Dia kawanku

Thursday 25 February 2016

*Entry repost - untuk seorang kawan*

Dia adalah kawanku...
Manusia macam kita.
Bila dihina sakit hati,
Bila ditegur sakit telinga.
Walau dia tahu dia buat silap,
Walau tahu jalan yang dipilih membawa ke arah kesesatan,
Tapi dia tetap ulang maksiat yang sama
Seolah-olah dia kebal api neraka.

Dia adalah kawanku,
Dan aku tidak mahu terlalu cepat menilai
Tapi yang halal itu jelas.
Yang haram lagi jelas.
Dia nampak.
Dia tahu
Tapi dia masih membiarkan dirinya hanyut.
Aku menegur
Dia angguk
Namun takde apa yang berubah.
Nasihat aku tak berendah.

Dia adalah kawanku.
Yang sangat memahami
Yang sangat aku sayangi.
Aku tidak mahu kehilangan dia
Aku tidak mahu dia menjauh
Aku takut aku tak ada untuk menyambut tangannya saat dia jatuh.
Tapi aku takut teguran ku yang berulang
Membuahkan benci dan dendam.
Takut andai dia makin hanyut
Tiada tempat untuk dia berpaut

Aku adalah kawannya
Aku juga banyak dosa
Kadangkala leka dalam lagha,
Tunduk pada nafsu dan keseronokan dunia.
Tapi aku tak sanggup tengok dia tengggelam.
Saat dia bercerita aku hanya diam
Tapi diamku tak bererti restu.
Aku cuba memahami dia.
Benar, berubah bukan mudah.
Bila dosa besar itu sudah serasi,
Jadi sebahagian dari diri.
Tapi hatiku galau
Risau.
Seriau
Kalaulah maut menjemput dia saat dosa itu sedang dinikmatinya,
Kalau taubat tak sempat dia jamah
Adakah aku pun bersalah?

Aku adalah kawannya.
Yang buntu dan keliru.
Bila kutegur dia hanya bisu.
Aku hanya mampu berdoa.
Di atas tikar sejadah,
Pernah juga di depan Kaabah.
Aku tidak mampu berkongsi dosanya.
Kerna dosaku sendiri tak terkira.
Ya Allah,
Kirimkan hidayah-Mu untuk kawanku itu.
Bukakan hatinya untuk berubah
Kalau pun bukan dengan bantuanku.
Moga dia akan kembali ke jalan yang diredhai-Mu.

Kawanku,
Andai coretan ini kau baca
Kau akan faham apa aku rasa.
Teguranku kerana aku sayang.
Kerana aku tak nak kau terus alpa.
Berubahlah..
Andai kau tak peduli aku yang risau
Atau masyarakat yang mencerca.
Andai kau tak terfikir betapa sayunya hati Ibu ,
Hati keluargamu andai tembelangmu terbongkar,
Kau berubahlah untuk dirimu.
Selamatkanlah jiwamu dari kemurkaan Allah.
Selamatkanlah tubuhmu dari azab api neraka.
Sesungguhnya Allah maha Pengampun.
Lagi maha Penyayang
Berubahlah kawanku.
Sebelum Izrail mengetuk pintu


-Something yang aku tulis masa mula-mula buat blog ni dulu-

Read More

Bukan blog bola sepak

Wednesday 17 February 2016

Perhatian : Entry ini sangat football overload! Hanya baca tiga perenggan pertama kalau korang tak nak masalah ketidakhadaman dan pening lalat.

Assalamualaikum semua! Phewww...jenuh kak Sal korang membalas komen-komen dalam entry INI . Topik kahwin..menarik, tapi sensitif kan? Aku bukannya apa, tengok korang semua macam takde mood je blogging, aku pun korek entry terperap dalam draft, edit sikit dan publish. Kasi panas line. Awalnya aku risau jugak, manalah tahu tulisan aku menimbulkan kontroversi, salah faham atau menyebabkan kemurungan. Adat jadi blogger ni, bukan boleh main tulis je. Silap gaya boleh masuk jail tau! Kah kah kah.

Sebenarnya aku dilanda kesibukan 2,3 menjak ni. Sibuk kerja dah satu hal, sibuk dengan urusan peribadi pun satu hal lagi. Jarang dapat curi masa nak update blog, sedang keinginan menyambung entry Melbourne begitu membuak-buak. *Jeling-jeling Siti Yang Menaip* Aku kalau taip entry pasal travel ni, memang kena concentrate. Tak reti nak menyambil. Biasalah, aku hanya blogger picisan yang penuh dengan kesilapan. Oh ye, hadiah pemenang giveaway aku dan Siti dah pos! Harap sampai kepada penerima dengan selamat. Dan sejujurnya rasa sangat bersalah sebab lambat announce pemenang, lambat pos hadiah dan tak buat entry bagitau hadiah dah di pos. I feel so guilty, harap korang semua jangan marahkan aku. Sorry sesangat.

#jangankecamsaya

Sibuk punya pasal, Deadpool ngan Ola Bola pun tak sempat tengok lagi!

Cakap pasal bola, minggu ni merupakan minggu yang interesting dalam bola sepak. Antara yang menjadi perhatian adalah :

1. Gol freekick Faiz Subri vs Pahang F.C, 16 Februari 2016


Pergh..memang merembes OK tengok gol ni! Dia punya curve tu menyalahi undang-undang Fizik. Jangan kata David Beckham, Roberto Carlos pun boleh nangis tengok. The best part, gol Faiz ni menarik perhatian football community all over the world. Penganalisis taktikal, peminat, even pemain bola berstatus legend. Siap ada yang kata, gol ni layak menang Puskas Award. (Apa itu Puskas Award? Nak tau boleh baca dalam entry ini.) Even tercalon pun jadi sesuatu yang membanggakan, apatah lagi kalau menang. Apa barang takluk Asia, ni takluk dunia bro! Takpe, nanti bila undian Puskas Award dibuka, kita vote ramai-ramai ek. Apa, ingat orang Malaysia tak reti main bola ke!

2. Sturridge is back!!!

Antara pemain forward Liverpool yang mampu meletakkan nama sebaris dengan Torres, Suarez, Owen dan Fowler, tapi sayang dibelenggu kecederaan yang tak sudah-sudah. Score - injured - score - injured balik. Tulah kitaran hidup pemain England yang digelar Mat Kaca ni. Tapi, dia ni memang power dan digeruni ramai defender. Aku minat dia sebab dia ada naluri striker sejati. Sentiasa alert dengan hantaran midfielder, strategic ball placing dan arah sepakan dia selalu mengelirukan pihak lawan. Tau-tau bola dah ada dalam gol je.


Dah lebih sebulan injured, Sturridge kembali beraksi dan of course la score sebiji. Lagi sweet, Liverpool menang bergaya 6-0 sewaktu menentang Aston Villa! Kenduri bosar! Tak caya, tengok highlight sini. Maka bertempiaranlah penyokong Liverpool keluar dari Gua Anfield... *jeling Yana Yani dalam gua Old Trafford*

Semoga Liverpool akan kekal cemerlang sampai hujung season. Tak dapat Champions League spot pun takpe, asalkan kedudukan dalam table jauh di atas Chelsea. *Jeling-jeling Ewan*.

3. JDT menang Piala Sumbangsih 2016

Piala Sumbangsih merupakan piala tahunan yang dipertandingkan antara juara Liga Super dan pemenang Piala FA season lepas. JDT menang melalui penentuan set penalti selepas seri 1-1 dalam masa permainan 90 minit dengan Selangor. Sebagai someone yang family asal Johor, tapi membesar di Selangor, aku sebenarnya neutral. Mana-mana menang pun aku terima je.

Trofi kelima Harimau Selatan dalam masa 3 tahun! Power! Team terunggul, Liverpool pun mampu dapat satu piala je dalam tempoh 10 tahun. Luaskan kuasamu Johor! Abaikan haters semua. Diorang memang dengki sebab diorang tak takluk Asia.

4. Messi - Suarez cheeky penalty kick

Messi ngan Suarez score bukanlah sesuatu yang ajaib. Takde apa nak diherankan. Tapi, ambil penalti macam ni, memang 'jahat' OK.


Penalty kick macam ni hanya dibenarkan untuk penalti hidup, iaitu semasa game sedang dimainkan, samada full 90 minutes atau injury time. Tak boleh buat semasa penentuan pemenang melalui set penalti. Saja bagitau, sebab ada gak kawan yang tak tengok bola tanya pasal ni. Ingat aku tak tau rule, tau tengok pemain hensem je ke.

Sekian la highlight menarik aku nak share ngan korang. Tak...aku bukan wartawan sukan. Aku hanya gadis biasa yang suka tengok bola sebab nak tengok lelaki hensem. Sepak bola pun tak kena, takat main Fantasy Premier League tu tahulah.

Segala gambar dan video adalah hasil carian Google. 

Outstation sampai minggu depan. Mohon jangan rindu..Biarlah aku je yang rindu korang..Thanks for reading gais! You'll Never Walk Alone!
Read More

Kalau tak kahwin, tak bahagia ke?

Thursday 11 February 2016

AMARAN : Entry ini sangat serius dan hanyalah pendapat dan luahan peribadi. Mungkin ada yang bersetuju, mungkin ada yang akan bash. At the end of the day, this is my blog dan suka hati aku lah kan nak tulis apa..



Soalan yang paling aku tak suka itu ditanya lagi! Jemu, bosan, menyampah, meluat. Kecik je aku tengok kau ni!!! Aku gagahkan otot-otot pipi untuk senyum. Biarlah, mungkin dia betul ambil berat. Biarlah, mungkin dia pun nak aku bahagia. Tapi kenapa? Kalau tak kahwin, hidup tak bahagia ke?

Soalannya..bahagia kah aku hidup bujang? Tapi aku tahu, aku jawab lah macamana pun, aku tak akan menang.

"Aku bahagia, aku ada ramai kawan-kawan."

"Sampai bila? Kawan-kawan pun ada hidup dan keluarga dia sendiri."

"Aku bahagia, aku ada ramai anak-anak saudara yang sayangkan aku."

"Diorang akan membesar, dan ada tanggungjawab. Yakin ke, diorang akan jaga kau bila kau dah tua nanti?."

See? Jangan kata dengan orang lain, dengan diri sendiri pun belum tentu aku mampu nak jawab soalan tu. Kalau dikira masa ini, sekarang, memang aku bahagia. Yup, aku bebas nak travel sana sini tanpa izin sesiapa. Balik rumah aku boleh campak beg dan golek-golek atas katil, tanpa perlu fikir mulut-mulut yang kelaparan. Aku boleh kerja macam nak gila, sampai lewat malam, hujung minggu, ataupun bawak kerja balik, takde siapa yang akan merungut inginkan perhatian aku. Aku bebas nak pergi tengok wayang, karaoke, pergi stadium, naik gunung, masuk laut... Aku bahagia, terpulang korang nak percaya ke tidak.


Namun jauh di sudut hati, aku macam korang jugak, risau akan masa depan. Orang yang ada anak-anak pun belum tentu terbela nasib bila dah tua, apatah lagi yang sebatang kara. Tapi, takkanlah sebab tu aku nak kahwin? Sebab tak nak mati sorang-sorang?

Dan sejujurnya aku dah letih mengejar... Letih mencari. Letih dengan hubungan yang tak ke mana. Tak tahulah aku ni bila bab lelaki kalau tak malang, bangang.

Tapi kenapa aku masih berusaha? Aku hanya ada satu jawapan...sebab mak dan ayah aku nak aku kahwin. Full stop. Serius, kalau aku fikirkan diri aku, memang aku dah malas nak ambil tahu. Lantaklah, kalau ada, adalah.. Kalau takde, then mati sorang-sorang pun takpe. Like I said, orang yang ada anak-anak pun belum tentu terbela nasib bila dah tua.

Orang boleh cakap apa saja diorang nak. Contohnya, ada yang marah aku, kata aku dah tak yakin dengan Tuhan. Kononnya aku bersangka buruk. Tak, aku cuma dah tak yakin dengan diri sendiri. Lelaki baik yang aku jumpa, ramai. Sangat ramai. Cuma aku saja yang tak cukup baik di mata diorang.

Orang boleh cakap apa saja diorang nak. Kau ni memilih kot? Haruslah memilih, dari tersalah pilih kan lagi sia-sia. Sabarlah...nanti adalah tu. Repeat seribu kali sampai muntah!

Realiti, hanya andartu yang faham andartu...dan orang akan terus bercakap apa yang diorang nak

Read More