New Year's Eve 2022 buat apa?
Saturday, 31 December 2022
Career Fair relevan lagi ke?
Friday, 3 June 2022
Last week aku pergi check out Mega Careers & Study Fair anjuran Postgradasia di KLCC Convention Centre. Kalau menilai dari nama event dan penganjur, boleh agak yang event ni target untuk lepasan ijazah yang masih berkira-kira nak sambung belajar atau nak terus bekerja. Aku tak expect banyak, sekadar nak cuci mata dan cuba nasib. Manalah tau ada peluang untuk graduan basi macam aku di kalangan graduan baru yang pastinya lebih bijak dan pandai bergaya.
Kenapa mesti nak mention pandai bergaya? Ini semua salah cikgu aku masa aku sekolah rendah. Dia pernah cakap yang orang macam aku nanti dah besar susah dapat kerja sebab orang akan ambil orang yang cantik-cantik. Siap buat comparison dengan classmate aku. Well...classmate aku tu memang jauh lagi comel lah banding dengan aku. Aku comot weh. Iyelah, mak dah takde (masa tu ayah aku belum kahwin dengan mak tiri sekarang), ayah sibuk kerja, pandai-pandailah urus diri sendiri. Tambah pakej gigi jongang, memang sedap lah cikgu tu bercakap tanpa brek. Rasa down betul masa tu, sebab dia cakap kat depan kelas. Aku pulak jenis pemendam, takde nak cerita dengan keluarga ke apa.
Anyway, aku tak berdendam lah dengan cikgu tu, cuma aku elak dari jumpa dia bila dia tak mengajar aku lagi. Bukan marah, tapi malu dan rasa terhina. Aku jadikan 'kutukan' dia motivasi untuk aku belajar rajin-rajin. Sampai sekarang aku ingat kata-kata dia dan aku jadikan cabaran untuk sentiasa upgrade diri aku dari segi penampilan, ilmu dan pengalaman hidup.
Korang yang bergelar cikgu, jangan tiru macam dia OK. Tak baik tau buat orang ada inferiority complex sampai dewasa. Buat apa pun tak yakin. Korang mesti membayangkan cikgu perempuan bukan? Tidak..ini cikgu lelaki.
Aku dulu lambat dapat kerja. 3 tahun lepas grad baru dapat. Sementara tu kerja sales dan jadi volunteer berbayar di Petrosains. Masa tu terfikir jugak, mungkin kata-kata Cikgu J (bukan nama sebenar) ada betulnya. Anyway, Alhamdulillah aku dapat kerja di Media Prima sekarang ni pun melalui Career Fair. Dulu memang kerap pergi career fair. Ada waktu pergi dengan kawan-kawan, ada kala pergi sorang. Tak kisahlah di Mid Valley, PWTC ataupun KLCC. Siapa sini dapat kerja melalui career fair jugak? Angkat tangan!!
Aku ada baca discussion di Facebook (kadang-kadang aku terpaksa buka media sosial) tentang event ni. Ada jugak fresh graduate sekarang yang rasa career fair dah tak relevan. Diorang cakap asyik company yang sama je yang bukak booth. Lagipun boleh apply online. Mungkin jugak diorang ni dah jemu pergi tapi tak dapat-dapat so dah give up. Pendapat korang? Career fair ni relevan lagi ke?
Aku atas pagar lah tentang ni. Sebab most career fair zaman sekarang diadakan secara online di samping physical event. Kebiasaan diorang akan kolaborasi dengan job portal macam JobStreet. So kalau online, baik duduk depan PC, klik link dan send resume. Jimat masa dan tenaga. Pendapat aku career fair ni sesuai untuk discover company sederhana besar atau kecil. Kalau company yang well known, just klik website, mostly akan ada link untuk hantar resume.
So apa aku dapat di career fair KLCC ni selain kaki yang lenguh dan goodies bag? Well, dapat jugaklah networking , register untuk program sukarelawan dan drop resume soft copy di beberapa booth. Dapat boost self esteem jugak sebab ramai tanya 'You fresh grad ke?'. Bila pakai facemask, auto tolak umur 10 tahun sebab petite. Boleh tipu umur sekejap. Haha
Penat berjalan aku cari makan di Avenue K. KLCC sesak sangat. Rimas aku. Plan asal nak merayap ke area Bukit Bintang, ikut belakang tu ada shortcut tapi malas pulak dengan goodies bag penuh tangan.
Tapi tulah.muka rezeki tapi susah jugak nak dapat kerja baru. Acane tu? Malaslah pergi career fair. Nak pergi book fair je.
Jute Bag Famsymall dan Salam Sayang Media Prima
Wednesday, 1 September 2021
Korang suka ke Work From Home?
Tuesday, 28 April 2020
Ramadan tiba
Ramadan tiba
Tiba-tiba Ramadan
Tiba-tiba Ramadan
Erk! Terkejut Opick kalau dengar. Lantak la nak oi..janji bahagia.
U olls buat apa tu? Aku menulis entry ni sambil menadah telinga bunyi pekerja potong rumput kat luar. Nasib baik kerja tak melibatkan video call. Kalau tak hadap la muzik latar. Rasa insaf pulak. Susah-susah pun kerja aku, duduk bawah kipas je, tak perlu berpanas. Tapi lately kerap hujan. Sejuk je. So, puasa takdelah dahaga. Saya suka, saya suka! Yang tak suka kalau banjir. So far rumah aku tak kena, tapi kesian la pada penduduk kawasan yang mudah naik air. Mana dengan Covid lagi.
Sebenarnya work from home (WFH) ni dah jadi impian aku dari dulu lagi. Bayangkan, tak perlu bersesak naik tren / berlama-lama dalam kereta menempuh jem, tak perlu fikir nak pakai baju apa, boleh bangun lewat dan tak payah hadap kerenah bos dan colleague. Segala yang aku bayangkan dah jadi kenyataan. So, adakah ia seindah rupa? Oh yes definitely. Nikmat yang tak patut didustakan!
Apa pun, ayat cliche' seorang blogger biasa di musim PKP : Sama-samalah kita berdoa Covid19 akan segera berlalu. Stay safe, stay at home.
Aku harap walaupun PKP dilanjutkan sampai hujung Syawal sekalipun, tak ada antara kita yang akan raya berseorangan. Open house tak penting, tapi menung sorang-sorang di pagi Raya adalah sendu petala tertinggi di alam semesta.
Uit apa ni baru 5 Ramadan dah sembang Raya????
So..korang suka tak work from home ni? Tak kisah la suka tak suka, yang penting masih ada kerja dan gaji. Yang pendapatan terjejas tu lagi kesian. Kalau kerja dekat luar macam frontliner tu terdedah risiko Covid19 pulak.
Till then, thanks for reading. Jaga diri ye semua!
Doa Yang Ditolak?
Monday, 30 March 2020
Syukur aku tak ikut kata hati dan berhenti sebelum dapat kerja baru. Aku mungkin kurang rasional tapi aku ni mata duitan. Hahaha. Takde keje takde duit lah kan. Takde duit cmane nak makan dan travel. Aku tak reti meniaga, masak tak pandai, bakat luar biasa pun takde, jadi memang tak mampu nak buat freelance.
Bila difikirkan balik, ada hikmah aku tak dapat kerja baru seperti yang dirancang dari tahun lepas. Aku memang beria apply sana-sini dan kebanyakan yang aku apply, semuanya di luar KL. Bukan aku nak menjauh dari famili, tapi aku dah jemu hidup kat KL. Aku nak buka buku baru dan belajar berdikari. Ada hikmah rupanya Allah tolak doa aku. Bayangkan tercampak sorang-sorang di negeri asing sepanjang PKP ni. Syukur mengharungi PKP ni bersama Mak, Abah dan adik bongsu. Takdelah sunyi dan dapat juga berbakti.
Penting sebenarnya bila kita berdoa untuk dapatkan sesuatu, kena tambah "Kalau itu yang terbaik buat aku". Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mungkin doaku sebenarnya bukan ditolak, tapi Allah nak gantikan dengan yang lebih baik.
Massive respect untuk rakyat Malaysia yang mematuhi PKP terutama golongan yang bekerja sendiri. Ramai terpaksa ikat perut kerana tak boleh keluar mencari rezeki. Yang makan gaji pula ramai berdepan risiko gaji dipotong kerana syarikat nak cover balik business yang tersengguk-sengguk. Survival adalah isu utama waktu ini. Untuk memastikan perut diisi, pada masa yang sama kena jaga diri dari dijangkiti Covid19.
Begitupun, kelakar jugak tengok ramai dok bertikam lidah kat internet. Netizen ngan artis lah. T20 vs B40 lah. Dari dok gaduh tu kan , baik fikir cara nak stabilkan kewangan balik. Kita semua terjejas, tak kisahlah kaya macam mana pun. Tokei kapal terbang pun menung, apatah lagi Mak cik Kiah jual goreng pisang. Kalau nak minta bantuan, guna saluran yang betul. Memekak kat socmed bukan kerajaan ada masa nak layan. Silap-silap lagi keruhkan keadaan. Pastu kena kecam. Maleh aku.
Waktu-waktu macam ni elok muhasabah diri. Lepas ni kena rajin menyimpan dan lebihkan sedekah. Flex sana-sini pun tak guna dik. Handbag mahal bukan boleh makan. Biarlah ukur baju di badan sendiri. Ingat, susah-susah kita, ramai yang lagi susah.
Jaga diri ye semua. Stay safe. Stay at home. Semoga wabak Covid19 ni akan hilang terus dari muka bumi.
Career break. Yay or nay?
Sunday, 17 November 2019
First thing first, company tempat aku kerja nak buang orang lagi. Entah kenapa kali ni aku berharap aku terpilih. Sebab kalau terpilih akan dapat pampasan. Aku bukan hendak mendabik dada. Tapi pada usia aku, status pula bujang, aku rasa aku masih mampu mencari kerja lain. Aku tak sampai hati tengok rakan-rakan yang ada anak-anak kecil perlu disara yang diberhentikan secara tiba-tiba. Mungkin kalau aku berkorban, aku dapat selamatkan satu keluarga.
Tapi tulah, ini bukan skim pemberhentian secara sukarela. Aku hanya mampu berdoa agar nama aku terpilih. Habis, takkan aku nak buat hal. Tak, itu bukan cara aku.
Pada masa yang sama, aku tahu tak mudah mencari kerja baru. Walau ada sijil dan pengalaman itu bukan menjamin aku mudah menonjolkan diri among jobseekers lain. Tambah pula dengan kekurangan aku yang rendah keyakinan diri dan tak pandai bersosial.
Plan aku, kalau diberhentikan, aku nak ambil career break dalam 3 bulan. Tapi tu tak bermakna aku boleh membazir duit pampasan sesuka hati. Cabaran terbesar career break adalah kewangan. Kedua adalah kena fikir nak buat apa. Aku adalah seorang yang workaholic. Aku takut aku akan rasa bosan. Aku tak ada bakat lain. Kalau terer masak boleh jual kuih. Kalau kreatif boleh jual kraf. Aku pandai tengok bola je. Haha
Sejujurnya aku penat. Aku ingin berehat. Pergi bercuti, habiskan terapi, pergi kelas agama, buat kerja-kerja sukarela, improve my fitness dan spend masa dengan orang-orang yang selalu aku tolak pelawaan untuk berjumpa. Kadang-kadang rasa bersalah tak memenuhi undangan orang. Aku lebih suka tersadai di bilik sendirian. Tahun ni aku betul-betul down. Seolah hilang semangat nak hidup. Nak pergi kerja rasa macam nak pergi berperang.
I was in depressive state for almost a year. Tapi aku bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada untuk aku. Yang tau mood aku ke laut pun tapi tetap ajak aku keluar dan buat aku senyum. Yang tak putus-putus bagi aku kata semangat dan dengar aku bercakap. Some of them tengah baca entry ni. You know who you are darlings! Thanks jugak untuk komen-komen positif. Komen negatif pun aku baca jugak. Tak apalah, kita tak kenal satu sama lain pun.
Eh ni dah terlari tajuk. Hahaha. Berbalik pada soal career break tadi. Korang rasa patut ke aku berehat seketika kalau diberhentikan dengan pampasan? Atau aku harus terus cari kerja lain? Aku kena sibukkan diri supaya otak aku tak merayap fikir benda bukan-bukan. Aku ni ada otak tapi tak reti guna untuk kebaikan. Sibuk pikir benda dah lepas dan benda-benda yang tak jadi lagi.
Beria berangan nak diberhentikan. Silap-silap company suruh stay. Kalau stay confirm workload bertambah. Kawan-kawan pun ramai yang dah takde nanti. Macam cerita Endgame, kena snap Thanos. Half population gone. Mesti tak seronok dah. Sooner or later aku berhenti jugak. Tapi tulah lebih baik berhenti dan dibayar dari berhenti kosong habuk pun tarak.
Entry berat di pagi Ahad. Hahaha. Have a lovely day ahead guys!
Or maybe I just need a vacation...
Jangan marah nanti cepat tua!
Monday, 22 August 2016
"Orang kulit berminyak ni untung, nanti lambat nampak tua."
Masa tu aku tengok dia pelik. Apa yang untung? Sikit-sikit naik jerawat! Dahlah aku ni memang ada resdung. Time tu nak dapatkan kulit cantik memang siksa. Lagi-lagi bila nak dekat period. Tambah pulak dengan cuaca panas kat Pulau Pinang tu.
Tapi sebenarnya, musuh utama kulit aku adalah stress dan tak cukup tidur. Sebab bila balik cuti sem, kulit aku OK je. Biasalah kan, student memang biasa sangat tidur lebih kurang ni. Bab stress
Aku ingat bila usia dah meningkat, masalah jerawat ni akan berkurang. Tapi sebenarnya sama jugak. Kadang-kadang lagi teruk. Salah aku jugak..malas makan supplement. Pastu selalu berjaga malam. Kat tempat kerja, stress memang tak boleh elak.
Dalam dunia pekerjaan, ada dua kemungkinan. Either kau kena marah, atau kau kena marahkan orang. Aku paling benci bila kena marah depan orang, or bos yang marah tak usul periksa. So, bila aku 'terpaksa' marah orang, aku elak dari dua benda tu. Tapi sebenarnya aku tak suka tegur staf bawahan. Sebab aku akan angin bila orang menjawab balik. Angin aku ni sekali datang memang sapu semua. So, aku prefer untuk pendam. Bila aku pendam, aku yang makin stress. Haihhh
So, jawabnya, kena belajar teknik diplomasi. Tu jelah. Dan belajar control temper. Jangan asyik naik darah sangat ye, budak kecik!
Tak mau marah-marah, nanti stress. Pastu naik kedut. Dalam kes aku ni, naik jerawat.
Macam apa yang aku dengar hampir 10 tahun lepas, terbukti kulit berminyak memang lambat nampak tua. Tapi aku tetap amalkan dua tabiat ni
1. Pakai krim mata. Aku dah start dari umur 25 tahun.
2. Jangan berkerut. Ever.
Alah, aku rasa aku ni umur dah 30 lebih tapi still boleh menyamar student universiti sebab aku ni petite. Dan stail dressing aku yang memang tak vogue. Orang dok shawl lilit-lilit, aku pakai bawal. Orang pakai blaus ikat tepi depan belakang, aku pakai T-shirt. Or worse, jersey.
Malas tapi ada hati nak cantik. Tak sedar diri betul.
-Random entry di pagi Isnin-
Kerja dan Mentaliti Orang Kita
Saturday, 28 November 2015
![]() |
| Gambar hiasan semata ihsan google |
Apakah soalan yang sesuai ditanya???
A : kerja kat mana?
B : kau anak dah berapa?
C :operate hidung ek? Dulu aku tengok lain...
Aku rasa golongan lahir tahun 80-an macam aku majoriti akan jawab ' A' . Paling subtle dan sopan terutama kawan yang korang tak berapa rapat. Kalau rapat biasa akan cakap, "oi,hidup lagi ngko!".Kan?kan?ala,tak payah berlagak suci kat blog aku ni ha.
Aku pernah mengalami situasi ni. Agak awkward sebab time tu aku takde pekerjaan tetap. Dengan suara kepit macam pondan kena cubit, aku jawab "Petrosains". Reaksi common adalah excited. Ada gak yang mintak tiket free. Typical. Kalau nasib aku baik diorang tak kan tanya "as what?". Sebab mentaliti orang kita suka judge berdasarkan syarikat. Petrosains kan under Petronas, so bagi diorang kalau kau kerja situ kau dah dianggap best la. Tapi kalau ditanya, aku takkan membohong dengan mengatakan aku Eksekutif. Jawapan standard aku "part time je. Tengah cari kerja tetap."
Entahlah,kadang-kadang rasa macam pertandingan pulak. Terutama kalau duduk kat bandar. Semua nak tau kerja apa yang kau buat. Ingat zaman remaja je ada peer pressure?Peer pressure di umur 20-an ni lagi hebat . Tengok kelulusan sape lagi tinggi...Awek sape lagi hot...Kereta siapa lagi dasyat...Laki sape lagi kaya...Bukan senang nak tebalkan muka mengaku kau still jobhunting sedangkan kawan-kawan lain majoritinya dah duduk kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin.
Aku pernah kerja retail. Seronok, sebab tak duduk pejabat mengadap PC 9 to 5. Dapat jumpa ramai orang dan dapat cuci mata sebab kerja dalam shopping complex. Jangan sesekali korang tengok budak-budak kerja retail ni sebelah mata okey. Kalau kena caranya, gaji diorang kalau campur komisen sebenarnya jauh lagi besar dari gaji orang kerja pejabat. Memangla diorang suka naik public transport atau naik motor. Almaklumlah parking dalam shopping complex ni terhad. Kalau yang high-end macam Pavilion atau KLCC, parking mahal pulak. Dengan jammed lagi. Apakan daya aku takde bakat jual barang. Kalau tak, aku teruskan jugak la kerja jadi salesgirl ni.
Tapi cuba kau mention kat sedara-mara atau kawan-kawan yang kau ni kerja buat sales, muka diorang akan berubah. Apatah lagi kalau kau ada kelulusan. Mesti masing-masing akan suruh kau cari kerja lain. Takpun suruh mintak SPA. Atau mintak jadi cikgu. Itulah orang kita. Kerja kerajaan la baru ada kelas. Kerja pejabat la baru cool. Weekend dan cuti umum boleh lepak, ini tak kerja macam bangla nak buat apa. Kalau lelaki plak cuba cakap kat awek yang kau kerja mekanik. Confirm diorang cebik. Diorang tak tau kau ada bengkel sendiri. Tapi cuba cakap kau kerja office. Mesti mak ayah awek tu akan pandang kau sebagai calon menantu. Hakikatnya kau opis boy je.
Seriously aku respect mereka yang ada keberanian nak kerja sendiri. Contohnya berniaga atau buat freelance.Bukan senang sebab kena tanggung risiko. Meniaga ada untung rugi. Ada hasad-dengki. Buat freelance kena depends pada job. Kalau rajin, orang suka kerja kau, banyaklah job. Kalau tak, melopong je la. Bertambah-tambah tahap kekaguman aku kalau yang sanggup teruskan pekerjaan tradisi cam jadi petani or nelayan moden. Tak salah, kerja tu kan mulia. Bagi aku diorang hebat sebab cabaran bukan sikit. Selain tu, kena rajin jugak. Banding dengan orang makan gaji bulan-bulan. Kerja kadang-kadang tak produktif mana, tapi gaji masuk jugak. Aku tak cakap orang, aku cermin diri aku sendiri je.
Aku tak berdaya nak mengubah mentaliti orang. Tak layak pun bergelar 'keyboard warrior'. Pendapat aku, kerja lah apa pun, janji tak melanggar hukum syarak dan hak asasi manusia, buatlah... Bumi Allah ni luas. Rezeki ada di mana-mana.Selebihnya, tepuk dada, tanyalah iman...
9 tips berguna untuk Student Intern
Friday, 6 February 2015
Personally, aku sendiri tak pernah merasa jadi intern. Course aku dulu tak payah buat praktikal, tapi kena buat Final Year Project selama setahun dan latihan industri sewaktu cuti sem. Tapi, selama 6 tahun aku bergelar wanita bekerjaya ni (cewah) dah macam-macam intern aku hadap. Alhamdulillah, so far semua OK, kalau ada nakal-nakal sikit tu, biasalah bebudak.
Idea nak buat entry ni datang masa aku baca blog Zarul Farhana yang sedang buat internship. Lepas tu, terbaca pulak kat blog Aku Penghibur tentang 10 perkara pelajar praktikal kena ambil tahu. Yang ni version aku, dari pengalaman aku sendiri.So, kat sini aku nak share kat korang tips-tips berguna agar dapat menjadi budak intern yang cemerlang, gemilang, terbilang...hehehe
1.Hormat semua orang
Semua means pak guard, akak kantin, bos-bos besar, staf department lain, customer, intern lain dan yang pasti, supervisor korang dan staf-staf lain dalam department. Insha Allah korang akan disenangi ramai dan boleh bekerja dengan selesa. Jangan kekwat ye, lagi-lagi dengan staf lagi senior.
2.Be punctual
Datang on time dan balik slightly lewat by few minutes. Jangan lah lagi 15 minit kul 6 korang dah pegang beg siap-siap dan dah tutup PC. Ikut waktu rehat yang dijadualkan. Jangan ikut perangai staf-staf yang memang kerja situ.
Kalau tak sure, tanya, dan bila orang ajar something, jangan menyampuk. Sesetengah orang tak suka. Tapi tu tak bermakna korang tak boleh contribute idea. Trust me, kitorang suka 'Idea Orang Muda' asalkan disampaikan dengan bersopan.
4.Ada personal barrier.
Ada benda boleh cerita, dan ada benda better simpan saja. Jangan tanya soalan peribadi macam umur, status perkahwinan dan pandangan politik. Buatnya korang tertanya akak umur 40 tahun tu "Anak dah berapa?" padahal dia belum kahwin, tak ke haru. Unless diorang yang bukak cerita dulu, then go ahead. Tak salah nak bersosial dan berborak benda-benda luar kerja asal jaga batas korang.
5.Social media
Facebook, twitter, instagram, blog...Kalau boleh jangan biar diorang tau akaun media sosial korang. Walaupun social media korang 'clean'. Almaklumlah anak-anak muda macam kalian ni berkemungkinan tinggi akan pissed off dengan tempat korang buat internship dan 'accidentally' terpost kat blog, twitter or FB. Terlajak kata boleh diundur. Terlajak post...jawablah sendiri!
6. Buat apa saja kerja yang disuruh
Asalkan tak melanggar batas agama dan hak asasi manusia,then why not. Biasalah tu kalau kena buat kerja remeh macam fotostat, pergi hantar dokumen, taip surat.Macam dalam cerita kungfu , start belajar mesti buat benda-benda remeh yang macam takde kena-mengena. Korang tak tengok Dragon Ball ke? Karate Kid? Drunken Master?
7.Kalau takde kerja...
Kalau kat tempat kerja aku, intern ada jadual. Contohnya kalau this week korang kena assign kat certain unit, unit lain tak boleh nak sesuka hati mintak korang tolong kerja dia. Melainkan dengan persetujuan bersama. So, kalau unit yang korang kena assign tu takde kerja nak bagi, tanya diorang kot korang boleh tolong unit lain. Kalau supervisor korang kata OK, then pergilah ramahkan diri tanya. Tips: mintak kerja dari Eksekutif Junior. Biasanya diorang ada kerja 'remeh' yang takde staf nak tolong. At least tolong staple kertas pun OK apa dari menganga.
Certain tempat memang ada 'slow days', tapi bila start busy, korang jangan mintak nyawa plak!
8. Kalau takde kerja gak boleh try alternatif ni:
- tulis laporan harian
- browse work related articles kat internet. contohnya, kalau company korang tu jual plastik, korang google lah jenis-jenis plastik, cara recycle plastik atau apa-apa jelah..
- explore website company internship korang tu. Most company ada website diorang sendiri. Takdelah bila Mak kat kampung tanya nama CEO korang membisu seribu bahasa Sanskrit. Malu kot tak boleh jawab.
-kalau tempat praktikal korang tu ada ruang pameran ke, kilang ke, perpustakaan ke, mintak izin nak gi tengok-tengok. Provided korang tak sesat lah..
- bukak website cari kerja/ update resume
- gi pantry tolong basuh cawan ke, lap meja ke.
9.Amik contact number your supervisor
Manalah tau kalau korang lambat, sakit tak dapat datang or ada emergency, at least boleh contact someone. Takdelah hilang dari radar. Boleh buat orang annoyed walaupun tak disengajakan.
So far, tu saja dari aku. Korang ada nak tambah, tulislah di ruangan komen. Have a great internship, boys and girls! Good luck and have fun!
Siapa James Tan?
Friday, 23 January 2015
Tengok gambar bawah ni...comel kan dia. Sekali tengok mesti ingat dia ni model atau bintang KPop. Aku pun masa first time tengok dia depan mata, terus cair. Kalau nak berkenalan dengan si comel ni, bacalah sampai habis. Udah-udah tengok gambar aku ngan dia, bebulu biji mata tu kang. Hehehe.
Siapa dia ni? Inilah dia Kapten James Anthony Tan. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang telah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia pada usia 21 tahun menggunakan pesawat enjin tunggal jenis Cessna Silver Eagle. Beliau telah mencipta nama dalam Guinness Book of Records, World Record Academy dan The Malaysia Book of Records sebagai pilot termuda yang melakukan penerbangan sedemikian. Umur 21 tu!
Office aku jemput dia untuk bagi talk dan share experience. Tempat terhad, so aku grab lah peluang ni. Bukan senang dapat jumpa somebody yang ada World Record der!
So, most of things yang aku share ni merupakan cerita dari dia sendiri ye. So, here goes..
James Tan dilahirkan di Kajang, dan menetap di Hulu Langat. Yup, bukan Bangsar, Damansara atau Jay Bee Peace Yo! Masa kecik-kecik, dia sama sahaja macam kanak-kanak lain, tapi, bila masuk sekolah, beliau dan orang sekeliling perasan yang James tak boleh membaca dan menulis. Pada umur 8 tahun, James disahkan mengidap Dyslexia. Ramai yang tak nak berkawan dengan dia dan menganggap dia ni pelik dan bodoh. Kesiannya, kalau dia sekolah ngan aku conform aku dah amik jadi adik angkat. Hahaha.
Dyslexia merupakan sejenis 'mental disorder' di mana orang-orang yang mengidap penyakit ni bukan saja tak boleh membaca dan menulis macam orang normal, tapi mempunyai memori yang terhad, lambat faham dan gagap. Masa Kapten James Tan ni bagi talk aku perasan yang ada kalanya dia gagap sikit. Tapi memang respect lah dia, dalam dok gagap tu, cakap depan kitorang rileks dan confident je. Kalau aku lah kan, elok tak gagap terus jadi gagap!
Kalau ikut cerita beliau, James ni dah jatuh cinta pandang pertama dengan
Dalam pada dyslexic tu, James telah mendapat lesen pilot di UK pada usia 18 tahun! Course yang orang lain belajar 4 tahun, dia kaw tim 4 bulan je! Kita umur 18 baru nak apply lesen keter dik non! Tamat belajar, biasanya orang berfikir untuk mencari kerja, tapi beliau teringin nak buat something yang akan meninggalkan permanent impact dan orang akan ingat dia sampai bila-bila. Time tu lah timbul idea nak buat penerbangan solo mengelilingi dunia.
Kat sini aku respect dia, sebab kalau dia nak mintak any billionaire from UK or Dubai ke, ramai je yang boleh taja dia. Tapi, dia balik Malaysia dan nak start dari negara kelahiran dia sendiri. Dia nak orang tau dia dari Malaysia. Pada awalnya tiada siapa berminat nak menaja cadangan gila James Tan ni. 59 proposal dihantar ke 59 syarikat semua ditolak mentah-mentah.Sampailah beliau berkenalan dengan seorang wanita (aku lupa siapa nama dia, ada mention) yang mempunyai kenalan dalam Jabatan Perdana Menteri . Dengan usaha beliau, proposal sampai kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. PM sendiri memberi sokongan kepada projek tersebut, memudahkan usaha James mendapatkan sponsor.
Tapi kau ingat boleh sesuka hati je terbang? James telah dilatih bersama MINDEF dahulu, untuk survival tips kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku. Siap kena campak tengah laut lagi! Projek '1Malaysia Mission Around the World' (1RTW) ni dianjurkan oleh Young Pilots Association Malaysia, Malaysia Felda Youth Council dan 1M4U. Tajaan pula dari Yayasan Felda dan Tenaga Nasional.
Akhirnya, pada tarikh 26 Mac 2013, Kapten James Tan telah berlepas dari Langkawi, sempena pameran LIMA 13. Projek 1RTWmengambil masa 48 hari dengan menaiki kapal terbang jenis Cessna Silver Eagle merentasi 20 negara dengan 30 perhentian . Terbang sorang-sorang bukannya mudah. Beliau terpaksa memenuhkan kapal terbang dengan bergelen-gelen tong simpanan minyak, melakukan pit stop di beberapa buah negara, merentasi cuaca buruk dan suhu yang sejuk. Paling menarik masa dia cerita pengalaman merentasi gunung berapi, kehilangan GPS dan berada di kawasan sejuk di mana tiada manusia dalam lingkungan 1000 km. Memang hati kering budak ni! Yelah, kalau jadi apa-apa kat atas tu sape nak tolong.
So, selain dari nak bagi korang jeles lepas tengok gambar comel dia tu, aku share ni sebab aku rasa kagum dengan dia. Muda-muda dah ada cita-cita besar. Walaupun tak sempurna macam orang lain, tapi dia telah membuktikan yang dia boleh berjaya. Memang inspired! Paling aku ingat quote dia 'In order to be someone you want to, you have to sacrifice who you are'. OK Sal, kau jangan malas-malas lagi pas nih!
Jeles ngan orang tak takut tinggi ni oi! Aku ni kalau naik flight, terangkat je tayar dari track terus muka pucat lesi. Selagi tak touch down tak tenteram.. Tapi, pas dengar motivasi James Tan ni rasa nak jadi traveller tegar pulak. Hehehe.
Sumber- sumber lain :
Berita Harian - Rabu 27 Mar 2013 - Tirai LIMA '13 dibuka
New Straits Times - Sabtu 8 Feb 2014 - Flying High
http://www.malaysiandigest.com/opinion/65212-captain-james-tan-the-young-and-fearless-engine-whisperer.html
Berita tambahan : Real Madrid baru sign up budak umur 16, Martin Ødegaard.Umur 16 tahun dah dapat gaji £80,000 per week. Wowww..
Thanks for reading, guys! So, siapa nak terbang dengan saya? But don't worry, I'm not the pilot *.*
Tiga Kosong
Monday, 15 December 2014
Tiga...nombor yang aku selalu anggap sebagai 'My Lucky Number'. Suka-suka je. Mana boleh taksub sangat, syirik tau!
Tiga..oh tiga...Liverpool kena bedal dengan Man U sampai 3-0! To be honest aku tengok first half je. Nasib baik tengok kat rumah, kalau kat Mamak mau tebal muka wei! Nak balik malu, nak stay pun malu. Silap-silap dapat gelak hina dari geng penyokong setan merah. Dengan kalahnya Liverpool, makin terperosok lah The Reds dalam carta EPL. Yang pasti bukan nombor tiga. Kalau tigabelas mungkin.
Tapi tu bukanlah tiga yang menyebabkan aku datang kerja dengan hati yang tak best. Hari ni merupakan hari terakhir bagi tiga orang colleagues aku. Diorang bertiga ni bukannya berkongsi tarikh hari jadi, tapi mengambil skim bersara secara sukarela. Kalau orang kerja taulah kot, orang panggil skim 'VSS'.
Yang lagi sorang tu, bakal pak mentua (nombor 3).Hahaha..takdelah, acah je. Brader (ke pakcik?) ni ada anak lelaki, muda sikit je dari aku. So, abang-abang kat office ni sukalah menyakat dia suruh amik aku jadi menantu. Suko-suko diorang je. Nasib baiklah Abang Mat ni sporting. Tapi manalah tau kot ada rezeki aku. Anak dia hensem tau. Hahaha.
Another one (nombor 2), Abang Mahendran (pun boleh masuk tahap pakcik), dah almost 40 tahun kerja. Pergh..korang bayangkan kerja dengan company yang sama sampai 40 tahun! Bebudak sekarang kerja setahun dua dah cari alasan nak job hopping.
Tu baru yang department aku. Yang dekat department lain tak kira lagi. Semua sekali yang ambil skim ni berjumlah dua ratus orang. Gasak..sape je yang tinggal nak kerja. Dahlah semua yang blah tu hebat-hebat belaka. Jatuh bangun NST ni diorang ada. Kira dalam kalangan orang-orang 'Press' diorang ni memang ada reputasi yang baik. Oh by the way, company yang baru buat VSS tak boleh amik staff baru. Kena tunggu at least 5-6 tahun! So, bertabah jelah.
Dekat unit aku ni je, kerja makin bertambah. Aku tak tau nak buat cmane. Semua tengah kalut sebab pasni mungkin ada reshuffle unit.
Dan hari ni, 15 Disember 2014, genap tiga tahun aku kerja kat sini. Rasa cam baru semalam sign offer letter.
Semoga tahun depan baik-baik aje. Cam tak caya tahun depan umur aku masuk 3-series! Tiga puluh wei! Tiga kosong!
Nota kaki : Harap De Gea dan Juan Mata perform cam last night kalau main untuk Spain!
Finale - Nak dapat susah, mestilah sayang!
Tuesday, 25 November 2014
Sampai sekarang, jangan kata orang sekeliling aku; diri sendiri pun tak mampu nak rungkai misteri ni. Cmane someone yang tunggang terbalik belajar Sains bertahun-tahun kat universiti end up kerja syarikat suratkhabar.
Oh, kalau korang follow cerita ni dari Part 1 dan Part 2, korang akan faham maksud aku. Aku pilih Company Y. Kenapa? Sebab Company Y memang dah confirm ambil aku kerja. Tinggal sign offer letter je. Ada orang kata aku terlalu cepat mengalah. Mungkin jugak..tapi risiko yang perlu diambil terlampau besar. What if aku gagal lagi? What if aku telepas dua-dua sekali? So, aku pilih jalan selamat. Aku jumpa staff HR Company X dan bagitau aku tak dapat hadirkan diri untuk interview sebab aku dah dapat kerja.
Jangan tanya aku kenapa Company X tak ambil aku walau aku dah berkali-kali cuba. Diorang ada alasan profesional diorang sendiri. Korang jangan ingat diorang dah kenal aku, senang nak lepas interview. No, dear, nak impress orang yang kenal kau sebenarnya jauh lagi susah. Kau tak boleh nak twist cerita kau, diorang tau dan diorang sebenarnya perhatikan kau.
Dendam? No way!! Sampai ke hari ni aku still sayangkan Company X. Aku still contact dan jumpa kawan-kawan lama aku. Aku appreciate pengalaman aku kat sana. Setiap kali aku interview, aku sebenarnya 'jual' pengalaman aku kat Company X, bukan degree aku. Pengalaman aku kat Company X yang sebenarnya impress orang Company Y. Tak pernah ada sekelumit benci pun dalam hati aku walaupun aku ada dengar cakap belakang yang aku ni merajuk. Biarlah, aku tahu hati aku.
Aku percaya, aku memang ditakdiran bekerja di Company Y. Sebab satu hari Bos aku cerita yang sebenarnya bukan aku yang dapat jawatan ni. Diorang nak ambil calon lagi satu. Profil dia memang hebat. Tapi dia gagal dihubungi. So, diorang go for second choice, which is aku. See..kalau tu bukan ketentuan Allah, aku tak tau nak panggil apa lagi.
Tu jelah aku nak cerita. Pengajarannya korang pandai-pandai pilih hadam sendiri. Cuma nak nasihatkan kat adik-adik yang sedang cari kerja di luar sana tu supaya bersabar. Nak berjaya bukan mudah. Kalau dapat kerja, appreciate dan do your best.
Sebab aku ada jumpa orang yang senang dapat kerja. Diorang tak hargai dan kerja main-main.
Kalau kau pernah lalu derita menganggur, kau akan faham nikmatnya ada kerja. Bukan poket dan perut yang sakit sebenarnya, tapi emosi dan harga diri.
Till then, thanks sudi baca.
Part 2 - Nak dapat susah, mestilah sayang!
Friday, 21 November 2014
Panggilan dari Company Y rupanya, menawarkan aku untuk datang interview jawatan yang aku tak pernah dengar pun seumur hidup. Bila masa pulak aku apply? Company Y tu pun tak termasuk dalam senarai 'most wanted' aku. Kemudian baru aku teringat yang aku ada tinggalkan printed Curriculum Vitae(CV) aku kat booth Company Y masa aku gi career fair. Memang masa tu aku fotostat CV banyak-banyak pastu drop je kat almost semua booth. Setiap career fair aku buat camtu.
Since aku pun tak terikat dengan mana-mana syarikat, Company X pun still tak respon kepada permohonan aku, aku pun accept je offer tu. Interview je pun. Tak rugi apa. Memang kalau ada panggilan interview mana-mana pun aku redah je.
Lepas tu, jenuh la aku dok Google pasal Company Y dan jawatan tu. Tapi, Alhamdulillah, interview berjalan lancar. Rasa cam confident je boleh dapat. Ahaha..interview lain pun aku confident jugak!
Seminggu aku tunggu, dapat panggilan telefon lagi. Tapi bukan Company Y, Company X yang call, panggil aku interview. Since aku dah ada pengalaman interview dengan Company X sebelum ni, stage pertama aku lepas dengan mudahnya. Dengar gak bisik-bisik kononnya aku ni calon favourite. Dah lepas stage pertama, diorang panggil aku stage kedua pulak. Ni pun dah ada pengalaman kan, so takdelah struggle sangat.
Bermulalah episod menunggu. Stress menanti jawapan. Dapat ke, tak dapat ke? Since aku kerja dalam Company X, at least aku still rasa lega selagi tak nampak 'staf baru'.
One day, staff HR Company Y call. Dia bagitau yang aku dah dapat kerja yang aku interview hari tu dengan syarat aku lulus Medical Test diorang. Pergh, cam nak beli pemain bola pulak, kena buat Medical Test dulu! Masa dapat call tu, aku bingung kejap. Cam mimpi jer! Aku pun tak berharap sangat akan dapat. Kira aku ni dah 70% conform jadi staff diorang!
Balik rumah, aku discuss dengan family aku. Diorang pun tak tau nak cakap cmane, since diorang tau betapa teringinnya aku nak 'jawatan idaman' aku tu. Tapi kalau nak diikutkan, Company Y macam beria nak amik aku. Aku pun pujuk hati, cakap yang aku mungkin takkan disenarai pendek untuk final stage Company X pun. So, aku gi jer Medical Checkup Company Y.
Alhamdulillah, aku lepas Medical Checkup diorang. Aku diminta datang untuk melapor diri dan sign offer letter pada 15 haribulan. Diorang nak aku start 1 haribulan tapi aku cakap aku tak boleh tinggalkan Company X macam tu je. Sebenarnya aku tak bagitau sesiapa pun kat Company X yang aku dah dapat kerja. Tapi kerja kat Company X ni kau tak terikat. Tak payah notice pun boleh berhenti. Tapi takkanlah nak walk out macam tu je kan.
Tiba-tiba...staff HR Company X call aku dan mintak aku datang final stage interview. Yang tak bestnya, tarikh interview tu adalah 15 haribulan! The same day aku patutnya lapor diri kat Company Y! Ah..sudah! Aku ni dah unofficially staff Company Y. Aku dah berbelah bagi. Nak pergi ke tak nak. Jawatan kat Company X ni something yang aku dah familiar, yang aku dah usahakan bertahun-tahun, rugilah kalau tak cuba. Tapi kalau tak dapat, cmane? Aku akan jadi penanam anggur bertauliah. Makan pasir takpe lagi, kalau makan hati, hari-hari menyesal tak sudah, cmane? Patut ke aku lepaskan impian aku demi sesuatu yang aku tak tau. Atau aku patut lepaskan sesuatu yang dah pasti untuk something yang masih samar tapi kebarangkaliannya tinggi?
Akhirnya, setelah puas fikir dan mintak nasihat 'pakar', termasuk orang-orang yang rapat dengan aku kat Company X, aku tawakal dan buat keputusan. Time ni aku berserah bulat-bulat pada Allah agar keputusan yang aku ambil ni keputusan terbaik dan semoga aku tak menyesal...Dengan lafaz bismillah, aku pun......
*bersambung lagi*
Part 1 - Nak dapat susah, mestilah sayang!
Thursday, 20 November 2014
Bila tengok ramai yang stress dok cari kerja, tetibe aku teringat kisah aku sendiri. Dulu aku pun cam diorang jugak. So, aku nak cerita lah kat sini. Kot ada yang nak baca, silakanlah. Kecik tapak tangan, ruangan komen aku tadahkan. *.*
Imbas kembali...
Before this, aku kerja sambilan di Company X. Aku dibayar gaji hari. Ada kerja, adalah gaji. Gaji tak besar , semua part timer dibayar sama, lantaklah kalau kau ada PHD sekalipun. Tapi aku suka kerja situ. Suka environment dan orang-orang dia. The best part adalah, aku berpeluang kerja dalam industri melibatkan bidang yang aku belajar kat universiti dulu. Tanyalah mana-mana graduan, semua pun nak bekerja dalam bidang yang sepadan dengan jurusan yang diambil. Kalau tidak, takde maknalah penat lelah datang kuliah dan buat assignment segala. Tu belum campur berjaga malam dan melayan karenah lecturer yang pelik-pelik. Zaman kolej/ universiti memanglah best, kalau tolak bab belajar!
Satu hari, aku terbaca iklan jawatan kosong kat papan kenyataan Company X. Aku apply, tapi malangnya aku hanya lepas interview stage pertama. Aku kecewa, tapi aku masih boleh hadam kekecewaan tu sebab panel penilai bukanlah orang-orang yang kerja dengan aku. Mungkin diorang tak tahu kebolehan aku. Mungkin ada kesilapan aku semasa interview. Mungkin calon lain lebih layak. Mungkin ada peluang kedua untuk aku. Mungkin, mungkin, mungkin...
Sekali lagi ada iklan jawatan kosong, tapi position lain. Peluang kedua tiba, aku tak lepaskan. Aku polish up resume, practise harder untuk interview, tapi masih sama macam kali pertama. Aku gagal lagi. Time ni dah start fed up. Aku mula mengintai peluang di luar. Ada gak interview kat company lain, tapi tetap hampa jugak.
Tuhan saja tahu betapa down dan loser aku rasa. Bila jumpa dengan geng-geng lama, terasa nak menyorok bila diorang tanya "Kau kerja mana?". Malu kot nak mengaku yang kau kerja dengan gaji bukan tahap yang selayaknya. Tapi aku bersyukur, at least aku ada gak kerja walaupun bukan kerja tetap. Tapi aku paling frust bila kawan-kawan dalam Company X sendiri yang tanya "Kenapa tak apply permanent kat sini?". Nak je cakap "Aku dah apply, tapi diorang tak nak amik, aku nak buat cmane!." Bengang pun ada jugak.
Sedih? Maunya tak! Rasa fed up nak mengadap orang-orang Company X. Ramai yang bersimpati, tapi apa je diorang boleh buat.Ini keputusan HR dan orang atasan. Company X ni company besar, aku faham bukan senang nak tembus. Aku mula melupakan impian nak kerja kat Company X. Lagipun hati tu sebak bila tengok staf baru yang dapat jawatan yang aku nak tu. Pernah sekali, aku sedih sangat sampai aku gi toilet menangis sorang-sorang. Sedih, malu, rasa useless, semua bercampur. Tapi saja buat-buat cam tak kisah. Walhal dunia cam nak terbalik. Ikutkan boleh je cari part time tempat lain, tapi entahlah..cam ada sesuatu yang buat aku terus melekat kat Company X. Half part ego, half part degil! Memang tak reti bahasa dia ni!
Sejak dari tu, aku makin rajin ke Career Fair dan menyelak iklan kerja kosong. Aku jadikan kekecewaan tu pemangkin untuk aku move forward. Ikutkan memang nak putus asa dah. Yelah, tak ada pun yang respon positif kepada resume-resume yang aku hantar tu.
Sampailah suatu hari time aku sedang bekerja macam biasa kat Company X, ada permanent staff approach aku dan bagitau yang diorang nak buat restructure. So, jawatan idaman aku tu akan ada kosong tak lama lagi. Aku mula berbelah bagi nak apply ke tidak. Bila aku discuss dengan rakan-rakan sekerja ramai yang kata kali ni aku conform akan dapat. Hati aku dah tawar sebenarnya, tak nak harapan palsu lagi. Tapi orang kata, tak cuba tak tau kan?
Kali ni aku tekad..jawatan idaman aku tu memang akan jadi milik aku. So, aku pun update resume aku (yelah, takkan nak hantar yang sama) dan hantar dengan hati yang berdebar. Lama jugak aku tunggu, sampailah satu hari dapat panggilan telefon yang tak diduga...
*bersambung....*
SuperMokh the Musical - again!
Thursday, 11 September 2014
Dipendekkan cerita, rezeki kerja dengan NSTP, yang merupakan media rasmi teater SuperMokh the Musical, aku dapat score 4 tiket untuk show kali kedua ni! Hahahaha... SuperMokh main bola, score...get the joke? Get it? Ok abaikan jelah pun aku yang lame itu
Dah kata tiket free, so takkanlah nak bagi grand stand pulak kan? Dapat tengok dari atas ni pun dah syukur. Kali ni aku ajak kawan-kawan aku Dee dan Farah dan adik aku, Aman.
Tarikh show aku amik ni special sikit sebab ada tetamu-tetamu kehormat lain iaitu Yang Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Dato Sri Najib Razak dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Memang gempak la tetamu-tetamu yang datang. Antaranya adalah bekas footballers sezaman dengan arwah Mokhtar Dahari iaitu Santokh Singh dan Ridhuan Abdullah serta isteri arwah Mokhtar Dahari iaitu Tengku Zarina. Rasa awkward je sebab pakai simple sangat..huhuhu. Maaf tak sempat snap gambar, terlupa bawak kamera. Camera phone aku memang kureng sikit.
Sejujurnya menyesal tak bawak kamera sebab tak dapat tunjuk lebih detail pameran gambar yang unit aku dah set up sepanjang pementasan SuperMokh the Musical-Restaging dari 8 sampai 21 September ni.
Kalau u olls berminat nak tengok, boleh walk in Istana Budaya untuk beli tiket atau klik kat direct link ni : http://www.ticket2u.biz/ShowEvent.aspx?ShowID=42
Terkenang masa kecik-kecik dulu, susah nak tengok pemain import beraksi dalam Liga Malaysia. Pemain-pemain jarang berpindah kelab. Rata-rata memilih untuk setia dengan kelab negeri kelahiran sendiri. Dululah..
Thanks for reading u olls! Alfatihah untuk Allahyarham Mokhtar Dahari. Legenda yang akan sentiasa dikenang.
Nota kaki : Rindu nak tengok bola kat mamak...
Encorp Strand Mall lah pulak
Sunday, 31 August 2014
Mall ni baru dibuka pada 28 May 2014, aku pun first time dengar pasal tempat ni. Alang-alang aku ke sana bawak kamera, gatal pulak tangan ni nak tangkap gambar banyak-banyak. Motif sangat kan!
The Surau
The toilet yang seriously posh!
Thw whole tingkat tiga dan empat adalah untuk parking


































