Review : Restoran Lembah Bernam

Monday 5 January 2015

Assalamualaikum semua! Sape sini ada family member birthday dekat-dekat? Mesti best kan, sambut sesama? Lagi meriah, dan conform takkan lupa. Paling best, dapat jimat kos. Tak payah sambut ulang-ulang. Hihihi.

Abah aku dan abang ipar aku berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 Disember. Mak pulak berkongsi tarikh lahir dengan Rosmah Mansor iaitu 10 haribulan. So, hari tu akak aku ajak makan-makan sambil celebrate birthday diorang. Aku ni kan spesis sorong papan tarik papan, suruh makan saya makan, tapi badan kurus macam papan...erk!

Awalnya aku ingat nak makan Satay Zaini kat Ampang ni je..habis-habis pun steamboat kat Tupai-Tupai. Sekali diorang ajak ke Sekinchan pulak. Uish...jauhnya! Ikut jelah Abe Ngah dan Kak Ngah wei. Sayangnya Abah tak dapat join sebab beliau ada urusan surau yang tak dapat dielakkan. So, celebrate birthday Mak dan Abe Ngah je.

The restaurant. Restoran Lembah Bernam

Kitorang sampai ni dah pukul satu,  so memang ramai pelanggan. Masa on the way ke sana aku sikit punya hairan. Ada ke orang datang sini, semata-mata nak makan? Agak ke dalam jugak. Kalau korang nak datang sini, cari dekat waze 'Jalan Terusan Utama, Kampung Tengah Pasir Panjang'. But let me tell you lah, view on the way nak ke restoran ni memang mendamaikan jiwa. Sawah padi terbentang di kiri dan kanan jalan. Pastu ada rumah kayu sebiji-sebiji yang comel. Terus aku on mode 'Nur Kasih' tau.

 "Apa pun yang jadi, Nur akan tetap tunggu Abang". Jangan kacau makcik nak berangan!

Sampai je kitorang terus cari meja paling besar dan duduk. Sementara belek-belek menu, boleh jamu selera dengan appetizer.

Jeruk , kek batik, tapai, tempe dan kacang goreng. Memang terbuka selera. Sebab lapar, kitorang makan ni macam makan main meal.. Huhuhu.

Keistimewaan restoran ni adalah menu dia yang eksotik. Tak main lah kalau datang sini order ayam, daging ataupun siput sedut.





Gigih tau blogger perasan famous ni dok tangkap gambar menu. Tauke tu tengok je aku. Mesti dia membayangkan restoran dia akan dapat special features dalam Harian Metro. Hakikatnya, kat blog picisan ni je.. hehe.


1. Sambal udang galah

2. Kari rusa

3. Rendang Landak

4.Ikan baung masak lemak

Ni antara menu yang kami pilih. Tak campur air, nasi ngan ulam-ulaman lagi. Segan doh nak tangkap gambar bebanyak. Cam jakun pulak. Tapi memang ye pun ni first time makan landak. Rusa ni kali kedua. So, what's the verdict? Of courselah sedap! Kalau tak sedap takkanlah ramai yang sanggup meredah nak sampai sini. Fazura bagi 5 bintang!

The aftermath.. maaflah ahli keluarga aku pemalu sikit, tu yang takde gambar diorang.

Bukan setakat makanan je sedap, tapi servis yang bagus, seating yang banyak dan parking pun senang. Memang puas hati! Plus point, toilet dia bersih dan surau yang selesa turut disediakan.

Dekat luar restoran ni ada wakaf, kotlah korang nak makan bersila. Tapi kitorang buat tempat tu port lepak sementara Abe Ngah n tauke kedai tu dok discuss business. Apa lagi, aku ngan adik-adik dan anak sedara buat tempat tu cam rumah sendiri le..Hehehe


Nah, belanja selpie dengan anak buah paling bongsu - Auni

Actually, kitorang sampai sini atas jemputan tauke kedai ni, kawan Abe Ngah. Settle semua, tauke restoran ajak ke rumah dia. Sebenarnya aku agak teruja nak gi rumah dia sebab Abe Ngah cakap kat rumah dia ada kebun tanaman yang aku teringin nak tengok. Apa dia? Ala, tunggu next entry lah. Tak..bukan sawah padi. Klu : Smallville.

Till then, thanks sudi baca ;)

46 comments

  1. Replies
    1. serious ke sedap ? ZF da makan ke ?

      Delete
    2. Aahhhh dah makan ke? He He He....

      Delete
    3. landak? ZA pernah mkn landak..x takut ke dengan duri byk tu

      Delete
  2. Menarik next entry..tak pernah lagi makan daging rusa dan kari landak..

    ReplyDelete
  3. Kari rusa pernah makan, tapi daging landak belum pernah makan. Kalau makan dengan duri-durinya tu sekali lagi sedap kot...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu kalau nak try kena ada insuran dululah abang JR

      Delete
  4. Huh! Tak pernah dgr landak tu sebenarnya boleh dimakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeee...dgr pun dh serem..klaau di suruh mkn jauh sekali lahh

      Delete
  5. lapar nya penuh satu meja , hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kitorang ramai lah, tu yang penuh meja.

      Delete
  6. sedap ke Kak Sal ?
    huuurm xleh laaa CT x nak try hahaha
    makan puyuh pun da rasa bersalah sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..akak ok je makan as long as tak sembelih depan mata..huhu.sedap la jugak rasa dia..

      Delete
    2. cam sembelih ayamlah kot..haha.manalah tau, tau makan je

      Delete
    3. cabut duri landak ? aaaaa nehi nehi kabi nehi..

      Delete
  7. nieyl penah makan landak dgn rusa tapi itupun dengan tidak sengaja..hihi..asben soh rasa..kite pun pakai makan aje..dah telan masuk perut..baru dia cakap daging apa..hihih..:) haáh..blog nieyl dah bertukar wajah...untuk tahun 2015

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan landak, tak pernah makan rusa. hahaha. sedihh.

    ReplyDelete
  9. senaman mulut? comel..haha! bestnya..semua mknn kpg betul..bukn senang skrang ni nk dpt..

    ReplyDelete
  10. Udang tu nampak menyelerakan sangat-sangat :D

    ReplyDelete
  11. Untunglah..makan banyak tetap slim.. Jeles u.

    ReplyDelete
  12. Fuhhh.. menyelerakan... tengok udang tu yg lagi tak tertahan.. :)

    ReplyDelete
  13. Wah...sodapnya..makan-makan...tambah-tambah dengan famili

    ReplyDelete
  14. dah lama tak makan2 dengan family

    ReplyDelete
  15. kari rusa tu tinggal kuah je ke? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...dah makan baru teringat nak amik gambar.tu yang tinggal kuah je

      Delete
  16. landak akak penah makan
    rusa pun penah, maklumlah duduk hulu kuala lipis
    senang sangat dapat stok...hehe

    tapi cam best ye tempat dia
    cam nak ajak family ke sini jugalah
    bab birthday sama tu

    anak bujang akak selang sehari dari abah
    abah 21/11 dia 22/11

    mak dengan adik akak pun sama
    mak 18/10 adik 20/10 =)

    mychintahati dengan akak pun lebih kurang
    dia 6/5 akak 18/5
    ni tanda nak minta hadiah awal dari sal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha..awal sangat tu kak bagitau. Nanti bulan 4 ingatkan saya lagi ye . hehehe

      Delete
  17. Udang tu yang dok melambai lambai je kat mata ni. Hihihi.

    ReplyDelete
  18. Akak baru feeling2 nak tergoda tengok makanan tu gelak besar baca scene Nur berangan kat tepi sawah tu :)
    Sal,...ampunnnn! Selama ni akak ingat akak dah follow Sal. Check2 belum ghupanya. Ni dah follow ni dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ye ke..saya ni kalau rasa blog tu best, saya follow je..tak check pun blogger tu follow saya balik ke tidak..hehe.thanks kak Farrah follow balik ;)

      Delete
  19. Patutlah sanggup meredah sawah padi semata mata nak mamam rendang landak....atas nama jemputan rupanya.....

    Sedap ke daging landak tu Sal?
    Saja tau .....suka buat suspense

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sedap! sedap! manis sikit dari ayam..

      Delete
  20. Kalau setakat pemandangan sawah padi kiri-kanan dengan rumah comel sebuah-sebuah, memang HD melonjak kegembiraan sebab beliau tak pernah nampak keindahan sebegini. Kalau akak pulak, rasa macam biasa jerk. Hahaha....

    Akak pernah baca tentang restoran ni tapi bila tengok menu, hilang terus nafsu serakah selera makan. Akak ni bukan takat gayat tempat tinggi, bab makanan pun tak berapa adventurelah, Sal.

    Pernah sekali jerk akak termakan venison tapi tak tahu pun daging apa sebenarnya. Lepas diberitahu, rasa macam nak muntah lebih daripada orang pegnen kekdahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. venison tu apa plak kak? saya bab makan ni boleh je pelik-pelik as long as jangan sembelih n jangan masak depan saya..belut pun saya pernah rasa..tapi tak sedap sangat kot bagi saya..

      Delete
    2. oh venison tu deer rupanya..hehe.deer sedap je kak!

      Delete
  21. Lama xmakan tapai.. sedapnya tgk semua menu. Kalau dekat dh serbu ni. Hehe.. lawa kawasan sawah pagi kat sana

    ReplyDelete
  22. Amboi taktahan tang berdrama Nur Kasih tu.
    Mula-mula terbaca pasal rumah papan ok lagi. Lepas tu verangan pulak..haha..okey makcik tak kacau.
    Psttt...birthday saya bulan ni lah. Sapelah yang nak bawak saya pi sana agaknya? Macam xde je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ciannya...ajaklah suami Dr.shikin dan anak-anak..ala doc, celebrate birthday kat mana-mana pun sama je.yang penting ingatan tu..

      Delete
  23. x pe x masuk harian metro pun..masuk blog pun dh kira okey buat tatapan peminat blog Sal ni termasuklah sis JM.mana tahu satu hari tersesat ke sana nanti :-)

    ReplyDelete
  24. teringin lak nak cuba semua menu tu ... kerap gak lalu sekinchan bila nak gi bagan datok . Tapi x terfikir lak nak menyinggah ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah