Assalamualaikum dan hai semua! Banyak masa dihabiskan di rumah aku isi dengan membaca. Membaca ni adalah hobi yang muncul balik sejak PKP. Aku agak cerewet dalam memilih buku. Kalau orang kata 'Don't judge a book by it's cover', aku pulak suka judge book by it's title. Kurang gemar aku tajuk novel zaman sekarang yang suka rojakkan tajuk dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Nampak takde kelas dan kebudak-budakan.
Itu hanyalah pendapat aku. Korang pulak, pernah tak tengok tajuk atau cover novel terus tak jadi nak baca?
Senarai bacaan Julai dan Ogos aku adalah buku-buku berikut :
Kunang Pesisir Morten - Raiha Bahaudin
I've Got You Under My Skin - Mary Higgins Clark
Bumi - Tere Liye
Tajuk : Kunang Pesisir Morten
Penulis : Raiha Bahaudin
Bil M/s : 233
Genre : Bacaan Umum
Penerbit : Dubook Press
Tahukah korang buku ni termasuk dalam senarai 100 Novel Melayu Wajib Dibaca oleh Goodreads? Walaupun cover dan sinopsis nampak macam kisah kanak-kanak, tapi penggunaan perkataan dan susunan ayat penulis membuatkan novel ini sesuai juga untuk pembaca yang lebih matang.
Terpengaruh dengan list Goodreads dan banyak positif review membuatkan aku beria cari novel ni. Agak susah cari di pasaran sebab dah tak dicetak lagi. Aku beli second hand di Shopee.
Memang novel yang menarik dan layak diletak bawah kategori 'Wajib Baca'. Membacanya buat aku teringat zaman kanak-kanak, zaman di mana kita berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira jurang bangsa.
Tajuk : I've Got You Under My Skin
Penulis : Mary Higgins Clark
Bil M/s : 303
Genre : Misteri
Penerbit : Simon & Schuester UK
Aku beli buku ni di BookXcess Tamarind Square Cyberjaya pada tahun 2019 BC (BC - Before Covid). BookXcess Cyberjaya merupakan kedai buku 24 Jam terbesar di Malaysia. Awal-awal bukak dulu memang viral sebab Tamarind Square tu sendiri merupakan mall open-concept yang cantik dan berkonsepkan moden dan hipster. Jangankan dak-dak Instagram, yang takde IG macam aku pun sibuk nak gi ambil gambar kat sana. Aku ambil konon nak buat entry, pah ceroh tak buatnya. Yelah, kalau rajin nanti aku buat ye.
Novel 'I've Got You Under My Skin' ni agak nipis dan 'simple' berbanding novel-novel mendiang Mary Higgins Clark yang pernah aku baca. Mungkin sebab ni versi UK. Kebiasaan aku baca versi asal dari US. Before this pernah baca 'Remember Me' dan 'No Place Like Home', both lebih saspen dan plot twist lebih menarik.
Separuh cerita aku dah boleh teka siapa pembunuh, tapi maybe tu sebab aku selalu sangat baca siri penyiasatan so dah cekap buat deduksi. Haha. Still, it's a good book untuk orang yang cari novel thriller tapi tak nak heavy sangat.
Tajuk : Bumi
Penulis : Tere Liye
Bil M/s : 393
Genre : Fantasi
Penerbit : Lejen Press
Aku beli buku ni via Shopee Lejen Press sebab ada sale Combo, beli 4 buku RM50. 2 novel lagi belum baca manakala 1 lagi baca tak habis.
Tere Liye merupakan penulis Indonesia. Siri Bumi ni ada 11 buku rupanya. Kalah Harry Porter. Awalnya aku beli untuk anak buah tapi kenalah mak saudara baca dulu. Tapis kot kot ada yang tak sesuai.
Anyway, walaupun penulis orang Indonesia, Bumi versi Lejen Press ni dah diolah dalam Bahasa Melayu. Seronok juga jalan ceritanya. Berkonsepkan fantasi so memang tak logik. Ceritanya sesuai untuk remaja, tapi remaja purba macam kita nak baca pun boleh. Sesekali baca novel begini, hanyut dalam imaginasi, lupa sekejap masalah dunia.
Rasa aneh buat book review. Maaf kalau ada kekurangan. Korang ada ke dah baca buku-buku di atas? If dah, share lah pendapat dengan aku jugak.
Baca ni juga : Soccernomics
Ala satu pun belum baca lagi.
ReplyDeleteEh perasan blog Sal bertukar baju!
Akak pun hendak buat ulasan buku tapi takut rosakkan unsur kejutan dalam buku.
Ya.. Saya pun jarang buat ulasan buku. Biasa blog ni buat ulasan filem atau sukan sahaja. Hehe
DeleteSemua kita tak ada tapi yang kg morten tu macam best je. Sesekali baca penceritaan yang termasuk dalam kisah zaman kita dolu2 seronok sekali sambil mengimbau kenangan lalu.
ReplyDeleteKoleksi buku yang akak beli dah lama tak di baca. entah bila lah nak datang mood membaca novel. Sekarang mood semuanya ke laut.
Mood membaca saya pun dah lama hilang, tapi dah bosan terperap kat rumah, mood tu muncul balik.
DeleteSelalu bila belek buku akak tenguk sinopsis belakang. Kalau buku tak bersampul pergi page belakang nak tahu kesudahan cerita. Bekas tokeh Jemari Seni selalu marah akak sebab suka skodeng cerita akhir sebelum baca. Tapi kalau sinopsis best dah buat kita tertarik dengan penulis yang selalunya kita suka tulisannya. kalau penulis baru kadang kena tenguk dulu laris ke tak laris jualannya.
ReplyDeleteBetul tu, siapa penulis pun faktor penting jugak. Kalau kita dah biasa baca tulisan dia, dia keluar je buku baru kita nak baca. Uish, tak best lah belum baca dah tau ending.
DeleteLepas ni ulas lah pasal buku pulak
ReplyDeleteTak biasa mengulas buku. Rasa janggal. Kena banyak belajar lagi
Deletekalau akak suka baca sinopsis dan nama watak pun main peranan jugak... kalau nama yg mcm grand sgt pn x suka baca... hahaha
ReplyDeleteHaha. Itu novel Melayu. Lagi-lagi kalau watak anak orang kaya. Bergulung lidah nak nyebut
Deleteselalu novel melayu mmg mcm tu... kuat berangan sangat.. hahahaha
Deleteselamat membaca sal telaah selai2
ReplyDeleteMenarik buku buku bacaan Sal. Tengok tajuk pun dah menarik rasa untuk membaca. Cover buku pun lawa. Pada saya tajuk dan cover mainkan peranan untuk menarik minat pembaca. Setuju gak tu, tajuk buku zaman sekarang ni bahasa campur. Dia macam lagu jugak. Zaman dulu mana boleh campur bahasa. Sekarang ni dah banyak lagu campur campur bahasa. Peredaran zaman.
ReplyDeleteYup betul, zaman dulu kalau lagu campur-campur mesti dikecam, tapi sekarang dah biasa. Apa boleh buat.saya menulis blog ni pun rojak bahasanya. Hihi
DeleteSamalah kita..bahasa rojak dalam blog. Asalkan faham dan sampai mesejnya. hihi
Deletemenarik2 buku kak beli tu
ReplyDeleteselamat membaca
Alhamdulillah...mengisi masa terluang dgn pembacaan yg berfaedah
ReplyDeleteBegitulah. Nak hilangkan bosan duduk di rumah
Deletekalau sy baca kunang pesisir morten tu tentu akn mengimbau zaman knk2 dulu..😓
ReplyDeleteKo bukan dulu membesar kat Manchester ke?
Deleteerr... err... tu ddk rumah sewa laa sejam sblm dpt umah kt liverpool
DeleteAmboi sejam je sewanya.. Baik tumpang rumah Beckham
Deletetumpang lalu je. xberani lelama sbb umah xde org. momok je byk kot😆
DeleteHikmah PKP ya Sal hobi membaca muncul kembali.
ReplyDeleteMrs. A ingatkan salah masuk rumah tadi kekdahnya yang benar sudah tukar rumah baharu ya
Haah Mrs. A. Rumah masih sama, wajahnya saju baru. Make over sikit
DeleteZamam remaja suka baja novel sidney sheldon.. Terbyg penulis seorang pompuan tp rupanya lelaki hahah.. Tp dah tua2 ni mcm dh kurg sket nk baca novel.. Hotak tepu nak menghayati watak hahha
ReplyDeleteSidney sheldon pun best jugak novel-novel dia. Sama famous tu dengan Nora Roberts, Danielle Stelle
DeleteBagus banyak membaca.. Luas pengetahuan..
ReplyDeleteMenarik tajuk-tajuk buku Sal kongsi, tentang penyesiatan biasa dapat mengagak pula pengakhirannya ye. Baru ni beli combo dari dakwah corner. Baru flip-flip je hehe..
ReplyDeleteNanti ada free time boleh la baca. Happy reading!
DeleteDah lama juga CCL tak membaca novel . Dulu setiap bulan rajin juga beli novel .
ReplyDeleteTahniah sal! byk membaca luas pengetahuan :)
ReplyDeleteSelamat membaca sal !
Wahh. Rajin membaca. Minggu ni saya tak sentuh lagi buku. 😂
ReplyDeleteSeronok dapat baca buku kan Sal.
ReplyDeleteDulu Kak Amie memburu hasil tulisan Pramoedya Anata Toer. Habis semua bukunya Kak Amie baca. Pergi Idonesia pun sempat lagi masuk kedai buku cari buku hasil karyanya. Berulang kali jugalah membacanya sebab memang ada mesej yang ingin disampaikan olehnya. Sekarang Kak Amie berangan untuk cari buku Tere Liye. Nak baca lagi novelnya Daun Yang Gugur Tidak Pernah Membenci Angin.
Penulis Indonesia saya pernha baca hanyalah Hamka dan novel Laskar Pelangi. Menarik juga hasil tulisan Tere Liye. Nak cuba cari buku yang akak sebut tu.
DeleteKalau novel melayu yang romantik sekarang ni memang banyak yang buat saya turn off nak beli atau baca. Sudahnya baca buku lain hahaha. Setakat ni, tak pernah baca lagi tiga tiga buku kak sal mention tu, kalau buku matsaleh tu memang jauh sekali nak membaca hahaha, memang makan masa lah nak habiskann. Sekarang ni pun, tengah baca buku yang baru beli haritu, koleksi teme abdullah tuuuu.
ReplyDeleteNovel melayu romantik dah lama sangat akak tak membacanya. Jiwa akak yang dah tak romantis kot. Hihi. Buku Teme tu best. Selamat membaca
Deletedah lama beli buku tere liye tu tapi sampai sekarang belum baca lagi..hehe
ReplyDeletebeli buku tapi tak baca tu samalah jugak selalu buat.haha
DeleteTak dapet nak membaca dh haha.. baca perangai anak jelah tiap2 bulan.
ReplyDeleteBagus jugak pkp ni ada lah aktiviti sal nk bt
Wow congrats rajin membaca..teringin nk baca tapi apalah daya.. masuk mukasurat ke 3 dah lena dibuai asmara haha..
ReplyDeleteSemua belum baca lagi. Done masuk senarai buku kena cari. Dua tiga menjak ni mood membaca datang balik :)
ReplyDeleteTerbaikk sal. Byk membaca luas pandangan
ReplyDeletesemua buku tu ciksun tak ada hahahaha...sekarang tengah baca Pei Pan 2.0, by Ramlee Awang Murshid..
ReplyDeleteLama tak baca buku RAM. Minat giler dulu. Nak cari jugaklah
Deletenampaknya macam kena beli bumi versi lejen press baru boleh baca.. Sha ada yang versi asal.. Indonesia.. Jenuh juga nak faham.. hahaha.. baca beberapa muka surat je, lepas tu stuck..
ReplyDeleteDh habis baca semua ke belum sal? Heheh.. nanti boleh review org kata ada idea nk update
ReplyDelete