Assalamualaikum semua! Sape tengok match JDT vs Kelantan malam tadi? Aku tak dapat tengok sebab anak-anak sedara datang rumah, so TV kena conquer. Apa-apa pun, Salam 3-0! Nanti nak tengok ulangan since nak tau sangat kenapa George Boateng mengamuk sampai serang pengadil. Marah bebenor tu...
Malam tadi sambil nak check result FT, terbaca berita ni. Tersedak aku dibuatnya!
TMJ buru Torres bantu JDT musim 2016
Berita ini dikukuhkan dengan kehadiran gambar ini :
Nak kata aku die hard fan si Fernando Torres ni idokle.. Circa tahun 2000 something aku mula menyokong Sepanyol dalam World Cup dan Euro, so mestilah aku perasan kehadiran dia. Aku jarang follow liga kelab, tapi dulu-dulu masa dia dengan Liverpool FC layan jugak game sekali sekala.
Once dia masuk Chelsea, aku pun dah start kerja, tak bolehla nak kemaruk sangat layan bola. Cuma yang aku dengar, dia kurang menyerlah berbanding bersama Liverpool. Dah nama striker, mestilah prestasi dinilai dari berapa banyak gol yang dijaringkan, tapi kalau shoot asyik missed je, ramailah yang mengutuk. Dalam World Cup 2014 pun nampak dia tak sehebat dulu. Biasalah bang oi, hidup ibarat roda..
Sekadar trivia, Torres merupakan top scorer ketiga Sepanyol di belakang David Villa dan Raul Gonzalez. He's more than just a pretty face you know. Ewah, speaking pulop...
Kalau jadi dia ke Johor, bolehla aku belanja dia goreng pisang cicah cili kicap dan mee bandung. Agak-agak dia pandai makan asam pedas tak? *Verangan lebih!*
Comel kan anak dia? Macam bapak dia jugak!
Nah..belanja gambar si hensem ni satu. Nak tengok lagi sila google sendiri.
Esperare, Fernando Torres...Broken Spanish, tak silap aku maksudnya "Saya tunggu awak, Fernando Torres". Sudahlah, ini penangan zaman remaja banyak nau tengok telenovela!
OKlah, tu je nak merepek
selamat menonton bola la yek..
ReplyDeletehensem gak rupa torres ni.. saya tak berapa sangat bola.. sebelum ni dengar nama je.. tak kenal orangnya.. lepas ni ramai la sokong jdt kalau torres jadi datang johor kan..haha
ReplyDeletehahaha, ni lah orangnya...sokong tu tak pasti la, tapi dia training je pun nanti orang dah penuh kat stadium..
DeleteAkak tgk game mlm tadi..si boateng ngamuk psl anak buah dia kena kad merah..sape ke nama ntah..nengok tak pokus gitu le...
ReplyDeleteTu la dgr gak torres nk ke JDT tu..agak2 nye TMJ ingat gaji torees 25 sen seminggu tak hahahaha...tp sejak main chelsea dia mmg tak menyerlah langsung...stok2 nk pencen le tu kikiki
Oh, sebab tu ka? ? Huhuhuhu, yang ada kat match tu je tau siapa betul sape salah.
DeleteMaunya agen si Torres tak ketuk harga.ni bekas pemain world cup kot.tak serasi dengan Chelsea kot .Lagipun dah umur 30an, kira dh senior dalam bidang sukan
haha..komen kak Diana ni memang awesome! saya rasa possibilty nak dapat tu cam kureng je.Ingat murah ke, dengan pengalaman dia kat Piala Dunia and main dengan kelab-kelab hebat cam Liverpool (sape kata Liverpool tak hebat memang nak kena!). Tapi kalau dia datang sini, pemain-pemain kita boleh belajar dari dia.
ReplyDeletetak tengok game pon..kat umah tak dpt channel..tv ade tapi..haha..
ReplyDeleteHaha...sebab akak bukan penyokong Johor atau Kelantan kot. Kalau sokong mesti gigih nak tengok.
DeleteAna tak tau ngat pasal bola nih. Haha. Kakak ana ultras malaya cakap, jdt selalu ambik pemain import. I dont know laa sejauh mane kebenarannye. Hihi. Btw Torres ni ensem gak, baru nak ngorat beliau, tetibe da de anak. Tak jadi laa. Haha
ReplyDeleteBeliau sudah ada anak dua la ana..haha.
DeleteJdt memang ramai import.kalau zaman dulu-dulu yelah ana, pemain pasukan negeri tu biasanya anak jati. skang semua team main import je.janji ada duit
Jangan mention pisang goreng cicah sambal kicap, nanti aku jadi gila.
ReplyDeleteWalau pun aku fan selangor kelahiran johor, aku sokong jugak kalau torres masuk JDT. At least dapat la jugak tempias tengok player taraf dunia main depan mata kat stadium). Bukan taraf asia tenggara semata.
kalau betul TMJ dapat beli Torres, harap pemain dan coach Malaysia manfaatkan pengalaman dan skill dia. silap-silap fan negara jiran pun turun sini tengok dia main. takat training je orang dah beratur tepi padang.haha
Deletekak baca kat paper tapi tak reti nak ulaslah...hee
ReplyDeletehaha..takpelah kak, nanti saya ulas sendiri :)
DeleteWah
ReplyDeleteHuhu.. kaki bola sure teruja ni..
ReplyDeleteof course la..pemain bertaraf dunia ni..
DeleteMesti torres terharu kalau sal belanja dia makan mee bandung dan goreng pisang cicah kicap tu..he..he
ReplyDeletehaha la, kalau dapek la kan..berangan banyak ni.. ;p
Deletejgn masuk nnt terus lingkup udah lerrr ;-) cam pablo aimar
ReplyDeletegitulah harapnya...kadang-kadang keserasian tu penting.main bola ni bukan main sorang-sorang cam main badminton.huhu
DeleteSayangnya duit rakyat Johor akan mengalirlah ke tangan Fernando Torres kalau ini yg akan terjadi..
ReplyDeleteyang tu saya no komen, tapi memang tak terjangkau kos perpindahan dan gaji dia nanti.phewww...boleh buat lagi satu Legoland kot!
DeleteLagi 5 tahun, sila bawa masuk C. Ronaldo ke JDT ya wahai TMJ....:P
ReplyDeletehaha, tu perli ke apa? ;p
DeleteSAl mmg minat bola kan..akak ni bila sebut je nama tu ..eh..siapa ni pelakon ke, penulis lirik ke hahaha...teruk tul
ReplyDeletehahaha..nasib akak tak ingat ni ahli wrestling.hehehe.
DeleteTak hensem pun, Sal;)
ReplyDeleteHehe..
ala, taste dr.shikin tinggi sangat ni..haha.hensem dalam TV kot dari dalam PC (boleh ke jawab gitu). ;p
Deletewlpn pun ioulls buta bola tapi smlm dgr gak kat radio yg johor nk ambik torres ni..sy mcm aikk? ehh....hehe
ReplyDeletehaha..kan?macam tak caya je.kita tunggu dan lihat.
Deleteeh yeke?jeng jeng jeng..wait n see
ReplyDeletemahal tu perbelanjaan kalau nak bawak Torres ke sini..
ReplyDeletep/s: Secara peribadi Ros lagi suka pemain tempatan dalam liga tempatan :)
betul tu sis...tak tahu mana silapnya,banyak bakat bola sepak muda di Malaysia tenggelam macam tu je. Tak salah ada pemain import, tapi pemain tempatan pun kena 'sama naik'
DeleteHuh.. klu TMJ berjaya memikat Torres tu mmg dikira hebatlah Johor. Tp rasa mcm tak berbaloi je harga dia utk main kat Johor je & klu Johor kalah jugak boleh jatuh saham dia tu huhu.. :D
ReplyDeletemacam invest dalam saham gak..tak tahu akan untung atau rugi. ada pro dan kontra, harap TMJ fikir betul-betul sebelum buat keputusan.Wang bukan segalanya :)
DeleteMesti jutaan RM akan dibelanjakan untuk membawa dia ke Johor nanti... huhuhu... duit siapakah itew? :D
ReplyDeletehahaha..tak mampu nak jawab soalan tu. tertanya-tanya jugak :)
Deleteuih sal lebih minat bola dari saya huhu
ReplyDeletehaha,minat sikit-sikit je.takdelah fanatik macam peminat lelaki :)
DeleteAda jgak dgr berita tu..berani jdt nak ambik dia. Mahal tuuu. Tp kalau tak mng liga gak.. habislah
ReplyDeleteJohor...luaskan kuasa mu
ReplyDeleteFuhhh best la.. mesti lepas nie yg tak minat tgk bola pun akan jadi minat..akak la tue..hehehe
ReplyDeleteSilap2 pasni blog Mrs secretary cerita pasal bola lagi banyak dari blog sal ni..hehe
Deleteadik kathy minat dengan si torres ni..tapi kathy kureng....hehehe..
ReplyDeleteMesti dia penyokong Spain, tak pun Chelsea.
ReplyDeleteSis Kathy kalau pemain Germany ye lah kot suka. Tul x?
nih feenando torres..akak bru knl...hahaha
ReplyDeletehaha, kalau jadi dia ke Johor, boleh berkenalan lebih rapat lagi..(macam la dapat!)
Deletehahahaha. harap tak lahhh. tolonggg, jangannnn
ReplyDeleteTau jugak cerita ni sebab laki mak bagi tahu hehe...... nak harap mak baca pasal bola ni mmg tidaklah....hehe
ReplyDelete