Showing posts with label football. Show all posts
Showing posts with label football. Show all posts

Stadium Wembley jadi saksi - Liverpool FC Carabao Cup Final Winner

Monday, 26 February 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Hambar betul tajuk entry. Dah lama tak menulis pasal bola sepak so tak tahu nak letak tajuk apa. Sejak sibuk dengan persiapan perkahwinan sampailah sekarang dah jarang sangat tengok game Liverpool FC. Lagipun takde geng. Kalau dulu selalu tengok dengan Abah, tapi suamiku En.I tak minat bola. 

Orang selalu predict aku akan kahwin dengan lelaki yang kaki bola tapi hakikatnya aku tak pernah ada boyfriend yang sama minat tengok bola sepak macam aku. Maybe sebab bila tengok bola, perangai 'jantan' aku keluar, so diorang terus tak selera. Kah kah. 

Anyway, game kali ni aku dapat tengok sebab start awal (11 malam). Kalau match pukul 3, 4 pagi mungkin liat aku nak bangun. Aku tengok pun di handphone sahaja. Sementara aku dan En.I masih ber PJJ ni bolehlah tonton tanpa gangguan.

Sebelum game start aku tak letak harapan tinggi memandangkan Liverpool FC dilanda masalah kecederaan beberapa tonggak utama iaitu Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Trent Alexander-Arnold. Begitupun, di bawah pimpinan Kapten Virgil Van Djik dan semangat game League Cup terakhir Jurgen Klopp sebelum kontrak tamat (menaip tentangnya saja buat aku nak nangis), Liverpool FC bermain dengan agak baik.

Ia boleh dikatakan perlawanan yang agak menarik dan mendebarkan walaupun pemain-pemain yang diturunkan ratanya masih muda dan kurang berpengalaman. Ada beberapa percubaan yang terkena tiang, diselamatkan penjaga gol dan 2 gol dibatalkan kerana ofsaid. Kemenangan berpihak pada Liverpool FC apabila tandukan Virgil Van Djik pada minit ke-28 masa tambahan menerobos gawang Chelsea. Syukurlah tak terheret ke penentuan set penalti sebab aku dah mengantuk. Masa upacara penyampaian piala aku tertidur. Hahaha. Tua dah ni tak larat berjaga lama-lama.

Pagi ni kita ke tempat kerja dengan senyuman. Monday Blues hanya untuk penyokong Chelsea FC sahaja ya. 

YNWA Reds!


Read More

Final World Cup 2022 - Korang pilih siapa?

Friday, 16 December 2022


Pejam celik, pejam celik, know know je dah World Cup Qatar 2022 akan sampai ke penghujung. Berbaloi tunggu sampai bulan November. Kebiasaannya kejohanan Piala Dunia dilangsungkan pada musim panas iaitu bulan Jun/Julai, tapi disebabkan cuaca Qatar yang terlampau panas dari bulan Mei hingga September menyebabkan ia terpaksa ditunda. Panas negara padang pasir mana sama dengan panas di negara 4 musim. Jap lagi semua player kena heatstroke, payah pulak FIFA nak menjawab.

Argentina vs Perancis, jujur aku tak tau nak pilih mana. Argentina ada Lionel Messi, Greatest of All Time (G.O.A.T, bukan kambing ya). Aku memang fan Messi berbanding Ronaldo, bukan kerana Ronaldo pernah main untuk Man United tau. Messi adalah pemain yang mampu dribble bola secara solo separuh padang walaupun diasak pemain lawan, boleh create chances, tak selfish dan clinical di depan gol samada free play atau set piece. Kecik-kecik cili padi gitu. 

Aku bukanlah die hard fan Argentina, tapi aku teringin tengok Argentina menang sebab Messi. Cuma Argentina selalu tak consistent dan pemain-pemain negara Amerika Selatan kalau terjatuh sikit, gulingnya lama. Drama lebih tau. Kadang-kadang menyampah jugak.

On the other side, aku suka jugak team France sebab diorang main laju dan ada player yang aku minat dari zaman diorang main untuk Atletico Madrid iaitu Lucas Hernandez dan Antoine Griezzmann. France memang perform World Cup kali ni dan tengah top of their game. Ibarat zaman kegemilangan Spain national team circa 2008-2012 gitu. Oh ya, pemain Liverpool pun ada juga iaitu Ibrahima Kounate. So..kena sokong France ke macamana?

Aku meramalkan game yang open-play dan banyak peluang menjaringkan gol. Segalanya bergantung kepada Martinez (keeper Argentina) dan Lloris (keeper France). Ramalan aku je lah. World Cup kali ni tak banyak sangat aku tengok. Layan highlight je so tak reti nak ulas lebih.

OK lah, selamat menonton semua!

p/s: Menaip entry dalam LRT on the way balik rumah. Busy betul sis. Huhu

Read More

Quarter-final World Cup 2022 - The last four standing

Wednesday, 7 December 2022

 


Ramai orang cakap ni World Cup paling pelik. Well, bagi aku takde World Cup yang tak pelik. Tiap-tiap edisi pun aneh dan ada kontroversi. Sebelum stadium dibina sampailah lepas tournament selesai. 'Bola tangan' Maradona time Piala Dunia 1986 pun masih didebatkan sampai hari ni.

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2022 (waktu Malaysia)

9 Dis 2022 (Jumaat)
Croatia lwn Brazil (11.00 mlm)

10 Disember 2022 (Sabtu)
Belanda lwn Argentina (3.00 pagi)

10 Disember 2022 (Sabtu)
Maghribi lwn Portugal (11.00 mlm)

11 Dis 2022 (Ahad)
England lwn Perancis (3.00 pagi) 

Perlawanan yang paling aku tunggu? Probably Maghribi/Morocco vs Portugal. Walaupun aku frust Morocco kalahkan Spain, tapi padanlah muka Luis Enrique (coach Spain) sebab pilih kasih dengan pemain/ bekas pemain Real Madrid. Tiki Taka tak boleh pakai bila lawan team yang kuat 'pressing'. Spain pulak dari dulu tak ada luck dalam penalti. Tersingkir di Rusia 4 tahun dulu pun sebab penalti jugak.


Morocco merupakan negara Arab pertama yang berjaya sampai ke suku akhir Piala Dunia. Hebat! Tu sebab sepak penalti semua masuk, before sepak baca Bismillah. Yalla Morocco!! 

Netherlands vs Argentina pun best jugak. Probably World Cup terakhir Lionel Messi. Aku memang lebih minat Messi berbanding Ronaldo. #TeamMessi. Mampu kah Virgil Van Djik mengekang pemenang Copa America 2021? Argentina masalahnya tak consistent. Ni aku tak tau lah nak support siapa. 

Brazil vs Croatia, aku sokong Brazil sebab ada Alison Becker. Kena la support team ada player Liverpool supaya boleh berlagak. Haha

England vs France? Definitely England. Pun atas sebab yang sama kenapa aku sokong Brazil. Ada Henderson dan Trent. It's coming home!! Lagipun France dah menang 4 tahun lepas. Bagilah orang lain pulak. Eh suka hati aku je. Hahaha

Ah sudahlah, aku kalau bercakap pasal bola memang tak sudah. Korang rasa siapa sampai ke final nanti?

Gambar hiasan. The only Torres yang boleh pakai. LOL


Read More

FIFA World Cup 2022™ schedule

Saturday, 19 November 2022

Dulu-dulu selalu berangan... kalau World Cup ni buat dekat sikit, means di negara Asia, nak jugak pergi tengok di stadium. Sayangnya masa World Cup 2002 di Korea/Japan aku masih bersekolah dan World Cup 2022 walaupun diadakan di Qatar, aku masih belum kaya dan tak mampu pergi. Jadinya hanya mampu tengok di TV. 

TV pun TV lah. Cuma dah tua-tua ni tak mampu sangat nak berjaga malam. Qatar lewat 5 jam dari Malaysia. Setakat match 6 pm dan 9 pm bolehlah layan, tapi kalau pukul 3 pagi dan 12 tengah malam kena consider jugak esok tu WFO/WFH ataupun weekend. Kalau korang ingat seketul kaki bola akan tonton semua match, korang silap. Kitorang sebenarnya hanya tengok team yang kitorang sokong atau match melibatkan team ternama. Yang lain tu tengok highlight je pastu acah palatao. Sembang kena kemas walaupun realitinya sepak bola pun tak kena. Aku lah tu.

Credit : Harian Metro

Sokong mana? Masih Spain walaupun tengok senarai pemain yang dibawa macam tak nak menang je. Kecewa jugak aku bila ramai pemain yang aku minat macam Saul Niguez, David de Gea, Thiago dan Sergio Ramos tak tersenarai dalam skuad. Por favor! Apa pun Luis Enrique lebih mengetahui. Diorang menang ke kalah ke hidup aku macam tu jugak.

Yang penting PRU15 ni, siapa yang menang mungkin akan mengubah hidup kita sedikit sebanyak. Semoga pihak yang dipilih nanti akan menjalankan tugas sebaiknya. Ikutkan malas layan scene politik Malaysia ni tapi mengundi adalah hak dan tanggungjawab kita. Diorang nak jadi katak lompat ke, kerajaan tebuk atap ke itu diorang punya pasal. So, selamat mengundi semua! Pilihlah dengan bijak. Aku pening ni Parlimen Ampang sampai 9 penjuru. 

Oh ye aku harap walau siapa pun yang menang, tak ada penerbit buat filem cringe macam Rise: Ini Kalilah. 

#autopublish. Sis keje sokkabar memang sibuk sikit time PRU

Read More

Karim Benzema dinobatkan pemenang Ballon d'Or 2022

Wednesday, 19 October 2022

Tahniah Karim Benzema dinobatkan sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia tahun 2022. Anugerah berprestij Ballon d'Or memang menjadi idaman setiap pemain bola sepak professional dan boleh dianggap pencapaian tertinggi secara peribadi.

Nampak lain bila pakai spek. Abang-abang sangat 

Dah bertahun-tahun dalam dunia bola sepak baru menang award. Dah tua baru merasa. Eh tua? Umur dia berapa? Karim Benzema yang dilahirkan pada 19 Disember 1987 akan memasuki umur 35 tahun beberapa bulan sahaja lagi. Dikira tua lah dalam dunia sukan.

Pendapat aku yang sekadar penonton biasa, pemain kelahiran Perancis ni memang layak memenangi award tersebut selepas sesi 2021/2022 yang cemerlang membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Champions League Final mengalahkan team kesayangan aku Liverpool. Sob sob. Pahit kekalahan tu masih terasa OK! 

Cuma Benzema kurang menyerlah bersama pasukan Perancis. Ada yang kata mangsa diskriminasi perkauman, ada yang kata kontroversi peribadi tapi entahlah. Sayang dia tak pernah menang piala untuk pasukan kebangsaan elain UEFA Nations League yang aku rasa takde siapa peduli sangat pun. Haha.

Berbeza dengan pemenang tempat kedua, Sadio Mane bekas pemain Liverpool yang kini bermain bersama Bayern Munchen. Antara kejayaan Mane di peringkat antarabangsa adalah memenangi Africa Cup of Nations 2022 bersama Senegal dan memenangi 2022 African Player of The Year. Kalaulah Liverpool menang Champions League dan English Premier League 2021/2022 dah pasti Sadio Mane yang menang Ballon d'Or 2022. Sayangnya both pun Liverpool hanya mampu dapat tempat kedua. Takde rezeki awak Mane.

Sadio Mane mendapat Socrates Award sebagai menghargai usaha beliau dalam melakukan kebajikan. Bagus dia ni rajin bersedekah.

List Top 30 lain korang boleh baca dekat SINI. Jenuh nak ulas sorang-sorang. Lagipun tak semua player aku follow perkembangan diorang.

Pemenang-pemenang dalam kategori lain:

Women's Ballon d'Or (Player of the Year): Alexia Putellas (Barcelona). Hebat beliau menang untuk 2 tahun berturut-turut.

Kopa Trophy (Best U-21 men's player): Gavi (Barcelona). Harap tak tenggelam seperti kebanyakan starkids. No komen sebab jarang tengok Barcelona

Yashin Trophy (Best men's GK): Thibaut Courtois (Real Madrid) OK lah well deserved. Same reason macam Benzema jugak.

Gerd Muller Trophy (Top scorer): Robert Lewandowski (Barcelona) Beliau memang cemerlang score gol bertalu-talu sewaktu bergelar pemain Bayern Munchen.

Socrates Award (for player acts of solidarity): Sadio Mane (Bayern Munich). Rujuk screenshot di atas.

Club of the Year (club with most Ballon d'Or nominees): Manchester City. 

Aneh juga tahun ni tak ada Coach of The Year dan Puskas Award (Pemain Malaysia, Faiz Subri pernah menang award ni). Kenapa takde aku pun tak tahu. FIFA memang banyak kontroversi. Lionel Messi tiba-tiba menang Ballon d'Or 2021 pun orang tak habis mengumpat lagi.

Yang aku tahu gol Mohamed Salah lawan Manchester City hari tu sumpah lawa wei. Harap Liverpool kekalkan momentum sampai hujung season. Tak harap banyak, dapat Top Four dan atas dari Manchester United cukuplah. Eh.


Nota kaki bola : Arsenal power season ni. Aku harap diorang menang liga season 2022/23. Asyik Man City je bosan lah. Peminat Manchester City jangan marah ha...

Read More

10 perkara yang kita pelajari dari kejayaan Man United memenangi Bangkok Century Cup

Thursday, 14 July 2022

 

1. Merasa jugak Man United sinar kebahagiaan selepas musim yang penuh kedukaan. Biarlah mereka gembira. Kami fan Liverpool tak kejam

2. Selain skill, menjaringkan gol itu memerlukan tuah. Player biasa-biasa pun boleh score kalau dapat peluang dan player sehebat Mohamad Salah pun kena akur bila bola terkena palang.

3. Tiada istilah 'friendly' dalam perlawanan Man United vs Liverpool. Aku mengharapkan ada gaduh-gaduh tapi sayangnya takde. Perlawanan sengit jugak, bukan sekadar atas padang, malahan dalam kalangan peminat. Nasib kau lah kalah pre season pun kena bahan.

4. Kelibat Harry Maguire sangat 'dirindui' fan team lain. Kecewa aku dia takde dalam line up.

5. Youngsters Liverpool yang aku ramal menyinar season depan : Harvey Elliot, Fabio Carvalho (new signing dari Fulham) dan Isaac Mabaya.

6. Youngsters Man United yang nampak cam power : Zidane Iqbal (bukan anak Zinedine Zidane!). Aje tak logik Zizou nak benarkan anak dia main kat Man United. 

7. Kemerosotan prestasi Roberto Firmino (Liverpool) dan Anthony Martial (Man United). Keduanya dulu pemain hebat tapi tiada apa yang kekal di dunia ini. Harap Firmino akan jumpa rentak sewaktu mula-mula main untuk Liverpool dulu. Martial gi main jauh-jauh.

8. Jersi baru Liverpool tu cantik walaupun corak minyak petrol tumpah. Hampir goyah ikrar aku tak nak beli baju baru.

9. Defence Liverpool masih lemah dan mengharap Virgil Van Djik sahaja.

10. Aku rindu Sadio Mane dan Divock Origi, tapi itulah bola sepak. Pemain datang dan pergi. Macam awak tinggalkan saya.

Read More

Siang mengantuk malam berjaga

Saturday, 12 June 2021

Penantian 4 tahun sekali berakhir! Top up setahun gara-gara Covid 19 so jadi 5 tahun. Euro tiba lagi. Walaupun diadakan di tahun 2021, nama 'Euro 2020' dikekalkan. Kali ini melibatkan lebih dari satu tuan rumah.  11 bandar di 11 buah negara Eropah bersedia menjadi venue perlawanan. UEFA nak buat kelainan sempena ulangtahun Euro ke 60. Ia dah dirancang sebelum pandemik lagi. Bad timing nampaknya. Harap takdelah kluster Euro sebab sempadan negara-negara tuan rumah dibuka untuk pemain dan penonton. 

Info pasal venue perlawanan boleh baca SINI


Masih melibatkan 24 buah negara seperti kejohanan di tahun 2016. Antara pasukan yang disebut-sebut sebagai bakal juara adalah France, Belgium, Itali dan erk... England (team favourite blogger Anies). Seperti biasa aku masih menyokong Spain walaupun ramalan awal aku, team favourite aku hanya mampu bertahan setakat 16 terakhir berdasarkan senarai pemain yang terpilih dan prestasi La Liga dalam Champions League musim lepas.

Entahlah korang faham ke tidak aku cakap apa ni.. Haha

Rasa macam hambar je tournament kali ni sebab ada a few stadium yang menghadkan kapasiti penonton. Takdelah meriah dengan sorakan macam dulu. Player pun kena jaga-jaga sebab ini sukan bersentuhan ( aneh pulak bunyi ), so if the whole team tak dapat diturunkan sebab kuarantin, lawan akan menang percuma.

Oh by the way, sape tengok game Malaysia vs Vietnam ? Ce ulas sikit.. Aku macam biasa second half dah tertido. Game Turki vs Itali pun terlepas. Harap line up lepas ni bagi lah pemain muda pulak. De Paula ngan Aidil tu dah nak baya aku. Player Malaysia bukan macam player Eropah, jaga fitness dan jaga makan.

Harap Euro 2020 ni berjalan dengan lancar dan meriah. Tak sabar nak tengok game England vs Croatia next. 

Read More

Final Champions League 2020/21

Friday, 28 May 2021

 Estadio do Dragao, Porto, Portugal

30th May 2021, 3.00 pagi waktu Malaysia

Final Champions League 2020/21

Chelsea vs Manchester City


Aku mengharapkan game yang tak bosan macam final Europa League - Man United vs Villareal pagi semalam. Udahlah meleret-leret sampai ke masa tambahan, sekali ending decide winner melalui sepakan penalti. Kesian peminat Manchester United bersengkang mata sekali kalah pulak. Pada pandangan aku, taktikal dan line up Man United lagi baik, Villareal sekadar bertahan dan rezeki semua penalti masuk. Ah..kesian tolak tepi, bahan tetap bahan!


Anyway, sambung cerita pasal final Champions League musim ni. Perlawanan yang asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium Ataturk, Istanbul, Turki dipindahkan ke Portugal kerana Turki under lockdown. UEFA (Persatuan Bola Sepak Eropah) dah request game dilangsungkan di London sahaja memandangkan kedua-dua kelab based in England, tapi kerajaan UK tak benarkan. Tak ikut SOP katanya. UEFA kata kesian penyokong tak boleh datang stadium, so mainlah kat Porto. Eleh, cakap jelah sebab nak kutip duit tiket.

Sokong siapa? Both pun kelab yang aku tak suka. Lol. So just tengok as neutral and enjoy the game. Manchester City tak pernah menang Champions League dan Chelsea hanya pernah menang sekali pada tahun 2012 . Noob je diorang ni, bukan macam Liverpool power dah menang 6 kali. Nak meramal pun tak reti sebab musim ni jarang layan match 2 team ni melainkan kalau diorang lawan Liverpool. Aku harap nanti Olivier Giroud ada baru segar sikit mata.

Ye...siapa cari saya tadi?
 
Oh ye, jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan Malaysia vs Bahrain jam 11.45pm di TV1 malam ni. Rindunya nak bersorak untuk Harimau Malaya di stadium. 

Dah 7 tahun terlambat. Boleh kejar lagi ni...

Punyalah lama tak update blog sekali cerita pasal bola. Mesti korang menyesal baca. Hahaha. Jaga diri. Majulah sukan untuk negara.
Read More

Soccernomics by Simon Kuper & Stefan Szymanki

Monday, 1 March 2021

Aku beli buku ni sebab on clearance dekat outlet Popular berdekatan rumah. RM10 sahaja. Kebiasaan buku macam ni harga berpuluh ringgit. Selalunya 'buku bola' yang aku beli hanyalah buku biografi pemain bola sepak. Aku kurang minat buku berkaitan taktikal. Pernah beli 'Morbo - The Art of Spanish Football' sebab on sale di Kinokuniya. Dukacita dimaklumkan buku tersebut masih berbalut plastik, elok terletak di rak buku aku. Haha. Entahla bila nak baca.

Soccernomics
Simon Kuper & Stefan Szymanki
430 pages
Section 1 : The Clubs
Section 2: The Fans
Section 3 : The Countries


So far baru baca 1/3. Slow sikit sebab buku ni banyak istilah Ekonomi. Kalau complicated sangat aku skip je. Hahaha.

Buku ni buku lama. 2012 edition. Walaupun agak outdated, tapi seronok jugak baca. Provided ko minat bola sepak lah. Kalau tak minat memang dah campak tepi. Soccernomics mainly cerita tentang keindahan dan sisi buruk bola sepak dari sudut ekonomi, pengurusan, isu perkauman, psikologi pemain, peranan peminat dan banyak lagi. Sort of behind the scene of what we see on the field. 

Beli for fun dan sebab buku ni on sale. At least hilang bosan PKP. Jangan korang ingat aku nak tukar kerjaya jadi pengulas sukan ke apa plak. Mengulas kat Twitter pun lama tak buat. Akaun pun dah tak aktif. 

Recommended untuk peminat bola sepak yang gemar bacaan separa berat dan orang kuat FAM. Semoga bijak sikit handle bola sepak Malaysia.
Read More

Kisah Itali tidak ke Piala Dunia

Wednesday, 15 November 2017

Itali. Gli Azurri. Antara pasukan yang mempunyai ramai peminat dan penyokong di serata dunia.  Pernah memenangi World Cup pada tahun 2006, 1982, 1938 dan 1934. Terkenal dengan corak pertahanan catenaccio yang compact dan kebal. Maldini, Inzaghi, Cannavaro, Totti, Pirlo, Del Piero, Baggio dan Nesta antara sebilangan nama yang menjadi inspirasi pemain dan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa.


Dan buat kali pertama dalam 60 tahun, Itali gagal ke Piala Dunia setelah terkandas di peringkat kumpulan dan kalah play-off di tangan Sweden. Ironinya kali terakhir Sweden layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 2006, tahun di mana Itali menang setelah menewaskan Perancis di pentas akhir. Headbutt Zidane ke perut Materazzi, korang ingat lagi tak? Time final tu aku sokong Itali, sebab aku kecewa Ribery and co menyingkirkan Spain yang aku sokong.

Apalah erti Piala Dunia tanpa Itali. Setakat USA, Netherlands dan Chile aku boleh terima lagi, tapi Itali adalah nadi dan penyeri. Dari segi taktikal, kontroversi atau skill individu pemain, pasukan Itali sentiasa menghidupkan sesuatu tournament.

Kapten Buffon yang berhasrat menjadikan World Cup 2018 yang terakhir, rupanya terpaksa bersara awal.

Sedih aku bukan sebab aku penyokong Itali, tapi sedih seorang yang dah bertahun tengok bola. Piala Dunia adalah holy grail bola sepak. Maka apalah erti Piala Dunia 2018 tanpa pasukan legenda zaman berzaman iaitu Itali.

Para gadis pasti akan berasa kehilangan sebab Itali ramai pemain hensem. #jangankecamsaya 

Demi mengenang Itali, petang semalam aku terus ajak kawan gi makan Spaghetti. Hahaha. Padahal tekak yang teringin.

By the way, Itali, Itali juga. Yang dari Harimau Malaya dah tukar jadi Sotong Malaya tu nak cerita apa? Kah kah kah. Ah..malas lah sembang bola Malaysia. Serupa Liverpool sembang nak menang liga.

Till then, Forza Azurri!!! Thanks for reading.
Read More

The Legend Is Back

Friday, 25 August 2017

Keputusan undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) musim 2017/2018


Terletak cantik di Group E bersama penghancur hati Sevilla, kelab nun jauh di Russia, Spartak Moscow dan kelab yang nama aku tak pernah dengar Maribor. Atas kertas memang nampak mudah untuk layak ke pusingan seterusnya. Tapi ini Liverpool. Dan mana-mana penyokong Liverpool tahu benda ni : Liverpool lemah berhadapan kelab lemah dan power bila lawan kelab hebat.

Final UCL 2005 yang dirindukan

Apa pun sebagai penyokong kita haruslah believe. Setelah penampilan hambar 3 musim lepas dan langsung tak tampil 2 musim berlalu, bekas juara Eropah 5 kali akan kembali. Take a bow you little English club,coz European nights in Anfield is back.


Doa banyak-banyak sikit Abam Sadio Mane si hitam manis.

Jangan hampakan kami lagi sayang-sayangku. You'll never walk alone.

p/s : Kelab Spain favourite, Atletico Madrid dapat group yang tough pulak. Ada Chelsea dan Roma. Imagine lawan Liverpool di final. Pergh..dream fixture! 
Read More

Seorang kaki bola di bulan Ramadhan

Saturday, 11 June 2016

Penantian 4 tahun sekali berakhir! Euro tiba lagi. Kali ini lebih unik dan lebih meriah kerana melibatkan 24 buah negara dan bukan 16 seperti kebiasaannya. Diadakan di France, dari 10 Jun hingga 10 Julai, melibatkan 10 buah stadium di beberapa bandar besar di France. Antara pasukan yang diramal mencabar kejuaraan adalah tuan rumah, France; juara bertahan, Spain; team dengan *clean sheet paling banyak, Italy; juara World Cup, Germany; team termahal, Belgium dan team menang sorak dan banyak **hooligans, England.

Jadual Perlawanan Euro 2016 - waktu Malaysia

Secara peribadi, aku kurang excited dengan Euro kali ni kerana kebetulan serentak dengan bulan Ramadhan. Kalau dulu, aku siap tampal jadual perlawanan (yang biasa dapat sekali ngan surat khabar) kat notice board rumah. Benda ni takde masalah sebab family aku memang ramai kaki bola. Bila serentak dengan bulan puasa, tidur menjadi isu utama. Tak naklah sebab berjaga tengok bola, aku mengantuk kat office. Tak berkat kot gaji kalau memanjang nguap, keje tak jalan. So,aku dah plan, hanya akan tengok on weekend sahaja. Tu pun terpaksa korbankan match yang main kul 9 malam. Kerana terawih aku turutkan. 

Ajaran bapak aku dari dulu..walau apa pun make sure at least 2 raakat tahajjud. Percaya tak, dia selalu tanya , "dah solat sunat belum", kalau nampak aku bangun tengok bola tengah malam. Sweet tak bapak I? Hehehe..

Lagipun, bulan sepak bila-bila pun ada. Aku ni, Ramadhan depan belum tentu ada.


Gitu-gini pun, sokongan hakak tetap untuk team Spain. Walau takde Torres dan diorang telah menjahanamkan reputasi di World Cup 2014. Harap kehadiran pemain-pemain muda akan mengembalikan kegemilangan La Furia Roja. Vamos Espana!

Oh, harap bertahan kalau-kalau sebulan ni blog ni aku penuh dengan cerita bola. Walaupun tak tengok live, tapi aku boleh tengok highlight. Kat mana lagi aku nak meroyan kan.. Hahaha.

Kamus bola

*Clean sheet - keadaan di mana sesebuah team dapat mempertahankan pintu gol dari bolos walaupun sebiji.

Contoh result I: Team A 0-1 Team B . Team B mendapat clean sheet
Contoh result II:  Team A 0-0 Team B . Kedua-dua team mendapat clean sheet

Clean sheet tak mempengaruhi result, cuma baik untuk stats / value penjaga gol dan pemain pertahanan.

**Hooligans - Sekumpulan penyokong fanatik yang acah-acah true fans tapi sebenarnya sering membuat kacau dan mengganggu keselamatan awam. Tak semestinya di stadium, boleh jadi juga di tempat mass screening macam pub atau kedai mamak.


OKlah gais. See you next entry! Adios!
Read More

#UCLFinal #GoAtleti!

Saturday, 28 May 2016

San Siro Stadium, Milan, Itali
29th May 2016, 2.45 pagi waktu Malaysia
Final Champions League 2015/16
Atletico Madrid vs Real Madrid


 10 sebab aku nak Atletico Madrid menang

1. Atletico ada Torres

2. Their coach is Diego Simeone, one of my favourite. Dia buat taktikal 'parking bas' followed by counter attack nampak genius instead of boring.

3. Final 2014, same fixtures, Atletico Madrid kalah. Dah elok leading 1-0, tetibe Ramos score di minit terakhir. Lagi pedih? Real Madrid tambah 3 biji gol di extra time. Ngeri! 

4. Sebab Torres

5. Atletico tak pernah menang Champions League. Lainlah Liverpool, juara lima kali. Kalau Real menang, ini kemenangan yang ke-11. Asyik muka sama je menang, boring gak kan.

6. Sebab Real Madrid kelab kaya yang penuh star, berbanding Atletico. Dalam bola sepak, duit dan nama besar bukan segalanya.

7. Cristiano Ronaldo tu ex-player Men Yu. Boooooo!!!

8. Torres tu ex player Liverpool.

9. Kapten Atletico, Gabi somehow buatkan aku teringat kat Gerrard.

10. Sebab aku ada banyak jersi Atletico, so bolehlah aku pakai dengan bangganya kalau menang..Muahahaha

Throwback sikit.. Sal at Sydney, musim bunga 2014

Can't wait! Jangan tak terjaga sudah.



Read More

Mood : Gutted

Thursday, 19 May 2016

Final Europa League 2015/2016
St. Jakob-Park, Basel, Switzerland
19th May 2016, 4.45 am waktu Malaysia

FT : Liverpool 1- 3 Sevilla


Proud of them sebab sampai sejauh ini
Player biasa-biasa, coach luar biasa 
Man United-Dortmund-Villareal bukan lawan mudah tapi semua berjaya diatasi.
 Sayangnya The Reds kecundang di pentas akhir
Impian tengok piala dijulang hampa lagi.


Menjauh diri mengubat hati. Kalah bola ni peritnya lagi dahsyat dari putus cinta. 


We'll come back stronger.
Jumpa next season
You'll Never Walk Alone, lads!

Read More

We don't just talk history, We made history!

Friday, 22 April 2016

15.4.2016
Stadium Anfield, Liverpool
2.45 pagi waktu Malaysia
Second Leg Europa Cup Quarter Final
Liverpool (LFC) vs Borussia Dortmund (BVB)

Kelab German, BVB bukan calang-calang. Antara pasukan terbaik dunia ketika ini, berdiri sama megah dengan Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Johor Darul Takzim dan Paris Saint Germain. Harapan aku cuma satu, kalau kalah pun jangan sampai kena lauk. Siapalah Liverpool, dalam Liga Inggeris pun sesak nafas nak survive.

Berbekalkan seri 1-1 di Signal Iduna Park,  Liverpool mampu layak ke peringkat separuh akhir cukup dengan seri 0-0. Tapi itu mustahil. BVB memiliki ramai penyerang prolifik yang lari lagi laju dari Usain Bolt macam Aubumeyang; yang mampu score dari tight angle macam Marco Reus dan sharp shooter macam Shinji Kagawa. Ramai yang meramalkan LFC akan kena at least 4-0.

Meriahnya Anfield - bilalah nak sampai sini.

***Kick off!*** 

Minit ke-4 : LFC 0-1 BVB (Mikhitaryan)
Minit ke-9 : LFC 0-2 BVB (Aubumeyang). 

Time ni aku dah membayangkan Liverpool akan kena gulai. Sememangnya permulaan yang shaky, defensive line Liverpool banyak loophole dan midfield senang hilang bola. Di twitter dan whatsapp, ramai penyokong Liverpool yang tutup TV atau tukar channel. Penyokong rival mula membahan. Matilah korang! Silap-silap 10-0 nih!! Sabar, wei, sabar, aku pujuk hati. Dalam gelap, aku teruskan juga tonton di laptop melalui life streaming. Pemain Liverpool macam baru tersedar dari mimpi lepas kena 2 bijik. Penyokong di stadium tak berhenti bersorak. Kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun keputusan kekal 2-0 sampai tamat separuh masa pertama.

***Separuh masa kedua***

Minit ke-48 : LFC 1-2 BVB (Origi)

OK, boleh kejar ni! Come on Reds!!! Tapi baru nak happy...

Minit ke-56 : LFC 1-3 BVB (Reus)


Jaringan Reus (depan) membuatkan aku terus tutup laptop. Sambung tidur? Oh, tidak. Aku bangun, pergi ruang tamu bukak TV pulak. Ada setengah jam lagi. Takpelah kalau kalah pun, aku akan tetap tengok sampai habis.

Minit ke-65 : LFC 2-3 BVB (Coutinho)

Strategi pertukaran pemain menjadi! Midfield lebih compact dengan kemasukan Allen. Pakar jaringan jarak jauh, Philippe Coutinho membuat gesture ala-ala Gerrard (UCL final, 2005) selepas menjaringkan gol. Dari baring, aku duduk. Tapi masih takut nak berharap, takut kena harapan palsu lagi..

Minit ke-75 : LFC 3-3 BVB (Sakho)

Gol meledak lagi! Kali ni hasil tandukan Sakho, ironinya, defender yang menyebabkan Liverpool bolos 2 gol awal. Seri, tapi kalau ikut kelebihan jaringan tempat lawan, Liverpool dikira kalah. Penyokong kedua-dua pihak menanti gol seterusnya. Minit ke-80..minit ke-90..masih 3-3. Selamat tinggal piala Eropah.

***4 minit masa tambahan***

Minit ke-91 : LFC 4-3 BVB (Lovren)

Gol wei, gol!! Liverpool potong di minit-minit terakhir. Aku mimpi ke ni?  Penyokong BVB masih bersemangat walaupun pemain-pemain diorang nampak dah lemau. Jangan leka...game tak habis lagi!

Minit ke-94, BVB dapat free kick. 

Oh great, Liverpool memang selalu bolos kalau set piece. Sepakan diambil oleh Gundogan. Or is it Mikhitaryan? Aku tak ingat sebab aku tutup mata.. Tak sanggup tengok. Aku dengar penonton bersorak. Disusuli wisel panjang menandakan tamat masa permainan. Aku bukak mata. Replay. Sepakan pemain BVB tersasar. Keputusan kekal 4-3. Liverpool menang! Anfield is on fire! Liverpool mara ke separuh akhir selepas menewaskan Borussia Dortmund, antara calon favourite yang diramal memenangi Europa League edisi 2015/16.

Great win, great night! Thanks lads!

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke final. Last Liverpool julang Europa League ni tahun 2001. Final yang dramatik sebab tipikal Liverpool, 'suka' menang cara susah dan bagi penonton sakit jantung. Harap menang lah tahun ni. Kempunan 4 tahun dah nak tengok rak trofi tu bertambah.

Oh, kalau nak lagi feel apa aku cerita, boleh tengok highlight kat SINI

Disclaimer : Penulis bukanlah pakar taktikal , main futsal pun lintang-pukang, atas padang lagilah terlentang. Hanya penonton, peminat dan penyokong. Ini pendapat dan ulasan peribadi, bukan profesional. Belum layak digelar peminat bola tegar, sekadar syok sendiri kat blog sebab tak boleh move on.

Terima kasih kerana membaca. You'll Never Walk Alone.
Read More

Bukan blog bola sepak

Wednesday, 17 February 2016

Perhatian : Entry ini sangat football overload! Hanya baca tiga perenggan pertama kalau korang tak nak masalah ketidakhadaman dan pening lalat.

Assalamualaikum semua! Phewww...jenuh kak Sal korang membalas komen-komen dalam entry INI . Topik kahwin..menarik, tapi sensitif kan? Aku bukannya apa, tengok korang semua macam takde mood je blogging, aku pun korek entry terperap dalam draft, edit sikit dan publish. Kasi panas line. Awalnya aku risau jugak, manalah tahu tulisan aku menimbulkan kontroversi, salah faham atau menyebabkan kemurungan. Adat jadi blogger ni, bukan boleh main tulis je. Silap gaya boleh masuk jail tau! Kah kah kah.

Sebenarnya aku dilanda kesibukan 2,3 menjak ni. Sibuk kerja dah satu hal, sibuk dengan urusan peribadi pun satu hal lagi. Jarang dapat curi masa nak update blog, sedang keinginan menyambung entry Melbourne begitu membuak-buak. *Jeling-jeling Siti Yang Menaip* Aku kalau taip entry pasal travel ni, memang kena concentrate. Tak reti nak menyambil. Biasalah, aku hanya blogger picisan yang penuh dengan kesilapan. Oh ye, hadiah pemenang giveaway aku dan Siti dah pos! Harap sampai kepada penerima dengan selamat. Dan sejujurnya rasa sangat bersalah sebab lambat announce pemenang, lambat pos hadiah dan tak buat entry bagitau hadiah dah di pos. I feel so guilty, harap korang semua jangan marahkan aku. Sorry sesangat.

#jangankecamsaya

Sibuk punya pasal, Deadpool ngan Ola Bola pun tak sempat tengok lagi!

Cakap pasal bola, minggu ni merupakan minggu yang interesting dalam bola sepak. Antara yang menjadi perhatian adalah :

1. Gol freekick Faiz Subri vs Pahang F.C, 16 Februari 2016


Pergh..memang merembes OK tengok gol ni! Dia punya curve tu menyalahi undang-undang Fizik. Jangan kata David Beckham, Roberto Carlos pun boleh nangis tengok. The best part, gol Faiz ni menarik perhatian football community all over the world. Penganalisis taktikal, peminat, even pemain bola berstatus legend. Siap ada yang kata, gol ni layak menang Puskas Award. (Apa itu Puskas Award? Nak tau boleh baca dalam entry ini.) Even tercalon pun jadi sesuatu yang membanggakan, apatah lagi kalau menang. Apa barang takluk Asia, ni takluk dunia bro! Takpe, nanti bila undian Puskas Award dibuka, kita vote ramai-ramai ek. Apa, ingat orang Malaysia tak reti main bola ke!

2. Sturridge is back!!!

Antara pemain forward Liverpool yang mampu meletakkan nama sebaris dengan Torres, Suarez, Owen dan Fowler, tapi sayang dibelenggu kecederaan yang tak sudah-sudah. Score - injured - score - injured balik. Tulah kitaran hidup pemain England yang digelar Mat Kaca ni. Tapi, dia ni memang power dan digeruni ramai defender. Aku minat dia sebab dia ada naluri striker sejati. Sentiasa alert dengan hantaran midfielder, strategic ball placing dan arah sepakan dia selalu mengelirukan pihak lawan. Tau-tau bola dah ada dalam gol je.


Dah lebih sebulan injured, Sturridge kembali beraksi dan of course la score sebiji. Lagi sweet, Liverpool menang bergaya 6-0 sewaktu menentang Aston Villa! Kenduri bosar! Tak caya, tengok highlight sini. Maka bertempiaranlah penyokong Liverpool keluar dari Gua Anfield... *jeling Yana Yani dalam gua Old Trafford*

Semoga Liverpool akan kekal cemerlang sampai hujung season. Tak dapat Champions League spot pun takpe, asalkan kedudukan dalam table jauh di atas Chelsea. *Jeling-jeling Ewan*.

3. JDT menang Piala Sumbangsih 2016

Piala Sumbangsih merupakan piala tahunan yang dipertandingkan antara juara Liga Super dan pemenang Piala FA season lepas. JDT menang melalui penentuan set penalti selepas seri 1-1 dalam masa permainan 90 minit dengan Selangor. Sebagai someone yang family asal Johor, tapi membesar di Selangor, aku sebenarnya neutral. Mana-mana menang pun aku terima je.

Trofi kelima Harimau Selatan dalam masa 3 tahun! Power! Team terunggul, Liverpool pun mampu dapat satu piala je dalam tempoh 10 tahun. Luaskan kuasamu Johor! Abaikan haters semua. Diorang memang dengki sebab diorang tak takluk Asia.

4. Messi - Suarez cheeky penalty kick

Messi ngan Suarez score bukanlah sesuatu yang ajaib. Takde apa nak diherankan. Tapi, ambil penalti macam ni, memang 'jahat' OK.


Penalty kick macam ni hanya dibenarkan untuk penalti hidup, iaitu semasa game sedang dimainkan, samada full 90 minutes atau injury time. Tak boleh buat semasa penentuan pemenang melalui set penalti. Saja bagitau, sebab ada gak kawan yang tak tengok bola tanya pasal ni. Ingat aku tak tau rule, tau tengok pemain hensem je ke.

Sekian la highlight menarik aku nak share ngan korang. Tak...aku bukan wartawan sukan. Aku hanya gadis biasa yang suka tengok bola sebab nak tengok lelaki hensem. Sepak bola pun tak kena, takat main Fantasy Premier League tu tahulah.

Segala gambar dan video adalah hasil carian Google. 

Outstation sampai minggu depan. Mohon jangan rindu..Biarlah aku je yang rindu korang..Thanks for reading gais! You'll Never Walk Alone!
Read More

Orang Johor I/C Kolumpo

Friday, 6 November 2015

Assalamualaikum semua! Korang ada tak kawan-kawan yang tetiba dengan bangga mengaku dia orang Johor lepas pasukan JDT menang Piala AFC? Aku rasa takde kot, sebab orang Johor akan tetap mengaku dia orang Johor, even before kewujudan JDT. Aku pernah dengar orang persoalkan, nape orang Johor obses dengan JDT? Well, let's just say yang diorang bangga dengan JDT sebab ia merupakan 'produk' dan inisiatif  Tengku Mahkota Johor. Bukan sebab nama Darul Takzim tu..percayalah kalau TMJ taruk nama yang takde bunyi Johor pun orang Johor akan tetap support. Kat kampung aku, makcik-makcik pun kenal Luciano Figueroa tau.

JDT ada sejarah dia sendiri dan bukanlah tiba-tiba muncul dari dalam tanah pada tahun 2012. Lain kalilah kita sembang pasal sejarah bola sepak Johor kat sini. Mendidih jugak bila orang quote 'orang Johor baru belajar tengok bola'. Bukan apa, aku kalau cakap pasal bola nanti tak jumpa butang 'publish'. Hahaha.

Yang penting korang kena tahu, JDT is a football club. Korang nak kutuk JDT? Silakan.. Tapi, tolong, tolong jangan kutuk Johor. Tak reti bezakan ke? Tak berkudis pun aku kalau korang kata 'penyokong JDT bangang', tapi kalau korang kata 'orang Johor bangang', that's another story... Berasap je telinga aku dengar, walaupun aku Johor celup je.


Johor celup? Ayah orang Johor, Mak orang Johor, atuk, nenek, moyang semua Johor.  Aku pulak dilahirkan dan membesar kat KL, walhal gaya selebet tak melambangkan identiti warga kota langsung. Eh..nak tengok I/C ke?

Dibesarkan oleh nenek membuatkan cara aku bercakap macam orang Muor sejati. Hujung ayat selalu ada 'ek'. Orang sebut besar, aku sebut 'beso'. Orang sebut hantar, aku sebut 'anto'. Vocab aku pulak kaya dengan perkataan yang non-Johorean tak faham contohnya cekoh, lokos, tubir, gelegor, peran dan gelobos. Hahaha..even adik-adik aku pun kekadang kerut dahi bila borak ngan aku. Diorang lain, tak duduk dengan arwah nenek masa kecik-kecik. Bila aku borak ngan sepupu or sedara-mara yang memang lahir dan membesar kat sana, aku boleh blend in dengan jayanya. Dan kalau korang nak tahu, orang Johor boleh detect tone 'orang Johor' yang lain. Susah nak explain, tapi actually orang Johor ada slang diorang sendiri.

Arwah nenek aku pernah cerita yang susur galur keturunan kitorang ni dari Bugis dan Bentan. Korang mesti pernah dengar cerita Laksamana Bentan yang menikam Sultan Mahmud dalam legenda 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' kan? Kalau tak pernah, silakanlah cari filem tu kat youtube, takpun baca SINI. Aku tak pandai nak berlipur lara. Aku selalu cakap ngan adik-adik aku, patutlah kita ni degil dan suka memberontak, keturunan Laksamana Bentan rupanya. Adik-adik aku gelak je. Dan kami pun berhuhuhuhu sampai pagi.

Aku ni bukannya apa, last balik kampung masa Aidilfitri hari tu. Tu pun sekejap je. Insha Allah, weekend ni sampailah aku ke sana, negeri pelik yang orang dia pagi-pagi breakfast satay tu. Hahaha! Jangan rindu I tau!!!

Oh, by the way, aku rasa JDT hari tu menang nasib. Diorang bermain dengan baik tapi Istiklol FC bermain dengan lebih baik, cuma takde rezeki. Tapi itulah bola sepak. Possession dan goal attempt saja tak cukup, kena ada luck jugak. Aku bagi extra credit untuk Farizal Marlias sebab cekap jaga gawang dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan sebab nampak dah kurus. Gol bola leret Velasquez tu pulak memang padu dan mampu menipu Manuel Neur mahupun Iker Casillas. Well, a win is a win, right. Ingat senang ke nak sampai ke final. Lantak korang nak kata piala AFC low class, tak setanding ACL. Kalau dah memang busuk hati tu, JDT menang Club World Cup pun korang pertikaikan.

Eleh, ngan Istiklol boleh la, dengan Liverpool ce tengok, berkicap ke tidak...

Apa-apa pun, semoga objektif utama penubuhan JDT tercapai iaitu untuk memajukan bola sepak Johor. Semoga dapat tengok pemain menyanyikan lagu Negeri Johor dengan penuh semangat di Stadium Larkin dan bukan sekadar diam, atau langsung tak reti cakap Melayu! Semoga bakat anak-anak muda Johor dapat dicungkil. Semoga JDT tak jadi sekadar kelab kaya yang mampu membeli pemain ternama tapi kalau korang nak beli Torres aku dah standby borang transfer ke cawangan Senai.

Apa-apa pun, luaskan kuasamu. Terima kasih layan aku membebel kat sini.


Read More

Les Rendez-Vous De France!

Thursday, 15 October 2015

noun ren·dez·vous \ˈrän-di-ˌvü, -dā-\
: a meeting with someone that is arranged for a particular time and place and that is often secret 
: a place where people agree to meet at a particular time
: a place where many people go to spend time

*source: merriam-webster online dictionary

Assalamualaikum! Bonjour! Amboi-amboi kak Sal kau, speaking Perancis pulak. Dah kenapa? Nak ke sana pulak ke? Jeng jeng jeng!

 Kota Cinta - Paris

Cadangnya memang nak ke sana. Tapi tak tahulah bila. Haishhhh.. propa..propa! Kalau dapat, nak ke sana Jun tahun depan. Ada apa dengan bulan Jun di Perancis?  Ada EURO 2016! Berangan lah kau, Sal! Nak tengok Liverpool kat Bukit Jalil pun harap belas ihsan tiket redeem, banyak duit nak pergi Perancis tengok EURO! Tengok kat TV sudah! Tu pun kalau ASTRO tak jadikan EURO tu pakej berbayar . Kalau diorang buat, mohon semua kaki bola di Malaysia gi baling flare kat office diorang.

Macam biasa, aku memahami korang yang selalu tak boleh hadam bila aku bukak topik bola sepak...Ye, aku bicara tentang bola sepak. Hadap jelah, dah takde idea nak update blog..Citer Melbourne tak boleh laju sangat, nanti orang jemu. Tips ni blogger travel femes yang ajar aku. Update story biar slow-slow. Tak gitu kak JM..hehehe. Gurau je kak, jangan marah ha...

Apa itu EURO? EURO merupakan kejohanan bola sepak empat tahun sekali melibatkan negara-negara dari benua Eropah. Mula dipertandingkan pada tahun 1960, dengan Spain dan Germany merupakan pasukan dengan bilangan kejuaraan paling banyak iaitu tiga kali. EURO yang akan datang bakal diadakan di Perancis, dan melibatkan 24 negara, instead of 16. Kenapa diorang pakai format baru, janganlah kalian tanya aku. Ingat aku tau banyak ke? Info ni semua aku gugel je abang kakak oi..

Sewaktu entry ini ditulis, 20 negara telah layak bertanding di EURO 2016 selepas melepasi onak duri pusingan peringkat kumpulan. Mereka adalah:

Source : UEFA
 
Perancis (Tuan Rumah)
England
Republik Chech
Iceland
Austria
Northern Ireland
Portugal
Spain
Switzerland
Italy
Belgium
Wales
Romania
Albania
Germany
Poland
Russia
Slovakia
Croatia
Turkey
 
Lagi lapan negara perlu melalui perlawanan pusingan kelayakan yang akan ditentukan melalui undian. Lambat lagi, EURO kan tahun depan. 4 negara yang menang secara agregat, akan menyertai 20 negara yang dah layak ke EURO 2016. Lapan negara tersebut adalah:

 Source : UEFA

 Bosnia
Ukraine
Sweden
Hungary
Denmark
Ireland
Norway
Slovenia


My prediction (and hope) layak ke EURO 2016: Sweden (come on la, ada Zlatan Ibrahimovic kot!), Bosnia (Edin Dzeko!! Lagipun, diorang perform masa World Cup 2014), Slovenia (one of my favourite La Liga goalkeeper - Jan Oblak ada kat situ) dan Denmark (Daniel Agger - maaf, saya belum move on. Sampai hati kau biarkan dia pergi, Brendan Rodgers!)

Sayangnya, pemenang tempat ketiga World Cup 2014, Netherlands, gagal melayakkan diri. Digelar 'The Oranje', team yang mempunyai ramai peminat di serata dunia. So, korang kalau ada kawan/suami/boipren/ahli keluarga yang sokong Netherlands, tolong jangan tanya banyak pasal EURO depan diorang. Takut ada yang kena marah nanti. Hehehehe. But, seriously, Belanda kot! 'Total football', what happened to you! Antara team yang mempunyai gameplay dan ball fluidity yang smooth di atas padang.  Dennis Bergkamp, Ruud Van Nistelroy dan Patrick Kluivert antara legend pasukan diorang yang dikagumi ramai.

Aku sokong siapa? Eh, of course lah pasukan abam Torres kesayangan - Spain. Walaupun diorang sangat menghampakan sewaktu World Cup baru ni, tapi aku yakin diorang boleh bangkit mempertahankan kejuaraan. Kali ni  David Villa dan Fernando Torres tak main, digantikan dengan muka-muka baru - Paco Alcacer dan Alvaro Morata! Nah, aku belanja gambar sebab korang dah tabah scroll dari atas, walaupun tak baca..Hihihi.

 Alvaro Morata
Memang syarat utama nak jadi pemain forward Spain kena hensem ke? 


Paco Alcacer


Percayakah anda, dengan membaca entry ini, walaupun anda tak tahu dan tak berminat dengan bola, pengetahuan geografi anda tentang negara-negara Eropah telah bertambah? Contohnya kewujudan negara-negara macam Slovenia, Slovakia dan Albania dan fakta bahawa Ireland terpisah kepada dua, Utara dan Selatan, macam Korea jugak. Ada gak pekdahnya entry aku ni ek...

Till then, thanks for reading! Korang rasa sape bakal juara EURO 2016? Sape jawab Spain, aku sayang lebih! Hahaha.

See you in France! 


Read More