Tuesday, 25 February 2014

Lelaki di sebalik Boboiboy

Hari tu aku attend satu training kat office. Actually lebih kepada 'talk' for staff yang nak join. Truth be told aku berminat nak attend sebab nama penuh training ni adalah 'Lunch n Learn by co founder of Boboiboy, Nizam Razak'. 2 words...lunch dan Boboiboy. I would never say no to them!! Hahaha!!!

Selain dari lunch, another best part adalah 50 peserta awal akan dapat goodie bag!



Once dah settle down, Nizam Razak pun start story pasal diri dia. Alkisahnya, dia dulu student MMU. Untuk final year project,dia dan a group of friends buat 7 minutes animation bertajuk 'Misi Mustahak'. Turn out one of MMU students yang tengok video tu adalah anak sedara (tak silap aku la) Hajah Ainon, tuan punya Les' Copaque Production. Hajah Ainon dan Hj Burhanuddin ni entrepreneurs,  so company diorang ni memang buat macam-macam la bisnes. Diorang pun tengok video tu dan rasa cam tertarik je ngan talent Nizam dan kawan-kawan.

Dipendekkan cerita, diorang pun meeting untuk buat 3d movie animation. Nizam cerita masa mula-mula diorang nak buat 3d movie, ramai yang kurang menyokong idea tu. Kata takde market la, susah la, risky la... Aku respek giler kat diorang punya determination nak terbitkan juga animation tu, sehingga muncul idea untuk filem ' Geng Pengembaraan Bermula'.


Ramai orang tak tau, termasuk aku, idea untuk terbitkan Upin Ipin tu datang dari filem Geng, bukan the other way around! Lepas 3 tahun Upin Ipin bersiaran, barulah filem Geng siap sepenuhnya. Surprise kan? Bangga aku orang Melayu ada idea marketing yang sangat brilliant! Hasilnya filem Geng dapat kutipan almost RM 6 juta, big number untuk industri filem Malaysia.

In 2009, Nizam n the gang decide untuk keluar dari Les' Copaque untuk tubuhkan Animonsta Studios tanpa ada sebarang hard feeling seperti yang digosip mosip rakyat jelata sekalian. Business kan.. Bagus betul takde dengki-dengki walaupun diorang ni jadi pesaing..This company diorang build sendiri from scratch. Hasilnya...Animonsta Studios ni la yang produce Boboiboy yang korang suka tengok tu!! Orang Indonesia dan Filipina pun layan tau, kalau tak takkan la boleh dapat rating ke2 kat Disney Channel saluran 615.



The rest of the talk dia share pasal cara-cara nak jadi kreatif dan bekerja dengan creative people ni. So memang dapat tips berguna la seperti selalu bangun awal dan lakukan perkara di luar rutin.  Paling penting adalah be honest to yourself and do what you love most!

Before balik aku kena la tangkap gambar sebab aku memang honest orangnya , suka tangkap gambar. Haha.


Terbaik....comel gak si Nizam ni..

k bye!

4 comments:

  1. untungnya dapat tangkap gambaq dengan nizam ni.haha..husband sy memang ikuti perkembangan dia dr dulu..lgpun mmg di pon budak it..mmg depa punya video misi mustahak tu lawak giler..creative thinking budak2 ni..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. saya rasa macam mimpi je dapat jumpa anak Melayu yang hebat macam Nizam Razak ni.. respek!

      Delete
  2. ramai sebenarnya anak melayu yg dah berjaya cuma x ramai yg suka tonjolkan diri ... dia tahu potensinya di mana dan dia gilap sampai gemerlapan ...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com