Showing posts with label Liverpool FC. Show all posts
Showing posts with label Liverpool FC. Show all posts

Stadium Wembley jadi saksi - Liverpool FC Carabao Cup Final Winner

Monday, 26 February 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Hambar betul tajuk entry. Dah lama tak menulis pasal bola sepak so tak tahu nak letak tajuk apa. Sejak sibuk dengan persiapan perkahwinan sampailah sekarang dah jarang sangat tengok game Liverpool FC. Lagipun takde geng. Kalau dulu selalu tengok dengan Abah, tapi suamiku En.I tak minat bola. 

Orang selalu predict aku akan kahwin dengan lelaki yang kaki bola tapi hakikatnya aku tak pernah ada boyfriend yang sama minat tengok bola sepak macam aku. Maybe sebab bila tengok bola, perangai 'jantan' aku keluar, so diorang terus tak selera. Kah kah. 

Anyway, game kali ni aku dapat tengok sebab start awal (11 malam). Kalau match pukul 3, 4 pagi mungkin liat aku nak bangun. Aku tengok pun di handphone sahaja. Sementara aku dan En.I masih ber PJJ ni bolehlah tonton tanpa gangguan.

Sebelum game start aku tak letak harapan tinggi memandangkan Liverpool FC dilanda masalah kecederaan beberapa tonggak utama iaitu Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Trent Alexander-Arnold. Begitupun, di bawah pimpinan Kapten Virgil Van Djik dan semangat game League Cup terakhir Jurgen Klopp sebelum kontrak tamat (menaip tentangnya saja buat aku nak nangis), Liverpool FC bermain dengan agak baik.

Ia boleh dikatakan perlawanan yang agak menarik dan mendebarkan walaupun pemain-pemain yang diturunkan ratanya masih muda dan kurang berpengalaman. Ada beberapa percubaan yang terkena tiang, diselamatkan penjaga gol dan 2 gol dibatalkan kerana ofsaid. Kemenangan berpihak pada Liverpool FC apabila tandukan Virgil Van Djik pada minit ke-28 masa tambahan menerobos gawang Chelsea. Syukurlah tak terheret ke penentuan set penalti sebab aku dah mengantuk. Masa upacara penyampaian piala aku tertidur. Hahaha. Tua dah ni tak larat berjaga lama-lama.

Pagi ni kita ke tempat kerja dengan senyuman. Monday Blues hanya untuk penyokong Chelsea FC sahaja ya. 

YNWA Reds!


Read More

Terjah 'Liverpool palsu' di Pavilion Bukit Jalil

Tuesday, 8 November 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Kali pertama terlihat video yang dihantar oleh salah seorang 'orang kuat' Standard Chartered dalam group penyokong Liverpool, hati ni terus berbunga-bunga nak pergi. Mana tidaknya, dalam video yang dikirim, setting event 'Arena of Adrenaline' anjuran Standard Chartered di area Side Court Pavilion Bukit Jalil seolah-olah mini 'Anfield' iaitu stadium Liverpool FC yang terletak di Liverpool, England. Memang menjadi wishlist aku nak ke sana tapi entahlah bila baru tercapai. Kena ada masa, teman dan yang paing penting ongkosnya bukan sedikit. Makan ribu riban jugaklah.

Bila sebut pasal Liverpool, auto aku teringat penyokong tegar yang aku kenal iaitu Blogger Anies. Dah lama betul tak jumpa. Aku ada buat cubaan seru dia keluar dari gua tapi dia memanjang busy. Kang kalau dia free, aku pulak ada urusan. Tapi demi Liverpool, sanggup kitorang kosongkan jadual masing-masing untuk pergi terjah di hari terakhir event, 30 Oktober yang lepas.


Kalau Pavilion Bukit Bintang aku boleh jalan sambil tutup mata, lain pulak ceritanya dengan Pavilion Bukit Jalil. Sesat barat jugaklah kitorang dalam tu. Mujur Anies dapat tangkap suara MC sedang interview Liverpool legend, Phil Thompson (PT). Selaju Mohamed Salah berlari (actually jalan je) kitorang mengikut bunyi.

Jujur aku mengaku aku tak berapa kenal PT sebab beliau aktif di tahun 1970an dan 1980an. Sebelum aku lahir lagi dia dah bersara. Tapi kita raikan jelah. Tak ada yang dulu tak ada yang sekarang ye tak. Rasanya kalau dia bawak pemain yang lagi muda macam Dirk Kuyt ke, Peter Crouch ke, Daniel Agger ke mau penuh Pavilion tu. Nak lagi gempak bawak Fernando Torres sebab nanti penyokong Chelsea, Atletico Madrid, Spain National Team, JDT pun akan tumpang sekaki.




Crowd sendu tapi sporting join kuiz dan nyanyian lagu "You'll Never Walk Alone" beramai-ramai. Aku ngan Anies nak join kuiz tapi bagi chance peserta lelaki la. Kang takut diorang malu kalau kalah dengn perempuan. Hahaha. Gurau je.

Habis sesi 'Meet and Greet' adalah sesi shopping dan ambil gambar. Sesi shopping lah sangat padahal tak beli pape pun sebab poket masih dalam proses pemulihan lagipun bulan November banyak lagi plan.


Jersi paling takde ong. Pakai ni selalu kalah


Setiap jersi ada 'kisah' tersendiri dan ditandatangani pemain yang terlibat dengan kisah manis tersebut

Jadilah kan, sampai Shankley Gate tipu-tipu

Anfield palsu


Dah balik baru realise yang kitorang lupa selfie. Adeh. Kot lah korang tak percaya kitorang pergi sekali, boleh terjah entry Anies kat blog dia plak.

Thanks sudi baca!
Read More

10 perkara yang kita pelajari dari kejayaan Man United memenangi Bangkok Century Cup

Thursday, 14 July 2022

 

1. Merasa jugak Man United sinar kebahagiaan selepas musim yang penuh kedukaan. Biarlah mereka gembira. Kami fan Liverpool tak kejam

2. Selain skill, menjaringkan gol itu memerlukan tuah. Player biasa-biasa pun boleh score kalau dapat peluang dan player sehebat Mohamad Salah pun kena akur bila bola terkena palang.

3. Tiada istilah 'friendly' dalam perlawanan Man United vs Liverpool. Aku mengharapkan ada gaduh-gaduh tapi sayangnya takde. Perlawanan sengit jugak, bukan sekadar atas padang, malahan dalam kalangan peminat. Nasib kau lah kalah pre season pun kena bahan.

4. Kelibat Harry Maguire sangat 'dirindui' fan team lain. Kecewa aku dia takde dalam line up.

5. Youngsters Liverpool yang aku ramal menyinar season depan : Harvey Elliot, Fabio Carvalho (new signing dari Fulham) dan Isaac Mabaya.

6. Youngsters Man United yang nampak cam power : Zidane Iqbal (bukan anak Zinedine Zidane!). Aje tak logik Zizou nak benarkan anak dia main kat Man United. 

7. Kemerosotan prestasi Roberto Firmino (Liverpool) dan Anthony Martial (Man United). Keduanya dulu pemain hebat tapi tiada apa yang kekal di dunia ini. Harap Firmino akan jumpa rentak sewaktu mula-mula main untuk Liverpool dulu. Martial gi main jauh-jauh.

8. Jersi baru Liverpool tu cantik walaupun corak minyak petrol tumpah. Hampir goyah ikrar aku tak nak beli baju baru.

9. Defence Liverpool masih lemah dan mengharap Virgil Van Djik sahaja.

10. Aku rindu Sadio Mane dan Divock Origi, tapi itulah bola sepak. Pemain datang dan pergi. Macam awak tinggalkan saya.

Read More

Sibukkah Aku?

Saturday, 22 August 2020

Assalamualaikum dan hai semua!

Korang mungkin tak rindukan aku, tapi aku sangat rindu nak membebel kat blog ni. Sibuk hanyalah satu understatement untuk si bujang macam aku. Lainlah kalau ada anak dua, tiga. Boleh juga buat alasan tak ada masa.

Tapi nak kata tak sibuk, aku sibuk la jugak. Walaupun tak dapat buat aktiviti kegemaran : travel. Tak dapat terbang ke luar negara, kita cuti dalam negara jelah ye. 





Bulan 7 hari tu, aku ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu bersama keluarga. Sewa homestay di area Kelulut. Sebab ramai, lagi murah dan selesa dari ambil hotel atau resort. Untuk snorkeling pulak, kami ambil pakej dari Perza Boat Pulau Kapas

Ambil pakej private ni lagi selamat di musim covid ni sebab boleh booking the whole boat. Jadi, takdelah bercampur dengan entah siapa-siapa. Plus point ada 2 staf yang akan jaga sepanjang berada di tengah laut. So agak terjamin bab safety. Memang puas berendam,  sampaikan anak-anak sedara aku tak nak balik. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang kami berada di sana. Memang terbakar kulit, tapi ok lah kan kalau hujan cmane nak mandi laut. Aku memang rekemen korang yang nak ke Pulau Kapas ambil pakej dengan Perza Boat. 



Sempat jugak ajak Anies pergi majlis meraikan kejayaan Liverpool menang liga buat kali pertama sejak 1990, bersama Media Kopites Malaysia iaitu sekumpulan peminat die hard Liverpool yang bertugas dalam bidang media. Well most of it la. Walaupun terpaksa patuh SOP, event ni tetap berjalan lancar dan happening. 

Event ni sebelum Aidiladha. Raya haji tahun ni pulak agak hambar sebab tak dapat sembahyang raya di masjid. Sekadar tengahari tu kami anak beranak buatla homemade steamboat. Ala-ala Seoul Garden gitu. Gambar lupa nak amik

Sejak PKP ni tak banyak peluang jumpa bff aku, ND dan SR. Masing-masing sibuk. Lagipun SR ada anak kecik. Nak lepak luar lama-lama, malas nak pakai facemask memanjang. So baru-baru ni aku angkut diorang staycation dekat Platinum Suites@Swiss Garden Residence, Bukit Bintang masa cuti Awal Muharam. Sebab dapat masa satu malam saja, kalau tidak boleh juga nak merentas negeri. If berkesempatan aku share review tempat ni. Apa yang aku suka dan apa yang kurang berkenan di hati.

Selain dari itu, aku menjalani kehidupan macam biasa. Ada jugak benda tak best yang jadi tapi benda tak best macam biasa aku malas nak cerita. 

Salam Awal Muharam untuk semua. Thanks for reading!

p/s: Terkial-kial guna template blogger baru ni



Read More

The Legend Is Back

Friday, 25 August 2017

Keputusan undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) musim 2017/2018


Terletak cantik di Group E bersama penghancur hati Sevilla, kelab nun jauh di Russia, Spartak Moscow dan kelab yang nama aku tak pernah dengar Maribor. Atas kertas memang nampak mudah untuk layak ke pusingan seterusnya. Tapi ini Liverpool. Dan mana-mana penyokong Liverpool tahu benda ni : Liverpool lemah berhadapan kelab lemah dan power bila lawan kelab hebat.

Final UCL 2005 yang dirindukan

Apa pun sebagai penyokong kita haruslah believe. Setelah penampilan hambar 3 musim lepas dan langsung tak tampil 2 musim berlalu, bekas juara Eropah 5 kali akan kembali. Take a bow you little English club,coz European nights in Anfield is back.


Doa banyak-banyak sikit Abam Sadio Mane si hitam manis.

Jangan hampakan kami lagi sayang-sayangku. You'll never walk alone.

p/s : Kelab Spain favourite, Atletico Madrid dapat group yang tough pulak. Ada Chelsea dan Roma. Imagine lawan Liverpool di final. Pergh..dream fixture! 
Read More

Ahoj Smicer!!

Monday, 23 January 2017

Assalamualaikum dan Hai semua!. Lama tak update blog. Nak buat cmane..ada je hal. Ini cerita lama sebenarnya, cerita tahun lepas. Time ni Liverpool sedang disebut-sebut bakal jadi juara liga. Tapi sekarang krik-krik duduk dalam gua. Kah kah.

Masa dapat tahu Vladimir Smicer nak datang KL, menggelupur aku wasap Anies plan gi tengok dia kat IOI City Mall. Di hari kejadian, seawal pukul 11 pagi kitorang dah tercongok kat sana.

Kalau ikut tentatif, sesi meet and greet akan bermula pukul 11.30. Tapi ramai yang dah beratur kat bawah nun.

 
Eh terupload selfie plak

Apa barang tengok sahaja, kita turun dan beratur sekali

Mock-up 'Shankly Gates'..harap suatu hari nanti dapat sampai Anfield

MAS (Malaysia Airlines) merupakan penaja utama penerbangan Liverpool FC. Pas ni aku kalau naik MAS nak pakai jersi Liverpool jelah. Mana tau dapat seat upgrade ke. Haha

Seperti yang dijanjikan, tepat 11.30 pagi, Vladimir Smicer muncul di depan peminat yang tabah menanti dan beratur menunggu giliran. Tak macam events yang aku pernah pergi sebelum ni, tak ada sesi soal jawab atau interview ringkas. Terus aja peminat yang beratur naik satu-persatu ke pentas untuk bergambar dan mintak sign.


Vladimir Smicer berasal dari Czech Republik dan pernah bermain di posisi midfield Liverpool FC awal tahun 2000-an dulu. Tak silap aku dia pakai No. 11. Salah seorang hero Istanbul 2005. Dulu masa aktif dalam bola sepak sangat kacak orangnya. La ni pun still kacak cuma chubbs sikit.


Cabaran Robo-Keeper. Ini open untuk pengunjung jugak. Tapi memandangkan aku dah lapan tahun tak sepak bola, khuatir akan terlentang maka tak jadi cuba. Biarlah Smicer yang try. Sedangkan Dida dia boleh tewaskan.

Background 'Kop End'.

Kejap je dapat pandang-pandang jeling-jeling Smicer ni. Lepas satu jam, dia pun blah. So, kitorang pun merayau tengok apa ada.


 Tak cukup True Reds lah kalau tak tau sejarah Liverpool


Piala Champions League yang kali terakhir dimenangi di Istanbul pada tahun 2005. Antara match paling diingati peminat bola sepak kerana comeback menakjubkan ke atas team AC Milan. Sampai hari ni aku (dan ramai lagi)  masih tak boleh hadam cmane team biasa-biasa boleh kalahkan team hebat yang ada Maldini, Kaka, Nesta dan Shevchenko. 

 Thanks Anies melayan aku! Sayang kau!


Tak sempat nak try virtual reality ni. Manalah tau nampak jodoh. Eh.

Selain dari Smicer, Patrick Berger pun ada datang jugak untuk sesi kedua. Tapi sayangnya aku dan Anies salah timing. Masa kitorang datang balik lepas makan, nombor dah habis. Had hanya untuk 100 orang je. Yang sedibnya, gambar dia yang aku tangkap semua corrupt.

Apa pun, teruskan percaya wahai penyokong Reds. Keep on believing and support moga ada rezeki tengok Liverpool julang piala lagi. Sabar. Tak boleh sabar gi sokong team lain. Hihi.

Walk on, walk on with hope in your heart. And You'll never walk alone.

Oh ye, kalian faham tak ni? Tak faham sila move on dan tunggu aku update entry baru entah bila. Thanks for reading!
Read More

of Pokemon Go, Si Penyabar dan Gema Anfield

Saturday, 13 August 2016

Dah lebih 3 tahun Samsung S3 Mini kesayangan aku berjasa, sedia menemani di sisi. Walaupun bersaiz minion macam aku, ia berfungsi dengan baik bila aku perlu untuk call, sms, whatsapp, dengar radio, Twitter dan Maps. Aku bukannya jenis gila gadget pun. Beberapa features tu pun dah cukup. Tak apalah kalau lembap sikit loading, aku kan penyabar orangnya. Keh keh, puji diri sendiri.

Disebabkan kedegilan aku menukar handphone, aku sering dapat pandangan pelik sebab aku tak ada akaun Instagram. Alasan basic aku, tak cukup memori, kamera tak cantik (5 MP sahaja) dan aku tak suka selfie. Aku travel pun bukan selalu dan aku lagi selesa tangkap gambar pakai kamera digital. Sungguh aku ni manusia klasik. Kira nasib baik aku tak pakai kamera filem!

Akhirnya, setelah lebih 3 tahun, aku tunduk akur kepada desakan duniawi dan membeli handphone baru. Bukan untuk Insta..tapi sebab menatang ni..Pokemon Go!

Gameboy version is always better!

Dan mereka di luar pun berkata..Sal, takkanlah kau dah terjebak jugak! Bij please, aku dah lama menceburkan diri dalam dunia Pocket Monster ni hokay! Bermula dengan version 'Red / Blue', circa 90-an, aku pernah menang liga dengan tiga starting Pokemon berbeza. Dari zaman Nintendo , pakai kable untuk battle.  Kalau kat PC pakai Windows 95. Time tu mana reti main Football Manager (Sekarang pun still tak reti)

Tapi tulah, once handphone baru yang lebih laju dan lebih memori terhidang depan mata, aku tak minat pun nak install apps yang hari-hari aku tunggu masuk Malaysia. Ah, sudah..hari tu nak sangat! Manusia, macam tulah. Time takde tertunggu-tunggu. Dah sampai, buat tak tahu, malah dikutuk pula.

Mungkin, sebab dah puas buru Pokemon di zaman remaja, aku rasa tak teruja dengan game baru ni dan hanya memandang jijik hina kepada orang yang acah-acah nak main tapi tak tau apa-apa. Hahaha, bongkaknya aku! Sukati koranglah kalau nak main Pokemon Go. Asalkan tak jeopardise keselamatan diri, tak ganggu privacy orang dan tak jadi hamba gadget.

Cakap pasal hamba gadget...berteman skrin pagi petang siang malam pun menjemukan jugak. Tempat kerja, mengadap PC. Dalam LRT mengadap HP. Di rumah mengadap TV.

Elok jugak kembali ke hobi membaca. Beli buku memang seronok, tapi lepas tu, mereput dalam rak. Ni antaranya...

So far Magis by Ramlee Awang Murshid tu je yang dah suku. Sape pernah baca? Lain tak terusik

Tapi sebenarnya alasan terbesar aku beli handphone baru adalah untuk memudahkan travel. Mudah simpan itinerary dan dokumen penting, buat research, tengok map dan tangkap gambar. So..adakah ini bermakna aku akan bukak akaun Instagram? Tengoklah kalau rajin. Kalau tak, korang tunggulah cerita keluar kat blog. Musim bola dah mula ni, sibuklah aku. Dah kata pengulas sukan tak bertauliah. Hahaha

By the way, korang predict sape juara EPL? Atas kertas aku rasa Man United ada peluang paling cerah. Banyak pemain baru nama besar, even the coach, JM ( Jose Mourinho, bukan Jari Manis) antara yang mempunyai winning rate paling tinggi. Tapi aku tak jeles walau sekelumit. Sebab coach dan pemain Liverpool pun power jugak. Korang tunggu jela kejutan yang Klopp bawak.

Sayup-sayup You'll Never Walk Alone bakal bergema di Anfield. Are you ready, Reds? This year will be our year!


Alang-alang dah tunggu dari 1990. Boleh saja tambah setahun lagi. Atau lagi. Dan lagi. Kan kita penyabar orangnya.

Sekian entry random merepek hilang gian menulis.
Read More

Mood : Gutted

Thursday, 19 May 2016

Final Europa League 2015/2016
St. Jakob-Park, Basel, Switzerland
19th May 2016, 4.45 am waktu Malaysia

FT : Liverpool 1- 3 Sevilla


Proud of them sebab sampai sejauh ini
Player biasa-biasa, coach luar biasa 
Man United-Dortmund-Villareal bukan lawan mudah tapi semua berjaya diatasi.
 Sayangnya The Reds kecundang di pentas akhir
Impian tengok piala dijulang hampa lagi.


Menjauh diri mengubat hati. Kalah bola ni peritnya lagi dahsyat dari putus cinta. 


We'll come back stronger.
Jumpa next season
You'll Never Walk Alone, lads!

Read More

We don't just talk history, We made history!

Friday, 22 April 2016

15.4.2016
Stadium Anfield, Liverpool
2.45 pagi waktu Malaysia
Second Leg Europa Cup Quarter Final
Liverpool (LFC) vs Borussia Dortmund (BVB)

Kelab German, BVB bukan calang-calang. Antara pasukan terbaik dunia ketika ini, berdiri sama megah dengan Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Johor Darul Takzim dan Paris Saint Germain. Harapan aku cuma satu, kalau kalah pun jangan sampai kena lauk. Siapalah Liverpool, dalam Liga Inggeris pun sesak nafas nak survive.

Berbekalkan seri 1-1 di Signal Iduna Park,  Liverpool mampu layak ke peringkat separuh akhir cukup dengan seri 0-0. Tapi itu mustahil. BVB memiliki ramai penyerang prolifik yang lari lagi laju dari Usain Bolt macam Aubumeyang; yang mampu score dari tight angle macam Marco Reus dan sharp shooter macam Shinji Kagawa. Ramai yang meramalkan LFC akan kena at least 4-0.

Meriahnya Anfield - bilalah nak sampai sini.

***Kick off!*** 

Minit ke-4 : LFC 0-1 BVB (Mikhitaryan)
Minit ke-9 : LFC 0-2 BVB (Aubumeyang). 

Time ni aku dah membayangkan Liverpool akan kena gulai. Sememangnya permulaan yang shaky, defensive line Liverpool banyak loophole dan midfield senang hilang bola. Di twitter dan whatsapp, ramai penyokong Liverpool yang tutup TV atau tukar channel. Penyokong rival mula membahan. Matilah korang! Silap-silap 10-0 nih!! Sabar, wei, sabar, aku pujuk hati. Dalam gelap, aku teruskan juga tonton di laptop melalui life streaming. Pemain Liverpool macam baru tersedar dari mimpi lepas kena 2 bijik. Penyokong di stadium tak berhenti bersorak. Kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun keputusan kekal 2-0 sampai tamat separuh masa pertama.

***Separuh masa kedua***

Minit ke-48 : LFC 1-2 BVB (Origi)

OK, boleh kejar ni! Come on Reds!!! Tapi baru nak happy...

Minit ke-56 : LFC 1-3 BVB (Reus)


Jaringan Reus (depan) membuatkan aku terus tutup laptop. Sambung tidur? Oh, tidak. Aku bangun, pergi ruang tamu bukak TV pulak. Ada setengah jam lagi. Takpelah kalau kalah pun, aku akan tetap tengok sampai habis.

Minit ke-65 : LFC 2-3 BVB (Coutinho)

Strategi pertukaran pemain menjadi! Midfield lebih compact dengan kemasukan Allen. Pakar jaringan jarak jauh, Philippe Coutinho membuat gesture ala-ala Gerrard (UCL final, 2005) selepas menjaringkan gol. Dari baring, aku duduk. Tapi masih takut nak berharap, takut kena harapan palsu lagi..

Minit ke-75 : LFC 3-3 BVB (Sakho)

Gol meledak lagi! Kali ni hasil tandukan Sakho, ironinya, defender yang menyebabkan Liverpool bolos 2 gol awal. Seri, tapi kalau ikut kelebihan jaringan tempat lawan, Liverpool dikira kalah. Penyokong kedua-dua pihak menanti gol seterusnya. Minit ke-80..minit ke-90..masih 3-3. Selamat tinggal piala Eropah.

***4 minit masa tambahan***

Minit ke-91 : LFC 4-3 BVB (Lovren)

Gol wei, gol!! Liverpool potong di minit-minit terakhir. Aku mimpi ke ni?  Penyokong BVB masih bersemangat walaupun pemain-pemain diorang nampak dah lemau. Jangan leka...game tak habis lagi!

Minit ke-94, BVB dapat free kick. 

Oh great, Liverpool memang selalu bolos kalau set piece. Sepakan diambil oleh Gundogan. Or is it Mikhitaryan? Aku tak ingat sebab aku tutup mata.. Tak sanggup tengok. Aku dengar penonton bersorak. Disusuli wisel panjang menandakan tamat masa permainan. Aku bukak mata. Replay. Sepakan pemain BVB tersasar. Keputusan kekal 4-3. Liverpool menang! Anfield is on fire! Liverpool mara ke separuh akhir selepas menewaskan Borussia Dortmund, antara calon favourite yang diramal memenangi Europa League edisi 2015/16.

Great win, great night! Thanks lads!

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke final. Last Liverpool julang Europa League ni tahun 2001. Final yang dramatik sebab tipikal Liverpool, 'suka' menang cara susah dan bagi penonton sakit jantung. Harap menang lah tahun ni. Kempunan 4 tahun dah nak tengok rak trofi tu bertambah.

Oh, kalau nak lagi feel apa aku cerita, boleh tengok highlight kat SINI

Disclaimer : Penulis bukanlah pakar taktikal , main futsal pun lintang-pukang, atas padang lagilah terlentang. Hanya penonton, peminat dan penyokong. Ini pendapat dan ulasan peribadi, bukan profesional. Belum layak digelar peminat bola tegar, sekadar syok sendiri kat blog sebab tak boleh move on.

Terima kasih kerana membaca. You'll Never Walk Alone.
Read More