"Sal, kitorang nak gi Australia, ko nak ikut?"
"Hah! Mestilah nak!"
"Hah! Mestilah nak!"
Dipendekkan cerita, sampai jugak aku ke the Land of Down Under. Trip kali ni aku ikut my colleague, Sakina dan tiga orang kawan dia . Sorang tu aku kenal masa aku join trip diorang ke Sabah, lagi dua tu ni first time jumpa. Tapi diorang OK sesangat. Friendly dan 'gila-gila' . Walaupun baru jumpa, boleh mesra cam dah kenal lama. (Harap diorang baca ni dan akan ajak aku gi holiday sesama lagi..hahaha!)
Untuk penerbangan pergi dan balik, kami memilih Air Asia. Memandangkan dah lama sangat beli tiket flight, aku pun dah lupa berapa harga promo masa beli. Petua bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang plan cuti sendiri ni, beli tiket pergi dan balik asing-asing. Kitorang beli tiket pergi dulu sebab time tu memang ada promo. Sebulan dua pastu baru beli tiket balik masa harga drop.
Ini kali pertama aku naik flight di KLIA 2. Nampak tak punyalah lama tak terbang...huhuhu.
KLIA 2 memang jauh lagi selesa dari LCCT. Just that sangat besar, so kena masuk awal sebab kena jalan dan jalan dan jalan dan jalan......
Turun dari flight, kitorang menuju ke kaunter imigresen. Dari KL lagi aku dah berdebar. Dalam flight, stewardess akan bagi 'Arrival Card' untuk diisi. Kalau tengok memanglah menakutkan. Esspecially kat part drugs tu. Padahal aku just bawak Panadol, Telfast dan a few ubat biasa. So, berdasarkan research yang aku dah buat kat blog Jari Manis, Kaki Berangan dan a few blog lain, aku pun decide untuk bawak satu pek Cream Cracker, Maggie Kari (5 pack in 1, ada orang nasihatkan jangan bawak loose), sardin dalam tin dan 2 paket perencah Nasi Goreng. Perencah nasi goreng tu cam menyesal je bawak sebab in the end tak guna pun. Huhuhu.
Sampai je di kaunter imigresen, pegawai bertugas mintak passport dan arrival card. Masa dia tanya pasal drugs, aku terus tunjuk sebungkus ubat yang aku bawak. Padahal dia tak mintak pun! Lepas tu dia tanya apa makanan aku bawak. Aku tanya dia balik, " Would you like to check?". Sekali lagi aku terlampau jujur. Adoilah...nasib baik dia kata tak nak. Pastu datang lagi sorang staf dia tanya aku datang dengan sape. Aku pun tunjuk group aku. Nampak muda remaja we olls sebab dia assume kitorang student. Dia pun usher kitorang ke satu lane ni, dan terus keluar. Yay, no anjing, no scanning whatsoever! Masing-masing menyesal sebab tak bawak 3 in 1 dan peanut butter!
Bunyi macam scary je kan imigresen kat airport Australia? Tapi buat yang nak melancong ke sana, jangan risau sangat. Diorang OK dan friendly. Lagipun kalau tak buat salah buat apa takut. Yang penting, declare dan bila dia tanya jawab dengan jujur, tapi jangan terover pulak cam Kak Sal korang ni! Kalau dia mintak nak check, tunjukkan je bekalan makanan dan ubat korang tu. Nak selamat, asingkan beg lain. Takdelah terhegeh-hegeh punggah luggage besar korang kat tengah-tengah alam! Kalau travel in group, do stick together. Jangan nak 'cuba nasib'. Biar menyesal tak bawak, jangan menyesal sebab bawak pastu kena buang, or worse kena denda. Nak tahu lebih info apa boleh bawa, apa yang tidak boleh, refer SINI dan SINI . Takpun tanya je kawan-kawan yang ada pengalaman belajar atau travel ke Aussie.
Dengan hati berbunga-bunga dan penuh rasa kesyukuran kitorang pun heret luggage masing-masing mencari kedai yang jual GoCard. GoCard ni macam TouchnGo jugak, tapi the best part adalah dia boleh refund! So, before balik boleh claim harga kad 10 AUD balik plus balance yang masih ada dalam kad tu. Pastu kitorang ambil segala majalah, booklet dan map yang ada sebab dalam tu ada macam-macam voucher yang boleh digunakan nanti.
Beli GoCard di sini
Ambil saja
Settle beli GoCard, kitorang ke Bay Lodge Apartment, Surfers Paradise. Since kitorang berlima, kitorang decide untuk naik cab je, lagi jimat duit dan jimat masa.
The street of Gold Coast. Alhamdulillah...cuaca baik dan langit sangat biru!
Settle freshen up sikit-sikit, kitorang pun keluar. Ke mana? Nanti sambung dalam entry lainlah. Nak menaip ni pun sesak nak curi masa. Till then, cheerio mate!
wah, ke australia, bestnya.
ReplyDeletehuhu~KLIA 2 nie kena dtg awal..untuk mengelakkan tertinggal flight...
ReplyDeletewah!best nyer.....
wahh..seronok nya sis... Australia tu...
ReplyDeleteoh tips jugak tu.. beli tiket pergi balik asing2 ya.. hihi boleh cuba nti...:)
Wah bestnya..jauh jenjalan..yer ke beli tiket asing2 lagi murah.. farah selalu beli sekali..takut nak ambik risiko beli asing tgk harga lagi berganda.. huhuhu
ReplyDeletemasa beli tiket pergi tu, memang tiket balik tengah mahal so hold dulusebab exceed credit card limit. tunggu punya tunggu harga pun jatuh.tapi betul pun agak berisiko, tu yang beli awal-awal.
Deleteamboi Cik Sal kat oversea rhupenya....enjoy yr trip dear...jaga diri baik2 kay..:)
ReplyDeletebalik dah kak ana..tu yang update entry tu...hehe
DeleteNo wonder lama menyepikan diri...jalan jauh rupanya..nway kita pun tak sabar nak gi Australia..Dah banyak kali tunda...
ReplyDeleteBtw part KLIA 2 memang penatlah jalan kaki...jauhkan..
haah, memang penat.dia takde perkhidmatan transit cam KLIA.menapak jelah..
Deletepergilah Raudz, memang best!
Wahhh.. bagus lah n3 Sal nih.. banyak sangat Tips yang berguna untuk mereka yang x biasa bercuti ke luar negara.
ReplyDeletemana tau akan datang sis nk bercuti ke obesi jugak.. boleh refer kat n3 nih.. hehehe
hehe, jangan tak tau yang menaip ni pun baru sekali dua ke luar negara.sekadar share pengalaman...saya pun banyak rujuk blog otai traveller lain :)
DeleteBestnya ke Australia. Bnyk tips bole di rujuk bila nak kesana..
ReplyDeleteTu dia.. Ke ausie rupenye. Eh, kak sal. Kat ausie ade la sgt makanan melayu. Murah. Adik ana ade keje kat situ tahun lepas. 3 bulan gak la adik ana kat sane.
ReplyDeletedepends pada which part of aussie kot..huhu
DeleteOK, Inshaallah..sekarang dok sibuk pilih gambar n taruk watermark..bertabahlah ye tunggu
ReplyDeleteoh...hari tu kata nak bercuti pergi gold cost ek?
ReplyDeleteyup..betul tu
Deletejelesnya..seriusly tringin nk g australia sbb nk g zoo steve erwin..hehe..
ReplyDeletememanglah..ramai orang nak ke Australia untuk tengok haiwan-haiwan eksotik kat sini yang takde kat negara lain. Bak kata Irwin, "danger, danger, danger!"
Deletebestnye..untungla dpt melancong tempat best ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki CN. ;) tercapai impian dari zaman kanak-kanak nak ke sini
DeleteYooohoooo..
ReplyDeleteAkhirnya terungkai segala teka-teki ke mana Sal nak melancong tu.
Seronok nya..Rase cam nak itut jugak.
Makan Maggi pun sedap pe (especially kalau dah lama x makan macam saye ni..)
hehe, tapi kalau dah hari-hari pun muak jugak.
Deleteterungkai sudah misteri kenapa dah lebih seminggu tak update blog.haha
Patient kencing manis, darah tinggi & lain2 penyakit yang bergantung ubat slalu mintak surat pengesahan dari doktor berkenaan ubat-ubatan yang akan dibawak.
ReplyDeleteEspecially yang nak pi Hajj atau Umrah.
betul tu sebab sesetengah imigresen akan tanya. Imigresen Arab Saudi tu dahla lagi strict.
DeleteWah sal... bila awak pergi ni? ya ampun banyak akak tinggal ni... bestnya awak gi bercuti kat aussie...
ReplyDelete19 hari bulan hari tu...Ni baru balik, bau kanggaru pun lekat lagi. Hahaha
Deletela.. dah tgh sronok baca dah abih dah..
ReplyDeleteowh kak sal memng jujur ya. bgus2 ..jujur kan bgus..
btw x sabar nak baca tmpat2 mnarik yg korang mlawat..
waiting for next entry..
Entry travel tak boleh panjang sangat nanti orang penat baca.hehe.akan cuba siapkan next entry secepat mungkin before lupa details penting. ;)
DeleteWahh bestnya.. G'day mate!! hehee.. dulu saya pernah kerja di queensland tahun 98.. Tu kali terakhir berpeluang jln2 ke bnyk tempat di sana. Pasti bnyk yg dah berubah sekarang ni kan.. seronoknya... :) :)
ReplyDeletewah..menarik tu . Mesti dah puas berjalan di Gold Coast kan..
DeleteWow, seronoknya. Saya pun teringin nak pergi :)
ReplyDeleteBestnya Aussie..:-)
ReplyDeletewah..best..tunggu entri anda.
ReplyDeleteInshaallah...ada masa akan update.
DeleteSeronaknya dapat ke Australia. Saya pun teringin nak pergi sana, tapi entah bila berkesempatan.
ReplyDeletekalau ada keazaman, Inshaallah sampai :)
Deletekenapa x ajk sy skali???? waaaaa
ReplyDeletesaya pun orang yang ajak..kalau tidak,memang tak sampai...hehe
DeleteOhhhh gi Australia rupanya yer..... hari tu punya entri rasanya zaman nak packing packing la ni dah sampai ruanya...okay....mak sikit pun tak jeles yer...sebab passport pun tak de haha
ReplyDeletehaha..janganlah kata gitu kak OKje.ala,kalo terdetik rasa jeles, heret encik hubby buat passport. boleh ke obersee jugak.
Deletela ni bukan takat dah sampai, tapi dah balik dah pun ke tanah air tercinta.
akak yg baca pun tumpang rasa seronok Sal..
ReplyDeleteBestnya dapat jalan2 kat negara orang.
ReplyDeletetgk suasana epot tu teringat kenangan ke sana tp berdua je :-) terima kasih jdkan blog sis sbg guide eh
ReplyDeleteberapa harga apartment tu per night eh sal
Tak silap saya dalam RM150..Best apartment ni, memang selesa..
Deletescary jugak kan even bawak ubat je. nasib baik tak cerewet
ReplyDeleteNak lepas imigresen ni kadang-kadang ikut nasib jugak. Dia tak tanya pun ubat banyak-banyak tu.sebab ubat biasa-biasa je
Deleteuntungnya dapat jalan² tempat org...
ReplyDeleteseronok baca pengalaman sal ni..
ReplyDeletememang ada dengar yg makanan tak boleh bawa masuk Australia..tapi Alhamdulillah, lepas immigration..
ReplyDeleteboleh bawak, tapi kena declare. dairy product dan beef tak boleh bawak langsung
Deletekenapa beef xley?
Deletetak silap akak sebab beef boleh jadi pembawa penyakit macam mad cow disease dan hand, feet and mouth.so, diorang takut la penyakit gitu menular masuk ke negara diorang.lagipun kat Australia sendiri terkenal dengan produk daging import dan dairy.
Deletekiranya gocard tu, bila kita dah habis pakai, kita bagi kad, dia bagi duit kita balik la ye?
ReplyDeleteoh, naik teksi lagi murah erk berbanding naik pengangkutan awam yang lain? nak tengok sikit tempat akak tinggal tu ^^,
tak,tak...dari airport ke Surfers Paradise tambang teksi murah sikit sebab harga diorang fix, tak pakai meter. split fare 5 orang takdelah terasa sangat.lagi murah naik bas sebenarnya tapi tulah jauh kena menapak heret luggage
Deletekalau nak tau, teksi kat Australia ni METER LAJU GILA .setiap satu saat naik 0.10 sen.kitorang hanya naik teksi pergi balik airport je.
bhahaha sebut soal makan ni besh.. time ikut kazen ke europe dulu semangat jugak bawak makanan. brahim bagai tapi sampai sana semua tak bersentuh. gardenia ke mana brahim ke mana sebab makanan kat sana sedap. last nyaa tinggal makanan kat hotel dengan note utk cleaner mai ambil makanan tu and its safe untuk dimakan. smalah mcm kat china.. mentang dah jumpa restoran halal terus tak pandang amende yang diangkut dari malaysia. tapi itulah.. currency punya pasallah usung makanan jejauh..
ReplyDeleteKan, gara-gara currency angkat jela. Tapi bila g mkn terus selera nak macam-macam
Deletebaru baca entry ni. oh sal pergi dengan kawan-kawan ke... bestnya Sal.. memang semputlah kalau meter teksi gerak laju macam tu kan.. jenuh nak membayar..
ReplyDeleteTulah. .berani naik pun sebab ramai dan sebab fixed rate. Kalau tidak bangkrap mak..hehe
Deletealhamdulillah sis x de sakit . jadi klu pi travel , x de lah nak mengusung ubat ... ngeri gak dgn imigresen ni kan ...
ReplyDeletetapi ubat-ubat basic macam panadol kena bawak jugak, sebab kat sana mahal..
Delete