, tapi masa silam tak mungkin berulang sebab dah pindah department.
Singgah Sunway Putra Mall. Nampak bernyawa sikit pusat beli-belah ni bila dah banyak kedai dibuka.
Trend tahun 2010-an dulu, ambil gambar kat cermin toilet
Upah diri sendiri. Frappe Family Mart Peanut Butter Chocolate.
Sedap ke? Hurm..if korang suka kacang sedap lah kot. Rasa kacang mengatasi rasa coklat. Butir kacang tanah banyak dan boleh kunyah. Plan asal nak beli Adzuki Matcha tapi tak ada. FM Sunway Putra ni baru nak bukak. Rak makanan tu pun kosong lagi. Pastu beli jugak Frappe Family Mart Grape. This one boleh tahan sedap. Rasa macam minum vitagen purple pun ada.
Last but not least tapau Cinnabon sebab kempunan kali terakhir ke Sunway Putra Mall.
Banyak juga kedai stationery dan pakaian dah dibuka tapi aku malas nak singgah. Takde apa nak dibeli. Hanya singgah Watson je dan cuci mata tengok kedai-kedai makan di level bawah. Nak dine in tapi belum masuk kategori lengkap divaksin. Walaupun dah 2 dos, tapi kena tunggu 14 hari lagi untuk betul-betul build immunity.
Side effect kali ni sama macam last time. Aku hanya demam pagi berikutnya. Mandi dan rehat. Walaupun tak makan ubat, demam kebah sendiri. Cuma lengan kiri rasa sengal terutama tempat suntik. Alhamdulillah tak teruk. Ada tak reader blog ni yang ambil AZ jugak? Side effect korang teruk ke?
Harap usaha aku ni dapat menyumbang kepada herd immunity supaya Malaysia dapat merdeka dari virus Covid 19.
Siapa lagi yang dah complete vaksin? Sep sikit! Buat yang belum tu harap sabar menanti giliran. Sama je dah complete ke tidak..tak boleh balik kampung jugak.
Nota kaki : Excited dapat tahu YB Khairy Jamaluddin pegang portfolio Menteri Kesihatan. Harap YB dapat bendung virus Covid 19 di Malaysia. Semoga kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United membuatkan YB lebih bersemangat.
Baca ni jugak : Alahai Khairy Jamaluddin
Thanks for reading! Stay Safe and Selamat Hari Kebangsaan!
Tahniah sal!! Akhirnyaaa dpt dah vaksin kedua ye. Eh lama nya kita x pegi SPM.. arghh rindu plak heheh.
ReplyDeleteHehe. Saya tengok ramai yang menyinggah ni orang lepas vaksin
DeleteHehe maksudnya Sal tidak tengok picagari masa kena suntik.
ReplyDeleteHaah kan kalau takut dan gemuruh, badan akan jadi keras.
Saya hanya tengok sebelum suntik. Masa tengah tu tak berani. Tu yang perasan badan jadi keras
Deletesporting petugas.. sruh tepuk diri sndiri.. bestnya.. hihi..
ReplyDeletekdg tindakan refleks xsedar bdn lari sndiri sbb takot jarum..
pengalaman berharga tu.. hee
Haha. Petugas dah macam fasilitator minggu orientasi. Pengalaman tu bila cerita kat famili diorang gelak
DeleteFinally, setel jugakk dua dos! Vaksin AZ memang lama sikit menunggu kan kak sal, tapi takpe. Janji vaksin. In shaa Allah, dapat membantu untuk membentuk herd immunity biar covid-19 cepat cepat lenyap dari muka bumi ini.
ReplyDeletep/s: Samalah kita excited tengok YB KJ jadi Menteri Kesihatan, moga moga dapat jadi menteri yang lagi baik daripada sebelum ni hehehe.
Memang lama menunggu. Harap tempoh 14 hari ni dapat build immunity supaya kuat
DeleteMoga moga begitulah hendaknya kak sal biar cepat cepat covid terhapus di dunia ni >.<
DeleteAlhamdulillah..dah setel 2 dos, kebah dari demam..
ReplyDeletedah lama tak ke shopping complex..
Tahniah dah complete dua dos. Semoga kekal sihat.
ReplyDeleteTahnia sama kita ya dua dos..apapun no SATU kita minta SYIFA dariNya subahanallah
ReplyDeleteInsha Allah. Kita hanya ikhtiar, selebihnya dia yang tentukan
Delete*Dia
DeleteSalam.. sy nk tanya ppv pwtc ada sediakan walk in tk utk sec dose sbb sy dh masuk bljr di selangor. First dose sy di perak.
DeleteWaalaikumsalam. Setahu saya PPV PWTC hanya untuk penerima dos via sistem sukarela dulu. Awak dah dapat tarikh belum? If dah dapat boleh klik cannot attend dan bagitau dah tukar alamat. tukar alamat baru di mySejahtera. If tak dapat jugak, call hOtline PICK (boleh google. Goodluck!
DeleteALHAMDULILLAH DH SELESAI VAKSIN KEDUA
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tahniah dah settle vaksin
ReplyDeleteAlhandulillah cepat prosesnya, sempat singgah Mall, nampak banyak kedai dah buka, moga cepat merdeka dari covid19 ni inshaAllah.
ReplyDeleteInsha Allah. Semoga Covid 19 hilang dan pada masa yang sama, ekonomi kembali maju
DeleteAkak ni dh beratus2 kali kena subtik..amik darah..bubuh darah..pasang branulla..tp sekalipun akak tak pernah pandang masa nurse buat semua tu..ngeri..ngilu..
ReplyDeletetulah kan kak. Lagi-lagi kalau jarum tu besar. Tu yang badan keras je.
Deletealhamdulillah, dah selesai semuanya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. lega dah kan settle 1 dos. lama nau AZ ni nak sampai dos kedua. Kadang kita ni takut mengatasi segalanya. Tak sedar spontan macam nak lari kan. Mujur pandai doktor nak cucuk tu bergurau.
ReplyDeleteYeay kita geng dah cucuk 2 dos. Buat masa ni dapat rentas daerah lagi. Tapi belum merentas lagi. Masih seram nak keluar. Huhu
selangor ni entahlah dah boleh rentas ke belum. nak k kuala lumpur pun ada roadblock.
Deletehehe, Fizah kan dah boleh pergi PD. Jangan pergi weekend or public holiday. Avoid cuti sekolah jugak
Sekarang ni agak strict merentas negeri agaknya.
Deletehaa itulah baru berpindah Fasa 2 seminggu lepas kot. Hotel PD pun fully booked katanya weekend lepas. Kita pun hold lah dulu. Risau pulak bila ramai ramai serbu macam tu.
Alhamdulillah.. Semoga sihat-sihat sahaja slepas ini.
ReplyDeleteTahniah dah completekan dua dos, alhamdulillah. Saya masih menunggu juga untuk 2nd dose :)
ReplyDeleteTahniah dah lengkap dua dos vaksinasi
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai 2 dose. Nina jelah masih menunggu xdpt2. Sedih xdpt tahu status dlm mysejahtera sendiri.
ReplyDeleteLama xdtg sini blog dh bertukar. Cantik header
Saja makeover blog. Jemu tengok template lama.
DeletePenang takde walk in ke?
Sekali sekala tukar. Heheh nampak kemas dh ok.
DeleteAda walk in
boleh kot Nina cuba walk in. Selangor ni pun tak lama lagi nak stop walk in
DeleteAlhamdulillah dh dpt vaksin.. nanti boleh rentas negeri dh
DeleteSkrg penang byk ppv buka utk students. Kena cepat2 settle
DeleteAlahaiiii jangan cakap sal ahkak yang kerja dengan KKM ni pun kadang takut kena cucuk. hehehe Hah kita orang bersemangat dapat Menteri KKM yang baru. Belum apa-apa lagi semua data dia nak tenguk.
ReplyDeletepenantian berakhir... done full dose.. alhamdulillah sal
ReplyDeleteNak jgk selit CR ke MU haha..kuat jgk bdn cik sal tak padan kecik tahan AZ..org len dh demam 5hari kot
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya memang jenis jarang jatuh sakit.
Deletehuntong arrr lps vaksin g sunway putra... ronda rondi smbl cuci mata cari jersi MU yg latest kannnnnn
ReplyDeleteJersi Ronaldo tak kuar lagi masa ni
DeleteYeayyy! Alhamdulillah, dah lengkap dua dos! Lama benar akak dah tak ke Sunway Putra Mall. Rindu nak jalan cuci mata kat sana.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah lengkap dua dos vaksin. Stay healthy dan take care selalu ya.
ReplyDeleteTahniah Sal sudah dapat suntikan.
ReplyDeleteKak Amie bulan Mei dulu dah lengkap 2 dos.
Ambil AZ macam ginilah, tertinggal keretapi. Tapi kak Amie dikira frontliner, bagus dah complete awal. saya ni keje depan PC di rumah sahaja. lambat pun takde masalah
DeleteTahniah sal.. dah boleh gi jenjalan la lepas ni hikhik.. sedapnya cinnamon rolls tu
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah sal! ciksun pun baru sudah second dose dua hari lepas...
ReplyDeletetahniah...dah nak habis edah. hahahha..suami ammi 2nd dose 30/8...tak nyabau rasanya nak habiskan 14 hari. nak gak bawak anak2 dok hotel
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dah complete dua dos..
ReplyDeleteTahniah Sal..