Tuesday, 13 January 2015

Senarai Pemenang FIFA Ballon d' Or 2014

Malam tadi, lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia, telah berlangsungnya 2014 FIFA Ballon d'Or Award di Zurich, Switzerland. Oh tak, Kak Sal korang tak tengok. Tak mungkin aku nak berjaga demi nak tengok pemain-pemain bola sepak walaupun kebanyakan diorang ni tall, dark and handsome seperti yang disarankan oleh YB Khairy Jamaluddin. Dah pakai jersey bola pun kacak, kalau pakai tuxedo lagilah kan. Maka, dengan tidak menonton majlis malam tadi aku telah membuktikan yang aku tengok bola bukan kerana pemain-pemain hensem. Yay!!!! Ah, kalau ye pun, peduli apa aku. Bukan korang yang bayar bil Astro aku!

Siapa pemain terbaik FIFA tahun ni? Ronaldo or Messi? Jeng jeng jeng!!!!

So, korang nak tau tak sape menang FIFA Player of the Year- Ballon D'Or ni? Kalau korang tak nak tahu pun aku nak bagitau jugak. Sape lagi kalau bukan bintang Real Madrid yang berasal dari Portugal - Cristiano Ronaldo!


Dah kenapa muka Ronaldo dalam gambar kat atas macam tak caya je dia menang lagi untuk tahun kedua berturut-turut? Tahniah Cristiano Ronaldo!

Semenjak 2009, kalau bukan Ronaldo, Lionel Messi yang menang award ni. Ini Ballon d'Or ketiga bagi Cristiano Ronaldo. Messi hebat lagi, dia dah ada empat. Selain dari diorang berdua, calon favourite lain kali ini adalah Manuel Neuer, penjaga Gol Germany dan Bayern Munich. Terkenal dengan keberanian meninggalkan gawang gol, sampai terkeluar dari kotak penalti dan blend in bersama pemain defend, but somehow berjaya menyelamatkan shots. Hebat, bukan? Aku rasa keeper Singapore mendapat inspirasi dari dia sewaktu perlawanan menentang Malaysia tempoh hari. Hehehe. Keeper kat mana, keeper kat mana..

Personally, kalau korang tanya aku, aku suka Ronaldo ke Messi..aku susah nak jawab. Ronaldo shots power, lari laju, free kick cantik. Messi pulak dribble yang smooth, susah nak tackle dan sangat lincah. Kedua-duanya pun ada khebatan sendiri. Siapalah aku nak bagi pendapat, hanyalah gadis biasa yang tengok bola sebab David Villa suka-suka je. Bukan fanatik mana pun.

Alang - alang dah bukak cerita Ballon d' Or ni, meh la kita tengok senarai penuh pemenang. Kot terselit nama Safiq Rahim ke..

Senarai Pemenang FIFA Ballon d' Or 2014
  
FIFA Player of the Year - Cristiano Ronaldo - Portugal

FIFA Women's World Player of the Year - Nadine Kessler - Germany

Men's World Coach - Joachim Loew - Germany. Dah menang world cup dapat award pulak. Rezeki dia menang berganda di tahun 2014.

Women's World Coach - Ralf Kellermann - Germany

Presidential Award - Hiroshi Kagawa

Fair Play Award -  All volunteers at FIFA competitions

Puskas Award  - James Rodriguez - Colombia. Award yang ni merupakan people's choice, di mana gol yang James jaringkan sewaktu perlawanan menentang Uruguay di World Cup mendapat undian tertinggi sebagai gol paling cantik. Check out his goal here. Padan muka Robin Van Persie tak menang! Sakit hati header 'Flying Dutchman' sewaktu membelasah Spain 5-1 masih berbekas di hati aku. Hahaha.

Puskas Award layak dimenangi mana-mana pemain bola sepak dari segenap pelusuk dunia yang bermain di liga professional. Jangan tak tau, runner up category ni perempuan tau. Yup, pemain perempuan pun boleh dicalonkan asalkan gol tu cantik dan rare. Stephanie Roche, pemain dari Ireland, telah menghasilkan gol ini. Mujur dia tak menang, kalau tak, malulah pemain-pemain lelaki lain. Mohon jerut diri dengan tali but.

FIFPro World XI - Top Eleven of the Year


Top eleven dipilih melalui undian oleh pemain-pemain dan coach serata dunia yang bermain di peringkat profesional. Biar betul guys, David Luiz? Lulz...Haha, since ni pilihan pemain-pemain bola, bukan FIFA, FAM mahupun BAM, so terima jelah. Orang kata Jauhari yang mengenal Manikam. Hehehe

Credit image and info : FIFA.com

OKlah kalian, harap ada yang singgah sini hasil google search 'pemenang Ballon d'Or 2014'. Traffic blog aku ni slow je 2,3 menjak ni tak ubah macam jalan kat KL di pagi hari sejurus berakhirnya cuti sekolah. 

Till then, majulah sukan untuk negara!

60 comments:

  1. leh caya ke tgk bola bukan sbb pemain ensem hihihi..charyl mana charyl hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau saya, ya la..tgk ensem ja

      Delete
    2. Charyl kat Thailand kot..haha.dah kebetulan diorang hensem, saya tengok je..sebab bola ni bukan macam hiburan. Kalau muka hensem sepak bola pun tak kena memang takdela orang nak suka.lain kalau pelakon..muka cantik tapi berlakon kayu pun boleh famous gak. Tul tak..

      Delete
    3. kalau lelaki melayu berlakon cam kayu..sis JM x minat..tapi kalau retis Kpop berlakon cam kayu tetap lekat di hati ahahah

      Delete
    4. haha..yang tu saya no komen sebab saya tak tengok drama Korea.

      Delete
    5. peminat Kpop la sis JM ni ya...

      Delete
    6. lohh baru tahu ke..itu sbb kerap turun Seoul hikss

      Delete
  2. Cik Sal dah boleh jadi pengulas sukan... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mngulas tu apa Cik Zarul Farhana?

      Delete
    2. Mengulas kat blog ni je .sebab tahu ramai reader perempuan. Kalau bohong pun bukan korang tau . Hihihi. ..takdelah, mana mampu jadi pengulas.tak layak . Lagipun suara I olls tak semacho Rahim Razali.hahahha

      Delete
    3. mengulas tu adik beradik culas...

      Delete
    4. nk ckp memulas perut...hihi
      alah kak sal.. cerita bohong pon kami baca ja..hihi

      Delete
  3. Nasib baik dah siap2 clarified. Soalan tulah yang akak nak tanya,...Sal berjaga tengok? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la kak..tak berbaloi . kalau tengok match takpelah jugak . Lagipun award diorang boring.bukan ada artis nyanyi-nyanyi atau gimik pemain bola kena propose ke apa ke...hahaha

      Delete
  4. wah...sekarang ni semua wanita akan cari jejaka tall, dark dan handsome..hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semua luaran..yang penting hati . Rupa je ada tapi perangai hampeh pun tak guna.

      Delete
    2. itu org lain abe MKL..JM tetapi suka yg ala2 Kpop tu..romantis heee

      Delete
    3. haha, tu pasal kak JM asyik ulang-alik Korea.Oppa manalah yang telah mencuri hati dia.

      Delete
    4. ahakss..Sal!! sis JM je terpikat ngan dorang tapi xde feedback kasihan x ahaha..ngada-ngada...sis ulang alik ke sana kerana tempatnya yg cantik dan org2 yang polite :-)

      Delete
    5. haha..oh ye ke..tapi biasalah kita, saya pun minat tapi takde feedback.

      Delete
  5. ye ke tak minat pemain nih? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. .Mesti minat pemain jugak.kalau takde pemain takkanlah bola tu golek - golek sendiri masuk gol.tul tak?

      Delete
  6. Replies
    1. Dia bukan minat bola... Dia minat pemain bola... He He He...

      Delete
    2. Haha...tapi jangan risau, masih mampu kawal diri . kalau teruja jumpa Ronaldo depan mata pun boleh control iman lagi.

      Delete
    3. kalau sis JM mmg x leh kontrol Sal..ada kemungkinan 'terpeluk' spt kes Kpop tu..teruja katanya...ishhh hahaha

      Delete
    4. ishhh..jangan kak JM.jangan.hehe, nasib baik saya ni kalau teruja jadi keras membatu je,kena tampar pun tak sedar apa kot.hehe.

      Delete
    5. kalau keras mambatu dh mcm org x de perasaan je hahaha

      Delete
    6. ahaha...rujuk jelah entry yang masa sy jumpa pemain Liverpool tu..dia cakap apa pun saya sengih je.dahlah tak faham slang England dia pekat.angguk ajelah.

      Delete
  7. tengok ronaldo tingat iklan kfc =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan KFC ingat tak Ronaldo? He He He...

      Delete
    2. Baik ingat kak Sal lagi bagus..haha

      Delete
    3. mkn KFChi tapi ingat uncle misai putih tu camne SS

      Delete
    4. Misai mana satu JM? A Galak ke? He He He...

      Delete
    5. A GALAK x nk dh macam hanger...

      Delete
    6. macam hanger kak JM kata...aiyo..

      Delete
    7. haha...kalau kak JM kena tangkap ngan sarjan misai saya tak tolong tau.hehe

      Delete
  8. kak sal, kita tengok ni live.... :D ehhehe bagge kejab dengan cr :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timing cantik oklah kan..Kitorang kat Malaysia kalau tengok, mau pakat tido atas keyboard. .hehehe. aisya minat CR ek?

      Delete
  9. Haha....kalau tanya okje lagilah hancur....mmg tak minat langsung.....So? Camne tu dik Sal ....
    Tahniah le Ronaldo.... dia ni kan yg tak mo tukar jersey ngan Israel.....mmg terbaeklah Ronaldo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, dia ni yang rajin pakai mafla 'Save Gaza' dan memang anti dengan Israel.

      Delete
  10. Sis x minat tengok bola luar negara.
    yang dalam negara pon tgk perlawanan akhir jer.
    itu pon kalo pasukan kegemaran masuk final.
    kalo x.. memang x layan. hehehe

    ReplyDelete
  11. Errrrr....tall dark and hensom.. :):)

    ReplyDelete
  12. dia mmg layak sal...gol2 dia pun kalu kira lg byk dr gol yg liv score musim ni kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tau takpe.Yup, Ronaldo memang layak menang!tapi Team of the year tu macam tak best je.

      Delete
  13. dia mmg terbaik setakat ni ...

    ReplyDelete
  14. Sal, apasal akak tengok gambar Messi dan Ronaldo kat sini tak teruja? Macam tak hensem jerk! Tapikan, kalau akak tetiba minat bola itu memang disebabkan kekacakan pemainnya. Tak pandai main pun takpa janji handsome :)

    Akak ingatkan dalam senarai tu adalah terselit nama Sal sekali. Takda pulak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Messi tu bagi saya sweet n muka budak baik.Ronaldo memang hensem kak oi.tapi dalam gambar atas ni nampak macam muka pelik.terkejut kot sebab menang.James Rodriguez, Iker Casillas, Eden Hazard..kalau diorang tu ye, boleh buat jantung gugur bergolek-golek masuk gol.hehe.

      haha, nama saya adalah kak, saya antara jutaan yang vote untuk Puskas Award tu..hihih

      Delete
  15. Wowo dua2 sama hebat rupenye.
    Antara Messi n Ronaldo.
    Buat je 2 hadiah yang sama, pastu bagi dua2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...dah jadi tak best la macam tu.bayangkan kalau ada 2 World Cup, dah tak seronok nak compete.tapi memang among peminat bola dok gaduh ni jelah.Ronaldo vs Messi, siapa lagi terer.

      Delete
  16. Ronaldo ni akak kenal sebab hensem...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dia ni orang tak layan bola pun tau kan..

      Delete
  17. Ok la neuer tercalon. Saya tak berapa minat ronaldo dgn messi sbb ramai yg gila2 kan depa. Bukan jeles tapi saya jadi kurang nak layan. Haha. Tahniah loew atas kemenangan. Dia memang layak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kinda hoping neuer menang sebenarnya..sebab dia goalkeeper yang agresif lain macam.plus, dia boleh main defend, even midfield.tapi biasalah, Ballon D'or ni memang selalu dapat kat striker.tu sebab bila tanya kat akak prefer Ronaldo ke Messi, akak jawab sama je..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com