Soccernomics by Simon Kuper & Stefan Szymanki

Monday, 1 March 2021

Aku beli buku ni sebab on clearance dekat outlet Popular berdekatan rumah. RM10 sahaja. Kebiasaan buku macam ni harga berpuluh ringgit. Selalunya 'buku bola' yang aku beli hanyalah buku biografi pemain bola sepak. Aku kurang minat buku berkaitan taktikal. Pernah beli 'Morbo - The Art of Spanish Football' sebab on sale di Kinokuniya. Dukacita dimaklumkan buku tersebut masih berbalut plastik, elok terletak di rak buku aku. Haha. Entahla bila nak baca.

Soccernomics
Simon Kuper & Stefan Szymanki
430 pages
Section 1 : The Clubs
Section 2: The Fans
Section 3 : The Countries


So far baru baca 1/3. Slow sikit sebab buku ni banyak istilah Ekonomi. Kalau complicated sangat aku skip je. Hahaha.

Buku ni buku lama. 2012 edition. Walaupun agak outdated, tapi seronok jugak baca. Provided ko minat bola sepak lah. Kalau tak minat memang dah campak tepi. Soccernomics mainly cerita tentang keindahan dan sisi buruk bola sepak dari sudut ekonomi, pengurusan, isu perkauman, psikologi pemain, peranan peminat dan banyak lagi. Sort of behind the scene of what we see on the field. 

Beli for fun dan sebab buku ni on sale. At least hilang bosan PKP. Jangan korang ingat aku nak tukar kerjaya jadi pengulas sukan ke apa plak. Mengulas kat Twitter pun lama tak buat. Akaun pun dah tak aktif. 

Recommended untuk peminat bola sepak yang gemar bacaan separa berat dan orang kuat FAM. Semoga bijak sikit handle bola sepak Malaysia.

51 comments

  1. hahahah zaman sekolah je minat bola ni....
    dah 'beso2' ni dah kurang minat nk layan bola ehehe

    ReplyDelete
  2. Hehe bukan minat untuk baca buku begini.

    ReplyDelete
  3. Faham perasaan beli for fun tu. saya pun ada buku yang beli masa BBW tak baca lagi. Takpe simpan dulu, boleh baca kalau rasa nak baca. Hihi

    Tak sabar nak tunggu Liga Super ni. Lagi bp hari je lg nak start.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza. Lama dah sendu bola malaysia ni. Buku beli tak baca tu kalau boleh bercakap, lama dah jerit mintak perhatian. Huhu

      Delete
    2. Hahah..seram pulak kalau buku ramai ramai bercakap nanti. Parah..hehe
      esok start dah liga M :)

      Delete
    3. Yay.. Akhirnya setelah sekian lama

      Delete
  4. Bagusnya ada hobi membaca. Bertambah info terutama baca buku yang diminati.Kak Amie suka tonton bola sepak, tapi tak pernah baca buku pasal bola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca ni hobi yang hidup balik sebab pkp. Saya baca pelbagai genre kecuali cerita cinta adaptasi drama kul 7. Hahaha

      Delete
  5. Kita Minat tgk bola... Baca tak mo🙏🙏

    ReplyDelete
  6. serius laa sal heheee..shida pun just suka tgk game bola saja ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ini serius. Sekali-sekala nak juga tau apa jadi di balik tabir

      Delete
  7. terbaik ulasan sal baca buku kutip ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ni ada ilmu ekonomi dan budaya negara lain. Bila baca rasa macam melancong jugak

      Delete
  8. Chewah chaiyok chaiyok mana tahu jadi pengulas bola cam hasbulah awang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi cam Jasmine Suraya Chin tapi tak lawo macam dia

      Delete
  9. hahah klo AD memang campak ketepi la buku tu..tak minat bola bola ni

    ReplyDelete
  10. murah la kan klu rm10 ja... rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya rasa bersalah, bersidai lama-lama dalam kedai tak beli pape. Haha. Ini rahsia tau

      Delete
    2. Hahaha.. Sha pun selalu camnie.. Beli sebab rasa bersalah duduk lama-lama dalam kedai.. kikiki.. selalunya cari random buku je..

      Delete
    3. hahahahahah atie dah lama tak lepak kedai buku hahaha

      Delete
    4. Bestlah lepak kedai buku. Rasa tak sedar masa berjalan

      Delete
  11. jgn lupa world cup qatar 2022 tahun depan ye.. jumpa disana disana.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tak postpone macam Euro dan berlangsung dengan meriah.

      Delete
  12. ni mesti jadi bahan bacaan ketika di dalam gua kan? bagus2 tambah ilmu. almaklum laa dlm gua x de internet. tp skrg dah keluar gua... buku bolehlah letak tepi blk hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah boleh rentas daerah so bye bye gua

      Delete
    2. jgn kondifen sgt... anytime bleh msk blk������

      Delete
    3. Ha tulah. Pagi2 bangun tengok dah dalam gua balik

      Delete
  13. Waaahhh murah betul buku.... SS tak minat bola...

    ReplyDelete
  14. wahhh beli masa harga murah memang berbaloi rasa hehe

    ReplyDelete
  15. berbaloi beli time murah.. kalau dh peminat boleh jd pengulas sukan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengulas sambil mengopi je. Uish rindunya nak tengok bola kat mamak.

      Delete
    2. mamak pun rindu sal. hahaha

      Delete
    3. Dia rindu duit kita je.. Haha

      Delete
    4. mamak ramai kena kompaun. hahah

      Delete
  16. Popular punya clearence sale biasanya buku yang bukan kesukaan tapi kalau pergi tetap beli sebab harga murah.. kikiki.. rambang mata tengok harga je sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. So far masih boleh tahan diri dari beli buku yang bukan kegemaran.

      Delete
  17. Hahaha perenggan akhir tu paling win!
    Tebal buku bola Sal tu. Boleh jadi koleksi utama mini library kat rumah 😊

    Tadi baru blogwalking ke blog Sha, nampak Sha review ebook bola. Terus automatik teringat Sal dan Anies 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koleksi mini library buku bola saya boleh tahan jugakla. Tapi tutup sikit bila ada sedara mara datang, takut kena judge. Haha

      Delete
    2. Hahaha pandai cover line nampak. 😂🤣😂

      Delete
  18. Ingatkan tengok video je main skip-skip. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca buku pun skip jugak bila tak boleh proses

      Delete
  19. hahahhaha ayat last tuuuuu tak menahannn 🤣🤣

    ReplyDelete
  20. Uiii tak dapat la nak baca buku macam ni, lagi benda2 ekonomi.. memang tak faham la.

    ReplyDelete
  21. Wah utk pemonat Bola bagus buku ni

    ReplyDelete
  22. Wahhh..nak baca tajuk pun macam nak terbelit lidah..hehe..enjoy reading! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama penulis tu saya pun tak reti sebut. Hehe

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah