Liverpool FC cap ayam?

Thursday 4 December 2014

Sape sini sokong Liverpool FC? Angkat tangan tinggi-tinggi! Yang baru acah-acah nak minat, pastu kenal Suarez je, turun tangan. Yang dah minat since 1892, harap jangan terbakar tengok gambar bawah ni.

Gambar kabur sebab orang yang tangkap ni jari dia luka.

Soalan pertama.. Sape pakwe mat saleh ngan aku ni? Inilah dia Robbie Fowler, bekas striker kelab bola sepak Liverpool dari tahun 1993 - 2001. Pastu buat comeback ke Anfield tahun 2006 dan stay dalam setahun lebih. Aku lebih ingat dia main untuk England masa World Cup dengan David Beckham, Paul Scholes dan Michael Owen! Zaman-zaman aku baru belajar tengok bola memang kenal pemain-pemain England je sebab ada a few kena gosip dengan Spice Girls. Kesudahannya Victoria ngan David Beckham je yang kekal ke jinjang pelamin. Cop, bebudak zaman sekarang kenal ke Spice Girls ni?

Sape mengaku kenal, dia dah tua..kihkihkih.

Soalan kedua...kat mana aku jumpa dia? Ceritanya macam ni...kat tempat kerja aku, ada group penyokong Liverpool FC. Aku tak joinlah, sebab segan. Ahli kelab penyokong ni semuanya hardcore,bukan macam aku, kenal dua tiga kerat je. Jersey Liverpool aku yang banyak-banyak tu pun semuanya uptown mari. So, entah cmane diorang bawak Robbie Fowler datang ke office usahlah korang tanya aku. Aku perasan announcement kehadiran dia pun on the day of the event. Apa lagi, aku menyelinap keluarlah, konon nak gi 'tengok' je. 'Paksa' sorang colleague ni temankan aku. Sekali sampai sana, bos aku dah terpacak dulu!

Kalau tau awal, boleh bawak jersey dah 40 kali pakai tu untuk dia sign. Tapi tak nak kempunan punya pasal, aku pun mintaklah beliau sign kat sini.

Siap nama lagi..wohooo!

Soalan ketiga... takde gambar lain kat event tu? OK, confession..aku bila excited,effect dia sama cam bila tak makan. Parkinson sekejap! Memang punah kalau tangkap gambar. Lagi-lagi kalau pakai handphone. Dah pegang pun gigil, touch button capture tu lagi menggigil-gigil! Kualiti lagi teruk dari gambar 'orang jari luka' amikkan tu. Malulah nak tunjuk kat korang.

Soalan terakhir? Adakah aku penyokong Liverpool? Well...sokong biasa-biasa je. Aku suka semangat penyokong The Reds yang tahan telinga walaupun sering dikatakan 'bersandar pada kenangan'. Selalu dapat gelaran 'cap ayam' sebab ada ikon burung pada logo diorang. Kalau korang bandingkan ngan kelab-kelab lain, Liverpool FC merupakan kelab yang paling kerap kena bahan. Mentang-mentang Liverpool dah 24 tahun tak menang EPL ye. Bola sepak memang macam tu.  Nak jadi penyokong tak boleh hati tisu. Kalau kau boleh bahan team yang orang lain sokong, kau jangan nak sentap bila orang bahan kelab favourite kau.


Lagi satu, aku minat giler Steven Gerrard. Dia ni memang setia dengan Liverpool FC since muda remaja. Mendiang sepupu dia antara 96 mangsa yang terkorban dalam  'Hillsborough Tragedy' yang berlaku pada tarikh 15 April 1989 di Stadium Hillsborough, England sewaktu final Piala FA. Demi mengenang sepupu beliau yang merupakan penyokong Liverpool, Steven Gerrard telah berikrar untuk kekal bermain bersama Liverpool FC. Nak tahu lebih lagi pasal tragedi tu bacalah kat SINI

Mereka datang dan pergi..yang tinggal hanyalah Abang Long Gerrard. Eh jap, entry ni bukan pasal Robbie Fowler ke?

Kita kat Malaysia ni harap tak jadi benda-benda gitu. Teringat masa penyokong terlampau ramai sampai stadium sesak masa JDT lawan Pahang suatu ketika dulu.

Jauh dah merepek ni.. hehe. Kalau ikutkan aku, sambung cerita Michael Owen dan Fernando Torres pun sedap gak nih, tapi takut korang jemu. Erm, follower aku ramai perempuan, tak tau ada ke tidak yang baca ni sampai habis. Hahahaha

Akhir kata..Majulah sukan untuk negara. Selamanya Harimau Malaya!! Harap tahun ni boleh bawak balik Piala AFF Suzuki, mengulangi memori 2010.


You'll Never Walk Alone!!


34 comments

  1. tak tau nak cakap apa sbb akak tak minat bolasepak hehe..

    ReplyDelete
  2. bola sepak tak berapa minat tapi kalau spice girls dulu memang saya suke. Jom singgah website saya and join my giveaway.

    ReplyDelete
  3. sis peminat bola sepak malaysia jer.
    tu pon tgk bila team fav masuk final. hehehehe.
    pemain2 luar negara memang x kenal sangat.. kecuali yg betol2 femes. kikiki

    ReplyDelete
  4. Nasib baik Sal dah bagi tahu nama siap-siap. Kalau tidak nak juga akak tanya siapa jejaka yang duduk tersengih sebelah Sal tu? Boyfriend baru ka??? Hahaha...

    Akak dengan bola memang tidak sehati sejiwa. Kalau ada perlawanan bola lebih afdal rasanya akak tidur melingkar atas katil. Lagi nikmat dari hilang suara terjerit terpekik menyokong kelab. Hahaha...

    Btw, ni jangan beritahu orang tau! Akak macam kenal benar dengan all girls group tu! Maknanya akak dah tua eh? Jap, jap, jap...nak pi sapu kollagen kat muka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya plak dengan bola memang tak boleh dipisahkan..dah cuba tapi entah cmane minat tu datang balik..

      ahaha..mintak collagen sikit..hihi

      Delete
  5. Kite kenal david bekham & michael oven je time tu...hhihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owen la yang..bukan oven..hehe.tapi diorang famous kan?

      Delete
  6. 2 bulan lps sy jupe fowler ms perasmian butik LFC kt LOT 10.. sempat amik gmbr je...da smpi x ke butik tu?
    #YNWA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi..asyik tak menyempat je.jom, jom g sesama. #YNWA

      p/s:masa tulis entry ni memang teringat Anies. ;)

      Delete
    2. ye ke igt kt sy? jom pi anfield thn dpn!!

      Delete
    3. serius?boleh je..next time MAS ada promo kita usha ek kot ada flight ke London.tak dapat tengok match, dapat tangkap gambar luar stadium pun ok je..hehe

      Delete
  7. Akak kenal Spice Girls...nampak sgt dah tua..huhu

    ReplyDelete
  8. Caya la dik..
    Kut Kak Sham.. satu benda pun tak tahu..

    ReplyDelete
  9. Wahh.. saya sokong Liverpool.. Bab spice girl tu buat saya sedih bila victoria kawen dgn david beckham huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ingat, abang Khir ada mention dalam salah satu entry lama saya dulu. Hehe

      Delete
  10. Waaahhh...Sal, die hard fan jugak kiranya ni..
    Hehe..Dari saya...memang hape xtau pasal bola.

    ReplyDelete
  11. mama kureng bab bola sepak ni.. lagi2 luar negara..

    gambar spice girls kan tu? hihi..
    Mama Niza

    ReplyDelete
  12. lya mmg x kenal langsung..
    sebab mmg bukan kaki bola.. huhu

    ReplyDelete
  13. Saya layan bola masa World Cup je. Tapi, World Cup tahun ni tak dapat tengok except final match sebab kerja. Tu pun tak dapat tengok full.

    ReplyDelete
  14. wah ! CN sokong MU.dulu dan kini ! hehe

    ReplyDelete
  15. wahhh best! tp sy pun taktau apa2 pasal bola.

    ReplyDelete
  16. akk baca sampai abis tau dan sukacita nk bgtau akk kenal sgt ngan spice girl tu..viva foreverrrrr...ehh hihi
    akk tak sokong mana2 team..sume pon layan..

    ReplyDelete
  17. wah , best dapat bergambar dgn org popular ...

    ReplyDelete
  18. alamak! sis JM mmg kenal ahli spice girl..nampaknya sis JM dalam kategori dah tua hahahah

    ReplyDelete
  19. xminat bola sngt..
    tapi kenal jgk pemain bola ckit2..
    spice girls nie mcm famous ja dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. famous lah jugak hujung tahun 90-an dan awal 2000-an dulu.lagu-lagu dia sedap

      Delete
  20. Akak lejen r tau semua pasal liverpool. Saya pon die hard fan liverpool since 2005 rasanya. Time tu form 3 bru nak layan bola. Dulu xde tv sgt nk tau psl epl semua tu kn. tapi memang liverpool the best club ever r :)

    Tak kesah org nak kata apa. Tapi kalo liverpool lwn MU memg mcm musuh habis r. Kalo lwn arsenal or chelsea lepak je rasanya. Haha.

    Gerard memang terbaik. Rileks je dia dgn liverpool.

    Kalo sy jd kak sal pun sy dah terketar nk tgkp gambo dorg. Tapi rasa excited dia, tak dpt nk gambar. Haha.

    YNWA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak geng YNWA yang baca blog ni ek. Hehe.Liverpool ngan M.U memang musuh tradisi.

      Delete
  21. Wah bangga lah tu yeh dpt berselfie ngan pemain Liverpool...dpt autograph lagi mak....haha...

    ReplyDelete
  22. minat bola cik sal kita ni ye
    samalah cuma saya lebih pada world cup
    kalau EPL ni kurang minat same goes to liga malaysia
    awat robbie tu handsome lagi huh? hehe

    ReplyDelete
  23. amboi seronok ler kak Sal dapat bergambar dengan orang tu :P saya ni bab2 sukan memang x yah tanya la... fail! adoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sonok le Amy..sebab dia somebody yang pernah main kat World Cup kot! berlaga bahu dengan David Beckham. Pure legend!

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah