Review Homestay Annur Kamunting, Taiping

Monday 28 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Nak share dengan korang homestay yang aku dan keluarga menginap semasa kami ke Taiping bulan Januari lepas.

Kebiasaan aku kalau bercuti bersama famili, aku lebih gemar memilih homestay berbanding hotel. Sumbat je semua dalam satu rumah. Senang nak perhati, terutama anak-anak. 


Plan kitorang ni sangat last minit. Sabtu nak pergi, Khamis baru cari homestay. Hajatnya nak duduk di area berdekatan bandar Taiping sahaja, tapi sebab last minit, banyak homestay yang best orang dah book. Tak silap aku, masa ni last weekend cuti sekolah.

Cari punya cari, aku jumpa Homestay Annur. Rating 8.0 di Booking.com. Jarak dengan attraction Zoo Taiping adalah 10km. Apa sangatlah memandu 10km tu bagi kami warga KL yang memang banyak spend masa atas jalanraya. Haha.

Aku berurusan dengan tuan rumah sendiri. Just whatsapp pukul berapa nak sampai dan tuan rumah akan uruskan pemberian kunci dan bayaran. Aku book direct melalui Puan Hidayah : 019-7293940

First impression bila sampai, senang hati sebab parking luas dan boleh masuk 2 kereta. Depan umah ada taman permainan tapi tak pergi sebab hujan.


Aku lupa ambil gambar, so pinjam dari FB Homestay Annur

Bapak aku berkenan dengan wallpaper rumah ni. Tapi aku cakap dengan dia, wallpaper bercorak kurang sesuai dengan rumah kitorang sebab rumah kitorang banyak barang. Nampak serabut. Pendapat aku, homestay bolehlah sebab minimalis. Hanya ada sofa dan TV. Kalau rumah sendiri biarlah dinding plain


Kawasan meja makan. Ruang tamu takde aircond, ada kipas sahaja.


Bilik air utama ada air-cond dan bilik air sendiri. Bilik ni bagi adik aku satu famili duduk. Senang ada baby kalau ada bilik air sendiri.


Bilik tidur nombor 2 ada air cond


First time jumpa homestay ada buaian baby. Bilik tidur ke 3 ni takde air cond. Ni parents aku stay sebab orang tua mana tahan sejuk. Buaian tu kami sorong ke bilik adik aku


Bilik air yang simple. Asalkan mesra warga emas, aku OK


Complete dengan dapur dan mesin basuh

Overall puas hati lah stay sini walaupun agak jauh dari kebanyakan tarikan utama di Taiping. Harga kami menginap adalam RM200 satu malam.

Kalau kalian nak cari homestay are Kamunting/Taipin, boleh cuba menginap di Annur Homestay yang terletak di Taman Kamunting Mutiara. Boleh book via Booking or Agoda. Paling senang dea direct dengan owner Puan Hidayah atau Encik Khalid (019-5465437)

Kitorang check in sini lepas makan mi udang dan melawat kilang arang di Kuala Sepetang. Ikutkan hati nak jalan-jalan lagi tapi sebab dah hujan dan budak-budak dah mengantuk.

Petang tu rest dan makan bekalan sebab dah lapar balik sebab hujan. Malam tu lepas Maghrib baru keluar. Ke mana tu nanti sambung next entry. Thanks for reading!





Read More

Pokemon TCG Exhibition di MyTown - Aku nak jumpa Pikachu!

Thursday 24 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Cerita last Sunday. Aku ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre. Event anjuran Aeon Fantasy (M) Sdn Bhd, diadakan di ruang legar tengah MyTown SC. Kenapa aku pergi? Aku nak jumpa Pikachu dan nak usha pop-up store Pokemon Centre yang jual merchandise Pokemon direct dari Jepun! Kali terakhir aku ke Osaka memang aku banyak habis duit kat Pokemon Centre di Daimaru Shopping Centre. Aku beli apa? Nanti kita reveal di hujung entry ye.

Minat aku pada watak-watak Pokemon bermula apabila adik lelaki aku perkenalkan aku pada Nintendo Gameboy Pokemon Version Yellow di tahun 1999. Masa tu hanya ada 151 pokemon sahaja. Pas khatam Yellow version, aku main version Red and Blue pulak walaupun versi Red and Blue sebenarnya lebih awal dari Yellow. Aku suka game stail journey dan strategi macam ni walaupun agak childish. Tahun 2000 masuk versi Gold and Silver, bilangan Pokemon pun bertambah jadi 250, aku dah tak main sebab ada exam besar tahun tu. Layan kartun di TV sahaja. Zaman sekolah dulu aku memang geek kuat belajar. Dah tua je malas. Haha

Makin menginjak remaja, aku pun sibuk dengan benda-benda lain, Pokemon pun makin banyak jenis, aku dah tak larat nak keep up. Sesekali keluar movie aku leburkan jugak duit tonton di wayang. Secebis kenangan zaman kanak-kanak, mestilah kita cherish kan?


Pikachu Walk pukul 3 petang. Awal sangat aku datang, pukul 12 tengahari. Takpelah, kita tunggu. 


Di atas pentas itu nanti Pikachu akan muncul


Walaupun pernah main game dan layan kartun di TV, aku tak pernah kumpul Pokemon Trading Card. 


Trading Card ni bukan sahaja orang kumpul secara fizikal, tapi boleh juga main secara online : Pokemon TCG


Aku rasa ni Fan-art


Electrode - antara pokemon generasi pertama


Char..char..Charizard ni pun aku suka gak walaupun in real life tak suka cicak



Awak ni siapa?


Awak je kiter kenal sebab generasi lama


Pokemon monyet ni generasi baru. Takde dalam database 'Pokedex' aku yang 20 tahun tak update



Ada 'Trading Corner' untuk pengumpul kad


Patuhilah peraturan dan jangan gaduh-gaduh OK

Kepada pengumpul Pokemon Trading Card yang berminat nak sertai TCG tutorial, daftar dulu di Eventbrite : Tutorial Session Booking Ticket untuk reserve slot. Walaupun kena daftar tapi event ni percuma. Kena daftar maybe supaya senang control crowd. Biasalah kan nak masuk fasa endemik. Kena 'battle' dengan virus Covid juga. Tutorial hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.



Station Pokemon Ga-Ole Gunnar Solkjaer

Pokemon Ga-Olé is a Pokemon arcade game that revolves around inserting special pokemon disks that depict an individual pokemon into the machine. These pokemon will then appear in the game to battle other pokemon. Source : Gamer Bravers


Banyak juga merchandise dan plushies di Pop-Up Store


Untuk gamers jugak


Ala..comel-comelnya. Tapi harga tu faham-faham sendirilah. Bawa direct dari Jepun kan. Original pulak tu.


Hurm..rasa macam nak beli. Luggage organizer tu paling kecik RM 77.


Tangkap gambar dulu. Sape la Abang Sado interframe gambar aku ni.


Selfie dengan maskot jelah. Abaikan tudung tak sempurna dan eyebag seberat dosa tu.


Pukul 1 start tutorial Trading Card Game seperti yang dijadualkan.

In the end aku tak beli apa-apa di pop-up store dan tak tunggu Pikachu Walk pukul 3 sebab aku malas nak solat Zohor kat mall surau. Orang ramai. Lagipun aku sorang-sorang masa ni. Tak nak jalan-jalan mall sangat karang tershopping. Pergi makan je pastu singgah Watson's. Solat Zohor di rumah aje. 

Nape tak ajak kawan? Kawan-kawan aku semua busy dan ada yang dalam kuarantin. Sejenis aku kalau aku nak pergi sesangat, takde orang teman pun aku terjah. Lagi seronok dari pergi dengan orang yang tak minat. 

Oh ye, macam yang aku janji, ni dia barang yang aku beli di Pokemon Centre Osaka. 

Coin purse, pouch dan planner je. Walaupun tahun 2016/2017, aku masih simpan sebab sayang.


Peminat Pokemon, terutamanya yang minat Pikachu, boleh singgah ke Pokemon Trading Card Game 25th Year Exhibition di MyTown Shopping Centre sebelum 27 Mac 2022.


Notice: All activities are daily except:
- TCG Tutorial Session (Fridays to Sundays, 1PM to 5PM) 
- Pikachu Walk (Weekends, 3PM) 
- Pikachu Dance (Weekends, 5PM & 7PM)
- Pikachu Meet & Greet (Weekends, 6PM)

TCG Battle Corner usage hours:
1. Mondays to Thursdays: 10am - 10pm
2. Fridays: 10am - 1pm & 5pm - 10pm
3. Saturdays & Sundays: 10am - 1pm & 7.30pm - 10pm
Disclaimer: All contents subjected to change or cancellation. 

Sumber dan info lanjut di SINI

Read More

Kilang arang Kuala Sepetang dan Mi Udang Mak Jah

Thursday 17 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita bulan Januari lepas. Adik lelaki aku kata dah lama sangat tak bercuti, jadi dia ajak aku, adik pompuan dan parents aku ke Taiping, Perak. Tak pernah bercuti jauh-jauh sejak adik aku dapat anak kedua ni. Kenapa adik aku pilih Taiping? Katanya ada banyak wishlist dia di Taiping- Bandar Warisan. Ia juga digelar 'Bandar Orang Pencen' sebab ramai pesara suka menetap di sini.

Dari Sungai Buloh, kami menaiki 2 kereta. Adik lelaki aku satu kereta sebab dia pakai 2 carseat. Kami yang lain satu kereta. Campur tolak berhenti RnR semua, perjalanan makan masa lebih 3 jam. No rush. Takde apa nak dikejar. Bawak orang tua dan bayi lagi, memang tak boleh lah nak cepat macam Amazing Race.


Destinasi pertama, Mee Udang Mak Jah yang terletak di Kuala Sepetang



Warung open air. Akan ada orang datang ambil order


Menu Mee Udang Mak Jah. If tak nak mi, boleh order kuey teow, bihun mahupun nasi goreng


Tak ambil gambar makanan orang lain. Aku pilih Mi Kuah Udang yang merupakan signature dish

Review aku? Hurm..rasanya lagi sedap yang aku makan di Tanjung Karang. Udang pun kurang fresh kalau nak dibuat perbandingan. Tak capai expectation walaupun harga di Mi Udang Mak Jah lebih murah. Thankfully takde allergy reaction, tapi tak repeat dah lah. Maaflah ye, ini cuma review jujur seorang pelanggan. Family aku pun reaksi biasa je. Tak impressed sangat.

Ada banyak lagi kedai mi udang di Kuala Sepetang ni tapi kalau google memang Mi Udang Mak Jah yang akan muncul di carian pertama. Orang tempatan mesti tahu kedai lain yang lagi sedap kan, tapi saja tak nak bagitau sebab nanti viral, crowded pulak. Haha. Selalunya gitu. Lagipun ada sesetengah kedai makan, lepas viral auto jadi tak sedap dan kualiti drop.

Next kami ke Kilang Arang Kuala Sepetang. Yang ni pun wishlist adik aku. Layan jelah. Tapi mak aku dan isteri dia tak turun sebab budak berdua tu tidur pulak. Perjalanan jauh dari KL dengan cuaca panas berdenting memang meletihkan.



Cuaca memang dah panas, kita tambah panas dengan berada di sini. Hehe. Aku respect habislah pekerja kilang arang ni sanggup menahan panas memproses kayu bakau untuk dijadikan arang. Masa pergi ni takde tour guide. Tak tau nak cari kat mana. Pergi pun mengejut kan, main terjah je. Nampak seorang pekerja, tapi tak nak kacau.

Info lanjut tentang proses pembuatan arang boleh baca di SINI





Posing depan 'gok', dapur membakar kayu hingga menjadi arang. Unik bentuknya macam igloo. 

Kalau ikutkan, lagi seronok berkunjung ke kilang arang ni kalau ada tour guide, so lebih faham setiap proses dan kegunaan alatan. Tak tau nak cari tour guide macamana. Ada sesiapa yang ada info bolehlah share di ruangan komen. Nanti aku edit di sini, boleh jadi panduan untuk orang lain yang berminat melawat kilang perusahaan kayu arang ni.

Selesai kat sini, tetiba hujan turun dengan lebat. Ah sudah..terpaksa cancel plan nak sambung jalan-jalan. Kuala Sepetang yang terletak dalam daerah Larut merupakan tempat dengan taburan hujan paling tinggi di Semenanjung. Boleh kata hari-hari hujan. 

Mamandangkan dah hujan, budak-budak pun dah tidur, kami check in homestay dulu. Nanti next entry aku sambung kisah di Taiping ye. Thanks for reading!
Read More

LaLaport Bukit Bintang KL - Di atas tapak Penjara Pudu

Sunday 13 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ni cerita semalam. Bosan duduk rumah, aku ajak adik aku ke LaLaport yang terletak di Bukit Bintang, KL. Mall ni 'terkenal' sebab dibina atas tapak penjara Pudu yang dirobohkan pada tahun 2012. 

Orang-orang lama tahulah betapa bersejarahnya Penjara Pudu yang ditamatkan operasi pada tahun 1996. Logik jugaklah pada pendapat aku sebab masa tu kawasan Bukit Bintang tengah membangun dengan pesat dan menjadi tumpuan pelancong. Takkanlah tengah-tengah bandar ada penjara. Lepas ditamatkan operasi, pernah dijadikan muzium tapi tak pasti berapa lama. Aku sendiri tak berkesempatan nak pergi sebab ramai cakap muzium tu 'keras' dan banyak cerita mistik pengunjung lepas melawat muzium tu. Yang aku ingat, sekolah aku nak buat lawatan tapi last-last tak jadi. Parents tak bagi kot. Termasuklah mak aku. Hehe.

Baca ni kalau berminat nak tau sejarah Penjara Pudu : Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat


10 tahun kemudian, di atas tapak Penjara Pudu, berdiri megah LaLaport pertama di Asia Tenggara. LaLaport merupakan rantaian pusat beli-belah Mitsui Fudosan yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Mitsui Shopping Park dengan keluasan 78,500 kaki persegi ni menghimpunkan rangkaian jenama-jenama kedai dan restoran terkenal dari Jepun seperti Pansy, Como, Nitori, Nijoma dan Don Don Donki di bawah satu bumbung.

Senarai penuh kedai boleh lihat di SINI

Kitorang pergi naik public transport je. Kalau naik LRT aliran Ampang/ Sri Petaling, turun di stesen Hang Tuah.

If naik monorel pun turun di stesen yang sama. Stesen LRT dan monorel Hang Tuah bersambung.

Kalau naik MRT, boleh turun di stesen Bukit Bintang tapi kena jalan sejauh 1km. Kalau biasa menapak di KL sebenarnya tak jauh pun. Teringat masa umur 20an dulu kerja Pavilion, memang cekap aku bab jalan Bukit Bintang ni. Mujur tak sampai Changkat je. Ops. 


Naik eskalator dari stesen LRT terus nampak entrance ni. Lalaport Bukit Bintang City Centre/ Lalaport BBCC




Banyak wing masih dalam pembinaan walaupun dah dibuka untuk orang awam dari bulan Januari




Kedai yang paling menarik perhatian adalah Nitori. Seolah-olah IKEA tapi versi Jepun


Nitori pada pendapat aku banyak produk menarik yang memang berasal dari Jepun. Macam kita masuk Daiso, ada je idea unik yang tak dijumpai di kedai lain. Contohnya sarung bantal 'sejuk' dan alas kaki cepat kering. Tapi kalau nak beli tu belek-belek lah dulu. Ada jugak yang made in China, tapi harga mahal. Probably sebab dijual di sini. Pandai-pandai lah banding harga dan kualiti. Alah, korang semua terer bab shopping ni, tak payah ajar. 




Kerusi 'Deadpool'


Masa aku ke Jepun dulu,  tak jumpa pulak LaLaport. Sempat pergi shopping di kawasan Dotonbori dan Yodobashi Umeda store sahaja.

Jemput baca secebis pengalaman aku bercuti ke Osaka-Kobe-Kyoto-Nara di SINI

Berhampiran tempat aku ambil gambar ni ada deretan tangga LED yang digelar 'Grand Steps'. Sebab siang tak nampak sangat kerlipan lampunya so aku tak pergilah ambil gambar. Kalau malam mesti cantik.


LaLaport juga ada 'Rooftop Garden' yang menghijau dan boleh nampak banyak bangunan ikonik Kuala Lumpur macam Menara KL, TRX dan KL118. Ramai ambil gambar di sini tapi aku tak join sebab panas. Bila panas, aku ambil gambar tutup mata. 


Jadi lah kan..tak dapat bergambar dengan Gundam di Tokyo


RollerWa ni pun menarik jugak. Coming soon. Tak sangka kegilaan roller skates akan kembali. Dulu tahun 90an memang famous sebelum kemunculan roller blade.

Roller Wa adalah skating rink indoor. Di 1Utama dah dibuka sejak Disember 2021 tapi aku tak pernah pergi lagi. Macam menarik pulak. Katanya aktiviti roller skating indoor ni popular di Korea. 

Sempat jugak aku tengok toilet di LaLaport ni. Manalah tau sama macam di Jepun, pakai elektrik. Tapi tidak ye, toilet biasa je. Ada air, jangan risau.


Ini kawasan kedai-kedai makan di level bawah sekali


Ingat nak cuba MatchaEight ni sebab aku suka green tea tapi ramai beratur. So auto malas. 

So..adakah aku akan ke sini lagi? Maybe tidak dalam masa terdekat memandangkan banyak kedai tak bukak lagi. Nasib baik dah makan siap-siap kat rumah. Pergi ni pun sebab rasa ingin tahu. Nak pergi attraction lain takut ramai orang. Cuti sekolah kan.

Frust jugak aku sebab takde pusat karaoke dan arked game 'Pachinko' memandangkan keduanya adalah aktiviti hiburan masa lapang popular di Jepun.

OKlah tu je nak cerita tentang 'mall berhantu' ni. Hantu apa? Hantu Shopping. Nasib baik aku tak terjebak. Or maybe next time?
Read More