Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, dapat gak sambung entry Australia sebab adik bagi pinjam laptop. Wohoo...kita raikan dengan daun saderi!
Macam yang aku cakap dalam entry Part 2 , hari kedua di Sydney kitorang nak ke satu lagi tempat yang famous jugak di Sydney iaitu .... Apa lagi kalau bukan Blue Mountain! Ada gak yang dapat teka, iaitu kak Jari Manis kita. Tak aci lah, dia dah pernah pergi. Hahaha.
Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun. Kali ni tak payah risaukan breakfast, sebab dah ambil package sekali dengan dinner hari sebelumnya. Sarapan roti canai di bumi Australia, memang terbaik!
Sama macam malam sebelumnya, kali ni pun kitorang tunggu bas di seberang Malaysia Hall. Tapi, kali ni kitorang naik bas 372 pulak sampai ke Central Station. Nasib kitorang baik sebab masa tunggu bas tu jumpa sorang student dari Malaysia. Dia yang bagitau kitorang bila nak turun. Kalau tak, mesti dah terlepas.
Tunggu a few minutes, train ke Blue Mountain pun sampai. Jom kita naik! Perjalanan ke stesen Katoomba mengambil masa 2 jam lebih! So, kenalah cari tempat duduk yang selesa! Pilih jelah mana nak sebab train ni lengang je.
Perjalanan menaiki train 'Blue Mountain Line' sampai ke stesen Katoomba, memang untuk menikmati scenery Sydney yang cantik-cantik di luar tingkap.
Stesen Katoomba yang comel!
Ke kanan belok...
Jangan lupa tap off dekat tiang ni. Kat sini takde gate macam kat Central.
Macam yang aku cakap dalam entry Part 2 , hari kedua di Sydney kitorang nak ke satu lagi tempat yang famous jugak di Sydney iaitu .... Apa lagi kalau bukan Blue Mountain! Ada gak yang dapat teka, iaitu kak Jari Manis kita. Tak aci lah, dia dah pernah pergi. Hahaha.
Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun. Kali ni tak payah risaukan breakfast, sebab dah ambil package sekali dengan dinner hari sebelumnya. Sarapan roti canai di bumi Australia, memang terbaik!
Sama macam malam sebelumnya, kali ni pun kitorang tunggu bas di seberang Malaysia Hall. Tapi, kali ni kitorang naik bas 372 pulak sampai ke Central Station. Nasib kitorang baik sebab masa tunggu bas tu jumpa sorang student dari Malaysia. Dia yang bagitau kitorang bila nak turun. Kalau tak, mesti dah terlepas.
Turun kat sini! Macam biasa, tangkap gambar signboard bus stop dulu.
Sydney Central Station
Kat sini ada cerita kelakar sebab kitorang dengan confident turun tangga pastu jalan terus. Tak perasan kat signboard tu tulis train di belah kanan! Jalan punya jalan sampai ke hujung, tak nampak pun bayang keretapi sepanjang passageway tu. Tanya kat peniaga kedai situ dia bagitau kitorang dah tersalah jalan, terpaksa patah balik! Adoi, belum sampai Blue Mountain dah semput!
Dah patah balik, pening kepala pulak nak fikir mana satu platform ke Blue Mountain Line. Central Station kat Sydney ni bukan macam stesen komuter kat KL Sentral. Tu acah-acah je. Kat sini ada 25 platform OK! Takut tersalah train, terus tanya staf kat situ.
Hahaha...bertabah la tengok train route dia!
Naik train kat sini pakai Opal Card jugak. Kalau nak beli tiket secara manual pun boleh, tapi nak jimat masa punya pasal, pakai kad je. Tag dekat gate masuk.
Suka tengok platform train kat Central Station ni sebab nampak klasik. Kontra dengan train yang moden!
Aku bagi gambar besar punya kot ada yang tak nampak rupa train cmane.
Tunggu a few minutes, train ke Blue Mountain pun sampai. Jom kita naik! Perjalanan ke stesen Katoomba mengambil masa 2 jam lebih! So, kenalah cari tempat duduk yang selesa! Pilih jelah mana nak sebab train ni lengang je.
Perjalanan menaiki train 'Blue Mountain Line' sampai ke stesen Katoomba, memang untuk menikmati scenery Sydney yang cantik-cantik di luar tingkap.
Teringat cerita Sherlock Holmes!Ni kilang tak silap aku. Senibina klasik yang dikekalkan
Cuaca berubah-ubah sepanjang perjalanan. Kejap hujan, kejap cerah. Berdoa banyak-banyak supaya sampai Katoomba nanti cuaca elok. Kalau hujan, Blue Mountain jadi Blur Mountain jelah!
Dah sampai! Cuaca cerah nampaknya..
Stesen Katoomba yang comel!
Ke kanan belok...
Jangan lupa tap off dekat tiang ni. Kat sini takde gate macam kat Central.
Keluar je dari stesen Katoomba, kita cari bus stop untuk naik bas ke Blue Mountain. Tapi mula-mula kena top up Opal Card dulu. Kalau kat Gold Coast, GoCard boleh top up dekat mesin yang ada dekat stesen tram, tapi Opal kena top up di convenience store. Dekat depan bus stop ni ada satu, tapi lupa lak nak snap gambar kedai.
Bus stop ni terletak depan Carrington Hotel. Lama jugak nak tunggu bas, sebab dia setengah jam satu. Masa kitorang sampai, dah terlepas, so kenalah redha je tunggu the next one. Sambil tu tangkap gambar dulu.
Nak ke Blue Mountain, korang boleh pilih tour, atau naik bus klasik berwarna merah, atau kalau nak budget, naiklah bus nombor 686 ni.
Fuhhhh...panjang cerita nak sampai ke Blue Mountain! Cerita kat sana kita sambung next entry boleh? Letih Kak Sal korang menaip. Lagipun, aku nak pilih gambar paling cantik yang ada sebab Blue Mountain tu memang cantik. Berbaloi duduk dalam keretapi sampai 2 jam! Sape tak baca sambungan ni, rugi lah..
Thanks sudi baca. See you next entry!
cantiknya pemandangan!!nampak tenang giler..
ReplyDeletenak pegi jugak..tapi akak klu p kl central pon rasa boleh sesat klu ke australia ni lg sesat bertingkek-tingkek tak?ohohoho..
boleh tahan lagi kak..jangan kat negara yg orang dia tak cakap bahasa Inggeris.yang tu memang haru kalau sesat
Deletekemudahan awam yg serius best..klau di mlysia gini, mmg xnak naik moto or keta..naik knderaan awam jer..hehe..tgk central station punya gate teringt pulak cerita harry potter..hehe..
ReplyDeletehaah, train station dia macam dalam citer harry porter n narnia.Very English..
Deletebestkan sala..kita suka travel dengan train coz dapat tengok persekitaran diaorang kan...
ReplyDeletehaah, travel ngan train ni best!
Deleteseronoknyeee baca n3 jalan2 Sal nih.
ReplyDeletedapat jugak tgk permandangan di negara orang..:)
x sabar nak baca n3 seterusnye..hehehe
bestnya pi ostolia...
ReplyDeletekatoomba tu macam ketumbar bunyinya.. haha..
Hahaha. .memang bunyi dia macam tu.local pun sebut ketumbar
Deletekalau lupa tap card kat tiang tu mcm mana? tak boleh keluar? ke cm mane? hehe
ReplyDeleteBoleh je keluar, takut nak balik nk tap kad tu nanti problem pulak.
DeleteMenarik.. pengalaman manis kembara yg pasti tak akan dilupakan. Suasana pun nyaman & cantik. Thanks sharing Sal.. :)
ReplyDeleteCantiknya pemandangan!
ReplyDeleteCantik lagi Jasper kot farah. ..hehe
Deletejauh berjalan makin banyak pengalaman, yang baik dimanfaatkan.
ReplyDeleteseronoknya dapat berjaln ke tempat org, akk ni rasanya cuma dapat gi Mekah je rasanya, tak mampu dah, takde duittt..
Itu yang sebaiknya kak..Inshaallah, semoga akak sekekuarga akan sampai ke tanah suci
DeleteMemang lawa stesen tu kan... view pun cantik2 semuanya...bilalah k wa boleh sampai sana..hehehe
ReplyDeleteSal...serius sangat cantik bangunan2 diluar train tu..klasik...kawasan pun bersih ja..
ReplyDeleteSeronok pulak kakak membaca cuma kalau tak puas tengok gambar kakak klik bagi besar baru puas..
ReplyDeleteItu yg lambat baca sekeja-sekejap klik gambar bagi besar nak puas tengok punya pasal:)
thanks for the feedback kak..nanti next entry saya besarkan gambar ek.. ;)
DeleteBetul arrrr okje baca pun dah semput haha....
ReplyDeleteOk...dah tau dah tempat tempat yg kena pergi kalau gi Australia .....entah bilalah nak sampainya....
Ruginya ambik gambo byk tapi tak de model!
haha, malulah kak OKje nak up gambar ada muka.Sy ni tak photogenic, suka ambil gambar, tak suka gambar diambil.wah gitu
Deletesyioknyeee ke Blue Mountain. dok tengok orang share gambar saja.. sampainye entah bila la kan.. stesen ketapi kat tempat orang memang best Kak Sal.. kat malaysia ni aje krik krik.. okay baik baik.. akan kami nantikan entry Kak Sal dengan tabah..
ReplyDeleteSydney.. Nak repeat lagi dan lagi.. hari tuh tak explore habis..
ReplyDeleteSalam kenal, Kak Kep Doha, Qatar
Gunung biru le best...
ReplyDeleteBila lagi la nk sampai sini..jeles you..
ReplyDeleteAhakss..akak boleh guess lah sbb Blue Mountain salah satu tempat yg wajib pegi kalau ke Sydney hikss
ReplyDeleteahaha...akak suka ayat paling last tu..sapa x baca sambungan entri mmeg rugi..BETUL!!! view di BM mmg ohsem
Next entri plsss
Colourful tu train route dia.
ReplyDeleteMacam pening-pening juga nak baca kalau tak biasa tengok.
Oopppsss dah tersilap..
Takpe, ramai-ramai taklah gelabah sangat.
mak aihh. boleh pening dgn route kereta api diaa. nasib baik akk dh bagi warning awal2. wuwuwu
ReplyDeletecomelnya seat keretapi dia. hahaha. bangunan klasik tu, saya suka saya suka... wah, cuaca pun best. elok je.. seronok lah nak bergambar kan ^^
ReplyDeleteSal, tengok gambar yang Sal kata kilang tu pun dah unik sangat rasanya. Cantiknya kilang kat sana tak macam kilang kita ^_^ Seriuslah cantik gambar tu, macam lukisan pulak!
ReplyDeleteTakpa perjalanan berjam-jam bila hasilnya sangat memberangsangkan. Eh, akak baca dari latest ke previous entries memanglah dah tahu jalan cerita :)
SS boleh follow nih... Hu hu hu...
ReplyDeletesepanjang dlm train tu mcm2pemandangan nmpk kan..syoknyan
ReplyDelete