Air Mata Biru di Kuala Selangor

Thursday, 8 July 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Tu dia tajuk entry cam lagu rock kapak. Cerita throwback - lagi. Kisah masa bercuti di Kuala Selangor bersama family.


Antara tarikan Kuala Selangor paling famous adalah Sky Mirror. Ala yang orang gelar Salar de Uyuni Malaysia tu. Aku kurang minat nak pergi sebab panas, lagipun orang tua macam mak ayah aku tak minat nak berposing-posing ni. Mungkin kalau bersama kawan-kawan atau anak saudara aku boleh consider untuk pergi. 

Since tak nak panas, kita pergilah aktiviti yang boleh buat di waktu malam which is Blue Tears dan Firefly

Cadangan awal nak tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan melalui Majlis Daerah Kuala Selangor tapi bila call diorang cakap tengah renovate, so kita carilah company lain. Jumpa website Sky Mirror Tour, call and book slot untuk tengok kelip-kelip dan 'Blue Tears' pada malam yang sama. If tak PKP dan hujung minggu/ cuti sekolah sila book awal-awal ye. Harga sila klik SINI

Penangan PKP dan hari Rabu( bukan cuti sekolah) - parking kosong je

Cari surau untuk solat Maghrib tak jumpa, so niat Jamak Takhir je. Ada sesiapa yang dah pergi sini dan tahu kat mana surau terdekat bolehlah share di ruangan komen. 

Laluan ke jeti


Cantik jeti dia warna-warni dan dilimpahi cahaya lampu

Banyak bot tersadai. Masa kitorang pergi ni, ada kitorang berempat je.

Pose before naik bot. Maaf lah ahli keluarga aku pemalu, tak suka exposed muka.

Lupa ambil gambar dalam bot

Trip kitorang ambil ni pukul 8. Mula-mula pergi tengok 'Blue Tears' ataupun fitoplankton. Terbayang plankton dalam cerita Spongebob. Fitoplankton ni merupakan sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Dapat dilihat di pertemuan Sungai Selangor dan Laut Selat Melaka. Ada waktu-waktu tertentu untuk tengok 'blue tears' ni. Adik yang bawak bot tu cakap datang time 'awal bulan' (ikut kalendar hijrah ye, bukan kalendar masihi) lagi cantik sebab air pasang besar dan langit gelap since bulan masih dalam fasa 'anak bulan' atau 'new moon'.


Memang susah nak ambil gambar pakai kamera hp biasa, tapi boleh try ambil video. Akan nampak jaluran-jaluran biru macam video di atas. 

Fitoplankton yang sedang 'berehat' di permukaan air akan menghasilkan warna biru apabila 'diganggu' oleh pergerakan bot. Memang cantik, terbayang scene dalam filem 'The Life of Pi'. Kitorang jugak dibekalkan net, so boleh 'usik' air sungai untuk nampak lebih banyak fitoplankton keluar. Kalau boleh ambil gambar memang aku dah ambil, tapi tulah setakat kamera biasa memang tak mampu. 

Trip 'Blue Tears' ni dalam 45 minit. Kemudian bot patah balik ke jeti, amik customer lain untuk tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan. Since kitorang bayar untuk tengok kelip-kelip jugak, so kitorang stay. Meriah sikit tengok kelip-kelip sebab tambah lagi 4 orang customer. Tapi sebab musim pandemik kan, duduk jauh-jauh and tak borak sangat. 

Video or gambar tengok kelip-kelip aku tak dapat capture. Boleh tengok di SINI or search sahaja di Youtube .Keunikan muara Sungai Selangor adalah kehadiran banyak pokok berembang yang merupakan habitat kegemaran kelip-kelip sebagai sumber makanan. If nak pengalaman lagi menarik, boleh try yang MDKS punya sebab naik sampan. Sky Mirror Tour gunakan bot laju. Selesa dan lagi selamat la if bawak orang tua or kanak-kanak.

Tempoh masa tengok kelip-kelip campur waktu perjalanan hampir sejam. Kemudian, kami pulang ke jeti. 



OKlah tu je nak cerita. Harap terubat rindu nak jalan-jalan. 

Disclaimer : Semua gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkanz...

40 comments

  1. Isk tidak pernah pergi lagi. Dulu-dulu ada nampak kelip-kelip. Agaknya tempat tertentu kelip-kelip ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelip-kelip ada di banyak tempat, tapi di area pokok berembang ni ada banyak sangat. Entahlah berapa puluh juta

      Delete
  2. Tak pernah pergi lagi, nampak menarik! Buat aktiviti malam malam, memang tak panassss. Nak jalan jauh jauh pun tak apa hahaha. Harap haraplah covid19 cepat cepat habis (walaupun kes makin meningkat) sebab nakkk pergi jalan jalan :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Siang kat kuala selangor ni panas sangat boleh pening kepala. Tu yang buat aktiviti malam-malam je.

      Delete
  3. wah dah lama mmg tingin nak pegi situ...
    dulu ada plan nak pegi tp ms tu uyum kecil sangat so takut plak memalam bawa bdk baby ke sg2 camtu...

    maybe klu ada rezeki lps pkp ke bole la pegi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uyum dah besar sekarang boleh la nanti bawak. Bagi dia tido puas-puas siang tu. Hehe

      Delete
  4. Pernah dulu nak pergi tengok kelip kelip. Round punya round tak jumpa pulak. masa zaman belum famous waze n google maps ni. Hampa..teringin nak pergi sky mirror tu tapi katanya kena grouping kalau tak silap dan ada waktu tertentu tu tak matching pulak free time. Menarik tengok. macam glow in the dark dalam air..a ah teringat pulak cerita The life of Pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, sky mirror ada timing dan musim dia. Memang pergi ramai-ramai, campur dengan group lain.

      Delete
    2. itulah pasalnya Sal. Agak payah bila kena grouping. Nak plan well lah dengan family atau kawan²

      Delete
  5. Nama jew Kak Amie orang Selangor, Jeram, Kuala Selangor tapi tak pernah jejak ke situ lagi. Agaknya kalau boleh rentas negeri, seluruh pelosok Selangor akan diteroka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya saya sampai ke sini pun sebab SOP masa tu hanya dibenarkan melancong dalam negeri sama sahaja. Kalau tak saya pun sama tak sampai-sampai

      Delete
  6. Tak pernah tahu tempat ni wujud dalam Malaysia. InsyaAllah ada masa boleh pergi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blue tears tu kat Miri pun ada, tapi kalau kelip-kelip yang saya tahu di Kuala Selangor sahaja

      Delete
  7. Bilalah covid-19 nak berakhir.. Tak sabar nak jenjalan ke luar

    ReplyDelete
  8. Haha akak tgk kelip2 kt kg ja..kdg2 yg tersesat kt laman rumah...abak2 sibuk nk tangkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya kak. Duduk bandar ni mampu tengok lampu kelip-kelip je. Hihi

      Delete
  9. Waalaikumussalam, bestnye lps PKP boleh pergi ni

    ReplyDelete
  10. DULU2 ADA FERI KAT KUALA SELANGOR SEMPATLAH TENGOK KUNANG2PENUH KAT POKOK2 TEPI MUARA SUNGAI TIKA MLM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah saya baru tau dulu-dulu ada feri. Sekarang dah takde. Menarik ni, nanti saya google untuk tahu lagi. Thanks share kak PI

      Delete
  11. wahh..menarik..kalau naik sampan, boleh pegang plankton tu kot..

    teringat lagu 'biru mata hitamku'..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi tengok plankton ttak boleh naik sampan kak, takut hanyut ke laut selat Melaka. Air berarus dan dalam

      Delete
  12. gmbr jeti waktu mlm pun chantek

    ReplyDelete
  13. wow bestnya. napa lah masa stay kat selangor tak tahu pun pasal tempat ni huhu

    ReplyDelete
  14. Sallll asal kejap je video.. hahaha nampak la jalur2 biru tu. Tak payah pi maldives kt mesia semua ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Video lama-lama kang orang jemu lak tunggu habis

      Delete
    2. Hahahaha tak dpt menikmati lama2

      Delete
  15. Teringat pula masa pergi dulu

    ReplyDelete
  16. X payah pegi overseas dh . Boleh la pegi kuala selangor lps ni

    ReplyDelete
  17. Tak pernah sampai sini lagi. Dulu memang ada area Kuala Selangor. Sekarang nampaknya tak ada chance la...

    Btw jemput join GA As ya :)

    http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

    ReplyDelete
  18. Rindunya nk jln2..skrg byk tempat percutian sunyi..mg terus pulih

    ReplyDelete
  19. Pergh!! Bestnya kalau tak ada covid19.. Dah lama teringin nak tengok kelip-kelip...

    ReplyDelete
  20. Tgk gambar jeti pun dah cangik zal. Lama x ke Kuala Selangor

    ReplyDelete
  21. Tak sangka kat Kuala Selangor ada tempat macamni. Dulu masa duduk Selangor, sampai ke negeri sembilan cari tempat nak jalan-jalan. Kalau tau ada tempat best camni, mesti dah lama pi..bestnya..

    ReplyDelete
  22. Salam, ingat naik sampan supaya kunang2 tu tak lari, menarik blue tear tu, macam life of PI, masa pergi tengok kelip2 sebelum pkp, tak tahu cerita tentang blue tears.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kunang-kunang naik sampan lagi best kan sebab boleh sampai ke tepi. Naik bot besar tak boleh sebab takut sangkut.

      Delete
  23. dah lama plan nk g sky mirror tu tp tu laaa tggl plan je... mn ikan bakar??

    ReplyDelete
  24. cantiknya... rindu nk jalan2 macam ni kan? skrg kita mampu tgk gambar dulu2 je lah sal

    ReplyDelete
  25. Bestnya, tringat zamn study dulu mmg buat final year project pasal phytoplankton ni lah, naik juling mata 2 semester teropong mikroscop jer..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah