Better late than never - Hadiah dari Ako Retna
Thursday, 2 February 2023
Hadiah paling mahal pernah kuterima dari rakan Blogger
Sunday, 29 January 2023
Hadiah dari si dia yang mesra
Sunday, 22 January 2023
A little surprise from Mummy Ayu!
Sunday, 11 December 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Masa nak moderate comment last week, perasan ada satu komen by Blogger Mummy Ayu, request aku check out entry di blog dia. Ada surprise katanya! Wah, lama takde orang buat surprise untuk kiter! So, aku pun singgah entry 'A little surprise' seperti yang diminta.
Rupanya Mummy Ayu nak bagi aku kalendar 2023 sebagai penghargaan selalu komen kat blog dia. Terharu pulak aku sebab komen tak pernah mengharap hadiah dalam bentuk fizikal. Cukuplah kunjungan balas sebagai tanda ukhuwah. Eceh, ayat tak boleh blah. Tapi memang begitulah. Kalau orang ramah dan rajin singgah blog kita, kita pun balas lah balik. Sambil tu baca entry orang lain dan belajar sesuatu yang baru dari pengalaman diorang. Yelah acuan hidup kita tak sama kan.
Thanks a lot kak Mummy Ayu. Semoga akak dan keluarga dimurahkan rezeki. Siapa yang belum berkenalan dengan blogger lifestyle yang peramah dan selalu share masakan sedap-sedap ni, bolehlah singgah SINI. Lagi satu kak MA ni peminat kopi, so kalau nak tahu kat mana port kopi sedap, boleh follow blog dia.
Harap 2023 baik-baik aje. Decmber 2022 so far has been painful. Hidup aku pun muram, semuram cuaca di luar sana. Jaga diri gais. Thanks for reading!
Siapakah gerangan pemberi hadiah dari Cameron Highland?
Tuesday, 5 July 2022
Hadiah dari seberang laut; dan seberang highway
Wednesday, 26 January 2022
Jute Bag merah menyala- hadiah dari Blogger Suria Amanda
Monday, 17 January 2022
Secawan Kopi Secangkir Teh Limau dan Bacaan Disember
Saturday, 4 December 2021
Hadiah Pelitup Muka Jovian dari Blogger Shida Radzuan
Friday, 6 August 2021
Khamis lepas terima hadiah face mask jenama Jovian dari blogger Shida Radzuan atas penghargaan Geng Kaki Komen Julai 2021. Siap dengan mask extender warna merah-hijau-hitam. Cantiknya. Macam motif bendera Palestin pun ye jugak. Shida kait sendiri ke? Thank you so much appreciate komen-komen saya yang kadang-kadang banyak merepek je tu. Haha. Komen tak mengharap balasan tapi kalau orang dah bagi, rezeki jangan ditolak ye tak?
Teringin dari dulu nak cuba pelitup muka keluaran fashion designer terkenal Jovian Mandagie ni sebab katanya anti jerawat. Betul ke? So aku pun semak la official website sebab nak tahu.
Agak menarik sebab di official shop langsung tak dinyatakan yang face mask ni anti jerawat atau anti acne. Cuma dinyatakan yang ia ‘ Hypoallergenic that is made with soft materials to minimize skin allergy’. So..adakah dakwaan yang facemask Jovian ni anti jerawat hanya umpanan penjual di Shopee dan Facebook? Jeng jeng jeng. Apa pendapat korang?
Dari apa yang aku tahu semenjak bekerja dalam bidang pengiklanan adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada guidelines yang sangat strict untuk promosi sesuatu produk. Antara syarat utama adalah tak boleh 'over claim'. Contohnya ‘Makan ubat ni conform takkan kena Covid’ atau ‘Kulit dijamin putih macam artis Korea dalam masa 3 hari’. Korang takkan jumpa iklan macam tu di media massa mainstream dan kebanyakan brand yang dah established.
Nak tahu face mask Jovian ni betul ke tidak anti jerawat, kenalah cuba sendiri. Buat masa ni aku hanya bekerja dari rumah dan jarang sangat keluar, so tak dapatlah test. Nanti dah cuba aku update.
Masa Covid 19 agak reda dulu (Masihkah kau ingat - sebelum kemunculan varian Delta), aku kerap jugak ke office. Sebagai warganegara yang takut kena kompaun patuh peraturan, aku sentiasa memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di office. Hasilnya ‘Maskne’ naik dengan mencanak.
Masalah ‘Maskne’ atau jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka (face mask) ni bukan setakat jadi kat orang yang memang ada masalah jerawat dari azali macam aku, even orang yang kulit bersih flawless pun boleh kena. Betul tak?
Ada a few cara cegah ‘Maskne’ yang aku dah cuba dan terbukti berkesan iaitu:
- Tukar face mask dengan kerap. Belilah face mask murah kalau sayang duit. Hehe
- Pakai moisturizer atau sunblock sebelum pakai face mask supaya kulit tak kering. Ramai orang komplain pakai face mask jadi penyebab kulit muka mengelupas terutama bahagian hidung.
- If ada jerawat yang sedang mekar menanti masak atau dah pecah tapi belum sembuh, tampal acne patch sebelum pakai mask. Antara acne patch terbaik yang aku dah cuba adalah brand Nexcare, Oxy dan Cosrx. Fungsi patch untuk elakkan jerawat tu inflamed bila bergeser dengan face mask. Aku suka gak pakai acne patch sebelum tidur. So bila bangun, ‘isi jerawat’ sudah berkumpul di permukaan. Tak payah picit.
- Make sure basuh muka bersih-bersih supaya kotoran dan bakteria yang terkumpul kat face mask tak berpindah kat kulit. So wash your face before bed ya boys and girls! Jangan guna scrub kasar, terutama yang memang acne prone. Guna gentle cleanser.
Masha Allah jauhnya aku melalut, padahal nak cerita dapat hadiah penghargaan kaki komen dari blogger Shida Radzuan je! By the way, hanya blog sahaja socmed yang aku aktif, so korang jangan pelik nama aku ada di mana-mana.
3 bulan lepas pun terima hadiah Geng Kaki Komen dari Shida. Puas aku cari entry nak backlink, rupanya aku terlupa nak buat. Allahu. So sorry tau Shida!
Korang yang nak berkenalan dengan Shida, bolehlah jenguk blog dia di https://www.shidaradzuan.com/
Blogger dari Perak yang sering berkongsi resepi, kisah kehidupan seharian dan informasi terkini. Semoga Shida dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. Again, thank you so much!
Hadiah Top Commentator Blog Ako Retna
Monday, 19 July 2021
Hadiah dari Blogger Anies
Monday, 12 July 2021
Hadiah Top Commentator 2020 dari Cik Suka Taip
Monday, 5 July 2021
Souvenir dari Farrah MF
Monday, 3 May 2021
Q untuk Qayyum
Wednesday, 28 April 2021
Dapat hadiah Top Commentator blog Amie's Little Kitchen
Friday, 23 April 2021
Jalan-jalan KL - Hop On Hop Off
Monday, 29 June 2020
Cuba teka siapa orang terakhir date dengan aku sebelum PKP, juga orang pertama ajak aku date lepas PKP? Mestilah orang yang aku mention kat tajuk entry ni kan. Jumpa-jumpa je terus bagi hadiah belated birthday gift. Terharu akak. Thanks a lot bebeh!
Thanks ajak aku jalan-jalan naik bas Hop On Hop Off (HOHO). Anies ni antara kawan yang aku kenal dalam dunia blogging pastu terus jadi rapat in real life. Maybe sebab dua-dua minat travel dan penyokong tegar Liverpool.
Punyalah semangat dua-dua pompuan ni pakai jersi Liverpool. Ikutkan nak bawak bendera sekali tapi takut kena suruh turun. Haha. Dahlah naik free.
Kebetulan HOHO bagi promo naik free sampai 30.6.2020 untuk warganegara. Since nak cuti-cuti oversea tak boleh, kita cuti la dalam negeri dulu. Nak sembang rentas negeri tapi hakikatnya Kolumpo pun belum habis explore.
KL HOHO ni ada 2 route, so kita naik City Route dulu since tu je bas yang dah ada
Cuaca mula-mula panas. Gigih aku dok tenyeh sunblock. Tapi KL susah dijangka. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya...
KL agak lengang. Tak semeriah sewaktu sebelum Covid. Petaling Street masih ditutup. Seronok naik HOHO ni bila tengok bangunan-bangunan bersejarah. Sambil-sambil terkenang sejarah sendiri jugak.
Bas akan patah balik ke hentian pertama sampai tadi.
Ride yang second route ni kitorang dah tak amik gambar sangat sebab masing-masing dah kebulur. Alhamdulillah cuaca baik, kalau hujan, kena masuk dalam area bas yang berbumbung. Tak best la kan. Korang nak tau lebih lagi bas HOHO KL ni boleh klik SINI
Kalau u olls nak kenal lebih lanjut dengan Anies pulak klik Anies&You
Blogger lain kalau rasa nak dating dan berkenal-kenalan bolehla drop komen selalu. Mana tau lama-lama boleh jadi kawan in real life pulak. Till then, thanks for reading ye gais! Stay Safe!